Tuesday, March 31, 2009

al-kissah





arrrrhh. bosannya ngan hidup aku niiiii! dah macam drama!!!!











kadang-kadang termenangis gak.













dan kadang2 mencarut-carut f*%KyOu*^%wtf$#6fakyu$#^#!!










kadang2 aku imajin. kenapa aku tak macam orang lain???
sgt smooth perjalanan hidupnya.









mungkin sebab aku ni degil kot? xsuka dengar cakap orang? degil degil degil!!!










so bila tensi begini aku jadi kuat makan.mostly makanan ringan.











tapi aku bagus, pandai berlakon. luaran mmg sengaja bagi nampak hepi lalalalallalala depan org.











but now, aku lebih suka BUAT TAK TAW, dan bila ditanya, jawab ntah ntah ntah, tak tahu tak tahu tak tahu sambil menutup telinga!








seb baik ada famili yg syg aku. dan kawan-kawan yang berlawan-lawan jadi pakar motivasi xberbayar. huhh.

kalo tak. lama dah aku botakkan kepala macam Britney.

kahkahkahkahkah. gelak palsu.

*gambar sekadar bahan ekspresi, suri tak bersalah.

Monday, March 30, 2009

Saturday, March 28, 2009

Zahiril Adzim.

patutla tulisan di belog Dia (klik) dah makin kurang panjangnya, ini lah yg di bz kan selama ni. hehe. kenot wait.

teruskan berkarya dan pls don't stop acting ok.
i sapot yu lah, konpem!


dabel ciskek tag.

tag dari iqa lulu lala.

1.apakah benda yg plg pntg dlm hidup kamu?
famili, friends dan ahmed nikon. oh, paling penting. kejeeeeesama!

2.apakah benda akhir yg kamu beli dgn duit sendiri?
charkewteow.

3.di mana kah tmpt impian perkahwinan kamu?
mabul island. dlm angan jak laa.

4.berapa lama hubungan kamu berkekalan?

hahaha. hubungan apekah?

5.adakah anda sdg d lamun cinta?
N-T-A-H

6.di mana restoran akhir kamu mkn mlm?
rasamas kt bangi.

7.nama kn buku trakhir yg kamu beli?
xde. aku xbeli buku.


8.Nama penuh anda
Balqis. ya, Balqis sahaja.

9.kamu lebih senang dgn ayh atau emak?

mak.

10.nama kn seorg yg kamu ingin jmpa dalam idup kamu?
tatahu. tatahu.

11.sebut kn nama 8 sahabat yg rapat dgn kamu?
- housemate = 5 org

- kak atma, febriany, bazardry,

yg lain bukan x kawan. cuma x rapat.

12.adakah kamu mencuci pakaian sndirik?
mesin basuh tlg basuh.

13.tmpt yg paling seronok yg kamu ingin pergi?
a pantai.


14.butir kn 5 perkara tntg org yg tag kamu..
-adik cumil
-student
-dok jb? kl?

-peminat mekap
-dan kamera juga
.
15. 8 perkara yg saya gilai..
- camera
- suri cruise
- seol gong chan (lee dong wook)
- transformers
- tom yam pok tek
- polka dots

- cheese cake
- VITAGEN

16.pelukan atau ciuman?
kiss kiss for akiss. hahhahha

17. 8 buah buku yg plg baru d baca?
sumpah aku bukan pembaca buku. hahaha

18. 8 lagu yg kamu boley dgr berulang kali?

