Friday, January 30, 2009

Ludah Amerika!

*tajuk pinjam. lagi sekali aku cakap, aku xpernah minat Hujan. i'm Soriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

uhuk uhuk. batuk miang. hari ke-ompek (4) ke"demam"an. hari ni bertambah ok. Alhamdulillah. 2 hari pertama aku paling rimas. sakit kepala memanjang. maknanya tdo memanjang. online kejap2 je. seperti sedia maklong, 100plus peneman setia. 2 hari ni aku telah habiskan 3 botol 1.5L minuman seratus tambah. tu tak tambah lagi stok kat opis yg 500ml. mujarab ape? haha.

err. yang pelik aku ni kan, kalo aku demam, aku always lapar. makan banyak, tapi xtaw apa rasa makanan nya. haha. mulut payau. main telan je. hasilnya..berat badan aku menunjukkan peningkatan, 53.5kg. padan muka aku. pembahagian lemak di badan aku ni mmg kurang sopan, asik dok berkumpul di perut je lemak-lemak ni! haih!

ummmm..yang aku tasuka about demam kali ini adalah, batuk kahak. tekak gatal miang. suara jadi garau, macam Nyah kadang-kadang. heeeehe. so, satu-satu ubat yang aku layan adalah Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak. sedap kan ubat ni? ketagih aku. haha. kendian Strepsils Extra Strong, sdap la..x pahit.

dan yg paling, paling tasuka about batuk kahak is, aku tak reti nak "harrrkkkhhhh...ptuihhhh!". hee. aku tak reti nak meludah kahak. ewwww. siyes. mmg xpandai, sebab rasa nak muntah bila cuba mengkahak. hahaha.

dan. aku paling..paling..paling benci yang amat-amat kepada orang yang meludah merata. kira ni memang pantang atok nenek tiri sedara cicit angkat aku la. tak kira la kat bus stop ke, tepi jalan ke, mana2 la.

hari tu masa aku nak turun tangga kat Summit USJ, aku terserempak dengan "najis ludah" tersebut. aku patah balik ikut jalan lain. kembang tekak aku.

kam-on la guys. korang jgn la buat perangai tak sekolah tu. eee..benci!

motif gamba : sakit tekak, terpaksa tangguh konsert. ( in this picture = William Becket nan ayu.)

(aktiviti karok la ngeng, aku mmg suka berangan macam keadaan di atas.)


*a'ah, iyer. aku kalo demam mmg sangat susah pergi klinik, apatah lagi makan ubat. sekian bebelan hari ni. 2-3 ari akan datang xde entri.

Thursday, January 29, 2009

Saje Kepoh..

haha. ketiga, ya. entri ke-tiga.

bukan apa, dari pagi tadi....aku masuk opis abang2 sekeliling panggil aku JURUCAKAP berjaya lah, sampai dpt msg cakap aku jadi Duta TTPM lah, dah femes lah, . ntah apa2 lah!. haha.

korang ada tengok 159 Hak Anda kat Astro Prima sabtu lepas?

saje nk kepoh, muka aku kuar tibi, kena interbiu pasal Tribunal Tuntutan Pengguna M'sia. hahaha. hampeh la, aku sendiri terlupa nak tgk. haih!

ooooo. korang tak tengok ek? yela...korang mana minat tgk rancangan seboring sebegitu kan? korang sibuk tengok raja lawak im soriiiiii tu kan? hahaha.

*siyes. kadang2 tonton la rancangan sebegini, banyak ilmu beb.

Tapak Kakiku Di MukaMu!

gambar yang baru kalian tonton tadi adalah sejenis tumit kasut yg tak brape tinggi yang makin haus. kehausan kasih sayang dari tuannya. untuk di baiki atau gantibaru.

bila jalan atas karpet kt dlm opis ok la, xdak masalah. tapi bila jalan kat lobby ke, kafe ke...haaa..bunyik yang meng"annoying"kan diri aku sendiri akan kedengaran. keletakkk keletukkk..!! hahaha.

bak kata pepatah aku dan farrah :

"selagi tak jatuh tersungkur hingga berdarah dagu, selagi tu lah aku pakai kasut tu."

ya. itulah sifat aku. pakai selagi boleh. selagi boleh melangkah. haha. bukan takat kasut. semua2 lah. (nanti aku citer perihal handbag pulak eh)

aku bukan jenis hari ni pakai baju pink, kasut pink, hari ni tudung pepel..kasut kena pepel, hari kain belang...kasut pon belang! semua nak matching konon.

dan kalau boleh. aku nak pakai tudung hitam hari2 ke opis. sebab aku letih ari-ari nak pikir baju ni padan ngan tudung mana? tapi korang taw la kan. mulut makcik2 dan kakak2 sekeliling ni menyakitkan hati. x henti-henti nak komen orang.

bila aku pakai cantek sket kaler terang2 atau berkebaya, nanti pulak dikata "pasang badan ke? cantik2 utk siapa? bila pakai warna gelap-gelap, dikata "macam orang tua lah, ko tu anak dara.."

nak je aku jawap : ADA AKU KISAH!??

tapi aku ni masih ada adap sopan nya lagi. hee.

haih. mulut orang kan?

Noorliza Yaali

Happy Belated Bertunang to My Lovely Kak Iza.

cantek kan die? im sorriiiiiiiiiiiiiiii. dah tunangan orang. wekk wekk!

"saye RALAT sangat xdapat amek gambar akak, humm. xpe lah. xkan nak bertunang sekali lagi kot? heeeh..tapi kak kan, saya kan.. dah mula rasakan saat2 sedih kehilangan akak. xde lagi kakak nak membebel.."balqis!!! bila nak mandi??", "kisssss...bangun2...xnak g keje ke?" hummm. bebelan akak akan dirinduku selalu. haih.

ok bai, xnak buat cite sedih. ={

Tuesday, January 27, 2009

Tagged : Ema Paramore

sorry adik ema ku. lambat sket. otak lembap siket demam2 ni. eheeeh.

here’s the rule: Use Google Image to search the answers to the questions below.Then you must ch
oose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 7 people.



1. the age of next birthday = 25 tahun beb aku ni.percayalah.
2. place i'd like to travel= seoul, korea.
3. a favourite place = beach.
4. nickname i had = kiss me kis!
5. a favourite color = err. semua2 lah.
6. a favourite food = gile kentang.
7. college major = boring, boring account.
8. name of my love = gong chan shiiii...
9. a hobby = taking pictures. is a hobby.
10. a bad habit = menguap di khalayak ramai.
11. my wish list = honda civic mugen type r. sampai bila2 kot jadi wishlist?

7 tagged people:

1. hannani kamal
2. manusia rumit
3. apes
4. redsya
5.man michael
6. kak jue awandanya
7. air minuman isotonik 100 plus 1.5Liter.

* errr. aku combine kan gambar2 di atas, sbb pjg sgt nnti, hee.

