Friday, October 31, 2008

Lagu-Lagu Menyampah Masa Kini


1. I'm The Lucky One - Anuar Zain


laa.. lagu melayu rupanya, reaksi pertama kali dgr. wadehel lah, kalo nk buat lagu inggeris, buat aja la. ntah apa motif pencipta lagu ni.. inilah JUARA CARTA lagu2 yg aku akan sampahkan. plus, aku mmg tasuka Anuar Zain. (sory no pic anuar zain, xnk letak k blog aku..haha)


2. Silly Lily - Bunkfac

aduh. aku xleh ckap byk psal lagu ni. mmg benci amat amat amat sangat. aku rasa cara vokal nya nyanyi nak konon2 mcm Tom Blink182. wanna be la ni , tp x jadi kot. over la cara dia pronouce every words. wekkk. org selalu kata,"support our local indie band"! ya aku support some of them like oag, the otherside ochestra, laila's lounge dan mom's on strike. but not this band. i am sorry.




3. Burnin' Up - Jonas Brothers

sumpah aku tak suka lagu ni. aku benci sgt suara vokal utama tu. ntah apa nama bdak tu. bukan lagu ni je, semua2 lagu dari the 'joyahs' ni. mungkin aku tak suka sore die. wekk nak muntah.

(klik pd gambar, xrugi, mmg santek2 shot ni, aku edit khas utk fans lagu ini =))


4. I'm Yours - Jason Mraz

yaa. aku sedar, ramai yg meminati dan layan gila2 lagu ni. tapi aku tak tahu kenapa aku kenot go. aku dh cuba layan, cuba dgr dan amati lirik. even adik aku suggest tgk vid dia, dia kata msti suka pas tgk vid dia. ya, aku suka tgk video dia, byk shot2 utk fotografi yg menarik dan aksi2 comel dari Jason Mraz. (tgk shot baris 2, kanan sekali, Jason Mraz tiru aksi Mukhsin naik keta..hahahah) Tapi, aku masih tasuka lagu dia, tapi xsampai benci mcm 3 lagu di atas, cuma kenot layan. aku suka ja lagu2 jason mraz sblum ni, tp bukan lagu ni. i am sorry, again.



ok bai.

Thursday, October 30, 2008

Hai, Nama Sape?



Balqis.

Eh.nama ape tu? mcm nama lelaki je, pelik.

itulah feedback yg selalu aku dpt bila bgtaw nama aku zaman sekolah rendah dulu.
Nama aku Balqis, a ah..Balqis sahaja, nak sebut pun susahkan? kawan2 kt sekolah yg nakal selau ejek nama aku 'cookies' la, 'friskies' la, 'paku pakis' la..mcm2 lah. Mak aku pun pnah cerita..jiran2, kawan2 mak selalu tanya kenapa lah letak nama mcm tu. haih. itu dulu lah. manusia2 masih jahil. haha.

zmn aku kcik...nama Balqis ni amat2 RARE kamu tahu? dari zaman bangku zaman sekolah rendah ke menengah, di sekolah aku..aku sorg ja bernamakan Balqis. zaman aku di ipta pon begitu. masih satu2nya Balqis. dan hingga sekarang. di tempat bekerja.

so aku bila pergi mana2 pon, nama aku senang diigt. lagi2 kalo pergi kursus ka, dlm kelas ka, cikgu2 atau penceramah asik2 panggil nama aku. haihh. dh xleh nak bersenang2. selalu je kantoi xtaw jawapan. tp kdg2 rasa mcm cpat femes. hahahaha.
*kembang hidung.

kita selalu dgr...kalau baby asik menangis tak henti2 lagi2 bila di panggil namanya, maknanya nama tu xsesuai..berat nak bawak. aku dulu jenis non-stop crying baby gak, tp mak aku x tukar pon nama aku. aku ok je smpi skg, masa baru lahir mmg aku menangis aje. tp mak aku xpercaya kot benda2 mcm tu.

oh ya! tak boleh nak perasaan sgt. aku igt lagi masa di tingkatan 1 di smkpp. ada sorg ni nama mcm aku. tp ejaan lain. Balkeis or Balkish aku xpasti. dan yang ironi nya, dia seorang lelaki. Ya, LELAKI. aku tak tahu kenapa mak apak dia bg nama tu. kitorg dulu penah gaduh, kawan2 abg tersebut ( masa tu aku form1 dan abg tu form2) ejek aku yg nama aku nama lelaki. bodoh btul. mmg jahil la manusia zaman tu. hahahhaaha. tp, aku rasa skg mereka dh sedar kot. hwehweh.

tapi itu dulu lah. nama Balqis mmg jarang2 berlaku. tp sekarang, nama Balqis dah xpelik dah. hahhahaha. baby2 pon ramai aje name Balqis. selalunya parents letak dua la, xmcm nama aku yg seketul ni je. ade sorg baby nama Qistina Balqis.cantek kan nama tu? teringat aku pd sorg kwn setadika aku. namanya Normala Laila, sdapkan? dia kata..laila tu sempena nama neneknya. suka aku nama tu.


dan pulak skg nama Balqis ini pon dh dikomersilkan..hahaha..produk safi Balqis pon dh ada. dan juga Juara Lagu Tahun 2000 ka 2001 aku igt, dendangan penyanyi yang aku tak minat, Siti Nurhaliza. so skg ni, bila aku bgtaw nama Balqis. org akan ckap. Pergghh..ratu balqis..sdap nya nama...semua puji2an la..xmcm zmn kanak2 aku.

pening kan kalo ada ramai mempunyai nama yg sama? (ciss! belagak aku ni) igt aku lg masa di tingkatan 5. kawan kami 2 orang bernama firdaus. sorang M.Firdaus bin Shafie, sorang M.Firdaus bin Syawal. utk ilangkan kenkonfiusan, kitorg panggil dorg nama bapak dorg, hahahah. siyes...yg sorg kami panggil Syawal, sorg kami panggil Pi'e. hohohoh. melekat nama tu smpi skg. sama jugak dulu kalo ramai sgt bernama Ina (contoh). Maka, terkeluarlah gelaran2 yg kdg2 best dan kdg2 x best. Yang best kalo panggil Ina Comel ke, Ina Tinggi, Ina yang Pandai tu ke, dan xbest nya kalo panggil Ina Gemok atau Ina Kepoh. Sungguh xseronok kan. Ini contoh sahaja oke, x baik menggelarkan orang.