- karma police
- creep
- circus
- you're so dear to me - nightmare of you
- unintended - muse
- tanpa - 6th sense

- how it's gonna be - 3rd eye blind
- don't crying your heart out - oasis

19.mari men TAG 8 org laen..
- hannati kamal
- awandaya jue
- didi nadhirah
- apes
- leen chantique
- redsya

- shie itu aku
- kak jue busyuk sayang


tag dari kak ju awandanya.

rules of de tag:-

i. copy or upload bagde"2009 cute's blogger award".
ii. link kan kepada siapa yang memberi award ini kepada anda.
iii. setiap blogger mesti menyatakan 10 fact/ hobi diri sendiri.
1. nama balqis
2. umo 25 tahun
3. bukan student lagi.
4. kuat tido.
5. tengah diet.
6. hobi, tgk tv sampai tv tgk aku balik.
7. hobi, menembak.
8. hobi, bernyanyi.
9. hobi, tgk gamba suri
10. hobi, tido lagi.

iv. anda perlu memilih 5 penerima award seterusnye dan menyatakan di blog anda.
+hannati
+redysa
+misheydora
+kak jue busyuk sayang
+aket

v. jangan lupa melawat blog kawan anda yang telah di tag dan meninggalkan komen bahawa mereka di tag..

done. abis kijo done.

Oh Penat Penat!

ya. sgt soon aku kasik letak gamba. hihi. dan mahu ceritt siket apa yg aku sibokkan dua hari ni.

khamis, aku masuk opis lewat, tgh hari jam 1.30pm baru punch. aku balik sh.alam sbb ada hal. disebabkan, aku skg ni lebih suka 'silent mode kan' henpon, byk miskol aku dpt. salah satu nya en.radzi. aku da agak kenapa die kol, sebab esoknya jumaat ada meeting badan kebajikan bahagian.

tapi masalahnya, aku sepagi jumaat aku sibuk. ambil gambar dan jadi model. ya..MODEL utk pertunjukkan fesyen sempena annual meeting dan majlis hi tea puspanita. hahah. ye, model pendek oi oi. hahha. sebenarnya dah 2 minggu kitorg prektis. hihih. dan maknanya 2 meeting besar akan terjadi esok.

so, ptg khamis mmg langsung tak duduk depan pc. dok ada reherseal, itu dan ini persiapan utk esok. mati la aku tak jumpa2 en. radzi!

ok. penat.

jumaat tiba. kul 10 konon dah kena mekap. eeee...lemah btul aku bab-bab mekap ni. siyes..aku tasuka. rasa macam muka ni pakai topeng, dan rasa diri ini plastik. hahahha. oh ya, model-model yg tak berapa nak ngetop ni telah dimekap oleh adik Puan Low salah seorang pegawai satu bahagian aku, tgk belog ini http://maeliewedding.blogspot.com.


ok. siket gamba pertunjukkan tersebut. carik la aku, carikla aku. hahha. xnk la letak gamba sorg2, maaaaluu. haha. yela sebab pakai baju besar dan ladies macam makcik2. ntah ape2 ntah. hahahha. that is soooo not me. hakhak.


perhh. masa dah abis show tu, sgt seronok sebab usaha prektis berbaloi. hehehe. dan rasa seronok bila macam mana kelam kabut, berkejar2 menukar baju di backstage. kahkahkahkah. mmg xleh nak igt! hakhakhak.

oh ya. pernah dulu aku mention pasal farah af tu. ade jugak die dtg. comel gak budak ni. hihih. kiciiiik je. nah gambar utk peminat die. aku xconteng pon url aku kt situ. hihi.


huuhh. habis puspanita lebey kurang jam 3.00. dan guess what. meeting seterusnya yakni meeting badan kebajikan start jam 3.30. aku mula2 nak lari gak. tp xleh sbb kantoi terserempak ngan en.radzi. dan terus buat drama.

