instagram akiss

Wednesday, December 31, 2008

Tahun Ini Dalam Sejarah

AWAL
-housemate kami, dyg mazlin kawen, terus berpindah ke pd. nana join kami.
-kak atma masuk unit
-kamera digital rosak, shot terakhir masa deting di bagan lalang


PERTENGAHAN
-terjumpa kawan2 sekolah rendah di friendster, tp smpi skg x reunion lg
-i am single - klash
-kelahiran Ahmad Nikon
-1st time ke pantai timur, tganu, utk kursus. avril dtg masa ni. sbb tu xpat g!
-MIFC 2008, bunge api. byk kenangan pahit manis
-pindah rumah dari tingkat 12 ke tingkat 8, turun takhta. haha
-masuk KRB utk hari kemerdekaan ke-51
-dah confirm kije, oh yea!


HUJUNG
-bulan puasa yg amat indah
-hilang wallet kesygn masa shopping raya
-di hospitalkan pada tarikh keramat
-raya mcm biasa, penuh aktiviti tgk wyg sahaja. dan balik nogori .
-ke pd dan penang 2 minggu berturut.
-farrah bertunang
-rabia, aburn, syarinas kawen.
-eksiden depan MOF
-lari dari umah masa raya haji
-amirul ke penang

-supi cuti sem, abis sem hujung disember.
-keje menimbun!

ini yang aku ingat buat masa ni, nanti aku tokok tambah kendian.

dan yg paling aku ingat skg...keje menimbun!!
*aku sedang kumpul gambar2 sepanjang 2008. tunggu dis weekend okayyy.

Tuesday, December 30, 2008

Aku Mahu Pulaaaang..

hai.. semalam saya pergi antar adik saye si cupi pulang ke uitm beliau. ( ayat ni, cupi yg suh tulis dlm belog aku..hahaha). sambil2 tu, kami jalan2 ke lumut dan teluk batik *x mandi..sbb dah lewat hehe).

1st time sampai ke lumut, eh silap. ekceli 2nd time. tp masa mula2 dulu masa kicik, masa tu ngan paksu, arwah atuk, ayah dan sepupu ku ammar ke pulau pangkor. mase tu gak 1st time naik feri. sgt teruja bila dok tepi tingkap sambil menyuakan muka ke percikan air masin. hehe.

tp, semalam x naik feri pon, jln2 kt situ je, sbb x plan apa2 pon, lagipon cupi dah start klas ari ni. humm. syok kt sini.

ada view santek :

di jeti lumut
ada makanan yang banyaaaak :

(gambar kiri sekali, nakal betul budak lelaki tu kan?)

dan kadar parking 0.30 posen sejam!

0.60 sen. terima kasih!

hehhe. singgah di pantai teluk batik. ramai gak. dan macam x percaya, cantek la laut die! bersih je. adik aku dah tergoda...mcm nak terjun. hehe. tp xde bawak baju kan, semua dh di hantar ke asrama. so..usha dr jauh je. menarik!

perut lapar. pelampung dah nampak mcm donut2 yang sedap.erkk

jam 5 ++ bertolak balik ke shah alam.

haha. ingat kami dah sesat sapa ke kelate. hakhakhak

jalan jem sapu pada roti. aku tidur tanpa segan silu. terjaga bila kamera jatuh dari atas riba. haha. sebenarnya sakit hati. jem lagi! sambung makan. sampai umah, on9 kejap je. tidor.

xpergi kerja hari ni. adeh.

more pics : fesbuk sy, frenster sy, flickr sy. tq.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maah Hijrah 1430

Dari Ibn Mas'ud :

"Perkara paling sedih saat tahun baru ialah, UMUR MENINGKAT tetapi amalannya tidak.."

Muhasabahlah.

Salam Maal Hijrah 1430 kepada kawan-kawan pembaca muslimin dan muslimat. Saya mengucapkan semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada ISLAM, dimurahkan rezeki dengan RAHMATNYA dan sentiasa dalam KEREDHAANNYA...

Kepada diri sendiri : mahu jadi INSAN yang lebih baik.

aminnn..

Donat-ello

this is good. sooooo good. (makan donut dengan sudu = very sopan)

very good, eat a lot of donuts is not making me fat. (lihat pinggang kuuuu..ramping kaaaaan? tapi muka bulat just like donut.)
check out their website, http://www.jcodonuts.com... damn comel.

this is not good.
my brother just bought a new shoes. (nama belog hannani)

and i am so jealous.

Lagi Wedding Rakan.

ya, lagi sorang kawan aku kawen hujung 2008. Puan Syarinas. klasmate masa di penang. kawan bergosip, even x brape rapat..di sebabkan dia sendiri jemput dan ajak dtg...sampai juga aku di Kampung Melayu Ampang.

mula2 mmg xnak g, aku piyet, hari kedua lak tu, sakit perut macam nak bersalin, dan sangat heavy metal piyet aku hari ni. padan muka, sapa suh belasah air sirap ais banyak2 kat kenduri ni. sedap betul sirap orang kawen kan? hehhehe.

so, badan letih, muka dah macam belacan, pengantin lelaki masuk berarak dengan kompang, aku pon pon berarak pulang dengan kompang. hehe. beberapa gambar yang di ambil oleh orang sakit.. sekian.

bila joyah-joyah berjumpa.

aku taktahu apa motif abg 2 org pakai baju putih ni dok depan2 aku.
aku taw la aku pendek. huwwww.

eh, apes! muka pengantin lelaki ni mcm ko lah.
ingat abg ko kawen ngan kwn aku. eh, ko ade abg ke?

Hannani kasik Tag

Nama ‘Timang-timangan’ anda oleh yang tersayang?