Satu Ratus Tambah

demam, demam, demam! = 100 plus.

Sunday, January 25, 2009

Mesin Berkira - Kira

jumaat malam, keluar dgn aket, nanako dan jaha tahir ke alamanda lalala lah, mana lagi. booking karaoke, beli tiket movie. lepak di foodcourt, tak ingat bila last makan kat sini. sembang2 pasal karaoke. aku la pencetus bahan utk dibincang masa makan.

"wehh, dah naik harga lagu skg, dulu 1 jam 25hengget, skg 28hengget suda. cuba korang kira balik, jimat ikut jam ke ikut jumlah lagu?!"

so. dorang mula mengira. congak punya congak, macam siti sifir.

60 min / 4 min (satu lgu) = dapat 15 lagu satu jam? cuba pulak darab 15(lagu) X rm1.50 = RM22.50. mana lagi murah? RM28 ka? RM22.50 ka? tatahu la, agaknya ada beza kot bilik ikut jam, atau ikut lagu. aku rasa ok je bilik tu.

agak berkira aku ni. err. dah dapat jawapan. sambung makan. sambung potpetpotpet. tengah-tengah makan, terpandang sudu dan garfu di tangan. terus aku tergelak sorang-sorang. mereka2 buat muka pelik pandang aku.

"hakhakhak. (gelak macho).. korang taw tak. betapa susahnya nak survive masa kitorang mula2 masuk kije dulu? kat dua bulan xdak gaji. hutang kat mak ayah dah beriban. bayar itu ini. duit makan lagi, duit deposit umah sewa pon pinjam bf taw tak? haha. nak beli pinggan pon berkira, sudu garfu pon xmampu beli...masak lauk pon dalam ricecooker punya tak mampu nak beli kuali! tanya aket, kalo x caye "

"dan yang paling syok, ni ko nampak garfu ni nana? sama x dengan yang kat umah kite? sama kan? kan? kan? haa..kitorang pinjam kat sini lah! kekekekek.."

alaaa. nanti2 nak kuar umah kitorang pulang kan la. pinjam, bukan amek ok? heee.

*moral of the story : ingat2 la di ketika waktu susah bila dah senang. rm28.00 pon berkira tahu x??

Friday, January 23, 2009

Kelas Memandu

selamat datang ke pusat didikan memandu salbiah( bukan nama sebenar)

tenaga pengajar yg ayu lemah gemalai berbaju kurung.

tapi xlah segemalai mana. kalau buat salah, kena piat telinga. garang konon.

sampai lewat senja pontianak kuat merepek ni tahan si pemandu. kasihan pemandu. aku tidur je kt belakang setelah penat jadi tiang penanda dan tukang sorak.

Thursday, January 22, 2009

Aku..

aku. kalau orang baik dengan aku, sebaik-baik layanan aku bagi kat dia.
aku. kalau kalau orang jujur dengan aku, lagi jujur setia aku pada dia.

tapi ingat.

aku, kalau orang buat jahat dengan aku, sejahat-jahat boleh aku buat pada dia.
aku, sekali dia tipu, sampai bila2 aku takkan percaya kata-kata kau lagi. dan lagi parah.. aku lagi kuat penipunya dari kau, lagi hancing dari kau!

aku ni perempuan tersombong kau tahu?

ini bukan entri marah-marah. hahaha. ini entri puas hati, what a relief bila dapat cakap "TIDAK" pada permintaan kau. kesian kau kan? hahahahah. gelak pontianak senang hati.

Malam Satu Suro....

pemandangan serem dari kaki katil. kipas berhabuk. fuuuh. fuhhh.
pemandangan dari sudut kepala katil.
ini dashboard katil, err. leh ke panggil dashboard? haha. eewww. berhabuk lagi!. fuhh fuuh.
errrrr. disguisting! inilah salah satu plaster kapas utk tutup kesan dicucuk jarum amek darah pada tangan aku masa dihospitalkan dulu. yg lain buang sebab ada darah. wekk, nak muntah. motif masih lekat kat situ, adalah sebagai REMINDER kepada diri sendiri untuk menjaga kesihatan diri.

semalam aku ngan aket takleh tidor sampai pagi. si aket ntah ape dia godam lappy dia. aktiviti aku pula, dengar lagu Aizat - Hanya Kau Yang Mampu, Agnes Monica - Matahari dan Damien Rice - The Blowers Daughter, in repeat mode..sampai bateri henpon merah.

What a beautiful night we had....

Wednesday, January 21, 2009

SMS

tiba-tiba kan, petang ni kan, aku ada terima satu sms taw. ini sms nya :

"Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setulus Zulaikha ..jika diri tak setampan Yusuf.. Tak Perlu mencari taman sekuat Hajar, andai diri tak seteguh Ibrahim, dan mengapa di damba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w..

Bimbinglah dirinya, terimalah kekurangannya sebagai keunikan dan carilah kebaikan pada dirinya..Berdoalah semoga dia milikmu selama-selamanya... "

aku bukan apa. aku tak terperasan pon, ini kan perumpamaan je. Ratu Balqis mmg cantik, tapi kalo Balqis Abdullah ni comel tu adalah kot. haha.

errr.

bukan ape...aku ni jenis xpaham bahasa kias2. biasa aku nampak ayat ni kat belakang kad kawen jer. errr. aku tak berapa nak paham la.
bila aku tanya balik knp anta msg cmni. jawapan nye. "Saje...."

? ? ?

Semalaman.

dinner.collect spek.tudungkemek.pencucimulutmandarin.

Tuesday, January 20, 2009

Nombor Ekor.

aku baru nak delete account myspace. tapi tak jadi. sebab sayang friend id aku, cantek, hampir dengan beday aku.

119888505.

aku baru nak beli simkad baru petang tadi. tapi tak jadi. sebab aku sayang no. aku yang dulunya aku beli dengan harga rm123. yer. sebab no cantek juga. aku benci kau simkad. benci sangat.

sangat!

0123377**7.

haih.

Womanizer [ Uncensored! ]



agak bunguk. haha. layan je. nk buat ceria pagi anda. yer..awal pagi.

xboleh blah masa ramai2.."wooooo". haha. seb baik kau comel tyson. ntah, korg rasa abg a.a.r ke kakak britney nyanyi lagi bagus?

oh. btw, ada dgr album baru mereka, err dh tak berapa baru..when the world comes down? single pertama gives you hell aku xbape suka. aku terpaling suka, Back To Me. hehe. tapi bagi aku, sampai bila-bila la, video/lagu terbaik, It Ends Tonight. satu-satunya video 3gp dalam henpon aku. err. xleh layan sgt lagu ni sbnrnya, tangkap leleh wa cakap lu. hahaha.

ok bai.