"en.radziiiiii...soriiiii.. semalam kis takde, sibuk reherseal semua. ada apa2 yg sy leh bantu??"
haha. soalan bodo yg ditanya.

ape lagi. bertindak mengikut arahan. nasib baik aku ni cepat GRRRRRAAAAB (grab) bak kata johan rambut penyapu. hahahhaha. mungkin aku dh biase handle benda2 alah ni.


rujuk gamba. tgk gamba 1st, muke ketat sendat abis doh. sedangkan sempat lg berbalas msg, biadap btul! hahaha. uuww....ada james bond la. kachackk kachackkk! shhhh. rahsia ni, rahsia. haha.

adeh. penat. jam5.45 aku keluar bilik meeting. rehat2kan badan di meja sendiri. apdet siket entri oh penat. dan balik jam 6.15pm.

huww. akhir sekali. tatapla gambar "kandid rela" dari aku. ko mesti bangga kan pejan hasil tangkapan ko 'mengena'?? kahkah. see? lapar btul bukennnn?? kahkahkah. aku jujur, gamba huduh pun aku kasik korg tgk. hahhaha.


oh ya, t.kasih kepada org2 (kak anis, kak amy, pejan, razlan) yg rajin bawak Ahmad Nikon jalan2 menembak hari ni, sebab aku agak letih dan malas. hehe.

adoi. kat kul 1 pagi . kata penat. tp aku xtdo2 lagi. sah sewel aku ni.

ps : malas la nk citer pasal status fesbuk tu. abaikan.

Friday, March 27, 2009

oh penat!

annual meeting puspanita, annual meeting BAKA, pertunjukkan fesyen, jurukamera..bla bla bla bla bla.

fenat lahh, fenat!!!
(motif gamba muka 'MINTAK PENAMPAR ' ini adalah kerana untuk tunjuk keinginan tidor yg mendalam, dan kesan mekap yg di lap lepas di mekap oleh jurumekap. kahkah)



more picture coming soon. ya, soon... sgt soon. dan juge penjelasan tentang status facebook : "muke macam aku ni layak ke kena tampar? sanggup ke?"

ok bai!

Wednesday, March 25, 2009

Pasha Sendatkan Pada Kenangan.

amaran : sila put ur volume hok paling rendah.


Jamal Ape-apejelah : Mengapa kita harus bersengketa ...?
Siti Sarakiss : Kerana fitnah dan salah sangka..

Jamal Ape-apejelah : Apa yang telah terjadi pada kenangan.. ?
Siti Sarakiss : Sememangnya aku tak pernah melupakannya..

Jamal Ape-apejelah : Mengapa mesti ada perasaan benci!!???
Siti Sarakiss : Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan..

Jamal Ape-apejelah : Apa yang harus kita lakukan ?
Siti Sarakiss : Kita sandarkan pada kenangan ...

wekk nak muntah pon ade kalo igt balik.
sandar badan pada sofa empuk aku reti la, pada kenangan tu....errr.. tapasti la kan..

ps : ini sessi karaoke yg sebenar oke, bukan 'karoke' yang lagi satu tu taw. hakhak

Cinta Datang Lagi.

welkem bek dalin'. oooh. finally...

Tuesday, March 24, 2009

Pesta Kawen.

malam semalam di rumah.

"wehhhh.. jom la karoke, lama gile x karoke wehh.." merengek kt farrah.

"hahahahahahahhahahaha" gelak.

"ko dah kenapa!? aku ajak g karoke, bukan buat lawak! "

"jap aku cite, masa g kursus itu ari, ada membe aku cerita....dorg cakap....ada ke patut kat B2(basement 2) pon dorg karaoke dalam kete!!... aku blur kejap...rupe2nye karoke tu maksudnye buat p@!^%$..."

"ooooo... hahaha. ade mike (mikrofon) kaaan. hahahaha."

gelak gelak gelak.

ok. sikit info. lagi what's happening kat parisjaya hujung minggu ni.

untuk yang nak kawen, merancang nak kawen, teringin nak kawen dan TAK JADI KAWEN pon boleh datang juge pesta perkahwinan ini yg berlangsung di PICC, 28-29 Mac.

tak lupa, yang dah kawen nak kawen lagi satu pon boleh datang. so, selamat ber'karaoke' anytime, anywhere. ehh..anywhere tu dikecualikan. hehehe.