* Commercial name : Akiss Ferrero/ Akiss Bennito
* Girlfriends : kis, akis
* Kawan Sekolah Rendah : COOKIES, bakis
* Kawan Sekolah Menengah: JIJAH
* Kawan Universiti: kis/ CICAK
* Lecturer / Cikgu: Balqis
* Anak-anak buah : blum ada anak buah-buahan.

* Mak : angah
* Apak : angah

Anda seorang yang...

1. KEKUATAN AKU

bijak dan mulut manis.

2. KELEMAHAN AKU
pelupa, tidak terurus, clumsy, tidak boleh di ajar @ ditegur, hot temper, garang, pemalas, kurang sabar.

3. Describe apa membuatkan dia terlalu istimewa dimata anda...
sapa kah 'Dia' ? hahaha. xde yg istimewa psl die. ntah ntah ntah.

Makanan & Minuman favourite anda :

fries Mekdi
,
tom yam pok tey
dan
vitagen
. cukup bagus!






4. Favourite colour
kaler blog aku.

5. Favourite song
karma police - radiohead, etc

6. Siapa yg selalu membuatkan anda tergelak
pelawak.

7. Sikap yg membuatkan anda stress
cepat marah, marah lagi, dan marah. tak tentu pasal.

8. 3 benda yg mesti ada dlm bag anda
hp, duit, tisu

9. Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?
2 minggu lepas. sebab....sebaaab...susahnya nak express kan di sini. err bila dia bgtaw Dia kenaaaa.. ish. simpan dulu cerita ni. sedih amat bila tgk cara Dia bgtahu, dengan cara sedih..macam paham2 apa reaksi aku.

10. Perkara yg paling lucu atau memalukan dlm hidup anda
errr. byk. jatuh kerusi dlm kelas? ade sekali, masa form 5.

Tag rakan anda
.errr. sape2 yg rase soklan ni menarik.

xde mood. xde mood sgt. period.

Friday, December 26, 2008

Mamak! Teh Tarik Onnu !!

panic at the mamak village.


kisah minggu lepas, gambar hari ini. hehhehe. teh tarik adelah peberet anda? tidak lagi bagi aku. since aku sedar perut aku mmg elegik dengan minuman lemak ber'kwwwim' (berkrim) ini.

aku mula sedar ke'elegik'an aku pada teh tarik sejak bekerja sementara (sementara = hampir dua tahun) di klinik selepas tamat diploma. tiap aku order pakej bekpes peberet aku yakni roti kosong dan teh tarik kaw kaw, aku akan jadi pelanggan setia toilet pada jam berikutnya.


mula2 aku tak sedar punca aku sakit perut memulas. lama-lama..aku wat eksperimen, order air teh tarik saje. sah, mmg sah. mmg xleh. kenot go. sejak itu..hampir 2-3 tahun aku mmg elak order air tersebut.


akan tetapi, minggu lepas, masa minum petang bersama keluarga, mak aku hidangkan air tersebut. (ayat skema). mula aku nak join, tapi x jd. alasan, "alaaa.. teh tarik ke, sakit perut angah nnti maaaak". sambil menjeling adik aku yg sedap melayan biskut lemak cicah teh tarik. aku dah tergoda.

aku test seteguk.


alamak. sedap pulak. mak yg buat kan? mmg layan. sampai 2 mug lebih. banyak ml gak tu.

akhirnya, jam belum pukul 8. aku lah pelanggan tetap toilet rumah, kelua-masuk-keluar masuk. kalo kena bayar dengan syiling 30 sen, ade la dalam 3-4 ringgit kena caj. losen mustajab pati halia aku sapu ntah brape lapis ke perut aku. sakit weh! rasanya mcm mana nak tahu? macam ada baby kembar dalam perut sedang buat renang berirama. nak duduk xleh, baring kenot. aku tido awal, sebelum jam 11 mlm aku dah terbaring, keletihan kerja keras di toilet. hahahha. fengotor la kau ni akis!

sebab tu kalau ade yg perasan, kalo aku kat umah, mana2 jamuan, event, atau apa2 majlis makan aku prefer kopi o. ish. mmg feveret dari kecil! siyes, aku ada byk stok kopi 434 segera yg paket2 tu kat opis aku, yg selalu aku bancuh minum petang. heehehhe. mcm orang tua.


dan isunya di sini, aku ada terima emel, bahawasanya, kopi ni boleh mengecutkan payudara. hahah. ini ayat pertama artikel tersebut :

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

hahhaa. tiba- tiba aku rasa tergugat. hahahah. korang carik la sendiri artikel penuhnya.


dan aku pula, tak taw nak minum air apa utk minum petang aku pas ni. milo campur nestum jawapnya.


*onnu = satu

Thursday, December 25, 2008

Babai Amirul!

kami g seremban mlm td. rumah pakcik oke, pakcik. bukan paksss wesss oke? kasen kami, amirul @ miyul dpt futher kt uitm penang. so, sebelum die bertolak..nak la jumpe die.

*oh ya. perkara bodoh aku buat. SD card utk kamera aku tertinggal, dh sampai highway baru tingat. so, kamera aku ni aku bawak sekadar perhiasan! arhh! terpaksa pakai hp je!

sampai dalam kul 10 lebeh. mula-mula open table dengan vitagen kat umah. bergelak ketawa kakaka kikikiki kukukuku kekekekkekeke sampai muntah. ya. kami mmg rapat sejak baby. hehe.

percubaan pki flash dan tanpa flash. hasilnya, belah kanan. hanya gigi kelihatan. wakakkaka

jam dah 11 mlm ++ . paham2 jelah, mak dan makcik dan nak tdo. dah la buat bising je kami. so, mintak izin jalan2 carik pasal kt luar. hee. kata kat mak masing2, "alaa..gi kat2 sini je maaak". sedangkan, dh sampai ke senawang. hehehhehe. pergi makan..makan dan makan.