Monday, January 19, 2009

Pekentang Tegar

Anna's Mom : What are you doing with this?
Anna : I'm eating.
Anna's Mom : You cannot eat fast food.
Anna : Why not?
Anna's Mom : Because it will go down your throat and drop instantly to my thighs.
Anna : Oh, come on.
Anna's Mom : Oh, this food may make you blow up like a balloon..
Anna : Oh, Mom!
Anna's Mom : Oh, God, this is good.
Anna : Mom, that's not fair.
Anna's Mom : My first french fry in eight years. ....Road!!

petikan perbualan Anna (Lindsay Lohan, sebelum jadi lesby) dan maknya di dalam keta dalam filem Freaky Friday (2003). umm..masa ni aku tgk wyg dia kat Prangin Mall, Penang. Dengan kawan rapatku yg disayangi dan dirindui selalu, hakhak, Wan Tze.

err..dulu kan, ayat "Because it will go down your throat and drop instantly to my thighs" dari mak Anna tu kan, betul2 bagi kesan mendalam (cewah) kat aku, dan sentiasa buat aku berpikir. aku ni mmg kuat pikir benda2 kecik cmni. betul ke kalo kuat makan fast food, french fries terutamanya..akan buat peha kita jadi besar. dan badan membelon? haha. sekarang....aku percaya. haha.

tapi kan. even aku tahu kesan nya, aku ni jenis degil, dan mmg payah nak kawal nafsu kentang aku ni. sampaikan id/nick aku kt mespes pun penah pakai akiss.kentang.rawk, dan flickr aku, kentangsomell..hahah.

yelah, pasal boikot2 mekdi ni kan? ekceli aku nak mengaku, aku baru je g makan mekdi. ye, aku ni mmg, konon suh org boikot...tp aku yg lebih. tapi..jangan marah aku, tapi aku ada usaha siket taww.

biasa aku akan oder banyaaaaakk..dah beli set prosperity atau dabel cheese, aku tambah lg french fries lagi satu, tambah lagi apple pie, tambah lagi bubur ayam dan yg wajib juge..mcflurry oreo!

tapi ari tu, bertemankan sorang kawan, kami hanya oder. umm.. satu set chicken mcdeluxe, dan satu french fries, semua size L, large.air kongsi. xpon mineral water yg dibeli dari petronas. itu aje.

bukan takat peha, tangan pon gemok kan?

aku xmakan pon burger nya. yg aku makan. 2 (dua) kotak frenchfries, di taburkan dalam dulang coklat mekdi, dan disirami black pepper. kawan aku sorg ni hanya berdiam diri bila dengan slumbenrya aku join 'venture' kentang aku ngan kentang dia. wekkk.

humm. kira2..kos semua ada dalam rm15-16 utk dua org makan. murah kan? so..satu usaha aku untuk tidak menguntungkan bisnes yahudi ni, yakni order sikit, atau separuh dari biasa. lama2 nanti, xpegi terus!

selepas baca entri nani, yang begitu semangat memboikot. aku pon up lagi semangat aku. g pasar borong berdekatan, ke frozen food..kentang jejari yg belum goreng hanya rm4.99. oh yeaaah!

teruskan memboikot!

*status = diri makin menggemok!

Nani, Redsya dan Tag dan Lagu Untuk Mu.

Write :
1. Your name/ identification name / username etc.
2. Write anything using either your left/ right hands
3. Most favorite alphabets
4. Less favorite alphabets.
5. "The quick brown fox jumps over the lazy dog"
6. Tag 5 more persons/ bloggers

So, here's my handwriting..(i tiru naninot tulis jawi siket2)

zoom in pls. bikos aku makin pemalas edit2. hehe


cis. bangun-bangun pagiiiii je kena tag. (pagi ke bgn?) double tag, dari naninot. dan redsya. mcm pakat2 je. so. im soriiiiiiiiiiiiii. kt umah ni kurang kertas atau notepad comel, so kebetulan bil ni ada tepi desk aku. hehe. pen pon jumpa dlm henbeg.

juga sebenarnya reminder kepada sahabat-sahabat rumah ku sayang. sila kumpul wang kutipan bil astro sebelum aku balik dari bercuti sesi pemulihan. ini amaran keras kerajaan Ratu Balqis. pahem? wakkaka

***err..bangun pagi tadi, (eh silap lagi, bgn tghari), masih xpercaya meet uncle hussein menang juara lagu. siyes, mlm td bila diumumkan, aku terjerit2 menutup mulut kegembiraan. omaigod2, ya Allah btul ke niiiiiiiiiiiiiii? haha. weeeee, tahniah tahniah abg2 MUH. go, indie go! *applause*

dan. lagu ni. memang untukmu. heeee

"Adakah aku..Hanya boneka yang sering engkau mainkan yang dikawal oleh jari jarimu?,
Ku punya hati dan perasaan, pernahkah engkau fikirkan?
Cukup-cukuplah oh CUKUPLAAAAH....!!!!"

Sunday, January 18, 2009

Sepak Bola Kau!

aku rasa aku ada persamaan la dengan pjoe aku benci makanan pedas. dari segi apa?

benci makanan pedas? jauh sekali..aku amat suka amat makanan pedas, tomyam, masak lemak cili api, asam pedas, dan sambal belacan yg pedas. semua hot-hot belaka, i kan org melaka? * baca dgn tone gedik.

oh, dari segi rambut panjang. no no no. x sama - x sama. rambut aku tak seikal, dan sepanjang pjoe. siriusli. rambut aku pendek. err..dari segi kelansingan badan? konfem tidak. dan tentu, peha aku lagi besar dari dia. hakhakhak. err, dan..dari segi kebolehan buat perut mexican wave? lagi la mustahil. hakhakhak.

umm.. lagi..dari segi peminat, followers? mak oi. lagi jauh. abe pijoe dah otai, otai blog. aku masih baru..ala..macam aku ni bdak darjah dua, dia nak spm dah kot. haha.


alamak, jauh terpesong.
ok, jawapan apa yg sama pasal kami adalah,
kami anti M.U, dan lagi-lagi Christiano Ronaldo. hwahahwa. sori kepada peminat mamat ni. aku xde
alasan yg kukuh nak benci sgt mamat ni. hwehwehe. yer, aku tahu dia hot, lagi-lagi dengan hotpants, kan kan kan?
(pic curik dari entri ini, baca sila)


dan tujuan sebenar-benarnya entri ini, aku nak cite.
M.U Tour Asia akan berlaku juga tahun ini, tahun lepas m.u fans dah keciwa kan? Ya, Malaysia meme la ada dlm list. Julai ini.


konfem ke tidak dorang datang, ikuti je la update2 di tv atau berita. atau pandai2la men'google'.

tapi yang pasti, wahai adikku supi... aku mmg xde peruntukkan nak belanja ko tgk perlawanan persahabatan antara M.U dan Malaysia Julai ini. i don laik M.U, dan of kos, Mr.Christiano Ronaldo. wekk nak muntah!

