instagram akiss

Wednesday, September 30, 2009

entri hatrik : kisah ber'caption' panjang.



ok, sukak gamba ni, di ambil masa mengelat layan tetamu, haha. xla, masa tu adik aku nk balik Sri Alexander dh, tp ada tetamu, barang keperluan die x soping lg, so kami mengelat g soping la. aku banje die secret recipe, again. haha.

ahaa. lagi satu, cardigan tu, beli masa hari raya ketiga kot? kt JJ Bukit Tinggi. dah la harga RM10!! percayalah! ingat sebelum raya je ada sale? seronok soping tak bersesak2 ok, itu mmg cara aku.

dan lagi satu, si Cupi pon tiru aku beli cardigan tu utk awek dia., dua helai plak tiru!! cis! nnti aku nk tunjuk korg salah satu cardigan tu, comel gilak! kompem Farrah jeles, yes..! yess!! hehe.

tp kan, gamba tu mcm aku pakai mekap, siyes xmekap pon, bukan malas nk bermekap, barang mekap pon aku takdak, aku ada lipstik yg mak aku bg ngan lipgloss je pon. mascara, eyeshadow, blusher? haram...! haha. nmpk mcm aku pakai eyeshadow, kan dh kata, aku ada original punya 'smokey eyes'. hahahaha. mata lebam dol!



yeay! mcm bg semangat bekerja je kan cik seponsebob ni. haha. ni pon ada cerita, beli masa raya kedua kat KFC Rasah Jaya. kire macam kitorg wat iklan la...

"Mak Jemput...Datang Beraya Umaaahh!!"

siyes ramai keluarga berkumpul kt Seremban, smpi macik suh kami beli KFC, takot xcukop. kih kih kih. tp syok dpt berkumpul cmtu. hehe.



ini pula, konon nk tkar sabun mandian, dulu baser pki Soft Kiss, konon nk sama ngan Akiss. tp nyesal, sbb xberapa bes bau nya. lg satu, cecair mandian itu berwarna biru. haha. aku tasuka kaler biru la! tp nk wat camno. membazir lak nnti.

tu la, konon nak sama ngan lagu lama fav aku, Wake Me Up, When September Ends. cehh, mentang2 bulan 9 nk abis.

cepatkan masa berlalu? tu la aku dh cakap, masa je cepat jalan, masa je yg buat angka pada umor meningkat, aku rasa aku baru je 19, masa je cepat tibe2 dh 25! cis...

ok bai.

*ha amek, 3 entri terus aku bagi. haha, ekceli byk lg nk belog, sbb minggu lepas bizi. kihkih

kemudahan awam, dijaga bersama.

Kami meminta anda supaya tidak meletakkan kaki atau bagasi di atau kerusi hadapan bagi menghormati penumpang-penumpang lain. Sila gunakan rak bagasi atau rak - rak di atas bagi menyimpan bagasi anda.
bagaimana pula dengan kaki lenguh saya? nk letak mana?
ish kalo xknal xkn la nk letak kt seat dpan? haha, dasar kurang ajaran tul. haha



2 tahun 6 bulan duduk putrajaya, semalam baru ada peluang naik ERL, sbb nak kejar masa. sapa sanggup g KL dlm pukol 6 petang naik keta? haha.

rm9.50 untuk tak smpi 15 minit duduk, dan tak sempat nak mengantuk (konon).seat biasa-biasa je, sbb tu letak kaki kt seat depan. lagi selesa seat bas rapidkl E1 KL - Putrajaya, rm5 pergi-balik. cuma erl tak payah berebut. lagipon aku on the way ni piyet, kaki sakit sengal, penat, baru balik kije lak. eleh, byk alasan.

oh lagi satu, peluang nk jumpa pramugara kacak, adalah tinggi. kah kah. tp nak ke die pandang perempuan duduk cara xsopan mcm aku? ngee.

tetiba rasa macam nak letak kaki kt atas meja macam bos-bos. eh tak tak, kat opis lain, meja tinggi. hahahaha.

ok bai.

hantu dashboard.

'tumpang kawan' balik putrajaya. aku ni ada tabiat buruk, suka bkak dashboard keta org. xkire la keta siapa. biadap je. so, singgah petronas, sementara dia pegi beli air, spt biasa.

bkak dashboard.


warkkhhhhhhhh!!! (bunyik terkejok berok) ingat kan ada orang pasang bom dlm kete ni. 10...9...8...7....6....1!!! kebabooommm!! hahaha.deym!! aku tatahu apa kejadah benda ni, yg pasti ada kena mengena ngan enjin turbo kete ni. haha. tu lah, akibat busybody suka bkak dasboard kete org, joyah tul!

ok bai!

