Friday, July 31, 2009

dilema wanita.

orang selalu kata, perangai kita, mencerminkan sifat kita. contoh....

aku ni, jenis kalau pakai barang, aku akan pakai sampai rosak. apa-apa barang la. contoh, kasut. kalo g kije tu, asik pakai tuuuuu ja. takisah la kaler x matching ngan baju ka apa ka. aku pakai je. sama la dgn handbag, selagi tak koyak, masih boleh pakai, hari-hari, kemana ju aku pergi, aku akan belasah bag ituuuuu ja.

so orang kata, 'jenis setia kau ni Kis.'

tapi ini lain kes, mmg aku lama dh perasan. aku ni, kalo makan, suka oder salah. salah tu, bukan waiter yg salah. maksudnya, aku akan suka orang punya makanan. contoh macam aku dah oder nasik puteh ngan tomyam, tiba-tiba kawan aku oder charkeoyteow, aku akan mengendeng, sibuk nak makan orang punya... " bak sikiiiiiit, sdap laaaa, ko makan la aku punya niiii..".

so, orang nak kata apa? suka hak orang? atau lg pedas, bf orang, laki orang?

alaaammmmmak! kang x pasal2 kena label pempuan miang.

ok bai.

*err, no komen. aku dalam dilema ekceli, kawan salah, tak kawan salah. haih.

Oh Suri ku!

Asymmetrical Ruffle Dress in Orange from Sunset Collection by GAP




Siapa lagi HOT pakai dress ini??



suri ke?? anak ex - bf aku, travis barker (kelik), Alabama. ala, drummer Blink 182 dolu2 tu..skg dia main kat mana ntah, last aku tahu +44. humm. abaikan. kissah lama. haha.

  • Alabama
  • Suri

huhh, rindu anak mummy sorang ni. heheh. ni lagi gambar terbaru-baru.



arkkk. sudah besattt!

credits to http://suricruisefashion.blogspot.com/ and http://www.tomkatcrazy.com/

ok bai.

Akiss TOP 3 Keropok!

no. 3, lurve..hot and spicy. of kos, pengaruh Hanis Zalikha. haha.

no. 2, twisties pepel, yg tomato tu. nak padankan, vitagen pepel, twisties pepel.



...and the emmy goes to (drumrolls).. SUPER RING!!!



huuhaai. ni kotak susu. comel gilak. cupi yg jumpa ni tadi.



naaah. bukan satu, tapi DUA.

yaa. comel benar. reminds me of my faveret video ever! coffee and tv by BLUR. cinta air kotak susu. marilah tonton! tak rugi, sumpah kiut miut miaw! wajib tgk minit 2:34, dan 5:31 smpi habis. hahaha. comel dah macam kentang!




alamak, cite dh terpesong. ahaha. ish lately kan, aku kuat makan junkfood la, hadoiiiyay!

ok bai.

Thursday, July 30, 2009

lawak antarabangsa pondans.

tadi kuar ngan Mak aku, dan adikku Cupi. masa nk g parking, kami turun lif. Tekan B2, tp masa kat B1, ada 3 PONDAN hot. body nak mantop je. hehe. so, dorg dok blkg kami.

tiba-tiba aku terdengar slh sorg nyanyi, "Boleh la Boleh..!" alaaa..mcm lagu mas idayu tuuuu..taw kan? so aku pon wat dek je. td masa balik. dlm kete adik aku citer, masa dlm lif, 3 Pondan itu mengusha die, salah sorg cakap...

"Boleh laa..."

kah kah kah kah. terus aku tergelak, "So tadi dorang nak tadi nyanyi utk kau la? kah kah kah..mesti nk cover balik kan?? mesti dorang usha kaw dan berkata "check out this guy...uuu...THAT's HOTT!" ala-ala Paris Hilton punya gaya.

kah kah. xbleh blah aku gelak dlm kete. adik aku ada fan pondans. huahuahuahuahua. cupiiii, cupii...

nah aku hidangkan kau lagu ni. enjoiiiiii.


hehe. ok bai.