Monday, March 23, 2009

Panik At The Dikir Barat

tetibe nak kongsi kisah lama. ni didi la punye pasal.

ok cmni, masa semester 1 dulu aku ada minat budak kelas sebelah, kami bergabung kelas masa kelas agama. so tiap kali kelas agama aku akan carik tempat duduk paling strategik utk usha dia. kahkahkakah.

nama diaa....Ttt... tt.. errr. rahsia nama dia. haha. geng2 asrama aku semua tahu la pasal ni, yela..masing2 ade 'crush' masing kan. heheh.

dipendekkan cita, aku masuk pertandingan dikir barat. dia pon masuk! pada malam kejadian pertandingan, kumpulan aku akan membuat persembahan sebelum kumpulan dia. maka, masa tunggu kat backstage, dia ade kat belakang. heeee.

tiba-tiba, dia datang jalan ke arah aku. aku panik. kaki macam krem.

"PINJE GELE BULE DOK??"

aku pandang dia, berkerut dahi, dan secara automatik berpusing2 ke kiri dan ke kanan, garu kepala tanpa menjawab soalan dia, yela..xpaham, nak jawap ape kan?. dalam hati.... "bahasa apa kau cakap ni???"

"sy nak PINJAM ni..." sambil tunjuk gelang reben yg diikat pada pergelangan tangan aku.

"ohh. tak boleh tak boleh. nak pakai, pasni turn kitorg."

terus die blah kemalu2an, dan aku nampak die kena gelak ngan kawan2 die.

yg aku plak, macam kena pukau terdiam, terus g kat geng2 aku. keadaan jadi kepoh. maklomla, org yg kite minat tiba2 dtg bercakap ngan kite.

"wehh apa die ckp ngan ko kis!"
"wehh knp die dtg kat ko??"
"yela, aku tgk ko td pusing kiri, pusing kanan, ape die cakap kt ko??"

"ntah la. aku panik td, aku x paham ape die cakap. rupa2nya die nak pinjam gelang reben ni. hehehe."

"laaaaa...kenapa ko tak bagi pinjaaaaaammm?!!, ini la peluang ko nak berkenalan. hahahah"

"aku panik la... panik!"

so sejak dari itu aku mula belajar kecek kelate. kahkakahkaha.

oh, ending of the story...kitorg kawan gak, tapi x la bercinta. bila dah kenal dia, die ni jenis suka loyar buruk, suka buat lawak yg buat aku tak gelak langsung. kahkahkahak. so kawan sampai skg, dan masih kontek di friendster. dan lagi satu, masa konvo tahun 2007, die dah bertunang. hehe.

jeng jeng jeng. ini je gamba yg ada dalam simpanan aku, gamba masa lepak gurney dan segala tempat ntah sape simpan.

hehehe. ok bai.

Bebelon.



jangkaan tersasar jauh. jumaat petang aku singgah balik dr opis, aku lihat belon2 ini berlepas ke arah cyberjaya dan melintas tasik dan jambatan seri wawasan.

maka sabtu petang, ditemani kak iza, dengan over-konfidennya carik port baik punya, kami naik ke tugu peringatan (xtaw nama sebenar), bajet dpt syot terbaik bila belon lalu atas tasik konon. kahkahkah.

sekali, belon2 ajaib tersebut melencong ke arah sana yakni MOF dan menara PJH. arhhh. tensi btul. dorang cakap ari ni belon tu mendarat kat puchong. arrrkkk.



tengah2 sibuk menembak.ada abg jurugambar tegur.

"awk ni student ke"
"haa..eh tak tak, kije suda"
"oh, mmg photographer ke?"
"a ah..ehh, tak laa.. amek gamba suka-suka je, hobi...hobi.."
"ade join forum?"
"tak...hehehe"
"join la, fotomalaysia.com..saya amir"
"oh..ok k" terus terpandang ke arah belon. "eh akaaaak...belon joker (meet uncle hussein) tu dah naik!!" terus menembak, sampai lupe nak berkenalan ngan abg tadi. hahaha.

terus menembak.