Yes!!

motif = suka gila nak mampuih watak Allison dalam Yes Man.

yes, i know, filem dah lame kuar. baru terhegeh-hegeh nak tonton. ketinggalan zaman siket. ala. bukan aku sorg, td aku aku kt tgv pyramid. 80% seat penuh. maknanya bukan aku sorang la ketinggalan zaman. kuang kuang kuang, balik kuanggggg.

byk sgt scene kelakar dan syiok. yg terbaik masa Carl (Jim Carrey) men gitar dan nyanyi lagu Jumper - Third Eye Blind, utk pujuk nigga tu dari terjun bangunan.
"I wish you would step back from that ledge my friend.." hahaha.

oh ya. aku suka suka sukaaaa sgt watak Allison (
Zooey Deschanel), comel btul dia ni. dah la suara sedap, suka amek gamba bila2 masa dan dimana aje, paling teruk masa tgh bawak moto laju. haih... comel comel comelll sangat!

aku rasa she's my latest obsession, hehe. dan patutla aku mcm kenai awek ni, die berlakon dalam Bridge To Terabhitia (baru tgk 2 minggu lepas) sebagai cikgu musik yang anggun menawan hati.
ekceli byk lg lg movie dia ada. carik sindiri k.

dan yer, aku dapat idea baru utk hobi aku di masa lapang. jogging sambil menangkap gambar. aktiviti menarik!

yes!!

**sedang mendengar
Uh-Huh - Munchausen by Proxy, alaa..lagu dari band Allison nyanyi tu..bodo tapi comel gila lagu ..secebis lirik :

Hey, did you ever meet my friend Ian?
He's a coumputer hacker.
He helped me erase your Myspace page,
And your band's Myspace page,
And your Facebook page.
HAPPY NETWORKING A$$H*LE!!

hahahaha. bengong giler.

Saturday, January 17, 2009

Program Pemulihan.

'im sorrrriiiiiiiiiiiiii.. (tiru mamat kelate pendek dlm raja lawak, hahhaha, terlayan gak aku.)
maaf kawan2. ter'express' kemarahan aku kat sini. yes. hari ni aku ok sket. ok lohhhhh! sedikit proses pemulihan semalam. bukan pemulihan akhlak ok.

motif : saje nk tayang kadigen meriah di hari raya, beli kat kampung farrah di sg.besar.

malam hari semalam buat spek baru, oh yea oh yea!, pergi Giant, baru bukak di Putra Height. shopping is the best medicine! hehe. so, spek aku siap hari selasa ni. hehe. berita baik, power spek increase, dolu 125, skg 200. tahniah la akiss!

motif : err...dlm bilik uji-mata. diriku bagaikan waaaallllllll-eeeeee. hahaha

motif : pembaris ukur mata berjenama NIKON!

nak wat citer kelakar.


masa nak balik, lepas beli byk gila aiskrim. angkut barang masuk dalam bonet. kami bertiga, mak, kakak dan aku. mak aku suka jadi bos, dok blkg. so aku dok co-pilot. sebelah driver.

so, bila dah abis semua barang sumbat masuk bonet, aku nak masuk keta, tp aku bkak pintu belakang, belakang dirver. "eh lupa, aku kena dok depan". terus-terus aku tutup pintu belakang.

aku baru nak ke depan bkak pintu depan, kakak aku dah pecut kete ke depan. agak deras.
aku panik. berdiri tegak. "haa? ehh???" aku kalo dh terkejut mmg terdiam. haha.

abang2 yg kt kdai aiskrim dah gelak2 kat aku, kemudian berkata.. "haaa...mak suruh balik jalan kaki tuuu..haha" vavi tul! memalukan.

dalam 100meter baru nampak kete akak berhenti. aku pon berlari-lari anak comel tanpa pandang kiri-kanan sebab dah terlampau malu. masuk keta. mak aku dah sedia ada gelak kat aku.mak aku cakap, dia pon terkejut gak dah jauh baru boleh cakap kat akak aku, "longggg..angah kena tinggaaaaalll!".

seronok dorg gelakkan aku. yaaaa.. dan aku pon gelak kahkahkah sampai sakit tekak tergelak bila ingatkan kejadian tadi.

yea, akhirnya aku dah boleh gelak. setelah seharian tidur dan menangis.

Friday, January 16, 2009

Kau is Just Another Lelaki Bodoh!

kau mmg bodoh. PENIPU. PENGECUT. sialan. bangang. fak!. bodoh. BODOH. boDOH!!!!!! kimak. SIAL. bodo nak mampos! penipu penipu PENIPU!! pergi mati cepat!!! sumpah, dia mmg bodoh! lelaki tak sedar diri! siriusli, kau akan susah tanpa aku. sirius!



PERGI MATI!!!!

Thursday, January 15, 2009

Fund For Gaza.

hari makin hari makin banyak gambar2 menyayat hati dan menyakitkan hati aku terima masuk ke emel aku. tu tak termasuk berita di tv. gambar-gambar manusia2 x berdosa di Gaza. aku mmg x tahan sangat bila tgk mayat2 kanak2 yg masih tak tahu apa2, bersepah sana sini akibat perbuatan Israel Yahudi celaka tu! arhh! marah campor sedih aku!

hari ni, aku bkak maybank2u, baru aku tahu mereka ada buka fundraising "NST FUND FOR GAZA". lembap btul aku ni. aku dpt tahu juga skg dah cecah rm2juta, tahniah malaysian. mungkin tidak sampai tangan dan kaki tapi sekurang - kurangnya kita ada berbuat sesuatu untuk bersama penderitaan mereka.



derma melalui online, senang bukan? dari buang masa berYM, berBlog, dan baca gosip2 artis atau melayan video2 macam2, luangkan beberapa minit utk saudara kita disana. derma la walau sikit sekali pon.

kalau yg ada masa lebih,dan mahu menyumbang terus, boleh menyerahkan bantuan terus kepada sykt bersekutu NSTP : 8tv, ntv7 dan TV9. dan aku ada terbaca, byk masjid2 yg sudah bukak tabung bantuan kemanusiaan di Gaza.

teruskan berdoa untuk mereka.

dan tak lupa, tentang boikot barangan buatan israel jahanam (kLik utk print poster ni pastu tampal kat umah atau dimana2). aku taw, mmg susah kan? majoriti brand2 yg kita pakai seharian kan. xpe. slowly tukar. mcm milo, byk lg stok aku kt sini. mekdi? lagi la aku gila kentang mekdi. jgn risau, byk barang alternatif lain bukan?

sebut pasal boikot barangan israel ni, umm, sgt sesuai la aku nak habaq kat kawan-kawan. esok, Jumaat 16.01.09 ada majlis perasmian kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia (KLik4mORE) di Mydin USJ. dah klik? ada nampak produk Safi Balqis? ahahha.perasan.

kempen ni berlanjutan sampai Ahad, ada pelbagai xtvt menarik. so sapa2 yg dok area sini, MARILAH! hehe. mcm aku yg selalu aja soping disini hehe. so, aku plan nk g sana ptg sok, pastu direct balik umah. weeeeeeeeeeeeeeee.
eleh aku ni, ada udang disebalik tomyam. ekceli aku nk bgtaw, insyaAllah aku bertugas sebagai maskot kementerian, eh bukan, sbg penjaga booth kami di situ. nnti aku update balik bila aku ada. ceh, konon ada org nk jumpa aku. hahaha.