*kat meja sebelah ade mat rempit pakai topi santa claus. sangat bodoh. nak muntah.

pas makan makan makan dan berkakkakak kikikiki kukuku, kami igt nak ber'karok2'. memandangkan jam
dan 2 lbeh pagi, xbyk pusat karok bkak, seb baik ade satu, rm20 12 lagu.

seb baik la 12 lagu je, sbb songlist sgt xbest. siket sgt. lagu ntah2 ape2. hahahah. kami telah mempersembahkan sebuah lagu dari band kegemaran kami sejak kecil, senario. wahahhaha. sila tonton video jika ade masa..





sory, kualiti kureng, kami xdak video cam
hehehhe..tekan butang STOP kalo rasa annoying ngan vid ni. hehhe. btw, banyak nasihat utk ko dlm lagu ni miyul. heee. layan video sbnr mereka di http://www.youtube.com/watch?v=kUn3QaCta_4


dah rosakkan tekak dengan 12 lagu, tak bercadang nak balik lg. jam 2.45. jalan2 lagi. melawat malaysia, dataran seremban la, era walk la. mcm2 je.
dan paling best, tmpt faveret kami sejak dulu. taman AST, sape dok area sini tahu la apa ada dengan taman AST. hahaha. utk sapa yg tak tahu, sini la pusat Mak Nyah. haha. kekeke. xde kije, meng 'piiwit-piwit' je kije kami. kahkah.

jam dah 3 lbeh, baru sedar diri nak balik. sampai umah. jam 4 ade jangan pdg blkg, konon nak layan ramai2, sekali, xsampai separuh cita, tanpa pdg kiri kanan depan belakang, tdo bersepah di ruang tamu. heee.

so, pagi tadi, dorg bertolak ke png. igt nak ikut, tp mcm letih la plak..balik hari kan. xsempat nak amek gambar last before bertolak, sebab macam adegan jejak kasih. ya, adegan air mata. sedih gak, maklumla...xpernah hidup jauh kan. penang lak tu.

miyul menangis je bila aku bg kata2 nasihat. aku cakap, mula2 mmg ko kena kejutan budaya sket, mmg mula sedih sbb famili jauh, slowly ko akan biasa nanti. tgk mcm aku dulu, 2-3 hari menangis la..haa.. pastu dah jumpa geng satu kapla..xigt asal usul dah. hehhehe. takpe2, ko oke, kak kis tahu ko boleh, jaga diri.

kata2 semangat aku di tokok tambah oleh mak aku :

" jgn jd mcm kak kis ko, bila loan masuk hilang berita, xtaw dah lepas ke mana ntah"
"a ah, bila tgh2 sem, baru la nak msg mak, 'mak, bank in duit eh, duit mkn pon xde dah
(ayat cair hati)'"

aku buat-buat tak dengar. la la la la la la la la.


gambarlama. uuu..agak sidih. babai amirul.

Wednesday, December 24, 2008

Kod Merah

-update laporan bayaran yuran BAKA,
-update log latihan
-update cuti tahunan
-jadual pasukan pemandu kenderaan, logistik
-laporan perhimpunan mingguan.
-laporan SKT
-perintah-perintah menjual barang rampasan ke cawangan

semua kerja terkandas, sebab perlu approval dari encik bos.
encik bos cuti sampai minggu depan, alah...alang2..biar sampai tahun depan!

marah.

"haiiii...tak rehat ke?"
"dah, baru naik"
"bila nk kuar lagi ni? karoke ke...."
"bila nak?"
"esok eh, malam ni sy ade keje"
"esok? saya pergi seremban, rumah pakcik"
"laa...rumah sape pulaaak??" tone suara berubah.
"rumah pakciiiiiik"
"rumah pakcik ker....rumah pakss.....wesss" * tukar tone suara yg lebih tinggi, jeling dan terus blah.
"pakcik la, ingat macam awak ke, ramai je makkk wessss !!??!" nada tinggi jugak.
"mana ade!" suara sayup-sayup. jauh dah.
"diam ah!!" gerak mulut sahaja.mengetap gigi.

marah.

baju raya. rm2++. baru pakai sekali. ade muncul tompok2 hitam, rendam 3 hari 3 malam. masih tak hilang. ape namanya? tahi lalat? laa..kat baju pon ade tumbuh? aku ingat kat muka je. arghhh!!!

marah nyaa!

Tuesday, December 23, 2008

Fikiranku.

itu aku..
perbezaaan :
- 2 tahun yang lepas masa ni, i am not single, sekarang i am.
- 2 tahun yang lepas masa ni, tgh makan kat kedai makan feveret. sekarang kedai tu dh tutup.
- 2 tahun yang lepas masa ni, kasut wajib pakai, sekarang masih ada, guna bila perlu.
*xde maksud tersirat. sangat straight to the point. xberkias-kias. kebetulan, teringat akaun photobucket, jumpa gambar lama, yang menggambarkan aku sekarang.

Monday, December 22, 2008

Isnin Yang Sangat Biru..

-update laporan bayaran yuran BAKA
-update log latihan
-update cuti tahunan
-perintah-perintah menjual barang rampasan ke cawangan
-jadual pasukan pemandu kenderaan, logistik
-laporan perhimpunan mingguan.

banyak nye kije sampai aku dah stop. aku xtaw nak buat mana satu dah.
ape yg aku tahu buat skg? ape lg. update blog. hihihi.


gambar ihsan dari : =)

berita kurang manis. laila's lounge konfem sudah, berpecah. semalam adalah last show mereka. aku baru dapat tahu selepas men'check-out' myspace dorg semalam. tu la, aku dah lama x on myspace, tu yg jadi katak bawah tempurung.

haih..di sebabkan hadi tuu, nak futher. oh hadi pengecat bintangku...mengapaaaa!!??. heeee. umm. xnak komen lebih. tapi siyes, aku mmg sangat meng'adore' mereka. tolonglah, jgn berpecah. carik la vox lain, tapi nak sore sejibik cam hadi gak..tak kira tak kira! haha.

cadangan : cuba layan warm cherry house sambil memandu di tepi laut. ala..paling koman pon, kat highway pon sudah memadai. layaaaan.


more info : http://lailaslounge.org/music/ dan http://www.myspace.com/lailaslounge


eh!


kije banyak kije banyak kije banyak kije banyak! buat kerja !!