Tuesday, September 29, 2009

apakah perasaan anda...

pada hari pertama bekerja hari ni selepas 12 hari bercuti raya?

oww,

satu, pagi2 tadi lagi saya dah memekik, azyyyyyy, mana keyboard saya!!! ok rupanya Bard pinjam. (boleh?) dh pasang keyboard, tangan raba-raba. nk gerakkan cursor. arhhhhhhhhhhhhhhh, MOUSE PULAK!!!

ok, jam 8.30am buat milo panes. bukak emel. ok, internet lembap tahap sipot b@#$. baca emel, Kafe ditutup buat sementara, akan dibuka sehingga diberitahu. berlapar aku pagi ni. tengahari xkan nk ke Mamak Imigresen lg? cukop2lah masa bulan posa dulu.

waktu nk balik, jalan tutup, sbb dorg buat jalan baru, so farrah amek kt depan, kena menapak, masa nk melintas, lalu jalanraya baru di turap, ok, gile panas, maklumla, jari kaki pjg, hahaha.

masih tgh warm-up otak, masih blur.

ok bai.

Sunday, September 27, 2009

since 1998.

oh ai mis my zaman sekolah. dah la ari tu buat pengakuan kat Dzul.

"dzul ko tahu, dulu aku excited g sekolah sbb nak jumpa kawan, bukan sebab nk nak belaja taw" abis la klu mak aku baca ni. hehe. tp still jadi 'orang' kan?

siyes la, dulu aku bukan bdak baik 100%. nmpk mcm budak baik, duduk kelas depan, sedangkan..kaki ponteng kelas, kaki xbuat kije sekolah, kaki membebel kt dlm kelas.

dan plg syok, aku dtg sekolah ikot pintu pagar belakang, pengawas tutup pagar lepas aku masuk ikut pagar belakang tersebut ok. samseng tak? hahaha.

siyes. rinduuuuuuuuk!


klu dulu leh jumpa hari-hari, main sana, main sini.


Iqbal tunjuk belang, perangai nakal die dh kembali.
daos pon sama, die xbyk berubah, dzul stil yg banyak cakap. hehehehe


ini Dino, bukan Dinosaur. jahat suka membuli.
akibatnya, selaku kena tibai ngan aku yang garang.


haih, geng selipar jamban. nnti nk lepak lg.

betul, best btul zaman sekolah, memandangkan esok kena kerja, lagi la rindu zaman sekolah. arhhh malasnya!

ok bai.

*all pic credits to Mimie. ai tak bawak Ahmad Nikon.

Saturday, September 26, 2009

foton hambut (lagi).

tadi lepas tido ptg, g mandi. mcm menggigau, amek guntin, tarik jambul ke depan, zaaaass, potong. sampai juling-juling mata tgk rambut sindiri, konon nk buat fringe.

ok hasilnya, hahahaha. puas hati. dah xsekusut rambut Suri. haha, ok bai.

hiasan semata.

surat cinta.

di tengah kesibukan aku beraya, sibuk ke? haha. aku terima surat cinta dari SPA, ehem, surat penggil interview, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. mcm excited gak, tp bila tgk deskripsi tugas buat aku mcm xnk g. tadi, my kasen punya hubby ada sorang pegawai spa, aku tanya dia, ok tak post ni? die jawap,

"ok, byk kije luar, jumpa org, mcm kebajikan masyarakat, ok je..cuba la g interview, tp takot die hantar kat pedalaman, takda internet, xde line tefon, nnti Balqis amek gamba dengan hutan-hutan je..haha"

oh, mentang2 baru add FB aku. haha. terus tertelan air liur aku. dalam hati, xpelah, tgk cmne, nk g ke xnk. hehe.

ada sebarang nasihat?

ok bai.

Friday, September 25, 2009

program raya.

smlm sedares dari johor dtg. dh tentu alyssa anak kasen aku pon ada. sudah besat. ampat tahun da!ni la kije nye, suka sgt amek gamba, lepas tu godek ikan guppy mak aku. hahaha.


lepastu, die layan kartun kat youtube, MondoMedia?? aku tasuka btul kartun tu. ganas, main potong2 leher la, korek mata la, sume nk darah2.


pastu aku tukar, jom tgk Oggy and the Cockroaches, mmg my all time fav kartun,
lipas mmg jahat!


tp, seganah-ganah kartun kt MondoMedia tu, xla sehuduh rancangan Glamor Raya kt astro Ria. gile menjengkelkan dan memuntahkan. rakyat malaysia ni mmg gile glamor kan?

ok bai.