berita dari P to the D, part II

lagi apdet. 26-29 Julai itu hari aku ada kursus di mayangsari resort, pd. hotel nya kira ok ok la, cuma aku x suka perabot dia, semua kayu2, nak antik2, bukan apa..dah macam seram sikek. hahaha. aku dok sebilik ngan Puan Zunita AwanDanya (kelik utk belog dia ) dan Kak Amy. hehehe. kak amy adalah mangsa kelasakan tidor aku. hihi. humm..kesian puan urusetia kita, Kak Zu, demam, smpi aku terasa bahangnya. hihihih

makan pon ok la. tak la sehampeh di Tekam, hehehe.



ini pandangan tepi bilik aku. ada rainbow taw, tp kicik ja, tu yg belah kiriiii tu.


ya, pndgn depan, itu yg kita mahu lihat! swimming pool. haha.



so, petang tu, terus terjun la kan. siap buat photoshoot utk majalah MANGGA lg taw! nmpk Saiful Apek tu?

ok ok. asik citer main sana main sini kan. ekceli, tajuk kursus ini adalah, Kursus Forensik Fotografi. penceramah yg dtg adalah ASP Zainol, dari CSI Cheras. sounds kewwwwl kan, CSI!

hummm..kursus mmg fokus kepada penggambaran masa siasatan tempat kejadian kes. fotografer yg dtg pon dr unit csi, kije dia, amek gamba mangsa kejadian jenayah, bukti-bukti..dan juga..kalo ada post mortem terhadap mayat. eeeee...tak sanggup.

macam-macam la die cite pengalaman die sepanjang bekerja di situ,semua kes-kes kaw-kaw spt altantuya pon mereka terlibat. hhuhu. so, kami dpt la tgk gmba siket2 masa dorang membuat siasatan segala. ngeri je, gmba masa tali gantung, jatuh bangunan...eee..menyesal aku tgk tahu.

so, utk memudahkan pemahaman, kami diberi tugasan berkumpulan, BUKAN GAME TRAVIAN tu ok. haha. tp xdalah pegi cek mayat ka hapa, VCD la..apa lg. hihi.



memperkenalkan, geng kami, THE OMPEK PINKY. aku yg bg nama, haha. ompek sbb kami kumpulan 4 dan guna pelat nogori. pinky sbb kami suka pink, terutam chief kami. hahaha



ini waktu bekerja. kire syok gila la, pakai glove, pakai penyepit amek putung rokok, amek sampel dna. hehhe. mmg dh macam CSI Port Dickson la kan!



malam last ada karok dan bbq. huheee.



lepas bosan bila karok org yg sama je, si Ad ajak aku carik rokok. ceh, sbnrnye die ni nk escape, sbb bosan kot. pastu kami lepak kt Bangi Kopitiam, baru aku tahu Kid Search yang punyaaaa kopitiam ini. kami lepak berempat, muiz, ad, dan ary. tiga-tiga pacik-pacik.

sembang2 smpi kul 12. sampai dalam lif, Ary cakap. "kau ni, saiz budak laaa.. sampai nk cakap ngan kami pon kena dongak..hahaha".

membazir besi btul dorg ni. tahu la masing-masing tinggi 6-7 kaki!



spt biasa kemwhore sblum balik.

byk ilmu aku dpt masa kursus ni. nnti ada masa aku sharing sharing ehhhh. best sbnrnye kursus mcm ni, sbb masa ni la dpt jumpa kawan2 yg dok cawangan lain. hehe.

ok bai.

Wednesday, July 29, 2009

berita dari P to the D.

balik dari pd, tghari tadi. terus-terus online. buken sbb nk apdet belog. sbb apa?
ADA TUGASAN YG PERLU DISELESAIKAN!



chief kami menerangkan strategi.



sanggup lambat makan, sanggup pergi cc, sanggup tidor lewat, dan dgr cerita..ada yg sanggup beli laptop dan pakai broadband terus! dan, according to Ary, sepanjang malam masa tido laptop still on, mata sebelah je bukak sambil menekan keyboard. huhh. bekerja keras!

jeng jeng jeng. inilah tugasannya!



game speedtravian.

aku terpengaruh jugak. bengong je, aku mula2 mmg blur dorang asik sibuk-sibuk 'nak tgk kampung', 'ketua kampung' la..serang la..hape la. rupa2nya dok layan game ni. tp mmg aku blur gile. tak paham, dah la guna bahasa melayu. bahasa tu kdg2 jd pelik. hehehe.