Sunday, December 21, 2008

Notebook

aku ade tabiat, umm..tabiat ke hobi eh nak panggil? apepe je la kan. dari sekolah aku ada tabiat/hobi suka beli notebook. (bukan sedara laptop tu)

kalo pergi giant/carrefour/mana-mana kedai buku..ini lah kerja aku. carik notebook comel2, konon2 nak buat nota kecik. konon la, konon. sedangkan tak guna pon. sayang, sebab kertas die cantik sgt...nk conteng2 pon rasa macam tak sanggup. kikikiki.

dulu masa sekolah aku suka kumpul notebook winnie the pooh, bukan takat notebook, segala benda yg ditampal dengan pooh ni akan menarik perhatian aku. hehe. aku tak suka hello kitty, sebab terlalu pinky..hehe.oh ya. maksud 'masa sekolah' adalah masa sekolah MENENGAH bukan sekolah rendah. ye. sangat ke'anak'2an.

nak cite benda lain ekceli. semalam ke carrefour, teman adik aku g carik stationeries, minggu depan dh start semester baru. hehe.

kool. insufficient memory.

oh yg ni. what's up? comel je buku tu. ye, buku tu.

dan, errr. perosak mood aku nak beli notebook. mawi.
asik2 muka dia, tak tgk astro pon jumpe gak.


ekceli aku suke mawi, dulu lah, dulu. tapi sejak ngan ekin ni, aku xberapa nak suka.
dan, aku rasa astro ni mmg memanipulasi dia sgt la, mmg tahu nak carik untung je! perkahwinan dorg pon nak dijual. sms la, ape la.

x rimas ke die ? tgh sembahyang pon dorg nk shoot gak? adeh. aku rasa dorg berdua ni dilayan mengalahkan anak raja. lihat aja masa dorg kursus kawen, bukan main spesel layanan dan meja pon spesel. bkan ape, org lain pon bayar beb. persiapan kahwen? xyah cakap la ntah berapa ratus ribu berabis. baju nikah je dah 18k? adoila. orang ada duit kan.

cuma aku harap semoga kekal ke anak cucu lah, kalo x rugi pelaburan yg ko dah buat En.Asmawi Ani. =)

*ish..keluar tajuk betul aku ni kan?

Lagi-Lagi Tag

tag yang boleh buat korang muntah ramai-ramai. wekkkhhhh.

7 Ciri Lelaki/Wanita Idaman Saya..
*idaman wehh, idaman. nak dapat tu ntah bila la kan.

1. wajib seorang lelaki.
2. mata tak sakit dipandang. xyah la kacak2 sgt, takut hati sakit asik di'usha' pempuan lain. hee.
3. mysterious. i laik lelaki yg sukar didekati. dan buat kite tertanya2, dan nak tau pasal dia. i dun laik lelaki yg overexpose. heeee.

4. pendiam. ish. lelaki mulut kepoh dan becok, korg suka?
5. dapat paham aku. terima aku. yg penting kemistri antara kami.
6. umm..yg boleh bawak aku jalan2, aku tak suka dok umah kan?
7. BOLEH MEMASAK!!!

7 Wanita/Lelaki yang pernah saya minati...


1. jeff hardy - masa die muda2, skg dh gemok, kurang menarik. tp, smpi skg password aku guna nama dia. hahahaha.
2. ariel peterpan - bg aku, ariel ni kachak sgt, aku suka bila die kerut2 dahi dan mengecilkan mata. uuuuuu.
3. chester bennington - abang lp, yg makin tua.
4. budak kelas sebelah
5. abang bujang tingkat 1, masa form 2. bapak ensem macam Beckham!
6. billy martin (GC)
7. abg kat kedai ruffey midvalley.

7 perasaan sekiranya keluar dengan orang yang diminati...

*thehehehee. yg ni soklan paling menarik.

1. asik bertukar2 baju masa nk siap. pastu sibuk tanya, ok tak baju ni? kendian tukar lagi.
2. beradap sopan.
3. gelak versi hihihi, bukan kekekke atau kah kah kah kah
4. makanan di order x abis dengan alasan, "pedas sgt la awk". die jawab "yer? nak sy order lain?"
5. jam pukul 2-3 pagi. "awk, xpe ke lepak ni, boring tak?" aku, "ishh..xpela...ilek arr"

6. di awang-awangan. berangan sampai senyum sorang-sorang.
7. balik umah. ulang no.6.

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama orang yang tersayang.

1. seoul, korea
2. paris
3. mabul island, sabah. cantek btul laut die...takyah g jauh2.
4.....
5....
6.....
7. ish. kalo dah dengan tersayang ke mana pon best.

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin dihadiahkan buat org tersayang..


1. hasil kreatif aku spt gambar kami yg aku edit comel beserta lagu feveret kami. hahahhaa. jiweng
2. cd band yg dia minati

3. makanan yg dimasak oleh aku, istimewa ape?? haha
4.
5.
6.
7. i'll give my life, my heart, my soul. hahah. cukup dah kot.


7 Lagu yang akan anda nyanyikan untuk orang tersayang...

*yang ni pon best. nak kena belajar gitar/piano ni.