Thursday, September 24, 2009

nak tukar cita-cita, interior designer.

penangan g umah iqbal mmg hebat. mmg pencetus inspirasi aku. aku usha lama dh dlm belog die, die cat umah, ubah sana, ubah sini, mengalahkan eric yg overexcited tu.

sepanjang kt umah die smlm. bising je mulot.

"bal, bal! cantik la kaler cat ni, kaler kofi eh?" "bal, pintu ni ko pki plaster eh" "bal langsir tempat ke beli mana" "bal, ni lantai ke tikar getah, cantik la" "bal, bilek ko misti cantik kan? tengok siket!'

(kadang2 bila panggil Iqbal, BAL, mcm panggil diri sendiri)

gile busybodi kami. siyes. tadi masa kuar ngan mimie pon, itulah core topic, "bila nak g Nilai 3??" lepas makan pon, pergi Nagoya, tgk kain langsir. balik umah pon, cakap ngan mak suh beli cat putih, nak cat pintu macam umah Iqbal.

pastu mak cakap.

"angah balik putrajaya bila? balik la isnin ke, selasa ke.."

a ah. boleh..boleh. siaplah nnti kena goreng ngan boss-boss di ofis. "kau takde kampung, asal nak cuti lama-lama?"

aku ada jawapan/alasan bernas nak jawap. haha.

ok bai.

head - errrrrr

di jj bukit tinggi. gambar di Chawan nasik lemak tade. tak bawak ahmad nikon. a ah, ada masa siket, tkar header, thanks cupi for snapping. kena paksa ekceli. hehe.


a ah laaaa, kt FB pon dh tukar nama, Akiss Deschanel. gedik je. tp belom lg nak lagi 'legend', tukar nama Jennifer Abdullah keww, Victoria Abdullah kewww, Akiss tu dh cukop. haha. gedik btul perkataan 'kewwww'.

ok bai.

random ayam.

td mak n cupi ajak g jj bukit tinggi.

masa promoter tu nk tulis resit, die cakap, "hari ni dah abis sale taw, semalam 50% ini necklace. half price." aku jawap "oh ye? okayyy..."

sebelum smpi cashier, aku sangkut 'rantai raya' tu kt tmpt sangkut baju. blah.

tadi g beraya umah iqbal di pantai dalam, akibat mimie lapar, dan lepas makan kuih lapis iqbal, haha.. kami kuar. lepak kt chawan.

mula2 aku nk soto ayam, abis. ciken chop, abis. pastu aku oder roti bakar je. aku xnk makan nasilemak, sebab takot gemok, sebab Dino kata peha aku besar lebih kurang die, dah la aku suka dok bersila bila lepak di kedai makan. siyes byk space aku guna. siyes aku suka bersila.

bile oder smpi, aku tgk mee udang dzul sdap gilek. ajak Dino share, die xnak. pastu aku rasa nasi lemak Mimie. sdap juge.

pastu terus oder nasilemak kuah sotong. terlupa psl peha gemok.

aku rasa aku ni senang dipengaruhi lah.

ok bai.

*mimie cpat upload gambo. cpat cpat. kang Cikgu Balqis marah. oh ya, lagi satu, jangan buat 'panggilan hangit' kt Iqbal lagi, nnti dapat lg "p@#&%maaaaaaaaaaaaakkkk!!!" hahahahahha. rindu zaman 4 - 5 Sains 1 & 2.

Tuesday, September 22, 2009

gambar raya.

everibodi sibuk upload gamba baju raya melaram di mespes, fb dan belog. haa. nah tgk.

ini baju raya 1, utk tahun ini.



ini gamba bunge api.



hahaha. main-main ak. tu semua gamba kantoi. busan gile blogging time org cuti raya sakan ni. semua xda entri baru. semua diam2 je, mcm cakap sorang2. ok haf gamba dh letak fb. nnti senang aku ltak kt belog pulak.

ok bai.

penkutip duit raya?

siyes. aku kalo ada anak, aku takkan suruh atau benarkan dorang g round satu taman, search for duit raya.

kalo rumah jiran / saudara yang dikenali xpa. ini, main masuk umah sapa2 yg xkenal, duduk buat muka seposen, air sirap minum x abis, dah nk blah. salam-salam, muka mintak duit raya, kalo seposen xpalah!

bukan kedekut. tp, ish. mcm x sopan la, time tak raya korang xnak dtg, mak bapak pon xpnh bertegur, time raya, tibe2 je dtg. boleh ke?

menjengkelkan.

ok bai.