siyes weh. sepanjang kursus, ini kira 'HOT' la kan. hari-hari lepas abis klas..trus berkumpul di pusat wifi di lobi hotel. hua hua hua.. ok, nama 'kampung' aku, KAMPUNG KENTANGMIAW. ngee. boleh main, tp jgn la serang aku. kasihan taw. baru nak bertapak.

ini je sempat aku apdet. bizi la. huehue. baru hari pertama main, mulot aku x abis2 menyumpah seranah. sakit hati jugak main game ni.

ok ini linknya, http://speed.travian.com.my. ada juga yg S3 la, S2, macam2.

AMARAN : GAME INI BOLEH MENGAKIBATKAN KETAGIHAN MELANTUN-LANTUN!

ok bai.

Saturday, July 25, 2009

sepetang bersama dakota fanning, dan kinderjoy.

hari ni adalah hari makan. bgn tghari, mak aku da siap masak nasik dagang, lauk kari ayam, sambal udang, daging paprik, dan acar sayur. tidak lupa air sirap limau yg tutur dihidangkan pd kawan2 cupi yg dtg ke rumah, yakni, ayeep, zenol, ewan, pojie.

mereka nk ke The Curve, konon nk collect tiket ke worldstage.

so aku, seharian, ekceli, dua harian ini duduk umah makan tido saje lah. mmg xde kijenye makan eskem wafer perasa keladi, twisties, dan baru nak mencuba kinder joy.



telor tersangkut pd ranting. blkg pc aku yg serabut wayar la.



dah mcm Joker, penuh dgn tanda soal.



akhirnya, aku bagi kan saje pada Dakota Fanning, eh silap, Aina namanya, jiran aku.



kenapa Dakota Fanning, ntah adik aku tu. mmg ada iras siket kot? 40% ada kot? haha. saje upload senget pic ni, nak kaborkan mata anda. hehe. kelik utk larger imej.

kesimpulannya, kinder bueno lg sodap kot.

ok bai.

*off to P.D til 29.07, kursus forensik fotografi.

kisah dolu, zaman kelinik.

lupakan ttg Tyson kjap. nak rewind kisah 3 tahun lepas. sebelum aku kije disini, aku penah bekerja di sebuah klinik, bukan sebagai jururawat, apatah lg doktor, tapi account asst.

jawatan nak gah la kan, tp semua kije admin aku buat, marketing pon buat, pergi masuk kilang2 buat pemeriksaan kesihatan, kol kilang2 area shah alam utk dpt panel, ujung bulan mintak hutang, kol vendor ubat-ubat oder stok, bg ubat kat patient pon buat, dressing luka, pegang kaki budak laki nak dikhatankan, kira stok ubat, dll. dan kalo korang nak tahu..x-ray pon aku pandai amek taw! haa..gila hebat diri ini. cuma xde lesen nak injet orang je ha! haha.

huhh. nasib baik aku minat kije ngan ubat2 ni, sebot je sakit apa..aku boleh namakan nama kimianya, siyes weh.

doktor yg paling aku ingat, Dr.Kassim, cerewet..biasalah, org tua. ada cucu comel gila, namanya, Allana Elise Maryam. lihat gambar di sebelah. budak ni selalu dtg klinik pd hujung minggu, melepak ngan aku, sgt bijak dan baik budak ni. sebab, nk suruh dia diam, bukakkan dia website www.barbie.com, trus khayal masuk ke alam barbie yg penoh PINk!

umm..lg doktor yg aku rapat, Dr. NurAyutimasery binti Abdullah dan Dr.Abdullah Asad Siddique, dari Arab. antara ramai2 dokter, sain die paling mudah di tiru. haha. dan, die panggil aku, Bilqis..bukan Balqis. die kata Balqis xde maksud. deym.