oke berbalik pada asal usul nama.

kamu tahu kah dari mana mak aku dapat nama ini? tak kira..aku nk bgtaw gak. hahaha.
mak aku ambil nama aku ni sempena nama isteri Nabi Sulaiman A.S., Ratu Balqis (dlm arabnya Bilqis) seorang Ratu yang memerintah negeri Saba'. Ratu Balqis ni sebelum mengahwini Nabi Sulaiman, dia dan kaumnya menyembah matahari selain Allah S.W.T. Beliau seorang wanita kaya-raya yang mempunyai singgahsana yg amat besar dan gahnya. Ratu Balqis ni juga seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai otak yang sangat cerdas dan sgt bossy.

Oleh kerana kebijaksanaan, kekayaan dan besarnya kerajaan Nabi Sulaiman, Ratu Balqis yang dulunya bajet bagus dan hebat serta ego itu tewas. Akhirnya Ratu Balqis memeluk Islam dan perkahwinan mereka terjadi pada hari Jumaat. Aku dah pendekkan cerita sebenarnya, kalau rajin..google aja Ratu Balqis.

sedikit sebanyak cerita Ratu Balqis ni mempengaruhi aku. Dan orang selalu kata, nama kita ni akan pengaruh kita pnya personaliti dan sikap kita. aku rasa ada sikit la, garang, ego dan sikap memerintah ada dlm diri aku ni. mmg x boleh nak di elak. aduh.

tapi aku mungkin xlah secantik Ratu Balqis, sbb tu aku kata aku kdg2 rasa berat bawak nama ini. aku ni biase2 je. comel sket tu adalah la kot. hahahaha dan korang perasan tak kalau dlm drama atau filem yang ada watak namanya Balqis, contoh yg dpt aku kesan adalah lakonan Waheeda dlm Nana Tanjong dan Nabilla dlm drama Maya Sutera. kedua2 watak bertudung sopan. heee. nama Balqis ni selalu menggambarkan seorang wanita cantik, alim, sopan santun, berbudi bahasa..semua2 yg baiklah. tp aku? x lah seperfek itu.

sbb itu aku selalunya x bagi org sekeliling pnggil nama penuh aku, Balqis. dan kebiasaanya..panggilan Qis@Kis adalah nama manja ku. hahaha. kawan2 rapat dan teman sepejabat mmg aku suh panggil Kis saje. xyah susah2 sebut penuh. usikan2 seperti..kis, can you kiss me, kis i want to kiss you lah..aku dh lali dgn usikan2 mcm tu. dan ada juga yg agak dengki akan panggil aku Bal. hahah. aku oke je. hahahah dan yang paling aku suka Dia sebut nama aku, Dia ni asal pantai timur, so bila sebut aku, dari Akiss, jadi AKiHH. comelkan? ahaha. bodo je.

oh, last. aku nak explain siket pasal nickname/screen name aku yg selalu aku gunakan di web2.

*akiss ferrero @ blog : asal usulnya nick aku di myspace dan url myspace/akiss_ferrero_rocka. dan dh tentu la sbb aku amat amat amat suka cokelat ferrero rocher. sampai aku angankan majlis kahwin aku dipenuhi cokelat tersebut.

*akiss lee abdullah @ facebook : kenapa lee? bg yang masih tak tahu lg, nenek moyang belah mak berketurunan Baba Nyonya Melaka. Surname nya Lee. dalam ic xletakpon nama tu, sbb ikut famili apak. dan abdullah tu, nama sbnr apak aku.

*akiss not kool @ myspace : oh, aku dh tak kool sbb dh xmain mespes, dan aku makin mls ke gig2 atau event2 art di kl. siyes. dan aku dah lupa bila kali terakhir aku jejak kaki di BB. seriyes, aku dh tak kool.

*ah kis joo rin @ friendster : hahaha. aku tiru kwan yg suka nick ah kwan. joo rin adalah watak pelakon comel korea My Girl. dan aku rasa watak itu mcm diri aku. walaupun dia x secomel JangNara, tp aku sgt2 watak itu. seorang kuat tipu, tapi tang cintan2, kenot tipu2. heeeee. dan aku sgt2 in love dgn Seol Gong Chan shiii ( lee dong wok..sila google.)

aqiess_lp @ yahoo : ini emel lama dh aku buat, masa zmn sekolah. dulu aku suka eja aqiess..tp mcm susah org nak igt kan? sbb tu tkar akiss, gedik sket. hahah. lp? of kos Linkin Park. aku mmg gila2 pnya kipas susah mati LP. hahahaha. bg Lp adalah band terbaik aku, aku sgt2 suka lirik2 lagu mereka. mmg terbaik. malah, aku sgt2 suka itu vocalist nya, Chester Bennington. biarlah org kata mcm budak2 pon. aku takesah.

fuhhh. cerita pasal nama siket punya pjg lebar. ehh jap.ini last punye last. ngee

ade lg pasal nama. aku dah rancang nama utk anak2 aku nanti. ahak ahak..
kawen pon ntah tak tahu bila dan dgn sapa, dh berangan nama anak.

jika lelaki, aku suka nama Zariff Eszery. wuu wuu..kacak kan nama tu. jika pempuan aku suka Izza Medinna. Jangan curik k nama2 ni. hahaha. aku suka nama medinna lama dh, sejak aku jd guru tadika masa lpas SPM dulu. ada bdak nama Medinna, sgt comel dan manja. bukan sbb watak medina si fasha sendat dlm maya sutera, nyampah aku die pki nama tu. hahahah.

ok bye!