*makin bosan dan meluat dengan dunia politik malaysia, kena tampaq siket dah nk kepoh masuk berita kat tv. blum kena bom lagi. hahahah. hadoilah.

Seol Gong Shan shii...

nak taw tak? ataupun kenal x mamat korea ni? ala..hero My Girl tu kan, err.. taw tak, taw tak? Fan Page kat facebook tu kan, aku yang create taw? pengakuan eksklusif. hahaha.

semalam baru aku bkak balik, tiba-tiba...dari xde fans..sekarang dah ada 1,237 orang fans. kekekekkee. ramai yg tataw, termasuk si Aket. hehe. tp, masalahnya di sini, komen2 fans nya guna bahasa sana plak. wat diam je jwpnye. kikikiki. memandangkan ada sambutan, cewah, aku mcm nak update la pages tu bila senang. hehe.

hehe. inilah wallpaper pc aku skg, xde motif. saje nak kasik farrah jeles, tgk joo rin pkin spek, ada macam aku tak? wakaka. ko jgn ingat rambut ketak-ketak palsu ko je yg sama ngan dia? hahaha.
ini baru wallpaper. cuba tgk gambar di atas. aku print itam putih je, aku pekerja yg baik, tak guna print kaler pon, hahahah. dan yg xbest, ada 'orang' mengaku itu gambar dia masa muda. lantas aku jawap : "yekkkk, perasaAn, celah gigi awak pun xtentu same ngan dia taw x.eheeh"


lagi gambar2 comel2 pencair hati ku. haih, nak kawen ngan artis la, nnti ada org sponsor hanimun kat korea. ngeheh. lagi cuci, aku baru jumpa kat sini (klik). selamat cuci mata.

*xde kije. eh silap, byk kije ekceli. buat keje yg aku paling menyampah kat dunia. arh!

Wednesday, January 14, 2009

Labah-Labah

dulu kan, zaman masih belajar kan, ala masa muda-muda dulu kan aku sangat suka Spider. ala, kumpulan Spider yang vokalnya duda hot Tam tu. ye, dulu suka gila kat dia, aku suka tgk GIGI dia, haha. manis kan? alamak, aku ni, dah dua orang Duda Hot aku suka, selepas Ariel Peterpan. hehe

ya. dulu, masa album Nazraku , hampir 80% aku hafal lagu-lagu mereka. dan paling aku suka dan terpeberet adalah lagu Lengit. siyes cuba dgr sampai abis, masa nak ending, suara Tam buat konserto. haha. comel je.

ummm... dulu kan, alaaa dulu-dulu. ada sorg kawan adik aku, hehe. pangkat adik la, konon minat aku. hehe. kalo emel @ msg kat mespes siket pnya pjg. hehe. dia bagi aku lagu Nazraku kat aku, uyoo. bangga kejap. kejap je la, x lama pon.

aaa...dan tak lupa album sebelum, Aladin. lagu kasik kita joget Kasih Latifah, mmg syiok. dan sapa yg tak tahu lagu Aladin, gosok jgn xgosok tu? hahaha. dan..lagu Kekal, lagu feveret aku bila karoke zaman muda2 dulu. hehe. umm. album ngam ho aku xberapa igt. dan yg pasti lagu Mungkinkah Terjadi mmg terbaik kan? uhuk uhuk.

ummmm.. lagi masa dulu-dulu kan., masa kat poly dulu kan. masa tu petang-petang. kitorang suka makan kat kedai2 makan depan poly kat Taman Pauh tu. masa tu kami oder nasik goreng apa ntah, kurang ingat. siket punya masin nasik goreng kami tu. masa tu kedai tu bkak radio, dan-dan tiba2 keluar lagu Laukku Cukup Masin. hampir nak tersembur nasik keluar bila aku tergelak dgr. terus aku dan kawan2 aku nyanyi ramai2, mcm nak luahkan perasaan masing2. hakhak. kisah benar, tak tipu weh, mmg kebetulan. hahah.

errrr...lagi satu lagu, Jangan Kau Berputus Asa. sangat bermotivasi. hehe. and one more, Sumpah tak Buat Lagi, sesuai utk dibagi kepada awek-awek anda. ngahahah.. cuba dengar ok, cuba dengar.

ummmmm....dan kelakar juga ni, aku with adik aku cupi siap beli cd karaoke satu album dorg lagi. best gilo karoke di rumah. xde nak rebut2 mic. mak ayah aku dah xlarat nak marah sbb rumah bising.

aaa.. lagi satu kan, masa juara lagu dulu kan? Relaku Pujuk menang kan? gila punya fanatik, masa diumumkan lagu tu juara, apa lagi, terjerit terlolong aku serumah sewa. besok pagi dalam kelas, bdak lelaki klasmate aku, Minan, tanya, 'weh, smlm tu rumah korg eh yg bising?'. hahaha. sedangkan dorg tgl blok sebelah kami. hehe.

errr.. lagi satu kan, korang taw tak dorang pernah berlakon dalam telemovie VCD, Gosok? hakhak. sebab terlampau minatkan Spider, aku pon konpem la beli vcd dia. lawak je aku tgk citer tu, citer mcm mana susahnya budak kampung nak ke kl nak kasik demo kat sykt rakaman apa ntah. tapi aku tgk yg no.1 je la, sequelnya xigt la.

masa tu pelakon jambu Norul Iman (Boy), Bandi Amuk, Hamid Gurkha ada berlakon, termasuk Allahyarham Loloq dan beberapa pelakon lagi. kalo pandai google la, boleh download. scene paling lawak masa Boy asik2 kena gosok belakang periuk mak dia, hahaha. masa tu la dia dpt idea buat lagu Aladin tu. ngahahah.

ummmmm.... album terlatest (tak la latest mana, tahun lepas kot, ke 2007?) , bintang 12. bolehla tahan. aku suka ost cicakman tu, video dia best btul. tam siket punya hot. ekeke. ya, jgn lupa..ahad ni juara lagu. bila nak saksi masuk, hwehweh. tp kan, hati aku kuat kata Faizal Tahir akan menang. haih.

errr. ekceli kan. aku nak cita pasal Spider bukan apa. ini lah tujuan sebenar entri aku. heehe.

aaaa...ingat malam persandingan mawi ekin kat palace of golden horses tu? siket punya gah kan dengan berkonsepkan Arabian? dengan fashion2 baju artis yg vogue2 abis. huhu. lagi dapat naik cruise cantik siap bunga api, naik keta kuda la (even kuda tu buat hal), kek bantal la, macam-macam. best kan? tu laaa.. sapa suh korg xkawen ngan Mawi. haha. masa aku tgk tu kan. tiba-tiba aku nampak geng Spider.

hehe. taw mereka pakai apa? kemeja long sleeve. dan seluar jeans. kool kan? hehe. that's why i laik Tam. hehe. u rok la Tam!

err. siket punya pjg mukadimah. ihik.