1. i'll be there for you - bon jovi
2. blind - lifehouse (a song for Si Dia, eh..tersayang ke?)
3. always - blink 182
4. underneath it all - gwen stefani
5. itu aku - s07
6. i'll be - edwin mccain (ish..syok nya lgu ni!)
7. kiss me - sixpence none the richer (awww..kalo dah jadi laki)


7 mereka yang di tag
1. nani k
2. zunita awan danya
3. e-zul
4. apes
5. jimmy
6. teaser kanser
7. ming ming

* ada ciri-ciri seperti di atas? isi borang beserta gambar ukuran passport ke emel saya. kakakakakaka

Saturday, December 20, 2008

Tugasan Tag

TAG DARI TEASER KANSER.

1) bekas kekasih aku adalah..
digital kamera ben-q. last deting di bagan lalang. klash sebab dia mati secara tiba2, malas nk bawak ke hospital. sebab masa tu dah lama menaruh hati pada yg lebih kachak, a nikon dslr.

2) aku sedang mendengar.
karma police - radiohead

3) mungkin aku patut..
mandi. dah pukol 12.37 tghari.

4) aku suka belajar..
biology. my fav subjek ever.

5) sahabat baik aku adalah..
my lovely housemates.

6) aku tak paham..
kenapa pokok kat putrajaya di insurans kan. ye, masih x paham.

7) aku kehilangan..
rm200 semalam, hilang dari pandangan, ke dalam peti cashier sekitar sungei wang dan b.t.square.

8) ramai yg berkata..
aku ni degil.

9) makna nama aku ialah..
balqis? utk keterangan lanjut, ON BALQIS!

10) cinta tu adalah..
L.O.V.E

11) di suatu tempat..
eh?

12) aku akan cuba..
kurangkan saiz peha aku.

13) makna SELAMANYA ialah..
forever

14) henpon aku..
sony ericsson W810i. hehe

15) aku paling meluat..
dengan kerang.

16) bila aku bangun dr tidur..
aku buang tahi mata di depan cermin.

17) party adalah..
parti politik, yaa!

18) haiwan yg paling cute..
kucin! anak ikan!

19) peringkat umo yg paling menyeronokkan..
peringkat bayi.

20) hari ini aku rasa sgt tension sbb..
sebab..haih..xmuat seluar size M.

21) mlm ini aku akan cuba..
umm.. tak akan mencuba.

22) aku btl2 inginkan..
jadi kaya.

23) bila tgk muka kt cermin pg td..
owwwh.. rambut ku masih comel dengan burgundy. ha?

24) shopping kompleks adalah..
tmpt shopping yg akan mengkompleks kan pikiran.

25) makanan segera biasanya..
french fries dari mekdi dan donut big apple!!

26) ayat2 terakhir anda kata pd org...
big apple ade baru bkak kat alamanda la!

27) nk pnjgkn tag ni?
ya. mungkin

28) mata aku..
berkaca.

29) aku nk tag..
kau?

30) any last words?
famous!

TAG DARI AWANDANYA

Letter MEME.

Dear AwanDanya,

I don't really know how to tell you this, but The mafia wants you . I think I realized it When we skinny dipped, In your camping car and I saw you Sit on My Kid Rock-collection. I'm sure you're Middle-class enough to understand That I did a sex-change. I'm returning The pictures from LA to you, but I'll keep Your photo as a memory. You should also know that I Get sick when I think of Eggplant-fetishism .

Fuck off now,
-akiss-

*kenapa nama surat ni MEME? tak suka tak suka. haha

Friday, December 19, 2008

Hysteria - Muse

malam tadi kami tgk wyg, kt alamanda la, mane lg.
Histeria, tiket wayang 11.15 malam. yer, malam jumaat.
aku yang cabar dorg tgk.. "wehh..ade beran?? malam ni kite tgk histeria, amek midnite oke???"
utk keseraman, kengerian, ketakutan yg lebih umpph!

kuar wayang.

"ek eleh, xde lah seram mane"
"ntah, tak real langsung hantu tu, asik2 pki baju putih"
"tu la...aku igt takut sangat la, rugi duit aku je!!"
"aku gelak2 je tadi, lawok lawok, tak seram langsung!"
"jom tgk lagi, takpon, kite carik cd die nnti"
"a'ah, leh tgk berulang2 kt umah!"

tipu. tipu belaka.

penghuni rumah aku semua penakut2. aku pon tak terkecuali. slot drama seram2 setiap khamis jam 9.30 mlm..xpernah kami ramai2 tonton. ape lg cerita2 hantu thai, indon, dan sebagainya.

ada insiden seram pernah berlaku.

masa tu siri anak pontianak, cuba sekali tgk. sbb L kate tak seram pon. antu tak real.
so..masing2 cuba2 la layan.

aku ngan L baring santai atas carpet. F atas kerusi. belah kanan aku. C, atas kerusi atas kepala aku. tiba2. ada satu scene, bunyi mengilai.

kiiiiiiiikikikkikikiki( cmtu eh mengilai?)

ape lagi, aAAAAaAAAAaaaaAAAAaa!
jerit ramai2. aku rasa satu blok dengar.

dan-dan tu F yg dari atas sofa, meloncat atas aku. yang si C ke arah L. berpelukan ketakutan.
aku xsempat nak elak sebab masih terkejut dengan hilai'an si pontianak.
bayangkan seorang wanita dewasa jatuh macam nangka busuk jatuh atas korang??

sedangkan hantu xkuar pon. over kan?
terus aku mengarahkan tukar channel, kalau tak nnti ade gak mengalami kecederaan lebih serius.

so malam ni, cadangnya nak tgk la filem histeria ni. cadangnya la, tak tau jadi kenyataan ke tak. aku takut kami mencederakan orang yg bersalah di pawagam nanti.

teringat aku masa tgk jgn pdg blkg, masa tu kene cabar ngan kakak aku. kakak aku ni berani siket, semua movie seram die nak tgk. oleh sebab kena cabar, aku g gak. lg pon masa tu dorang banje aku. aku tgk, tapi, aku tutup muka aku ngan kain tudung aku, telinga aku sumbatkan ngan tisu.

aku cuma melihat dan mendengar secara samar-samar dengan kadar rata paling minima!

lepas azab.