Monday, October 27, 2008

Ahad

aktiviti hari ahad pula.
bgun lewat. bgun utk brunch jam 12 tgh ar. online. makan utk lunch jam 4.00pm. tido..

malam. pergi nonton. Bangkok Dangerous. agak kool juga la this movie. kisah si pembunuh upahan. suka watak 'Kong' lakonan Shahkrit Yamnarm( pelakon Thai yg kachak). scene paling aku suka, time si Joe ( Nicholas Cage) nk carik ubat utk luka. tersenyum sorg2 aku tgk mcm mana pempuan Thai yg comel dan ayu, tp bisu..menerangkan preskripsi ubat. romantika aje.

heeee.
dan lg satu scene, masa Joe yg tgh melarikan diri dr polis, tiba2 merampas satu dslr nikon dr photographer (aku xpasti d80 ka...d300 ka) ber lens kan 70mm-300mm. die poyo2 snap pic. lpas tu, dia nak curik satu keta ni. tahu dia guna apa nk pecahkan cermin keta tersebut? dgn kamera itu. masa dia menghentak kamera itu pada cermin keta, secara spontan aku terjerit. "oi kamera aku!!" hahahha. yer..mmg aku mudah terkejut.

dan masa ending. masa Joe mengacukan pistol ke kepala sendiri..aku igt dia acah2..sekali..
BANGGGGG! terus tercampak bekas popcorn dr tangan aku.abis semua popcorn sepah2 atas aket. ahak ahak ahak. sory aket, aku mmg terkejut time tu.


ooops. tercerita ending dia hero dia mati plak. eh. korg kena tgk gak taw. leh tgk Nicolas Cage jd mat rempit dgn RXZ. ahak ahak. saya bg 4star utk filem ini!

*oh ya. happy deepavali kepada penduduk indians di msia.

ket konon2 dia yg wat beras kaler2 tu. haha

Saturday, October 25, 2008

I Feel Blue..

pagi sabtu. bgun lmbt seperti biasa. mlm td g terapi ( karaoke smpi lebam) di alamanda. di sbbkan kemalasan, jam 2 ptg bru gerak balik sh. alam. kami ke Metrojaya punya Jualan Gudang di Stadium Malawati, Shah Alam.

seperti biasa, sesak weh. aku rimas lah. panas, org ramai, tak cukup udara. suasana kurang seswai ngan tubuh badan aku. maka...nk beli brg pon cepat2.

sempat la aku sambar satu mascara, ( dh lame x bli since zmn student aku dulu) ya..mascara..mcm pelik je aku beli benda ni. bukan aku rajin pakai pon. mungkin sbb kalo beli rm22.90 di watsons, tp di sini hanya rm10.00, aku belasah ja. mascara bertajuk lash discovery by maybeline. satu2 nya mascara yg seswai utk aku...sbb brush dia kecik..seswai dgn mate aku yg kicik. heeee. dan beberapa liptick/lipgloss yg harga nya hanya rm10-rm15 cap revlon, maybeline d.l.l.

byk brg murah2 kt situ. tp, sesak2 ni buat aku rimas. phm2 aje la. so.. aku shopping mcm aku masuk amazing race...cepat cepat cepat!

hasilnya.

kalo myra ada mata biru, aku ada bulu mata biru.

aku salah pilih kaler mascara tersebut.


deyyym!

Friday, October 24, 2008

Oh Kekasih-Kekasih Ku.



1. Would you date someone who smokes?

hoh. most of my exes smokes. tahi btul. um..buley aje, jgn smoke dpan aku lah.aku elegik asap rokok. lemas wehh. tp kdg2 nmpk macho. mcm ini chester. hakhak





2. Would you date someone who was addicted to drugs?
no thanks. silap2 aku pon terjebak.

3. Would you date the same sex?
ewwwww. najis! tp kalo nak, aku suka Nasha Aziz, xpon Victoria Beckham pon oke gak. hahahah.

4. Whats your biggest turn off?
lelaki dgn kata2 manis dan puji2an, dan lelaki terlampau gelabah mengejar pempuan cantek.

5. Whats your biggest turn on, physically?

mata la. kemudian senyuman Dia yg mencairkan. kakakakak

6. Where would you go on the first date?
ikut dia lah. movie kot.

7. Most hurtful relationship?
oww. mls nk cite. Lelaki Bodoh Itu.

8. Ever regretted breaking up with someone?
nope...watpa nak nyesal.


9. Have you ever dated someone more than once?
tidak pernah.


10. Do you miss any of your exes?
ummm...jap. ada sorg ni dr Perak. agak rindu la. sbb dia oke. break sbb Mak die. mak dia kata aku terlalu baik utk dia. sebab ex aku ni saorang mat rempit( siyes xpnh merempit ngan die, kuar ngan keta ja oke) , dia juga pnah masuk lokap sekali. wadehel.

11. Whats your biggest turn on, NOT physically?
ummm.. mysterious guy. dan yg sukar di dekati, dan yang pendiam, dan sedikit pemalu. heeee.






12. Are you single now?

oh hell ya. anyone? hahah





13. What is the sweetest thing someone you dated did for you?
ummm..dia curik2 keta mak dia utk kuar ngan aku. sweet ka? hahahaha



14. Are you ready to get into a serious relationship right now?

rite now tak kot. maybe 2 3 bulan lg. aku xnk kapel main2. pasni terus kawen.aku mahu anak secomel Suri Cruise! siyes.







15. Do you like cuddling?
ohoho.

16. Do you hold grudges?
yupp. xbaik btul aku ni. once mase Lelaki Bodoh Itu tipu aku. kat 2 -3 tahun aku ignore die even ada sekali kami dok semeja makan, aku "invisible" kan dia. ahahahhaa. oh yes. smpi skg aku ignore die. babai. hahaha

17. Do you regret dating anyone?
yess, dgn Lelaki Bodoh Itu

18. Most important lesson you have learned from dating?
hoho. jgn terima seseorang itu atas sebab KASIHAN.


19. Are you happier single or in a relationship?
buat masa skg, single. mahu ruang utk diri sendiri.

20. What would make you break up with someone...no questions asked?
oww. latest, aku tgl kan dia sbb aku rasa aku menipu dia dan diri sendiri. aku xpernah syg kan dia pon, dulu terima dia sbb aku nak cover sdey masa break dgn bf aku b4 dia. jahatkan aku?


tp xla jahat sgt. ekceli aku plan bertunang pd 08.08.08 yg lepas, tp dgn sikap dia ni mcm haram, xnk jmpe mak aku dan acuh tak acuh. dan lg satu, konon ckap dh quit smoking, skali kantoi ngan aku. maka. nah. aku tgl terus.