Aryana, 3 tahun, sebaya Suri. aku terserempak masa nak turun dari tugu tersebut, ngehehe. sangat comel. sepanjang die turun ke bawah mulut die becok btul. "what's that noise...what's that noise..what's that noise...!?" "where's daddy..where's daddy!", tanpa menghiraukan org sekeliling. haha. comel btul!

mak die kata, dalam byk2 mainan jual kat kedai, die amek teropong tu, dan terus blah. kire bijak la tu, nak teropong belon kan. hehe. comell.. comellllll!



buat aksi berani mati amek gamba dr jarak dekat. x berapa nak berjaya sebab panas giler bila makin dekat dengan belon, dan bau busuk la jurugambar2 LELAKI RAKUS yang ramai ni.. kahkakkah. siyes ramai gile jurugambar, sampai kena halau baru nak kuar dari padang. hahah



view waktu malam. yg tengah2 tu aku panggil belon Meet Uncle Hussein. ngee

mmg ramai org datang sini malam tu, sampai kat depan presint 4 jem. dan hasil pemerhatian aku, chinese ramai dari melayu. agaknya org2 melayu takut terlepas tgk konsert af (wekkkk) atau ke sunburst 09. ngeee.

ok bai. banyak kije.

Saturday, March 21, 2009

wtf!

pagi sabtu yg xberapa indah.

eeek! marahnya, sedar2 aje dh kul 8. ingat nk bangun pagi2 pegi tengok belon ajaib. terus bangkit dari katil, usha terus kat tingkap.

sah!! i dah miss flight, eh silap, miss belon! ahaha.


dr jauh ku nampak belon2 sudah belayar ke langit pagi yang biru. sekor berbentuk peacock. sekor belon biasa. dlm keadaan tahi mata masih bertempek. ku snap gmba ni. bajet pakai lens 400mm. kahkah. ini hasil nya.

xjelas? memangpon. kahkah. ok tunggu next entri malam ni untuk gamba petang semalam ok, dan insyaAllah petang ni. tungguuuuuuuuu!

sebab rasa bosan dok umah. kami bedua melepet opis farrah. tp farrahnye xde bikos kursus. so, buat macam tempat sendiri. byk gamba kt sini, tapi dapati xde gamba aku. marah ni!

dah lama nak komplen, tp xde kesempatan. kali ni mmg xleh sabar. dah la xde credit photo by akiss, gamba aku pon tade. ini sudah mencabuli hak Ahmad Nikon aku!





again, n again. aku xde.paling teruk, gamba dengan kude, sedangkan toke kuda dah tolong amek gamba kami semua termasuk aku!


ok ok, sangat kejam, dh la gambar aku dua tahun lepas, ditampal lak dengan kertas lain!? WADDEHELLL!


lu bikin gua paanaaaaassssss je!!! (baca dlm tone Spark Rempit).
ok, ini memang over. letak gambar suri! wtf!


kawen nanti ko amek gamba sendiri, pakai henpon sendiri. alaa.. henpon yg canggih itu. kahkahkahkah. gelak kejam. aku nak merajuk ni, siap kau dengan 'adik' aku. hahahha.

ok bai. lapar!

Friday, March 20, 2009

Gila Babi Adorable!


suri cruise : "Sebenarnya, dragon ball......ada tujuh bijik!"

haha. aku rasa itu yg suri cakap pada anak patong seram tu. dan dengar2, suri yg akan berumur genap 3 tahun pada 18 april depan, akan jadi kakak! hehe. ya..mak suri peknen. baca sila http://www.tomkatcrazy.com.

haiiiiiiih. mengeluh. kalau aku dikurniakan budak suri ni kat aku, tak kawen pon xpe.

Thursday, March 19, 2009

Kerja Ha Ha Ha!

BALQIS ABDULLAH
UNIT CAKERA OPTIK (PEMBANGUNAN)
BAHAGIAN PENGUATKUASA, *&^%#$@

SENARAI TUGAS

1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Unit di dalam hal ehwal dan pelaksanaan tugas Unit Cakera Optik.