*gosok, jangan x gosok!

Tuesday, January 13, 2009

Pekak!

bunyi-bunyi yang menyampahkan.

1. bunyi hentakan kasut tinggi wanita. mmg benci. mcm dia sorg tahu pakai heels.

2. bunyi segugus kunci yg banyak, lagi2 kalo dibiarkan berbunyi berdecing2 sambil berjalan ke sana ke mari. dan paling teruk apabila dicampak atas meja. arh!

3. bunyi TELEFON PEJABAT AKU. heee. sangat annoyying bunyinya lagi-lagi masa aku ada banyak kije, aku malas nk jawap telefon. so, utk mengatasi masalah nya, aku "silent"kan terus talian sambungan 6569 aku, dan aku letakkan bawah meja aku sejak naik cuti raya tahun lepas. maksud silentkan terus tu bukan aku cabut wayar terus ok. hehe. minta maaf ofismate, anda tahu mcm mana nak kontek aku, tambahan pula aku sekarang pakai 012 dan 013. oh jangan risau, bos aku kalo nk cakap ngan aku dia prefer dtg terus jumpa aku, so, aku xde masalah dengan bos. heeeee.

*senarai top 3 aku boleh bagi sekarang ni. saje nak bgtaw aku ada di pejabat, aku tak cuti "bertenang" pon. sekian. sambung kerja.

Alasan Tak Pergi Youth '09

sidikit hapdet.

sabtu. saya balik kampung, melaka. melihat progress rumah kami di kampung. nampak alamat di bawah? jangan lupa hantar kad raya!


di kampung saya ada seorang budak bela arnab. arnab itu ada 6 ekor anak yang semuanya kukumalu (pemalu) yg masih kicik dan comel. uuuu..mungkin ini lah yang saya akan buat utk mengisi masa lapang dikampung - main arnab!


hari ahad pula, saya bersama rakan-rakan serumah telah pergi ke sg.chongkak. 1st time saya sampai di situ, kira ok la. air pon bersih. selain mandi manda (saya tak takut air sungai, so xde aksi campak2 dan heret2 ke dalam air) , saya juga menjala ikan. tp hasilnya tiada sebab tiada kesabaran. banyak btul ikan di situ, sehingga menggigit2 kaki kami macam spa ikan yg selalu ada di kompleks beli-belah sekarang ini. makanan tghhari sgt sidap, bukan calang2 lauk. ada asam pedas (nenek sedara bg dari melaka smlm), nenas masak asam ikan masin (xtaw nama sebenar), ayam kerutuk berempah (farrah masak tgh2 malam sabtu), telur dadar, daging burger cincang berbawang cili merah (resepi Nana Gucci..hehe). seronok btul di sana. air sejuk sangat oke. oh, selain itu. ada juga aktiviti mandi bawah jambatan, bunga je xde! heee.


umm. semalam, isnin. saya masuk opis lambat, jam 1.15tghari. ish lambat btul kan? so semalam banyak kerja. haih. oh ye. so sangat penat. malam makan tomyam poktek (pernah dgr atau makan? aku cerita lain entri) utk makan malam. dan, berita terkini, lagi sorang rakan satu rumah saya akan bertunang hujung bulan ini masa cuti raya cina. so spt masa farrah bertunang dulu, malam lepas dinner, ada 'OT' dirumah, mengubah hantaran. tp dlm gambar di bawah ni tak siap lagi tu, hasilnya nnti la aku upload.


err. macam gedik je guna kata ganti diri 'saya'.

*oh ya. jumaat lepas aku ada hantar gambar ke http://www.persetankan.com/ untuk edisi tahun lepas. dalam 5 yg dihantar, Babai 2008 yg dipilih. sepatutnya aku nak tulis Hello 2009, tapi..kesilapan teknikal . ish. huheeeee. kamu berminat, submit je ke web dorg tu melalui emel yg tertera di web tersebut. tq

Friday, January 9, 2009

Hehehe =B

weeeee. ingat nak update petang semalam. tapi memandangkan aku ada kerja, xsempat nk update. heeee. ptg semalam, mmg agak bz, sejak menjadi gunasama unit sebelah, aku ada kerja2 terkejut. hee. maksudnya, arahan tiba-tiba.

mcm semalam, aku tlg B, ok aku sebut nama sebenar la, aku tlg Bard packing alat girn masuk dlm kotak ikut cawangan satu negara (kerja lelaki tu), sebab En.Y, yakni En.Yahya kata kena setel ptg ni bikos ada audit maw dtg.

kendian...tlg S, oke, sebut nama sebenar juga, tolong Shahrul buat pemeriksaan fizikal kamera dan kemaskini rekod penempatan kamera (haa..yg ni aku suka buat, kamera kan?) . Kendian lagi, tolong H, yakni Hasnul Hadi, aku suka panggil nama penuh pacik sorg ni, siapkan labeling pergerakan kenderaan ntah apa semua ntah.

macam sesi suai berkenalan pulak. tp xsesuai sbb mereka semua laki orang. sorg je single dan sebaya dengan aku, Shahrul. dorang semua aku dah anggap macam adik beradik dah, kira abang-abang dah. dorg la 'penjaga' aku kat sini. ahaha. aku selalu kacau dorang.

abang, abang nak jadi abang saya? kita adik beradik kan?

ngahaha. sesungguhnya kan, x seorang antara dorg aku panggil abg. semua aku sebut nama ja. geli nak panggil abang. kuang kuang kuang balik kuaangg.....

terus, masa nak siapkan rekod penempatan kamera, tiba-tiba A, yakni Azyzy, aku lebih suka panggil dia Azy atau Z-Y-Z-Y, bersidai sambil tepi workstation aku. dengan memegang pas kerja aku dan sebatang pen cantik berwarna putih. aku termeloncat bangun dari kerusi!

"waaaah! azyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!" sambil menutup mulut, tapi senyum lebar nak mampus. heeeeeeeeeeeeeeeeee..sengih kerang sampai ke telinga.

mana jumpa?! dah lama ilang taw!!!!

azy masih x serah kan pas aku lagi. dia kata;

"rilek kis, rilek. taw kawe jumpo mano?"

sambil berjalan ke arah geng-geng beliau, Hasnul, Bard, Azhar, Shahrul, Ridzuan, Rahim, Sham dan En.Zul, (buat pertama kali reveal nama opismate terdekat)

"kawe jumpo dok dale bilik mesyuarat tu, bhn bukti ni! pas ni dok dgn pen ni, hok sapo pen nii??!"

aku dah terdiam, haa? bilik mesyuarat?? bila masa aku masuk meeting? last meeting pon dekat bilik mesyurat pengurusan depan sana tu. kerut2 kening lagi. pas masih tak dipulangkan ke tangan aku.