21. How do you know when you are in love?
dua puluh empat jam dia dlm kepala aku. hak hak hak. dn lg satu. bila depan dpan dia, aku yg mulut lancang berkata2 ni akan jd gagap dan lost my words. wakakakak

22. Do you consider yourself shy?

ya. sy sgt shy taw. heee. aku igt lg masa g check up kt hospital ngan mak aku, doktor tu tanya aku mcm2 ...aku diam senyuuuum je. mak aku yg tlg jawap soklan2. dokter tu kate..."dia sangat shy laaaaa". hahahha. smpi skg, aku kalo ngan org xkenali aku sgtla pemalu. heeee. pemalu tapi garang. kakakakak

23. Would you rather date someone who was SUPER-hot or someone who was SUPER-nice?
supernice pls. xyah la nk hot2 poyo weh.

24. If someone cheated on you, would you take them back if you really loved them?

no thanks. PERGI MATI.



25. Do you currently want to date?

ummm..tak kot. depends ngan sape la.
tp kalo DUDA HOT ariel peterpan, aku on ja!





26. Thing that made you the happiest today?
dia marah aku lg sbb xpki kasut dlm opis? ahahahahahh

27. Would you ever date anyone your parents disapproved of?
pernah. tp xkemana la hubungan kami. isssk.



28. Would you date someone A LOT older or younger than you?
older. tp ekceli aku ade beberapa peminat yg younger dr aku.



29. Have you ever loved someone who did not love you back?

ADA! Chester Bennington. Marah btul aku, masa die divorced ngan Samantha, igt nak rujuk ngan aku. Ada ka patut pergi kawen ngan model magazine playboy si Talinda tu. Taguna punya lelaki. haakahakakhahakka.






35. What would you want guys to know about you?
1. my kamera is no.1.

2. sy garang.
3. sy suka bercakap.
4. sy suka pc dan online.
5. sy suka makan tomyam poktek.
6. sy suka jalan2.
7. sy jenis yg kurang sabar, semua nk cepat.
8. sy xmakan kerang

sekian. anda semua telah di 'tag'

Thursday, October 23, 2008

jurufoto gedik?

ahaahha.

seronok btul aku dgr berita ni. ada di kalangan sahabat2 baru di bahagian aku kurang senang dgn kehadiran aku sbg jurufoto pada jamuan hari raya yg lepas.

mereka aku kata aku gedik.

senyum =)

mungkin aku overexposed dan mesra dgn pegawai2 lelaki yg mereka minat kot?

aduh, kalo jurufoto tu seorang yg pemalu, dok diam2 kt hujung penjuru majlis tanpa bergedik2 nak amek gambar org...mana nak dpt hasil? kang di tuduh AJK Tidur.

gelak aje aku pagi ni.

oh, smlm Majlis Hari Raya KPDNHEP. Jika di peringkat kementerian, aku mmg xlayak lah.
Sbb kami ada jurufoto rasmi menteri Cik Nadila dengan senjata nya, D200.

So, aku sekadar amek gambar sendiri aje. Baru lah dinamakan gedik. photowhoring syok sendiri. hwehwhe.

kasihan pak menteri, nak makan pon sibuk wartawan interbiu.

kambing panggang.


negaraku dr kak ros. ahak ahak

gedik.gedik.gedik.gedik.gedik.gedik.

bdak2 umah aku kawan2 dari NRE. gedik kan?
terima kasih.
*senyum lagi.

Wednesday, October 22, 2008

Aku Tak Mahu Jadi Dewasa.

umur jangkau sudah 24tahun. kire dewasa sudah..

rasa menyampah dengan alam dewasa. masalah bersepah. konflik diri dtg dan pergi.

kerja, sahabat, keluarga, duit, kekasih, masa depan? persoalan yg aku xnak sampahkan.
semua org kena hadap walau suka ka tak suka. benci benci benci!

org selalu bilang hidup macam roda, ada masa di atas. ada masa di bawah.

aku sedang di bawah ni.
aku hilang semangat dalam diri.
mcm mana mahu pulih?
aku tak nak hari2 aku penuhi dengan senyuman gelak tawa palsu.

suka aku kepilkan gambar2 zaman kanak2, zaman sekolah aku.
hilang kejap masalah bila tgk.

"I DON'T WANT TO GROW UP!"

pose rock kangkang.hahaha

kaki besar ku.

bersama mama ku.

aku si merpati. heeeee

aku (kiri) bersama paksu dan kakak

kami 3 serangkai (aku kiri)

Sunday, October 19, 2008

Majlis Hari Raya BPGK, Putrajaya

sory kawan-kawan lambat post pasal jamuan raya itu hari.bukan apa. sibuk dgn kejadian macam2.

dipendekkan cerita, pada hari Jumaat 17102008 dari jam 10.00pagi bahagian kami mengadakan jamuan hari raya. majlis berjalan lancar, walaupun agak sesak, ada xdapat meja. tp xpalah..janji meriah nyaah. pak menteri dato'shahrir samad xdpt hadir. dato' ksu pon. xmengapalah.

aku ditugaskan sbg jurufoto rasmi, aku pkir2 mula2 mati lah aku kalau nak cover satu majlis sorg2. letih beb, nasib baik ade jurufoto backup, huhuhuh. bukan ape.. kalo aku sibuk amek gambar org..gambar aku xde lah nnti, mana aci weh! hahahha. nasib baik ada dorg..so aku leh main2 sket. kekekkee.