2. Menjaga keselamatan dan menyeleraskan perjalanan fail-fail Pengarah.

3. .....

4. .....

Tolong Segera bagi aku seorang Pengarah untuk aku tanggungjawabkan, sebelum aku jadi gila xde kije!

Marilah Berbaik-Baik, Siri III

situasi satu.

1830hr
sms sent.

"puas hati awak marah2 sy depan orang semalam?? marah sgt knp sampai tak boleh tunggu orang xde??? "

1903hr.
panggilan diterima.

"awk sy mintak maaaaafff sgt2 pasal semalam. sy pon tak sangka . terkejut sy awk melenting macam tu! bla bla bla bla..teruk betul sy rase, hari2 balik kije sy asik pk..bla bla bla..awk mmg ego..bla bla bla....kite kawan baik macam dulu k?"

situasi 2.

kwan call.

"kisss! aku ada berita baik! ko mahu dengar ka tak mahu dengar?? kawan-kawan aku itu ari semua suka hasil tangkapan gamba tunang si Ita itu hari. so, ko dpt byk job ni, bulan 5, 7, 12."

"kehkehkeh. ok ok, ko tlg arrange jadual aku ye. err..tapi bulan 12 kenot la, sgt pack!!"

situasi 3.

pagi ni masa bersiap pergi kerja aku bernyayi, lagu Mika, Relax....Take It Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeasy! hahaha. sampai Farrah tegur.

"oiii... senang hati nampak nak g kije!!"

gelak je aku dengar. hehe. mmg dah lama aku x menyanyi pagi-pagi bersiap g kije.

dan ya! hari yang ditunggu sudah tiba. Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa. rujuk entri aku hok ni Belon Ajaib (klik), pagi tadi nampak dah macam nak start. weeeeeeeeeeeeeeee! nak naik! nak naik! tp mahal. bodoh!



waaah. sangat teruja!

Wednesday, March 18, 2009

ayat power.

semalam,

Dengan Nama Allah, Kalau Saya Yang Salah, Saya Mintak Maaf !!!” dengan nada tinggi seorang lelaki yang susah nak mengaku salah, apatah lagi meminta maaf.

skrip dari drama swasta isu bumper yang berlaku semalam. bertekak macam laki bini, masing2 meninggi suara. sedangkan hanya kawan.

baran + baran = ? bayangkan.

aku tataw mana aku dapat kekuatan dapat hadir kerja hari ni, setelah drama swasta tersebut ditonton ramai.

MALU !!!
.
.
.
.

sampai skg drama swasta dok replay dalam pale otak aku ni.

I Am So Sorry.

ampun FARRAH. kak iza, ada, aryn, kak nani, azhar, hasnul, rahim, en.yazid di atas kekecohan dan keserabutan pagi tadi.

i am sorry, sooo sorry.

aku tak patut pegi kerja hari ni.

Tuesday, March 17, 2009

So-Sial.

saya, penyimpan mohor-mohor..mengumumkan segala jenis So-Sial Networking telah di blocked oleh it-admin opis ku. nasib baik blog masih boleh, kalo x..mmg jem ah otak kalo asik mengadap kije kije kije dan kije. dan paling pelik, photobucket pon di blocked, erghhh! dok pehe, dok pehe!

maka, aku dah tak boleh jadi ibu mithali lagi. ya, AGAIN... kesian Shy Shy Kucen, mummy terpaksa abaikan yu, mummy akan jadi ur weekend mummy only. im sorriiiii.

oh shy shy kucen,

selalu pagi-pagi, mummy akan mandikan awak. lepas mandi, mummy bawak awak jalan-jalan g umah kawan-kawan awak seperti TUT, Didi, Huhu, Chakciboo, dan ramai lagi.



tengahari mummy akan bawak g lumba lari. ya, prektis mek pefek. 1 hari kadang2 3-4 kali jadi awak jadi juara, mummy sangat proud of you. humm. dapat la 30 coins. maklomlah, nk kumpul duit, baju mahal2, nak beli spek pon kena ada 2k...

hmm. shy shy kucen, mummy mis yu rite now.