"oihhh..hok kawe ni!" azhar menyampuk dengan muka pelik. mcm mana boleh jumpa sekali.

apa lagi. terus la abang-abang tadi bising.

"kis, pa dia ni, dengan Jaha pulak? kata xnak lelaki secondhand? kahkahkahkah."
"haaa... bakpo pulok pen demo dok situ?"
"ganah demo, sapa cabuk pen. cabuk pas kijo. kakaka"

ayyooo! seronok btul dorg bergosip dan gelak2 kat aku.

"ah, xde-xde. bak sini pas aku". sambil menadah tangan mintak balik pas kerja yg dirindui khidmatnya.

duduk balik buat kerja. sebenarnya dok memikirkan mcm mana pas aku boleh ada dalam bilik mesyuarat tu. pasal pen tu aku xpedulik, kebetulan je tuuu. mmg dorg selalu meeting kat situ. lama-lama pikir, bru aku ingat kenapa aku masuk dalam bilik meeting tu.

petang selasa tu, lepas aku buat air kopi utk rakan-rakan sekerja, mmg aku ada masuk bilik meeting tu. bukan meeting, bukan perjumpaan ape-ape.

tapi, aku buang air kopi aku yang x habis tu ke tingkap. sebab aku malas nk ke toilet hehehe.
yer, melalui tingkap bilik mesyuarat tu terus ke bawah, tp xlah jatuh ke jalan raya, jatuh ke rooftop tingkat 1, kawasan lapang yg yg dipenuhi lopak air hujan.

sebab aku malas nak ke toilet adalah kerana kalo nak ke toilet aku kena tempuh 4 pintu. 4 kali kena scan pas kije! yer, aku mmg pemalas. agaknya tu pas kije aku ni merajuk sebab x nak gunakan khidmat dia, sebab tu dia menghilangkan diri. hehe


umm..tp, ketara kan betapa tak beretika nya aku ni? ala. x obvious kan air kopi campur air hujan? ala, bukan kena sapa2 atau keta sape2 pon. kira vandalisme tak?

azy datang lagi.

"kis, wat gapo dale bilik meeting tu kis?"

"ntah la, x ingat la, pelik kan? . xpe la. asalkan dah jumpa. makasiiiiiih azyyyyyyy. heeee"

dalam hati. padan muka aku. akibat buat perkara kurang senonoh, pas kije hilang. what goes around comes around. kalo x, leceh btul kena buat report polis semua. bosan dah.



gambar lama, masa awal masuk kerja. aku benci tgk muka aku dlm pas tu. muka kerek aku dengan mendongak dagu ke atas sedikit dan mata sombong.

menyampah btul tgk gamba tu sampai aku lekat sticker megatron kat situ. heee. aku ingat kalo renew pas, leh ganti gambar baru. hehe.

so ari ni masuk kerja dengan senang hati. boleh g mana2 ikut suka hati. dan xde lagi bebelan hilang ic, hilang pas!

Thursday, January 8, 2009

Membebel.

bodohnya sampai sekarang pas aku tak jumpa. arh! mmg bodoh. hilang mana aku xleh nak pikir. petang selasa lepas rehat tu aku xkemana, sekadar lepak minum2 di sini aja.
semalam. di rumah. fak btul astro ni. baru sebulan skip payment dah di stopkan servis. ape ke bodoh???? bodoh tak? bodoh kan?

dan lagi bodoh (sori byk perkataan bodoh hari ni), semalam tak tahu mcm mana boleh jadi. aku semua tuang isi handbag aku ke lantai depan tv. sepah2kan. terkeluar la hasil2 barang terkumpul dalam handbag "doraemon" aku. ya, konfem xde dalam hanbag aku pas kerja aku.

aku penat sangat dah dengan hidup aku lately. 'ter'meleleh jap air mata. bodoh betul boleh menangis. hilang macho aku. terus nak lelapkan mata, tak boleh. kata-kata farah, "kisss.. apa ni nangis2 ni, sejak bila jadi pempuan lemah ni..? budak cengeng!"


kemudian, frh, ket dan kak iza yang baik hati pujuk aku, konon la. tahu mcm mana frh pujuk? "kiss, dah la tu.. ko kalo nak menangis g la masuk bilik, ko nangis kt luar depan tv ni buat apa? buat malu je ngan kitorg...x malu ke menangis depan kitorg, xpon...g menangis dalam bilik air tuuuu...hahahah". ayat perli aket.

haha. even kata2 tu pedas, aku tahu dia syg kat aku. hehe. terus aku bangun, sebab frh dah kol astro dan menyamar sebagai balqis. astro on balik, yeay.. mlm ni leh tgk renjis 2! wekk, tak tipu, aku suka tgk drama melayu ni, lawak je. lagi2 si milah tu. dan lagi2 bila ada something kantoi berlaku, ada efek bunyi shhhhrrriieeeeeeeeeeekkk mcm kete drift kantoi. haha.

dan paling best, frh masak sidap, daging masak kicap black pepper berbawang plus kentang. hehe. nama nak gah. ekceli daging masak kicap je. hehe. tp mmg sdap. mood aku ok siket.

kemudian, dpt msg pengesahan dari shie yg malam ni dorg nk ke alamanda. hehe. mula pusing2 carik beday present utk bday bf pae. tp, hadiah yg dihajat xde. cian pae. humm. kendian, ke gsc. xde movie yg pasti..time limited. bunguk. jalan depan siket. sebagai pemandu pelancong, aku cakap.. ha..kat situ ada karoke! tiba2.. shie cakap, yeke, jom!

aku sedikit terkujat. biar betul, haha. mcm x caya, aku cakap je, aku xpaksa pon, mmg ada niat sebab tgh tensi mmg best rosakkan anak tekak. hehe. on karok! oh yea! pae yg mula2 malu2 kucim pon nyanyi hehe. aku pon pelik, kenapa aku suka nyanyi lagu 3 malam tanpa bintang tu. haha. oh, seronok jerit kot? haha

dan yg paling syiok.. aku tak sangka shie mau pilih lagu Bring Me To Life. ya lah, biasanya aku nyanyi lagu tu dengan adik aku. aku nyanyi part amy lee la, tp semalam..aku nyanyi vokal laki tu ape ke nama die? tak kisahla. paling kool masa, verse akhir,

without a thought without a voice without a soul, don't let me die here...
there must be something more...! (dengan suara skreamo, hahahaha)

oh. tenkiu sahabats.

habis kentang. kotak dibuang....

habis power, spek dibuang. eh, mane boleh.

terselit dalam buku.

kedai dah nak tutup.