Monday, September 21, 2009

kawen sudey!




dah kawin. zooey & ben ( death cab for a cutie)

persday rayek.

* tolong salah kan card reader aku jika lambat nk usha baju raya aku tahun ni. esok2 la. siyes byk gamba.

*pagi dpt sms seawal jam 5:27 am, "salam aidilfitri akiss! cpt bangun mandi, kutip duit raya ", tapi aku balas.. "slmt hari raye.. sapa ni?hehe", sori amirol. haha.

*" auntie ti, kalo ikot famili cina, selagi tak berkahwin dpt duit raya taw!" ayat penyata, tp hampa, still dont have any $$$$ raya hari ni.

* siyes asik makan nasik impit, rendang, lontong, kuah kacang, kuih raya kerepek. balik dari cheras singgah secret recipe, choc indulgence + lasagna. skg sakit perut.

*esok nak ke somban, seperti biasa.

ok bai.

eh jap, tahun ni berat xberapa nk kureng. mcm tahun lepas pas posa sebulang, berat ku 50kg. skg 53kg.

=)

Saturday, September 19, 2009

happy raya!

xnk ckp byk, ni ada pantun,
Nana Nurgaya berlari-lari,
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Selamat Hari Raya kepada semua! famili, kawan2, kawan seopis, boss-boss, rakan-rakan penulis belog, xlupa juga, pembaca belog ku yg merepek sokmo ni. Aku nak mintak ampun maaf, jika selama ni aku ada buat kalian terasa ka, marah ka, touching ka. hehe.

im soriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...


ok bai.

deko bersama akiss.

mengecat grill lepas berbuke, waktu malam & HUJAN. haha. xde la deco sgt. kah kah.

konpiden, arrhh.. orang semua dah balik kg, selamber pakai short dan tshirt saje, panjat atas kerusi (akiss pendek). tibe2 tgh kusyuk menyapu cat, abang sebelah rumah balik kije. ok.

buat senyum kerang. eheeh.

terus buat kije, mak aku jd supervisor nya, apak jd boss besar, adik tolong juge. siyes, aku suka kije lelaki mcm ni dari di suruh buat kuih raya. "biar la.. janji laki aku suka" hahaha.



ok. tepukan utk diri sendiri. clap clap clap! oh ya, ada siket tips. satu je kot nak bagi, err..

pastikan anda sapu cat, setelkan bahagian atas (tinggi) baru cat yg bawah. dari atas ke bawah, bukan bawah ke atas. ok? atas....ke bawah...atas..ke bawah.

ok last, aku cuci tangan yg penuh cat dgn minyak masak mak aku. berkesan, siyes.

ok bai.

janji laki aku suke!

baru balik dari mekdi taipan. taipan, bukan taiping. tadi masa tgh nak rilek2 mengecat umah, bukan umah, grill pintu depan umah ekceli, dpt kol dr dzul, ajak lepak. mimie buat soklan baik punya.

"malam-malam hujan-hujan mengecat umah??!!"

ok dipendekkan cite, masa form 5 dulu kitorang ada main game kawen-kawen, yakni : Aishah & Daus, Mimie & Dzul, dan Balqis dan Iqbal. see? mmg mental kanak-kanak. orang len sibuk kapel2, kitorang main kawen2, siap guna bahasa Suami Isteri lagi.

so dipendekkan cite, kami berjumpa tadi. mmg xplan pon, tiba2 je. ok, kenalkan, ni lah 'suami' aku masa form 5.



ini Iqbal & Balqis. masa sekolah budak ni pandai matematik dowh, add math dpt A2 dowh.



bagus dzul, shot yg terbaik, sgt menunjukkan aku suka gelak.



ini pasangan "takpela, janji laki aku suka". haha. Dzul & Mimie.



edisi lebih sopan.



siyes, makan banyak, cakap banyak, ngumpat siket2, gile gelak sampai kaki naik atas sofa. patutla sofa mekdi ni dah koyak-koyak..

"xpelaaa..janji laki aku suka" hahaha. shhhhh. rahsia. dah lama x bergosip dengan dorang ni. byk la cerita yg best, x best, yg memalukan pon ada. siyes malu kalo ingat satu peristiwa ni...errr...ingat x kak pah? hahaha. alaa...videoklip niii...



hahaha. xleh nak ingat. hahaha. x abis gelak lg kalo ingat. seb baik masa tu zaman xsecanggih skg kan? kalo x, video kite lg laaku dari video 3gp! haha.

ok bai.

*balik umah tadi rasa mcm rumah baru sbb bau cat.