'buat kije' dlm bilik dr.

plg best, rakan sekerja, kak sue, kak tina, kak wati, ina, siti, seri... byk gila kenangan pahit manis dgn dorg ni. dan macam2 kije jahat kami buat. plg best bila dpt main ultrasound scan, scan perot masing2, konon nk tgk baby. kah kah kah. lepastu menghabiskan vitamin2 chewies, dan sampel susu coklat.

sng cite, puas dah kami main 'doktor-doktor' kt situ. huhu.

patient? huhh. macam-macam jenis manusia. hari isnin adalah hari plg rmi patient, biasala, MC. tp, sejahat2 aku, xpnah juai MC taw! skandal dgn patient, ada lah. erkkkkk.

kisah dulu. ish pjgnya entri, mls nk baca nnti. hihi.

ok bai.

Friday, July 24, 2009

The AAR, Boys Like Girls dan Hoobastank.



of kos, my bf. tyson.



martin, dari boys like girls.



doug, dr hoobastank. but aku prefer gitarisnya, Dan Estrin, kachak!

a ah ye. konfem. 15.08.2009, mtv worldstage live in malaysia, abg-abg ni akan dtg. what the eff. boys like girls pn dtg??!!!! aku nak g! spesel utk xpax users, ada offers utk korang. asal bukan hotlink?!!!!

chekidawt web ini http://worldstage.mtvasia.com/ dan http://www.xpax.com.my/mtv/.

wajib kelik ok.

ok bai.

membebel buta.

arkkkk. tensi tensi. akhirnya aku buat keputusan CHA-ALIP-BOT dari opis. kul 4.15 mak aku da amek, kidnap balik sahalam. kihkihkihkihkih. gelak jahat.

sedikit jakun. agak terkejut beroks bila duit yg kuar atm tu mcm sampul hari raya. ingat kan dh kena 'wakenabeb', rupa2nya rm50 baru. batak. hahaha. eh xjugak taw, masa nk bayar kt kfc td, ade kakak kt blkg tanya aku, 'eh diiik..duit apa tuuu?' aku jawap.. "inilah rm50 hok baru kaaaak" dengan bangga. konon. hahaha.

so sblm smpi umah, kami g giant putraheight. biasala mak aku tu, soping. aku pon, tumpang sekaki dua tiga empat. hehe. ko saba je la ye Cupi. punya la 'senang hati', masa dlm giant, dorg pasang lagu i will survive, siap kami berjoget part rancak. hahaha. berbaju kurung, so un-senonoh.


chop chop chop. NOT FOR SALE. aku bukan nak juai selendang. hahaha. saje nk cite. yg aku label no.1 tu, aku pnh jumpe kat cineplex itu hari, rm25. tp tadi rm9 jak. kool. yg no.2 tu rm13. no shipping fee. ntah apa aku merepek dah ni.

ok. so pelajaran kita hari ni.

1. rm50 baru, sudah ada.
2. kalo makan cheesy wedges, boleh mintak extra cheese, dgn RM1.00
3. dan...err..tadi timbang berat badan guna syiling 20 posen. masih 55.4kg.

kah kah kah.

besok kt opis, lengang. most of us out station. to the kuantanians, pegi la Hari Pengguna Malaysia di padang MPK, 24-27hb. kalo nak jumpa farrah housemate aku pon ada (mcm la artis). patutnya aku yg kena pegi. haha. knp Kis x g? ..... malas. lgpun ada kursus, ke P.D aku ahad ni.

ok bai.

*yahoo7 kool lah!

Thursday, July 23, 2009

bodd.

eee. balqis, balqis. kenapa la bodo sgt. dah berbulan, masih macam ni. masih xbuleh lupa pacik sorang tu. masih terganggu dgn kehadiran dia kan? masih xboleh bercakap eye-to-eye dgn dia kan? mmg bodoh.

konon, nasihat orang, "ko kena kuat Ket, tgk macam aku, boleh je, even dia depan mata". tp...tak sampai 2 minggu masuk opis, 'sakit jiwa' kau tu dah dtg balik. pelis la balqis. apa yg yg spesel sgt psl dia tu. sng je jawapan aku, "sebab, aku tak dapat dia..., sbb rasa pempuan tu, x sekuat rasa aku pada dia". itu aku pasti sgt. aku sakit hati. hari demi hari, da mcm virus...sedikit demi sedikit sakitkan hati aku ni.

malam semalam, sblm tido.