Bodoh

korang tak taw. aku sangat tension lately. macam-macam la aku ni. semua nk hilang. khamis lepas hilang ic, masa keluar itu hari. bebel bebel marah, macam mana ic boleh hilang? macam mana ic pon xbawak? nasib baik jumpa, dalam kotak alat tulis di opis rupanya. tak tahu berapa lama dalam tu sbb tak guna ic tu kat mana2 kecuali khamis lepas, seb bak indon cleaner x amek. haih.

selasa itu hari. lepas punch kad. jalan laju je. tiba-tiba, aku capai pas ofis aku, eh.. tinggal tali je? pas xde. boleh aku terjerit sorang2 depan entrace, aik..mana pulaaaaak! dengan marah-marah, aku patah balik work station.

alamak. ade lagi dorang x balik lagi. aku diamkan je mula-mula. mula-mula lah...tapi bila dah puas aku carik sekitar meja..masih x muncul. aku bising sorang2. aku bisik pada B, ada nampak pas kis x? aku xnak kepoh2. sebab.. alaaah. sebab bosan kena bebel. baru hari tu hilang ic, ini pas pulak hilang. yer, si B kepoh pulak. habis semua orang tahu. semua-semua la. kena bebel.

hilang lagi, ic dah jumpa??

aku malas nak dengar. sampai aku cakap.

"kalau sampai esok kis tak jumpa, kis nak cuti panjang. amek tempoh bertenang. kis tak tahu apa nak jadi dah ni.."

B jawap.

aik kis. bertunang lagi? hari tu putus ka?

aku patah balik.

berTENANG la, bukan bertunang!!!!!

terus di bagi pinjam pas, utk sementara.

Wednesday, January 7, 2009

Bodoh.

magik btul mesin fotostat ni.

masa tgh fotostat. satu insiden yg buat aku mcm angin satu badan. darah naik ke muka.
apa lagi. mesin fotostat jadi mangsa.

tiba-tiba jem canon ir 3300, bkan kamera dlsr. tapi mesin 3 in 1.= fotostat + fax + scanner.

canggih kan? tapi jem ari ni. sebab aku marah. bukan takat mesin, org sekeliling jadi mangsa keadaan.

MARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH!!!!!!!!!!

gedik btul la perempuan ni. x kiralah mana-mana perempuan pon. ntah pape ah! menggelabah!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

update jam 4.47 pm. mesin fotostat dah ok. aku pon dah ok.

sebab utama kasik aku sedar diri...
aku dpt emel dari wani, 'Selamat Hari Asyura', ptg baru baca.
dan kemudiannya, ayat "merajuk btul dia ni!!". runsing aku. mcmmana dia boleh notice?

oke. ini emelnya. Selamat Hari Asyura muslimin muslimat.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Rabu, 7 JAN 2009 )

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2

2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah.
4. Menunjukkan orang sesat
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat
12. Membaca'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' (fadhilat - Tidak mati pada tahun ini)
13. Menjamu orang berbuka puasa

14. Puasa

Insya'allah. .

Tuesday, January 6, 2009

Kantoi Haih!

(kiri - separuh masa pertama yg penuh semangat!! , kanan - separuh masa kedua yg LEBIH KUSYUK.)

oke. oke. ini mmg sgt memalukan. waaaaah. aku tak benti2 gelak petang ni lepas tgk entri baru opismate aku. haha. haha. haha. jomla join gelak. adeh . adeh la, lenguh rahang aku. cuba tgk perbezaan gamba kiri dan kanan, obvious kan? kakakakakakka.

ok. cerita sebenar, pd tadi ade perjumpaan bersama menteri, pak menteri kasi amanat. dari jam 9.00 hingga 10.30pagi, NON-STOP.

"ape siket punya panjang daaaaaaa ucapan tahun baru apak menteri..."

akibatnya. haha. tidor berjemaah posisi duduk tegak.

thanks cik jue awandanya. akak mmg buat saya gelak tanpa henti petang2 yg masih mengantuk ni, hakhak. leh jadi paparazzot la pasni! ganti saya. haha.

status = baru buatkan abang-abang air kopi cicah biskut tiger. tiba2 kantoi layan lagu Spider - Mungkinkah Terjadi. adeh. uhuk uhuk uhuk. batuk coverline.

Monday, January 5, 2009

Aku Mahu, Aku Mahu!!

my wishlist for 2009 :

1) Poket Doraemon (dah ade, baru2 ni jumpa straw vitagen dalam handbag aku, selain gunting, card reader, balm tiger dan liquid paper)
2) Mesin Cahaya Masa
3) Mesin Cahaya Masa
4) Mesin Cahaya Masa
5) Mesin Cahaya Masa
6) Mesin Cahaya Masa
7) Mesin Cahaya Masa
8) Mesin Cahaya Masa
9) Mesin Cahaya Masa
10)Mesin Cahaya Masa


so that aku boleh jawap soalan-soalan yg selalu diajukan, yakni 'FAQ' kepada aku,..
Bila itu.. Bila Ini, Bila Kau Nak..Bila Lagi? Kau Pulak Bila? Apa Itu, Siapa pula? Kenapa Dia?
Yang Selalunya aku jawap, "Ntah.. Aku Tak Tahu!"

get it?

Doraemoonnnnnnnn Tolong Sayaaaaaaa....! (nada suara Nobita).

Haih. Kalaulah kucin xde telinga itu betul-betul wujud....

Lagi Satu.

lagi satu kes semalam.
aku rasa kena aku kena mandi bunga lah, buang sial. eheh. (boleh gelak lagi?)


Sunday, January 4, 2009

Ulang Bulan.

esok, 05.01.2009. hee. dah sebulan sejak peristiwa eksiden over-drift kami. haha.

sejak aku post entri psl eksiden, byk akudpt feedback2 spt..ktne? eksiden ke? ko ok ke? sape bwk keta? hahha.

begitu juga kt opis, sbb dorg pelik masuk kije ptg tiba2. ingat cuti. aku cuma inform bos aku sorg je. tp, siket pnye kepoh. hahahaha. siap kena bebel bebel dan bebel lg. haha.

oh, aku ekceli nk tunjuk lokasi sebenar kejadian dan kesan (tayar) degil pada jalan raya. cis, dh sebulan, masih x hilang. mmg degil. dan nasib baik bahu jalan tersebut tak diinsuranskan. hahaha.

humm..tiap2 hari kami masih menggunakan jalan yg sama, nk kata fobia lalu jalan tuu, xde kot..heeeeeh.


image thnx to google earth. zoom in utk keterangan lanjut.
sasaran kami. pokok yg tengah. nasib baik tak sondol peti besi tnb tu. kalo x?


lagi close up.kesian pokok, luka sikit.


2009 - Tahun diwajibkan pemakaian tali pinggang keledar BELAKANG. Kalau tak pakai dan kantoi dengan apak polisi, kena saman rm300, sama je insurans pokok di atas. hahahaa. pokok = manusia.

Sekian.