Wednesday, December 17, 2008

Kasar..

gambar secara rasmi xde kena mengena dengan entri.
tengahari selepas ke Pasar Tani dengan kawan, tanpa payung. panas weh, panas! beli makanan dan minuman xsampai rm10.00, jalan laju.

sampai depan lif aras G.
tekan butang, going ^up. lambat btul, petunjuk aras semua asik, 7, 11, 13, 9, 6.

"haihhhh..panasnyaaa..lembap btul lif niiii, g lah naik tangga.." arahan bodoh, tekan-tekan butang ^, lagi dan lagi..

2 minit, xsampai lagi....

menyepak pintu lif, dushhh! saat yang sama pintu lif terbuka "tingggg!!.

"adehh..." dalam hati, menggigit bibir bawah. pengguna lif usha pekat.

"hisshh, teruk betul!! " kawan menggelengkan kepala, menjeling tajam.

*gelak masin*
jangan main kasar..
Nota Tambahan : Rita Rudaini , 32 dan Aidil Zafuan , 21. SAH!

Tuesday, December 16, 2008

Street Fighter - The Legend of Chun Li

ready...

FIGHT!!!!!

aboooooogid! (menghalakan dua-dua tapak ke depan, konon kuar bola2 api dari tapak tangan)
sebutan jepun dimelayukan, yg sebenarnya 'hado-ken!!!', hahahahhha.

menarik gila . alah, sape yg xpernah main video game ni kan?
even dulu xde la Playstation, Xbox, PSP dan seangkatan dengannya.
aku sbg pempuan konon comel ni mesti la memilih chun-li kan? kan? kan?

xsabarnya nak tgk movie ni, lambat btul nak tgu tahun depan. barisan gabungan aktor dan aktress dari hollywood, hong kong dan thailand ni btul2 menarik perhatian aku. of kos watak utamanya, chun li!



Kristin Kreuk (Chun Li!)
- awek superman masa muda, Lana Lang.
- boleh bayangkan betape cun die jadi chun li? haihh!







Robin Shou (Gen)
- ish, abg terer kungfu, pernah berlakon jadi Liu Kang dalam Mortal Kombat, juga beberapa filem hebat spt Death Race dan Dead or Alive.





Taboo (Vega)
- mamat rapper dari Black Eyed Peas, yang tinggi gila dan kool!
- cuba tgk muka die, padaaaan..padannn.





pelakon-pelakon lain :

Michael Clarke Duncan (Balrog), Moon Bloodgood (Maya), Neal McDonough (M. Bison), Chris Klein (Nash), Brendan Miller (Young Bison), Josie Ho (Cantana) Krystal Vee (Lucy) Edmund Chen (Huang) Pei-pei Cheng (Zhilan) Tim Man (Yung) Cullet Eric ( Balrog's man) Brahim Achabbakhe (Thug).

lokasi penggambarannye di Bangkok, Thailand. dijangka akan ditayangkan pada 26.02.2009. dan yang xberapa best, watak Ryu dan Ken di'cancel'kan, atas sebab2 kostum? aku pun xpasti. tp kalo ade lg syok! tapi jgn risau. ade sequel nya nanti pak direktor kate. heheheh. kenot wait kan???




*mari rosakkan keyboard. tekan K.O!

Monday, December 15, 2008

My Biru Isnin.

jam 7.05 pg : aku naik bas pergi kerja hari ni. driver Mak Yam dan Pak Mat dua2 outstation. nadiputra, tambang 0.50 sen di caj. tapi aku telah kasik masuk tabung tepi driver tu duit syiling 20 posen dua ketul dan seketul 5 sen...., diskaun musim perayaan.

jam 7.25 pg : punch card. ktikk!

jam 7.27 pg : masuk kawasan kerja. panas. aircond blum cergas!

jam 7.30 pg : on pc. pergi toilet podium 2. fak. kunci pulak. bengong la bdak logistik!

jam 7.35 pg : klik http://www.blogger.com/home. approve komen. taip entri dibawah, Nombor sebab tgk kalendar.

jam 7. 45 pg : rakan seopis masuk. perli. 'waaah akis! awal??!!'

jam 8.00 pg : bkak locker sebelah kanan. cawan, sudu, milo, nestum. bancuh dan minum. usha fesbuk, frenster. emel aqiess_lp@yahoo.com ade 187 dalam inbox. trash!

jam 8.30 pg : 6215 tett tet tett. "akak, hari ni perhimpunan ktne? bawah ke?"

jam 8.35 pg : masuk perhimpunan, ikut hadapan. ape pandang2? mcm xbiasa tgk aku lambat masuk.

jam 8.40 pg: bergosip dengan febriany citra kesuma.

jam 9 lebih : abis perhimpunan.

jam 10.15 pg : pergi bilik en.radzi. lagi gosip liar.

jam 11.00 pg : ish. ade pulak pacik ni. bila nk blah ni. pacik usha pekat, dah kenapa? aku jeling.

jam 11.01 pg : buat sibuk. mmg sibuk, antar surat sana sini. setelkan cuti dan laporan perhimpunan.

jam 11.30 tgh : tinininggg tininingggggg (bunyi fon opis). 'tak turun ke? atma bertanya, 'turun makan? awal gle? akiss menjawap. 'ish budak ni, ade taklimat, kan ade pengumuman satu bangunan tadi, tak dengar kerr????!, atma bertanya lagi. 'oh ye? ok, tgu jap', akiss menjawap lagi!''