"farrah, tlg la, aku rasa aku kena kawen cepat. aku sakit jiwa la, aku dah xboleh duduk kt opis tu! aku sakit hati! aku tak boleh nk hadapi bila satu hari nnti dia nk bertunang, nak kawen, kalo die cuti kawen 1minggu, aku nk cuti rehat 2minggu...habis la aku nnti, konfem aku demam, muntah2...aku tak boleh bayangkan!"

"ish ko ni, ape lg? mslh yg same kan? btul kis, kawen la dgn ***, aku xpenah jumpa lelaki baik, penyabar mcm dia, ko tunggu ape lg?"

(jawap dlm hati, takot kena penampar dr farrah)

'ye, boleh. tp...mcmmana kalo da kawen aku masih 'di sini'? same place, same feel, same man.'

mmg bodoh.

Wednesday, July 22, 2009

sesema vavi.

1 message received.

"Cupi cuti satu minggu" from mak aku.

ya, adikku stadi di uitm sri iskandar, perak. dibagi cuti 1 week. wah ngerinya. makin berleluasa la ini influenza. dah 8++ kes dah kan? ish. Ya Allah, hindarilah kami-kami dari jangkitan ini.

boss macam tahi!



ini videokilip, lama da aku nk paste kt sini. khas utk orang-orang baru klash ngan bf. dan juga yang sgt tensi ngan kije, lagi-lagi dengan boss yg sewel. hahaha. khas utk puan zunita awandanya yg mmg owes tensi ngan boss dia yg tercinta tu. hahaha.

siyes kak zu, sy sebulan tlg unit latihan dgn ber'boss'kan Tn.Hj. M itu, fuhhhh. meluat siot. tahu x ari last masa tamat latihan tu sy mengamuk, tinggi suara kt dia, last skali....menangis dgn penuh sumpah seranah kat boss itu..hahaha..dia nak nama...kita yg kena mcm org gila kerja! wahahaha. ayat-ayat spt "pegi mam%#2, b@b!, gila kuasa, pengampu, bod@h, si@&, bloody@$hole, LMAO semua adalah. hahaha. xpasal-pasal naim kena dengar. hahaha.

xpe-xpe. layankan je boss itu. selagi dia ada kuasa kan? haha. jgn macam ai, boss takde. lagi tensi. hahaha.

ok bai. selamat bekerja.

kalo bos tgh bebel, mainkan lagu ni in your mind sambil angguk-angguk kapla. kah kah kah.

ok bai.

Tuesday, July 21, 2009

guna poket pon boleyy!

huhai. ari tu kan, kan aku g loyat kan. mmg dh lama aku usha kt web dia, sony vaio POCKET. waah, mcm menarik la kan, bila sebut VAIO. expectation sama, harga dia msti lg tinggi kan. so..smpi sana aku usha lah, mmg santek ini notebook. sgt nipis, dan berat x sampai sekilo. btul-btul besar tapak tgn aku je. huhuh. mmg kool la.

buat masa ni ada ampat warna, mera, ijo, itam dan putih. dan siwiusli, puteh itu cantek, dan hok ite tu mmg smart. huwww.

lepas usha belek usha belek itu notebook, cuba taip-taip siket tekan-teka keyboard. aku pon usha la tag harga. rm2999. kool.


kesimpulan nya, mmg la semmmart! lagi-lagi kalo tayang kat stabak kopi kan? cuma yg selit2 kat poket blkg jeans tu meme x seswai la? ada ke org nk jalan-jalan sambil selit notebook kt bontot. sonang-sonang je kena rembat. haha.

watever it is, produk ini seswai utk travel. ye la kan, utk apdet belog ke, bertwitter ke, berfesbuk di mana jua anda berada. dan paling kool, bila g dinner ke hape kan, bole je sumbat kan tas tangan, dan sambil2 on9. eh sempat ke? hahaha. utk siapa yg xbuleh hidup tanpa internet ok la.


errr.. beday ai bulan 9, 11hb. sapa-sapa yg xtaw nk bg apa2 kt aku, vaio pocket pon ok gak. hahaa.

ok bai.