di sebabkan aku dh bekpes pg tersebut, aku xberapa nak makan masa jamuan ni, aku sibuk ke sana ke mari menge shoot tetamu. menu macam2 ada, nasi tomato, ayam itu ini, rendang, soto, laksa, sate..haih. mcm2 la. aku sempat amek curik membe punye sate 2 cucuk. heee. aku berkebaya hijau lumut, nmpk kecik. maka...bertubi2 la kawan2 tnya..kurus nya ko ni kis, sakit ke? hahaha. diam aje aku.

malas cerita pjg..terima kasih kepada ajk2 yg bertungkus lumus bekerja. juga kpd tetamu yg hadir bg memeriahkan majlis. juga ada yg request letak gmba dorg kt blog aku., tp xleh semua lah ye.. gambar2 rasmi sila buka k-ofis masing2. heeee.

naah.


hiasan di siling. santek bukeennnnn.

ini macam majlis kawen pulok. heee. barisan penyambut tetamu.
i fell in love with dj..dj! ooo..kenot guys.
he's a married man yg suka pngil aku Puan Balqis! hahha. btw tq Arm mengikuti blog aku!


anda knal beliau? bersama Tuan Roslan Mahayudin.

samseng ni. partner sengal aku si piyan wekk wekk!

kacau mr. dj buat keja. hahaha. ketat ja muka.

mai pilih mai pilih, yg mana anda suka?...hahahaha


miawwwww.. hahahhaha.
dorg tu raya deepavali, sbb tu xpakei bju melayu. wekkk.

aduh. byk pulak gambar nk upload, mcm mls.
lg gambar sila ke facebook aku. sekian dari sini melaporkan. =)

Susut.

gila aku ni. tadi bebel di entri previous sgt penat.
tapi lihat. jam 4.45am aku masih di depan pc.

wadehel is goin on heeyah! i donno. haha.

aku timbang berat badan. aku susut lagi.
kalo sebelum raya aku 54.5kg.

skrg 50 kg. kool bukaaan?

* kau sakit ke kis? ke diet?
(soklan wajib aku terima lately)


*bekpes jam 4.45pagi. nak sahur x boleh. aku period.

Salah Aku Ke?

hai. penatnya. ya aku penat hari ni.
macam2 kes jd hari ni. smlm pnye pnat xabis lg.
next entri aku akan citekan psal jamuan raya di opis. atas permintaan, suh letak gambar2 sepjg majlis. tp xleh semua la, yg lain utk kegunaan rasmi ja. heee.

malam td. pergi tonton wyg. jam 11.00 tiketnya. cite max payne. aku pnah main gamenye dlu masa zmn skola. tp.. jam 12.00mlm..aku keluar panggung. mengantuk dan serabut. aku xleh fokus pd cerita ni. sory kepada org yg belanja aku tgk filem ni. maka, xdak lah review utk filem ni. theehehehhe.

berbalik pd cerita penat. mental dan fizikal aku. rancangnya mahu beraya ke rumah kwn2 sekitar kl/selangor. tp kita manusia bukan? merancang saja mampu.

ari ni terpaksa pnjm keta dari kawan. di bagi pinjam Waja, kami tolak. kami amek saga lama warna biru laut. terasa kool la bwk keta lama. baru la terasa anak malaysia bila pakai keta sulung proton. hahahhaa. konon kool sgt la? tgk ape akibatnya.

dugaan pertama, hujan lebat tgh ari ni. aku ilek lg. lepas hujan, cuaca terik jam 2.00 petang. aircond ada keta ni, tp xleh pakai, rosak, macam haram. paness wehh panessss. dh la berbaju hitam. pulak lg masalah, xleh masuk gear 5?! ape ke jadahnya. aku dh xsabar. kak atma je la yg memandu. haih.

destinasi pertama berjaya dgn jayanya kami smpi, yakni ke rumah en.radzi. oke lah, makanan sdap2...aku tmbh dua kali. ade soto peberetku. air warna purple pon peberetku juge. heeeee.
plan nk ke umah bos aku lpas ni, tp xjd...dh jmpe kt sini, esok sajalah.

terus aku ajak kak atma ke rumah aku di sh.alam. kebetulan mak aku ada masak2 siket. alah, 15-20 minit, dkat je...aku pujuk kak atma. oke gerak. konon. 15-20minit. jalan jem di LDP. aku mcm dh nk muntah kepanasan, melayang la tudung. bygkan..hampir 1 jam perjalanan? wadehel? marahnya!

kami berhenti topup minyak di shell terletak 1 km dari umah aku. rm20 je dulu.
sampai rumah aku, perut masih kenyang. so dok sembang2 mkn kerepek2 je. pok pek pok pek..
dh nak senja, mintak diri balik. mak aku suh tgu dlu sbb kjap lg pacik aku nk dtg...tp sbb takot ape2 hal keta tu.. balik awl la kami.

oleh kerana kenyang, aku tapau je la nasik bwk balik. aku tapaw kan kak atma dan si Dia (ewah2) hahahha. kami janji jumpe di ktm serdang. baik hati aku ni kan?

ini lah hal nya. sampai kt parking. terus aku ternampak sesuatu yg x diingini.
kak atma menjerit : "aduh balqiiiiissss, xtutup ke td?"
kis : diam aje (dalam hati....aduuuh.. bukan pintu tangki myk xtutup, penutup yg kt dlm tu pon aku xpasang!)
kak atma : mcm mana ni? ape balqis pikir lg ni. angau lg? aduuuh. ada jual ka penutup tangki tu?
kis : ampun kaaaaak, xtahu cmne leh terlupa. heeee. xpe kite g tanya kdai.

terus aku ajak ke kedai aksesori keta berdekatan umah. segan btul nk masuk kedai ni. yelaa, dgn berkurung moden hitam mengerlip, heels lagi, aku rasa semua org dlm kedai pandang. xpe.. aku redah je. aku risau xjual benda alah ni, nasib baik ada. rm28.00 terbang utk kelegaan sementara.