jam 11.35 tgh : turun dewan. taklimat cuti rehat, tak berkesan. tak paham satu hapak.

jam 12.25 tgh : makan di pantri bersama ani, kak ros, dan sorg kakak kewangan tu, x igt nama.

jam 1.30 ptg : keluar pantri. nasik ayam tadi, ish. nasinya mentah. tapi aku makan licin gak.

jam 1.32 ptg : kembali ke work station. oh bagus. pacik dah blah, for three days. kot?

jam 2 lbeh ptg : upload gambar tunang kt fs. kemudian kat fesbuk.

jam 2.44 ptg : server down. fak. pergi check fax. ada satu. u.p : hasnul hadi.

jam 2.45 ptg : "weh ni fax ko, gila..repair pregio sampai rm12k + + , cawangan mane ni?"

jam 2.50 ptg : kemas locker belah kiri. kemas dokumen peribadi. bil2. dan resit maybank2u.

jam 3.30 ptg : tukar jelly utk pokok comel aku. dulu hijau, skg pink. utk lebih ceria.

jam 3.50 ptg : baca blog orang. blog anak mat nor, lama x bace. gila bodo lawak. dan hanis zalikha. lame awek cun ni xupdate. haih. sambil2 tu on ym. chat siket2. balas komen. off.

jam 4.25 ptg : taip entri ni.

jam 4.50 ptg : ish lambat btul nak pukul 5!!!!

jam 5.00 ptg : en.yazid bos aku, bg kunci bilik, tanda dia nk punch out. mane boleh bgtaw aku sorok ktne kunci tu.

jam 5.01 ptg : ish. mana dorg ni...

jam 5.08 ptg : deym. takde lg dorg. amek gamba jelly pink dan purple. deymm lagi. usb henpon kat naim, card reader cupi pinjam. xjd upload.

jam 5.09 ptg : miskol. ho yeah nak balik!

jam 5.10 ptg : publish post.

Nombor.

hari ni 15.12, besok dah 16.12, lusa pulak 17.12. ish. tahun depan 2009.
ish. umur saya : 25 tahun.

ish!


Linda Jasmine, 36 dan Que Haidar, 29.
menarik...menarik.

dan.

paling...(arggghhh!!!)

nikon d80, harga semasa. rm 3150.00, with 18 -70 mm lens kit.

ish ish ishhh!

Sunday, December 14, 2008

My Bestfriend's Wed.

oh hai. hari ni adalah hari my bestfriend's wedding. it's rabia. clasmmate, housemate dan roommate aku masa masih menuntut di penang. aku pergi berdua dengan Yah, kawan sekelas aku juge....

'bia, siyes, ntah-ntah nanti yu yang kawen dulu dari i...!'

ayat tuduhan 3 tahun dulu, masa masih bergelar 'student', Puan Rabia (theeehhe..name baru, dulu Usher) ni jarang berboifren. dalam erti kata lain. die ni bdak stadi la..mmg xde satu bf pon. dan sangat la kontra ngan aku ni. skandal sana sini, hehe. tgk..masin mulut ku, hahhaha.

lepas makan, pengantin lelaki sampai. btul2 sampai depan pagar rumah, hujan gerimis.

weeee..hujan rahmat ni. so..masa nak mula bersanding, aku pon amek la pic sket2. jurukamera upahan dia pon dah 3 orang, bersenjatakan d200, d300 dan d80. baik2 dorang ni..ajak aku join dorg..dan bg beberapa tips. byk gak die nasihat, tp satu je aku ingat, hahhaha. "kite kena selfish siket bila nak shoot objek, jgn pedulik orang". heeee. btul la tu.

sedang ralit menembak. tiba2 seorang kakak panggil aku.

"kawan rabia kan? meh tlg bg bunga telur."

"a'ah..eh, ok ok."

blur jap, terus duduk depan pelamin tepi bunga telur yg ramai.

nk wat citer kelakar.. masa nak cabut sebatang bunga telur dari pokoknya (ape perkataan sbnr aku taktau), aku telah menumbangkan pokok bunga telur itu. haha. aku gelabah.
abg jurukemere 1 tlg angkat kan sambil menggelakkan aku, die cakap 'die pulak yg neves, hahahhahah' , hoisshh! biadap btul. kekekkekek.

dan pada masa tu gak laaaa henpon berbunyi, ish. volume henpon penuh ke angka 8. kekekke. pulak carik dlm handbag lambat btul nak jumpe, biasalah. handbag mcm tong sampah kan. hahahha. aku cancel kan trus panggilan itu.

keadaan in control kejap. lpas 9-10 orang macik2 dan kakak main renjis2 kt muka pengantin, aku usik tgn seorang makcik, berbaju hijau, aku tak nampak muka dia sbb die membelakangkan aku. terus aku hulurkan bunga telur. sekali. pengantin, Puan Rabia menjerit kecil,

"eh.. itu my mom laaaaa.."

"haaaa.. ang dah xknai aku aaaa, lupa daaaaaah" kata mak pengantin, yang ekcelinya masa tu die bukan pergi merenjis, cuma nak touch-up anak dia. bersihkan tapak tangan yg penuh dgn bahan renjisan.

kepoh! satu ruang tamu gelakkan kan aku. si Yah ni pon same gelak kuat2 lg, langsung tak menyebelahi aku. hahhaha. adoi. bapak malu beb. malu..wekkk...maluuuuuuuu.

tu la nasibnye kalo kuat main-main, buat kije xpernah siyes. sbnrnye kan, masa sibuk2 bg bunga telur kt orang, aku pon sibuk gak, sibuk suh Yah amek gmbr aku, kahkahkah. banyak main ni!

sebelum kejadian.

haih, nasib baik pastu tamat dah operasi renjis merenjis. aku xsempat pon bergambar ngan pengantin. lgpon Yah nak balik awal, apak dia dh tunggu. hehhe. disebabkan masih kemalu-maluan..kami blah tanpa bersalaman2. menyelinap keluar, terus lari...takut disekat. ehhehehe.

sori bia, nnti kite jumpa lain k. btw, tahniah! u look ber'sewi-sewi' sgt!