Friday, September 18, 2009

tasik idaman kalbu.

semalam berbuke di Tasik Idaman, Bangi. dah lama plan, akhirnya, dh hujung2 baru dpt g. 6.30 baru gerak dari putrajaya. dari 4 kete, kami jimatkan jadi due kete sahaja. hahaha. mcm2 hal, bergaduh tunjuk jalan smpi berpusing2, sedangkan..dekat je. akhirnya sampai.

agak mabuk laut jugak la aku, sbb makan atas tasik. haha.



aket n kak iza.



farrah and the tunang.



kawan yang baik utk bergaduh. tssk.

ok. siyes, ekceli sedih masa salam2 semalam. tp aku salam cepat2 terus kuar rumah, sbb aku taw, ni last tahun kami berpuasa sama2, lepas ni, farrah n kak iza dh nak kawen. uuu. sapa la nk kejut aku sahur tahun depen. uuu.

esok last puasa kot.

ok bai.

Wednesday, September 16, 2009

just a cd lagu raya.

cd lagu raya siap di burn. amek kertas empat segi post-it kuning, amek highlighter purple.

tulis.

"
ini cd lagu raye yg awak nak. sori klu lagu berulang. malas nak susun. theehehehe.

Qis. 16/09/2009.

ps : drive blk kg elok2. selamat hari raya, MAAF zahir batin."

lekat pada cd, letak kat meja.

ok bai.

Lelaki Kucim.

pagi yang bagus, sebab...

bukak-bukak pintu ada anak kucim yg comel, kaler puteh campor koko. mata nk biru kelabu kot. siket punye mengada aku merengek nak kucim ini, aku sukaaaa sgt anak kucim yang sebaya ni. alahai-alahai. geram btul. aku suke sgt-sgt kucim, tp i am not allowed to bela kucim.

dan, siyes aku pelik orang yg takot kucim. mcm mengada pon ada, oh kamon la! sedangkan kucim tu bukannya xpasal-pasal nk gigit cakar kau. hahaha. mcm hari tu, aku dh pegang kucim aku pegang si pentakot kucing, farrah. haha. die sound aku sbb pegang die pas pegang kucim, pastu aku sound, "weh, itu kucing, bukan b@#*, Nabi pun sayang kucing ko taw" hahaha. mulot lancang kuning. i am sorry.

klu nk ikot sejarah, aku pernah je kena cakar kat muka ngan kucim aku. masa tu aku nk ciom die sebelum aku balik kampung. menangis aku masa masa tu, habis hidung aku calar balar. pedih xleh nak kata. balik kg semua orang ejek. haha.

tp smpi skg, aku ok je ngan kucim?

cuma ada lah, sorang ni, aku panggil "Lelaki Kucim". susah btul aku nk lupa. semalam dah tersentap sbb die msg.

shhhuh shhuhh. pergi main jauh-jauh. jangan nak add fb aku. shuuhhh shuhh.

ok bai.

*gedik je kucing jadik kucim.

Tuesday, September 15, 2009

groupbase, damansara dan ex-dat.



ok ok. ini entri penjelasan. cis, jgn suke bergosip. gambar itu hari bukan skandal terbaru la. itu la Mohd Sahaminan, klasmate masa di poly dulu, die ni yg paling kuat buat bunyi cicak bila jumpa aku. haha. dan sgt pemalu, suka aku ngorat kau ni Minan. haha. dah ensem ye ko skg, kemain ko skg, makan beras apa? haaaa hahaha. mcm nk masuk minang je kau ni. huhuhu.

ok, sabtu itu ari ada reunion kecil-kecilan ex-DAT. aduh. gile syiok lepak ngan dorg ni taw. rimdu gile. teringat zaman2 nakal kat dlm klas dulu.

harap-harap program kite jadik la kan tahun depan? takisah la wat ktne pon. huhu. byk lagi gamba di FB.



kalo kt sedim mcm dulu pon ok gak, gile bes main "fire-fire air". haha



oh, Maxcess Corp. ai mis yu la kiki, rugi aritu ko kije taw!



rimdu dok dlm library, bukan carik buku, tp mengusha abg ensem, tp bukan kau la kiki. haha.



ini masa konvo." eleh, aku punya spek lagi glemer la Jabbe" kah kah kah. tapi, 'kebaya konvo' agak2 nya muat lagi tak. hummm...

ok bai.

rindu zaman belajar, tp malas nk sambung belajar. balqis...... balqis. rimdu juge skandal-skandal lama. eh mana da. haw haw.