dlm perjalanan balik, kami ikut simpang ke sri kembangan utk ke serdang. lg sekali. jalan sesak. bygkan, xsampai 500m kami terpaksa tgu 20minit xgerak2. kami patah balik, ikut putrajya. dah lewat ni. lg sekali tudung aku di campak ke seat blkg. panas! haih.

akhirnya. kami sampai di perhentian desa serdang. aku g toilet touch up balik (pki tdung balik la..xmekap pon tahu..heeee). aku kol si Dia ckap aku dh sampai. xsmpi 10 minit Dia smpi. sembang sat di situ, dia ajak minum2 lepak2 dulu. aku kata..xpela...aku igt nak gerak ke kl.pulak nanti sejuk lak nasik tu. lenkali je la minum2. oke. setel satu mslh.

nak balik. Dia suh follow Dia sbb kami xtaw nak u.turn katna.
maka. berlaku lah lg drama swasta. keta xleh start. aku mcm dh letih dgn dugaanNya.
Dalam hati aku menjerit. Ya Allah! tlg la aku kali ni je.. aku dh penaaaaat sgt!
Puas kak atma pulas kunci, xjugak hidup enjin. aku pon, konon terer..try start keta. kenot juge.
Dia dh usha pelik asal xgerak2. terus dtg kt kami, "kenapa?"
huhh.. kak atma dgn nada separuh menjerit.."kenapa ni xleh hidup pulaaaaak!"
godam punya godam, Dia kata bateri k.o.

Arrrrkkkkkkkkkkkk.. aku mase tu mcm nak fire sampai terbelah dua je keta ni.
tp aku kena kontrol ayu, hipokrit sket. maklumla, dpan Dia. hahhaha. aku senyum je, senyum palsu la kan. dlm hati marah marah marah nak mampus. maka, x pasal2 la Dia kena tolak keta bg enjin start. haih. kasihan Dia. tp okelah.. Dia tolak sorg2 pon keta leh gerak.. huyooo.. mcm Hulk. hahahhaha.
( sumpah kak iza, saya xrancang semua ini, bukan taktik kotor sy nak bermesra dgn Dia oke! )

pengalaman tanpa di rancang mesra bersama Dia tolak kereta : PRICELESS. hahaha

hilang terus mood raya aku. lupakan aja lah niat nk ke kl beraya. terus aku balik presint9.
tuan punya kereta sudah dimaki hamun oleh kak atma dlm telefon. singgah petronas..beli vitagen. nak makan pon penat. aku mahu mandi. bau badan dah serupa kambing. aku nk tidur.

kalau aku ultraman, aku punya lampu merah di dada dh berkelip2 nak mati.

tp sampai skg aku xleh tidor. asik terigt peristiwa siang hari.

aku nak salahkan sapa eh?keta tu ka? ke diri sendiri yg mcm hilang fokus??


renung2 kan laaah.


ini penat.. sgt penat otak dan badan.

Thursday, October 16, 2008

Ko Rileeekkks Je Kis!

lately, entri aku xbyk berkisah ttg aku. buat kata kawan. aku sedang mengalami konflik diri.
maka, aku xnak luahkan di sini sgt. takot dtg gila aku, terus delete account blog aku. tekanan. tekanan. oke..mls nk cite soal hati. biarkan aja. ayat penyedap : KO RILEKS JE KIS.

cuma aku sdg menyibuk2kan diri dgn kirja. bukan kerja ofis. kerja menangkap. photoshoot la. aku bukan jurufoto handalan. Tapi cukuplah utk suka2.

pagi esok, Jamuan Hari Raya BPGK, KPDNHEP. Neves gak aku, sbb tetamu ramai. Takot letih, aku mintak 2 org dari unit sebelah jd assistant. hahaha. Petang pula, utk Persatuan Silat Cekak. ( cekak pinggang) haha. Sabtu, openhouse bos aku. Aku nak gak pegi KAMIthegig tu. Nak gak kuar ngan Kwan. Aku nak gak pergi openhouse sana sini. Macam xkesampaian aja. Minggu depan, Ladies Nite Kementerian. Kerja menembak saje la aku.

Sibuk bukaaaan?

Elok untuk kau Kis.

Dan yang pasti, rakan serumah ada yg nak bertunang. tak sabar. teruja. sedih.
semua ada aku rasa.

sebenarnya aku nak kongsi beberapa pictos yg aku dpt dari emel. terkekek-kekek la bila tgk. Mungkin ada yg pernah tgk gambar signboard ni, lokasinya kalo tak silap di indonesa, tapasti la. Tp xpa la..saja2 utk berkongsi gelak. Nak menghiburkan hati yg lara. Oke semua. Baca betul-betuuuuul...


kahkahkah.

ekekekekkeke.

dan ini yg terbaik.. live one kali chaja? dem bahasa huruhara.


Gelak lg, gelak. Aku memang pandai berlakon.

Sunday, October 12, 2008

Aku Si Merpati, Kau Si Kucing.

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

--------------------

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi.. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala BEGITU PEMALU. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang SENTIASA RIANG. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. KEhadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah KETUA di dalam kumpulan teman-teman dan BIJAK MEMUJUK dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu MUDAH JATUH CINTA!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.


AKU MERPATI, SI RIANG RIA. KAU KUCING SI PEMALU.
AKU HARAP AKU AKAN JADI LEBIH BIJAK DALAM MEMUJUK KAU, WALAU KAU NI HOT TEMPER.