*kelikHEREformore!

aku gemok? meme la...

adalah. satu geng atau orang itu. dulu gemok, skg kurus. but siwiusli, even 'orang itu' dah kurus, still..die nampak besar, dari aku. itu fakta. aku bukan apa. hari tu, 'orang itu' dtg kt aku, cakap dengan muka sedikit 'kerek campok herdik'

"eee...balqiiiiisss, gemoklah kau!!"

aku cuma jawap, "meme la! skg aku 55kg" dengan muka selambe..

eh, halooo, masa ko gemok dulu ada aku kata apa2? ada aku cakap badan dah macam janda anak 5? ooo. no no no no. aku bukan jenis org yg suka komplen org lain tak tentu pasal. oh kamon lah, kurus xsemestinya cantik.

skrg 'orang itu' dh pndi, atau..baru dpt pakai baju ikot body. haha.

" and kpd 'orang-orang itu yg suka komplen pasal org', hari ni aku bekpes makan nasi lemak, roti cream jagung, kuih 3 biji, vitagen pepel sebotol, dan cadbury black forest. x macam korang, skip bekpes, lunch makan sayur dan sup kosong, nasik? pantang makan nasik kot. dan lg, satu..aku pakai baju yg baru aku pakai minggu lepas, tudung tak berapa nak matching ngan baju aku. im soriiii...aku pemalas nak gosok baju dan tudung "

cukop info nak lauk buat ketupat hari ni?



jangan suka jaga tepi kain orang, unless kau sejenis kucing comel. hahaha

ok bai. ai mis yu kucing miang. dah bersalin ke belom. tsssk.

*in repeat mode, trouble is a friend.

Monday, July 20, 2009

BF Saya Tyson Nak Dtg, Yeay!

huhu hehe hihi. di celah-celah kesibukan hari isnin ini. ye, tensi, boring, sempat aku ngapdet belog. haha. cuci mata kejap.



ok, event2 yg aku nk g wat masa ni. yg pertama-tama, of kos, pameran astrofotografi, yg pasti venue nya bukan di petrosains KLCC, tp di planetarium negara ok. dan kedua nya, pesta floria spt biasa di putrajaya..bestnya bestnya.hihi. kelik pada poster utk tumbesaran ya.



dan, mtv world stage. ada THE ALL-AMERICAN REJECTS???? arhhhh, nak pegi nak pegi! nak jumpa boyfie aku, tyson. dh lama tunggu AAR dtg mesia. wuuu wuwwuuu wuuu. tapi, kenapa harus buat di Sunway Lagoon Surf Beach??? mcm kureng je. haih. xkan la nak kena pakai macam pakaian xberseluar mcm Lady Gaga? hmmm. more info klik SINI.


arghh!

ok bai.

Sunday, July 19, 2009

Avril VS Leona VS LJ

aku suka lagu I Will Be. tp bukan yg Leona Lewis punya version, tp Avril Lavigne punya. maybe mungkin (??) sbb aku ni mmg dr dulu suka avril. dan aku x berapa suka leona tu, ntah...aku rasa muka dia kasar.

dan, suara avril lebih seswai ngan telinga aku. alaa.. bukan aku benci leona, aku suka je lagu better in time dan yg bleeding-bleeding tu, cuma suara dia bukan jiwa ku. hihihihi. jap, aku tgh rajin ni, cuba dengar dua2 kalo korang rajin.

aku plg suka masa verse akhir tu, "Here with me, did you see, You're all I need..." pada minit ke 2:37. cewah jiweng je Balqis. haha. tp aku tak suka versi leona, macam mendayu2 terlebih pulak. hihi.

AVRIL PUNYA I WILL BE.

LEONA PUNYA I WILL BE.

ok. tujuan sebenarnya aku lama dah nk belog psal ni. aku gila tak tahan menyampah meluat dgr lagu liyana jasmay tu. apa ka tajuk nya, Tak Percaya Cinta?



oh pelis. sekali dgr aku dh tahu nak tiru lagu sapa dan apa. haha. thanks to OhArtis.com. tergelak je aku baca artikel ini "(Panas) Liyana Jasmay kaki Plagiat Lagu?"(sila Kelik!) dan jgn miss out tgk video2 kat situ. errr.

sori fan-fan LJ.

ngee. ok bai.

Kisah Teladan M.U, Planetarium dan Si Nyamuk.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sari berita penting.

Tanggechi pakai sari juga.