150909.

today is 15.09.2009. macam aku buat masa sahur tahun lepas. wish beday kat seseorang masa kejutkan dia sahur, kendian ber 'sms' sampai pagi. tapi tahun ni, lain siket ucapannya,

"selamat hari ulangtahun ye awak, smuge sihat selalu dan cpat kawen. tahun ni sape kejut awak bangun sahur? thhheheheehehe...."

hmm. cpat btul masa berlalu. hari ni juga hari ulangtahun aku ber'3 hari 2 malam' di Hospital Putrajaya. aku harap tahun ni akan lebih sihat, taknak dok WAB 3B, di Katil 9 (kelik yerk) di Bulan 9 lagi.

ok xnk sidih sidih. ni adiah semalam bkak, Akiss Ferrero dpt Ferrero Rocher , Encik R bagi, aku cakap tenkiu suka suka suka, die kate "dah lama sy taw awak suke cekelat tu" awwwww. thanks farrah adiah frame gamba, LAGI. hahah. tp comel, siyes. weh Aket, Nana..mana hadiah aku! hahaha. gile x sopan.


ok bai.

Sunday, September 13, 2009

lelaki bodoh yg enak di hamun.

tadi g mydin mall usj, mak aku nak carik ketupat segera adabi tu. semata2. aku mana suka sesak2 ni, dh la tgh sakit kepala.

masa baru nk turun eskalator. ada org terlanggar kaki aku dgn stroller baby, aku diam je. sabar kis, sabar, puasa ni. kendian, bile dh smpi bawah, xleh nak gerak, sbb eskaltor tu btul2 dpn entrance, sesak gile, mmg xleh jln. aku benti.

tibe2 aku rasa kaki aku ni mcm kena tolak-tolak, aku pusing belakang ada sorang lelaki dlm 40-an kot, sound aku "kakak, cpt la jln kak, orang nak turun niiii!!" sambil2 tolak aku dgn stroller baby die. baby die ada dok dlm tu.

aku jd tercengang. aku kata" sabar, xleh jln ni", dah la panggil aku kakak.

die xpedulik, lg kuat sondolan stroller die kt kaki aku, sambil die membebel. aku pndg belakang, aku dh xleh tahan, kaki aku sakit dh ni. aku pusing hadap muke die, dh la pendek, senang aku nk marah!

"kau x nampak ke xleh jalan, bute?! puasa ke tak ni?? xreti sabar??!bodoh btul la!"

dh malu, die pndg bini die kat blkg, tp bini die pndg tmpt lain, buat donno je, malu kot dpt laki mcm tu?

terus die blah, tp aku x abis lg maki hamun. siyes, org sekeliling pndg. lantak ko lah. kuang ajar, harap bini je pakai tudung labuh. tp x bermoral langsung! kalo ikot hati, nk je aku sondol ko pki troli aku td, aku pk ada baby kau je td, bodoh bodoh bodoh.

semoga jumpa lg pacik, sbb aku x abis sekolah kan kau tadi depan orang.

sekian.

ok bai.

Perlu Ke Orang Ke-3 Dalam Perhubungan Kite?



perlu ke?? perlu ke??

ok bai!

Saturday, September 12, 2009

Semalam dan Hari Ini.

semalam bos bilik gerakan en.othman belanja kami berbuke kt port klang. alaa..tempat yg byk kontena tu.


perghhh..makanan siket punye masyuk. sebelum makan, ber pose-pose dulu. pastu gambar makanan seperti butter prawn, ketam goreng pedas semua x amek. terlupe sbb terlalu lapars. huheeee.

paling klaka masa makan ketam pakai hammer. baru btul "ketuk-ketuk ketam Ramadhan", gile lawak, mcm nk hentak pakai siku je ketam2 ni.

gerak, ingat nk terus balik, sekali dorg nk celebrate beday aku, dan mcm paham2 je aku tgh mengidam choc.indulgence. awwww awww, sgt terharu. lihat saje siket punya riang muka aku masa ni. hahaha



ho yeah ho yeah!!!



maafkan aksi tangkap lentok ini. terpesong btul cara kau potong kek Balqis.

ini kegembiraan semalam, sgt happy dpt chocolate indulgences. thanks to En.Othman dan kawan baiknya, encik botak. hehe. kalo mcm ni lah, nak tiap2 bulan beday ai. hahahah.

pagi ni, sedang-sedang upload gambar, dpt berita Moyang aku dah meninggal. Sedih Sangat, aku dah la xda atuk, xda nenek, skg, moyang pon dah xde. last jumpa pon 2 minggu lepas, tp masa tu die dah xlarat, xleh cakap dah.

aku rindu suara dia panggil aku Dak Bakih.