* gangguan mental akibat tekanan. nak pakai broadband ke hah? tambah hutang lak nanti..hutang streamyx baru beriban setelkan ya, BERIBAN! arhhhh!! nakurynaknryuauifiun fj ksfj lsgj aslgk sklgjs jgskjgkeysjkhejk hyf kshglrhyotioutryu uygtsf awfyajf ao fjkal;k fskljfslkgfosgi seogisogksogk seig iwg sigu siguwetyuitertiasiefusiufsiovoaiofaiovfi aoifpafo pasiopgf asgo soguiosgus

Monday, March 16, 2009

Jenayah Fesyen II

memandangkan 3/5 dari penduduk rumahku hendak mendirikan rumah tangga, maka mereka bergilir2 membeli majalah Pesona Pengantin setiap bulan.

maka, untuk edisi April 2009, Cik Noorliza telah membeli pada sabtu lalu. cover die ada tulis 80 pesyen pengantin bertudung! uuuu...tu yang buat die tergoda nak beli tu!

sebenarnya aku nak kongsi gelak.. selepas demam tudung Ekin melanda, adakah ini pesen seterusnya bagi pemakai tudung? aku tataw nk panggil Tudung 'Siapa'.

ok sila rujuk gambar, dari kiri atas dan seterusnya.



ada sesiapa nak cuba? kak iza?
(all pics diculik dari Pesona Pengantin April 2009)


kalo letak seikat pisang oke gak ni. mmmmm.... kalo jadi pengapit nanti..sambil kipas pengantin sambil memetik anggur di kepala. 

ok bai.

weekender.



sabtuday,

+ pegi opis NRE, main ngan afiq.
+ alamandalalala.
+ kame hame ha + sweet corn celup choki2.
+ rasamas
+ majalah pengantin dan nona april 2009
+ hujan lebat.

ahadday.

+ makan
+ tido
+ tv
+ kenduri.

Thursday, March 12, 2009

Mimpi Ngeri...

ada satu mimpi masa aku tadika, when i was a little kid yg comel macam Suri, wekk!! jom muntah. hahaha.

ok dipendekkan citer. aku mimpi camni.

semua teddy bear, anak patung aku telah 'hidup'. dalam mimpi itu mereka yakni geng anak-anak patung dan teddy bear aku yang ramai berjalan-jalan dan bersuka ria ber'party' di laman jiran rumah ku. selain anak patung dan teddy bear, TV dan meja TV di umah aku pon turut 'hidup' dan join mereka.
contoh tv dan meja jadi hidup dalam mimpiku. (pics dari google)

dan sampai pada satu tahap, kesemua mereka berjalan, bergerak serentak dan membuat satu bulatan. dan berpusing beramai-ramai secara slow-motion, entah berapa kali. ok boleh bayangkan tak?

aku hanya mampu memerhati dan meng'usha' dari tingkap rumah aku. dan mereka terus berjalan dalam bulatan. macam satu upacara pemujaan. mereka terus bergerak dalam pusingan..dan ada yang seperti sedikit menari.

sehingga aku terjaga dari tidur.

dua ekor dari geng dalam mimpi aku.
gambar ni mungkin sebelum kejadian mimpi, sbb masa ni sgt kecik lg.


sampai skg aku tak boleh lupa mimpi itu. dan lepas mimpi tu aku mmg x berapa suka anak patung dan teddy bear. ada rasa seram siket.

ok sebenarnya aku nak mengadu. seminggu dua ni aku asik mimpi NGERI dengan 'Kau' atau 'Si Dia'.

malam tadi aku mimpi kami belajar math sama2, dan hari tu kami pergi memancing sama2.

ngeri wehh, ngeri!!!