Pukol lima (5) pagi. Beribu-ribu nyamuk telah menyerang Cik Akiss sehingga kaki betis peha muka dahi tangan jari semua bintat-bintat. Perang nyamuk makin hangat apabila bunyi nyamuk yg nyaring gila babi annoying bermain2 di telinga sampai kan Cik Akiss menampar muka dan dahi sendiri.

bodo merepek. hihiihi.

hari ini ada kejadian bodo. (bodo lg disebut, x elok sungguh). aku dan aket bersungguh2 pergi ke klcc, konon nak g tgk PAMERAN ASTROFOTOGRAFI PERINGKAT KEBANGSAAN di Planetarium Negara (sila kelik), sounds kool buken? ASTROFOTOGRAFI!

ya, kami klcc dengan selamba bodoh (bodoh, again) naik tingkat sekali. ya, of kos, yg kt atas sekali tu, Petrosains, bukan Planetarium Negara.

mmg bodoh. (again) wat kind of rakyat malaysia la kami ni???

tp lg teruk budak-budak fan m.u ni (adikku n the geng), buken nak sapot team mesia, m.u jugak kn. hahahaha. (sebenarnya jeles xpat jumpa Owen). sorylah letak gmba ni, memandangkan korang pinjam ahmad nikon aku kan. hihi. agak2nya kalo yg beriban2 fan m.u tu tukar sapot team mesia, msti mesia mng kan? 3-2, kira orait la kan? gila bes la Amri YeahYeah!!! biasala...player selangor kan? hahaha



so, pas keciwa xpat g planetarium, lepak ngan Kwan kt loyat. bukan la lepak ekceli, tlg mamat ni usha kamera baru. dan, lepak2 ternampak kamal lambada, aceh dan z. gila kurus kau skg kamal! huhh. so, skg ahmad nikon dh ada awek, aku bg nama Siti Nikon, eerrrrrr. ish, xnak la. sbb gedik je datok siti tu, tudung terbang dah. kah kah kah. ok la, tukar, Nur Nikonina. haha.

ok bai.

*masih menggaru-garu bintat satu badan.

Saturday, July 18, 2009

wtf !?

seronok Hujan kalah, Siti Nurhaliza kalah. Upin&Ipin menang for best on screen chemistry award?? btul cakap paul moss, kind of stupid. ngee. shila & niki? ewwww.

oh ya, patut tukar Shout Award td kepada Shortskirt Award.

ok bai.

Friday, July 17, 2009

aku mahu, aku nak!


AKU NAK INI, BTUL-BTUL NAK..




"PASIR PUTIH TEPI PANTAAAAAII... OMBAK SALING BERKEJARAN......."

Thursday, July 16, 2009

Obsessed!

akhirnya dpt gak tgk filem ni, sejak tgk trailer die masa 1st time tgk tenpomers. agak menarik la kan, nak tgk pmpuan gado tarik2 rambot, nak tgk mcm mana pempuan boleh suka kat laki org kan? tapi bukan aku ok? kah kah kah. mcm sensitip je isu ni.



ok. ummm. citer nye aku rasa ok ok je, simple dan senang paham, dan xde lah misteri2 apa ke semua. pelakon pon xramai. adalah 10 watak kot?

lakonan Beyonce (Sharon) pun kira ok ok je. xde lah meletop sgt nyah. cuma kan, dorang bedua tu Idris Elba, laaa...Pak Deris? hahah (Derek) dengan beyonce macam x berapa nak ada kemistri la. lagi2 masa dorang gaduh kat umah tu, macam tak cukop je skrip masa tu.


ini si miang saiko.

dan, kalo boleh kasi la hero hensem lebih siket, hiihihi. kalo aku, nigga yg kacak aku nak macam T-Pain atau Mekhi Phifer, ala yg belakon dgn Jessica Alba dlm Honey tu. hihi.

atau mungkin pengarah saja nak tonjolkan watak Ali Later (Lisa) yang saiko gila bodoh laki x ensem huduh pon die belasah? hahahaha.