Innalillah.

ok bai.

more pic kt fb okay.

Friday, September 11, 2009

110984

25.

macam tak sangka umo aku dah 25, macam x puas btul alam persekolahan, alam masih darjah 3 Ungu. haih. xleh kata pa. time is running out. hehe.

btw, terima kasih a lot kpd semua kawan-kawan yg wish, melalui hp, email dan fesbuk. siyes, aku aku tdo jam 11, terjaga trus kul 12 sbb bunyi msg x henti2.

siyes, since ini simkad baru, byk no kawan2 xde, so..ntah brp byk aku balas "terima kasiiiiih, ni sape ekkk, sori sgt, hp ilang, simkad baru" . ada la berbelas no aku bls mcm tu. hehe.''

ok, yang paling awal wish ialah Jabbe, yeah tahniah tahniah! die ni konon calon mak-mak mertua di Malaysia ni. hehe. ini FB dia, add la, mana taw berkenan. hahaha.

awww. ni plg terharu, dari mak aku. aku cuma balas, Terima Kasih kerana melahirkan =).



dan ini ucapan plg teruk. ok kawan2 yg pendek? pasni makan ikan banyak2.



kpd farrah, kak iza, ada, wanie, semalam berbuka mmg terbaik wokkkk punya Tom Yam Pok Tek. siyes semalam makan sampai letih. hahaha.



tak lupa juge rakan2 seopis yg wish, korang mmg rok! hahaha. Tuan KP pon wish taw, tekejok gak aku dia wish, Thanks Tuan! hehe, xlupa Tuan TKP Haji Is (yang dah panggil aku Akiss Ritter, huhuhuhu) , semalam lg dah wish. terima kasih kerana baca blog saya. hehe.

dan yg paling comel, Kong punye emel. siyes, dah lama orang x panggil aku cantik, dan LEMBUT. hahaha. thanks Kong, awak la yg cantik dan comel. awww awww. cantik selalu yooooo!



dan juge, kepada pacik-pacik sekeliling, Shahrul (yg kuat jeles dan mulot laser, beday 15.09 ni), Azyzy ( si Kiut), Encik Zul, Bard Si Jebat, Hasnul (pembuli jalanan) , Wan Chiko... thanks sebab menyanyikan lagu Epy Beday beramai-ramai tadi. awww terharu. cuma x best, "Abah" xdak, g klinik.

aku sgt-sgt hargainya. aku ni bukan jenis nk hadiah, asal kan ingat dan wish dah cukup buat aku sayu"awwww temkiuuuu, terima kasiiiih". siyes.

ok. aku berkongsi beday dengan dua-dua macik belah mak aku. Cik Saba dan Mak Su aku. dan x lupa, Moon, kawan masa kt poly. dan paling best, partner masa form 4 & 5, dok sebelah2 dlm kelas Ng Li Ken, i miss you la my sister of destructions!! ingat 11.09.2001? us under attack? haha.

ok. mmg xleh sebut2 satuuu-satu! kf FB pon, penuh wall. korang mmg best. aku sgt2 hargai nya!

to all yg beday hari ni, or..anak2 bulan september, meh nyanyi sama-sama. hak hak hak, hak hak hak hak. gelak mcm radhi.


ok, tak lupa adikku Cupi, dia kata, "25 is a great number, time to get married".. owww, sori la cupi, i laik number 27.

dah menjawap soalan dalam hampir setiap beday wish kot?? bila nak kawen??

kot la, kot.

ok bai.

Thursday, September 10, 2009

110909

today is khamis. ish, bangun lambat, nyampah taw rushing mandi gosok baju semua!! eleh...lambat konon, macam la selama ni bangun awal. haha.

terus sambar baju-yang-tak-payah-gosok-sangat berkaler pink ke'purple'an. lepas gosok baju, masuk bilik, tgk langit hantek btol! trus snap gambar, biol kan? ini hasilnya...langit 20 Ramadhan.



sampai ofis sharp 7.30am, terus ke bilik gerakan, upload gambar berbuke semalam dlm k-ofis, dan ber'fb'. hehe. punya la excited, smpi letak status :

"bahagianya malam tadi ada orang teka umor ku 20 tahun, sdgkan esok 110909, aku 25 tahun suda umorku. kiiihhhhhkih kihkih"

eleh, ini bukan 1st org ckp aku muda mcm budak2 taw. itu ari g umah sedara kt rawang pon sama. die terkejut, "balqis umor sama amer? 25?? eh macam baru abis sekolah je."kembang kuncup hidung. hahaha.

ye, esok, 110909. dua puluh lima tahun.