Bila KAMItheseries di Movie kan.

ekceli dah tgk movie ni pada mlm raye pertame . tp since aku sibuk kesana kemari (tp masih dibandar ini) beraya ke rumah sanak sedares, aku xsempat nak menulis. so, aku p tgk this KAMI the movie pada mlm raya pertama (rabu) di sunway pyramid, tiket jam 11.45malam!

agak kool bila jalan2 di pyramid mlm raye ni yela, dpt tgk anak2 muda berbaju melayu dan kurong pergi soping komplex. kool mata memandang. beberapa kali aku terserempak dgn satu group bdak lelaki, rambut agak messy, pjg2, emo2 siket...tp berbaju melayu hijau, biru,cekelat..menarik2 dan kachak2 belaka.. hihi.

aku igt bile booking tiket lewat, xla rmi sgt..skali, dlm panggung aku tgk hampir 90% seat penuh. dari pandangan mata aku, kebanyakan remaja berumur 16-20..aku antara kaum dewase lah yg menonton. hahhaha. turut join tgk movie ini adalah staff2 GSC yg melepak kt blkg...haha..curi tgk la tu!


semalam, seperti kena rasuk.. aku termakan ajakan kawan2 aku untuk tgk movie ni. for the 2nd time. bukan ape, bdak2 lain xtgk lg...aku sorg je yg advanced kan. so..bile mereka tnye..best ke? konpem la aku kate best! maka, dorg ajak tgk.. aku pon... oke aje. lunch time hari jumaat kami ke alamanda book tiket 4 orang (aku, farrah, wanie, dan cath) jam 12tghmlm. kenapa lewat? sbb cik farrah kepochi nk tgk ayat2 cinta kt tv3.

ada cerita agak geli hati. masa kami nk book tiket. ade 3 org student lelaki. aku nmpk student card *** University, Cyberjaya. Ya, konfem lelaki. Salah seorang pakai HOTPANTS. tapi kaki berbulu, seperti lelaki normal. dan juga tidak ketinggalan handbag wanita bersaiz bsar warna gold mengalahkan kami yg mmg wanita. sepanjang berbaris di blkg mereka...aku dah loya, dan beberapa kali nk tersembur gelak. farrah pulak dok siku2 aku. haha. aku bukan nak mengata, tp nak nasihat kepada rakyat Malaysia...tak kira lah lelaki ka.. wanita ka..cukurla bulu2 di kaki sebelum ditayangkan kepada umum. Siyes.. amat x cantek la!

walaupun KAMI kali ini lebih drama dari promote indie bands, ia tetap menarik penonton dtg, sbb walau dh ari ke-10 ditayangkan...dlm panggung smlm hampir 80% seat penuh.

bila di aku soal siasat rakan2 aku.. dorg benci dan sgt menyampah sgt kat Boy (sape lg, En. Zahiril Adzim), itu maknenye lakonan beliau amat berkesan, aku harap kt luar jgn terbawak2 kemenyampahan itu. heeee. bagi watak wanita, dorg suke Adii dan Lynn..watak Sophie pula kurang menonjol dan lakonan die mcm biase2 aje. dan yg pasti, si Abu...watak abu best! dan tahniah juge sbb rakan2 aku nangis mase ending filem ini. haha (ekceli aku dh nangis mase 1st time nonton).

So pas ni, aku harap dorg ni akan terus berlakon, bakat baru yg kenot di sia2 kan. Rosyam Nor boleh pencen lah. Fasya Sendat pon boleh beredar segera. Sbb aku dh mula bosan menonton drama.filem melayu, asik2 muka kau, dan si pembikin filem asik2 nak tiru filem omputeh.


* PS kepada rakan housemate :

aku xkira, aku nak gak g PD tmpt pokok yg cantek itu. boleh kita panjat2 dan camwhore kt situ. korg dh janji pas raya kan? =)


mak ko tahu ko keluar mlm2 ni? hahaha

Saturday, October 11, 2008

Waddehel !?

10.10.2008.

Jam 9.00pm, Filem Ayat-Ayat Cinta dimainkan di TV3.

Jam 9.15pm, Abis mandi, terus melepak dpan tv.

Jam 9.30pm, Rase mcm nak hantar msg pada seseorang, nak suruh tonton sama filem ini.

Aku pegang handphone. Write New Message. Diam merenung kotak message ruang kosong.
Aku tekan cancel. Lock Keypad. Xpayah la msg Dia. Sambung menonton. Caj handph
one.

Jam 9.35 pm,
New Text Message Received from S***** *****. Si Dia lah tu..

Agak terkesimah dan ada sedikit teruja bila terima msg tu. Kenapa ya?
Aku rasa aku dah menang kot, msg mlm ni adalah msg yg ke berapa aku tak pasti Dia hantar pada aku since cuti raya.
Sedangkan aku, mana ada igt kan dia. Aku xmsg dia langsung. Aku sibuk beraya.

Buat-buat sibuk.





kan best kalo aku boleh delete dan empty recycle bin benda alah ni?

Wednesday, October 8, 2008

What Does Raya Means For Akiss.

8 tahun dulu. Raya mmg di tunggu2 oleh aku. Walaupun umurku pd masa itu agak remaja bukan lg kanak2. Raya la masa nya nk enjoi btol. Tapi... itu dulu la... dulu....

Tahun 2001, tahun aku SPM. Tahun atuk dan nenek aku, meninggal. Atuk aku meninggal 28.02, di Tanah Suci Mekah. Nenek aku pula..meninggal 8 bulan selepas itu. Seminggu sebelum SPM. Maka, nikmat Raya seperti telah di ambil oleh Tuhan. Raya dah tak bawak maksud happy2 utk aku lagi.

Sebabnya.. masa mereka ada, seronok sgt bile balik kampung. Keluarga kami besar..maka, geng sepupu pon bsar la. Dari S'pore, Johor, Pahang, Perak, Seremban, KL, Selangor..bila semua balik, smpi xmuat rumah. Tido pon sepah2 ja. Haha. Seronok sgt bila ramai2 buat persiapan raye. Kaum macik2 akan masak2 kt halaman blkg umah, masak ketupat, rendang, mcm2 la...geng apak2...gotong royong bersihkan halaman. Kaum kanak2 (chait..kanak2 lg ke?) mcm aku ni mmg xde keja lain la. melepak sampai jam 3-4 pagi, bersembang, main sep2, main bunga api, main kejar2, merayap sana sini., curik2 keluar bwk keta apak...yela..zmn tu kami mane ada lesen.