"You think you're crazy? I'll show you crazy. Just try me, bitch!!!"

umm. scene yg nak tergelak, atau mmg aku sudah pon tergelak besar masa Sharon hentak kepala (dahi) ke kepala (dahi) Lisa. dah macam WWE weh dorang gadoh. kah kah kah. dan masa Sharon tarik kaki Lisa, "I'll wipe the floor with your skinny ass!!" gila gelak besar aku. kah kah kah.

dan spt biasa, filem ini menunjukkan kebodohan polis. Lembap. dan hero nya adalah si isteri, Sharon. hahahaha.


inilah adegan yg kita mahu lihat. kah kah

ok, moral of the story, tiada rahsia antara suami istri, dan jaga somi baik2, zaman skg ni banyak pompuan jahat di luar sana, dan mulot seorang p.a lelaki pon macam joyah xleh simpan rahsia!. hihi.

dan, isteri-isteri kena belajar seni mempertahankan diri, mana la taw kan? apa2 jadi somi takda, at least belajar tgk WWE pon ok gak. haha.

ok bai.

thanks to www.imdb.com

Wednesday, July 15, 2009

Program Pemutihan.

disebabkan budak2 umah aku dah panggil aku budak asli rambot dye, MUKA HITAM, dan sampai buat-buat tak kenal masa jumpa kat Alamanda!!! aku pon dgn rajinnye konon sevey produk memutihkan kulit.

"eleh ko akiss, kalo x ke Terkam pon ko bukan putih pon kan kan kan kan?" (kata sok sek sok sek dr belakang.)

so aku sevey2 la siket, dan google la produk2 whitening2. eleh, konon, safi balqis pon ada. hahahah.


huhh. im soriiiiiiii. tak satu pon produk di atas aku berkenan atau aku rasa sesuai even mahal beratus2. nak taw apa produk yg aku percaya sejak aku sekolah tingkatan 2?

ya.

KRIM TEMULAWAK DALAM BEKAS HIJAU.

sekian, terima kasih.

ok bai.

*ps. ada sorang budak umah aku sibok tibai orang punya serbuk susu utk ditempekkan di muka utk kelihatan putih. hahahahha

Kisah Kejadian Hari Itu.

hai hai semua (eceh mcm la ramai baca belog ko balqis).

huhh. sgt xtaw nak describe macammana perasaan aku ni, akhirnya tamat juga kursus itu. pahit manis, gelak tawa, jgn tak tahu, menangis pon ada. ya, menangis, satu, sebab nak berpisah dgn peserta, dua, sebab tensi dengan perangai manusia kuat mengampu dan suka bg arahan suka2 hati dan arhhhh!!!! ya, aku kalo nk piyet mmg aku akan menangis. huh.

dan of kos, psl memory kad yg dh JAHANAM! aku dh x rasa apa2 dh, mungkin sebab keciwa gila babi. xpalah, nak wat camna kan. dah takdir. (ayat pujuk)

ok, mls nk bebel pjg2, ini ada siket gamba siket2 yg selamat dari virus yg babi itu. maaf di atas kekasaran bahasa.



the tuan komandan. satu petang sebelum hari kejadian.



the urusetia dan jurulatih, tgh relax cover tensi ekceli.



vip2 tgk reherseal.



ini masa mula2 sampai Kg Guai utk PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT.



ini PROGRAM MEREMBAT RAMBUTAN MASYARAKAT.



inilah "banglo tinggal" yg kami bermalam di sini utk mandi dan tidur(ayat tunggang terbalik). gila horror, dikelelingi kebun getah, dan TANAH PERKUBURAN tak sampai 200m jauhnya dari banglo tersebut!



ini pandangan hadapan laman. sebelah tu ada tanah perkuburan. cukop ngeri x? tanpa lampu jalan ok!



awal pagi kejadian.



ini pula gambar Balqis dengan orang-orang yang tinggi dan skandal2 yg tinggi. atau sebenarnya mmg Balqis ni pendek. FAKTA.



SAYAAAAANG APAK. ok abg2unit logistik, jgn jeles, abah korang disayangi ramai ok!



antara shot-shot terakhir. itu bapak dafi.



cuba try tgk, gamba dlm frame sama kan dgn gamba di atas? haaaaa...sbb nak print gamba tu la memory kad aku kena virus kt dlm laptop tolol itu. huhhh!

ok bai. sebenarnya ada kisah mistik semasa aku di sinun. tp malas la nk cite. seram weh. eeeeeek.

ok bai!