*errrr..sori kepada sesiapa yg menerima bunga 'telur pecah'. hihihihi.

Saturday, December 13, 2008

All Apologies.

lagi, tajuk lagu. aku mmg suka pinjam tajuk lagu utk blog aku. hee. ekceli, aku nk minta maaf. yer aku tahu. hari ni dan esok, ramai je event2 kt kl tu, segala mak nenek gig, rantai, pc fair..itu dan ini. aku tak kemana pon. aku ade je kat umah. macam malas nk kuar.

so..nyanyi dengan suara rock-rock kemalas-malasan!

What else should I be?
All apologies.
What else could I say?
Everyone is gay. (baris ini dikecualikan)
What else could I write?
I don't have the right.
What else should I be?
All Apologies.


ampun ye. kwn2 yg text in, ajak kuar ari ni aku dah balas kan, aku nk rehat2 kt umah bersama keluarga. heee. aku ade byk kije la ekceli. gambar ari tu x edit2 lg. esok ade wedding member. haih.

dan juga wayang, ye.. lama aku x tulis review kan? hehe. ade orang tanya, "tak tgk Selamat Pagi Cinta ke, kan ade Sh.Amani kau?" aku macam..., xpe la kot. aku sbnrnye mmg fan la ngan S.Amani ni, setiap movie die wajib aku tonton di panggung. nak tau apa alasan aku? sebab mamat poyo ntah apa-apa dan perasan kachak, pierre andre (die mmg pelat sejak lahir mcm tu ke weh?), ish.. nama pon aku benci. haha. (jahat gila). ditambah tu si fasha s@#&@^ tu, mmg aku dh mual dengan dia. sori. aku tak sukalah.

maka..resolusi nya adalah dgn meminjam cd sape2 nnti.. so, dlm cd boleh tekan FAST FORWARD bila kuar scene mereka berdua tu. heeee. oh yer, i'm looking fwd la S.Amani ni punya next movie, Sayang..You Can Dance. ade Samuel Rizal yang comel. hehhehe.

keluhan lagi, pasal ym. aku pelik la, masih ade strangers tanpa nama sebenar, tanpa gambar muka sendiri, tanpa segan silu add dan buat2 nak berkenalan. yer, asl pls? siyes weyy, aku tak la sesombong mana, cuma..jadilah jujur siket, ini..buat aku seram je, bercakap dengan orang tanpa muka. uuuu..takuuuuut!

persoalannya, kalo la dpt dr blog aku ni, dh tentu tak tanya lg soklan bengong tu kan? kt mespes atau fesbuk aku xletak id aku pon. lagi, aku xjoin pon mana2 Room kt ym tu. adoilaaaa. so.. aku dh tgh berkira2 tkar emel. ym pon, kjap on dan off bila perlu. banyak masa lapang, aku edit gamba. dan aku terjumpa gamba lama, masa kt hospital dulu. macam sesuai dengan perasaan aku skg, 'there's a stalker behind' hahahhaa, cis perasan.


*tattatata. selamat berjimba kpd kawan2 yg berada di luar rumah tudae. heee. nasihat kakak, jangan biarkan hidup anda diselubungi......misteri....

Friday, December 12, 2008

Perlu Ke Pakai Baju Spiderman Kalau Boifren Kau Seorang Superman??

mari ber-hahahah. aku tahu berat kepala pikir pasal skandal kan?

*amaran, kanak-kanak tolong elak 'google' perkataan skandal lagi, stop it! tak elok untuk mata. cepat rabun nnti. jgn ikut macam kakak balqis ko ni.

haaa.. haaaa..nak buat ape bkak window baru tu? nak bkak google la tu! haip!


Ntah Aku Tak Tahu.

"kau buatlah perangai macam Lelaki kau tu,"

mula-mula aku xpaham kata2 adik aku ni. lama aku pikir.. apa maksud die ni.

lama-lama pikir. oh. ya. perangai Tak Hirau, Tak Peduli, Hati Kering.
cukup terer aku, memang aku cukup sombong, cukup EGO nak mampus.

aku gelak.

dulu la...dulu, skang dah kureng kebolehan tu.
sebenarnya aku tgh marah, tp tengah control marah..buat2 tak tahu.
siyes, makin lama aku kenal kau, jadi makin aku xpaham kau ni. siyes wehh.

*sengaje kecikkan tulisan, sebab nak kasi nampak tak marah-marah.

Wednesday, December 10, 2008

Cekidot Cekodok!

ingat entri mari berbaik-baik?
aku minta mak aku buat cekodok? aku mengidam?

nah..makan! gila banyak, pelbagai rasa. bukan cekodok segera ok. mai pilih mai pilih.!


mak aku cakap, "pegi bawak balik putra, buat bekal gi kije esok pagi.."
*ayat perli.

gelak besar. kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkakahkakah!

*bodo punya Team Msia. 3-0?!!!!!

Hanya di Malaysia.

tadi petang, jalan2 explore malaysia. haha. nk tergelak (dah gelak out loud dah pon hahaha) terserempak satu amaran/signboard buatan tangan ni, di bahu jalan. hehe. 


agak garang.

SLOW PAHAM? KAMPONG.

*sedang tgk Malaysia menentang Thailand. Weyy, keeper Msia (Syed Adney- adik kepada pelakon Sharifah Sofia ) tu mcm comel kan kan kan?? Hehe, alamak! Dah 1-0 . Tahi la Thai! Malaysiaaaa oh Malaysia!