25.

ok bai.

Wednesday, September 9, 2009

kerja gulalalalalala.

dah 3 minggu kot, stuck dlm bilik gerakan, menjadi ahli jawatankuasa menangani isu gula ni. dan of kos, ketua nya, Tuan Haji Isk, dia yg paling sibuk, dan pening kepala memikirkan isu ni. hari-hari meeting, hari-hari jalan-jalan cek gula di sana sini. humm.

minggu pertama jaga, mmg bz, mmg hotline. aduan bertubi-tubi, tak sempat nak ber "FB", dah macam pantun. hehe. skg ni dh ok sket, kurang aduan.

ini budak rajin buat keja. haw haw haw. muke sopan.



ini para petugas yg rajin.


oh yang ini? puteri santubong ka, puteri selubung?
yg paling kuat kerja, boleh excuse. nama dirahsiakan. hahahaha.

gile lama x belog amek suasana bekerja kan? hahaha. ok, harap-harap isu ni akan ok minggu depan, so semua org boleh beraya dgn amaaaan. hehe.

ok bai.

Tuesday, September 8, 2009

tak semua kita nak kita dapat, kan baby??

last friday g buke di nando's. alahai masyuk btoi soup mushroom dia, smpi skg terasa, haha. ok, sebelum ke nando's singgah sebentar di butik sony ericsson. usha punya usha...aku nampak w705 kaler baby pink. di ulangi BABY PINK.

%$#%$@#$@#$@$%#$%76%&^&*^*%$%$@#$@#%#%^@%#$^%$%

aku sumpah seranah sebab terlalu cantik menusuk kalbu! satu body hp tu kaler baby pink. gila bapak comel kaw! aku terus tanya staff kat situ. dierang kate limited edition. rm1100, kena order dulu. so aku nak la kan. siap nk bg full payment lg. tp, gile terluka hati aku bila staff dua org ni kata dah takda lagi, mungkin 2-3 bulan baru ada.

aku mls nk tunggu, sbb aku ni tak suka menunggu.

sbb terluka hati ku, hari sabtu bersamaan 05.09.09, aku selamat melahirkan seorang henpon bertajuk G705 di Low Yat, (pengaruh Puteri Plastik) . rm7++ sahaja. G705?

aku amek G705 sebab w705 xde stok kaler hitam. oh yeah. aku suka hp itam, xske kaler silver. so dah macam adik Ahmad Nikon la, same kaler.

dan, setakat ni, dpt byk pujian bahawasanya baby G705 ini smart dan kachak. sound pon mcm sama ja dgn series W. macam teruja bile dgr lagu pakai headphone, semua lagu jadi sdap, lagi2 lagu disco dut spt Bottle Pop - PCD. ngahaha.

dan setakat ni, tak jatuh lagi, sayang..sebab masih baby. Baby G. ekceli masih terbayang hp baby pink itu. tapi apa kan daya. aku mmg selalu mcm ni, yg nak tu la, xdapat. macam soal BF jugak, yg aku tak nak dpt, yang nak sgt tu xdpt.

ok stop it balqis. babai w705 baby pink.

ok bai.

**abg nizam dari kdai hp tu bgtaw ada jualan HP harga kilang, rujuk HERE. hmmm... i miss you w810i.

senah tertipu!

pacik kayo, pacik kayo! eleh. ini bukan duit loan, atau duit raya, atau duit sugar daddy bg, atau duit umah sewa, atau duit hasil rompakan, atau etc.



ripleys believe it or not, ini adalah sejenis SAMPUL DUIT RAYA. bukan aku punya, tp farrah yg puuuunyaaa.

bg aku, ini akan melukakan ramai hati kanak-kanak di hari raya nanti. bygkan, dah bersinar2 mata nk terima rm10 duit raya, skali...dlm tu 5 kupang ja. kesian kan? mcm memberi harapan palsu lak.

takpon, sapa yg berniat jahat, boleh je bayar "duit" ni, dan trus blah sebelum peniaga menyedari keadaan sebenar.

contoh : "kak, hotlink sepuluh (10)!"

masa tu kaunter petronas sesak gile, bg duit, cha alif bot, cabot! haha. dan paling dukacita ada org tu nak bayar bil pakai benda alah ni. deym!

hmmm. but siwiusli, aku masih rasa kesian pada kanak-kanak yg tertipu dengan sampul ni. adeh. sapa la yg cukop kretip buat sampul sebegini.

hehe. byk benda nk belog ekceli. cuma bizi.

ok bai.