kalo bab kuih raya, mak aku la tokey nya. die mmg rajin buat kuih raye. tart nenas, mazola, arab, kek ceklat, eeee...byk btol kuih raye mak aku buat. aku hanye tlg rasa dan komplen je. leceh la buat kuih ni. hahah. siyes aku ckap.. sampai umo aku mase tu 16 tahun..kire anak dara la kan...aku mmg pemalas nk ke dapur. liat benar bila mak aku panggil tlg potong bawang, potong sayur.. siang ikan lg la aku xpnah buat..sampai skang aku x reti2 buat kije siang menyiang ni. wekkk.. nak muntah. anyam ketupat? lg la fail! hahahhah.

mmg dari kecik aku xsuka buat keje2 mcm tu, kalo balik kg, aku lg suke lepak ngan kasen2 lelaki aku. yg aku paling rapat adalah kasen2 aku dr Seremban, Ammar, Amirul, dan Hafizi. Dorg ni mmg rapat dan manje ngan aku, mungkin sbb dorg xde kakak..sampai skg manje, tido sebantal ngan aku. hahaha. itula aku dulu, mcm jantan, ikot ja mane2 mereka merayap. yelaa..kalo kasen2 wanita nye plak asik dok dlm bilik je...main mekap2 pastu cerita psl bf masing2..boring aku. hahaha.

kemeriahan raya di kampung aku juge bertambah2 best sbb org xhenti2 berkunjung ke umah kami. jiran2, saudara mara, kawan2....tambahan pula, arwah atuk aku ni Tok Guru Mengaji kt kampung ni. so...anak2 murid atuk aku mmg ramai, dr golongan kanak2, remaja, org dewasa, mesti dtg umah beraye ke rumah kami...mmg selama 2 minggu lebih umah kami xhenti2 org dtg. sampai letih la melayan tetamu.. so bila raya...aku akan cuti skola smpi 2 minggu. kdg smpi terlebih...hahah...maka nya, bile ramai org dtg, "ramai" la duit raya aku. hahahha. sonoknyaaaa!

haih. tp skg ni. dh 7 tahun beraya di bandar, Shah Alam. apa yang ada? mcm entri aku sebelum ini, bukan aku nk belagak aku ni org bandar, aku ni asal kl ke hape. aku ni asal melake weh. cuma aku sedih sbnrnye. aku dh kehilangan suasana beraya mcm dulu. balik melaka pon...dh xde sape. raya aku dh jd hambar sgt. takat g beraye umah pacik2 macik2 sekitar kl, seremban...ape la yg bestnye raye di kawasan perumahan? nk memanjat2 pokok tabuleh, nak kejar ayam itek pon tade, nak main mercun pon takot2 jiran sound. sejak itu..kalo raye, kami akan berkumpul di umah abg mak aku di seremban. kdg2 tidor satu mlm kt sane. yela..kalo dh jumpe budak 3 orang ni...mmg x abis program kami. hehehe.

so, ade phm kenape aku xbrape excited bile cite psal raye? sbb raye ke xraye same je.
aku mmg sensitip dgr takbir raya. masa ptg selasa ari last puase itu ari...tiba2 ade takbir raya kt TV, aku trus trus stop makan, aku rase tersekat tekak aku ni nk telan makanan, trus aku ke bilik air menangis siket. sbb aku teringat kat arwah atuk nenek aku. aku mmg rapat dgn mereka. atuk dan nenek aku mmg terbaik doh. rindu sgt2 kt mereka. sidih..aku bukan xde kampung, aku dah xde kampung! nk ilangkan boring cuti lame2..aku akan buat aktiviti biase, tgk movies...karoke, berjlan2, online 24jam, amek gambar.

budak2 opis, kawan2 semua perli.."kis..mcm mane raye sh alam...ok?" tahi la! hahahah.
dorg gak selalu mengusik, "kis....kis mmg kena kawen la...carik yg ade kampung" lagi tahi!
aku boipen takdak. xde org nak. orang nak, aku tempis! kahkahkah.

so di sini, adela sedikit pictos mase raye. byk dgn kasen2 yg aku amat close dan aku sayangi.

*pssst..sory gamba kicik. nk tgk full version g kat fesbuk aku. temkiu.

Sunday, October 5, 2008

Baru.

saje2 try template bru. byk mase terluang cuti raya yg ramai ni.
maka, sampai pukol 5 pagi xtidor. mengadap bende alah ni. haha. bukan ape..mcm jeles tgk org len pnye comel2, En.Zahiril Adzim dh offer die pnye layout...tp mcm malu pulak nk amek hasil kerja org, theehehhe...

maka, aku pon coba2 la search google template2 yg menarik. byk...tp ade je yg xkena. aku jmpe satu website ni, ekceli aku amek code dr web ni, tp aku edit sane2 sini secukop rase aku..hihhi. cuma skg aku xreti nk buang credit kt bwh page aku ni. anyone tlg bantu?
ini bentuk asalnya : http://blog.randomnessf1.com/2008/08/template-renewed.html

um...link blog kawan2, byk lg aku x add..lupa nk save yg lame. aku akan add slowly orait! aku rase blog aku ni agak gurlish. dan lagi satu..same kaler ngan baju raye aku tahun ni. hahhaha. nnti2 aku ltak gamba bju raye aku ehhhh.

oh ya. i want to share dgn korg satu pic. sebuah payung, dalam masa yg same ia akan menjadi penyapu. so, aku namakan dia penyayung! oke tak? aku jmpe di lowyat ptg td. hahhaha. rakyat malaysia mmg kreatif. maka..sediakan penyapu sebelum hujan? haha. abaikan.


Thursday, October 2, 2008

Nota Si Peraya Tak Berkampung.

+bangun pagi, makan.

+pergi raye umah datuk sedare @ bandar country home
- kawasan perumahan.

+pergi raye umah pakcik @ tmn. cheras perdana.
- kawasan perumahan lagi..

+pergi raye umah makcik @ bdr.tun razak
- kawasan perumahan...again..


+malam. jalan2 di pyramid, tgk wyg KAMI
- good film. aku suka Boy. (Zahiril Adzim)

+esok, hari raye kedua. ke seremban. taman rasah jaya.

.......................................taman perumahan.

..............takde kampung.

......fak!