Jumaat yang indah, tapi tak.
Aku bawak Ahmad Nikon (A.N) ke ofis, sebab tengahari ada meeting dan jamuan perpisahan puspanita. Hmm. Pagi-pagi dah apdet belog pasal sambutan hari jadi malam tadi.
Dalam jam 11.30am. Kak Wan & Kak Atma datang, ajak pergi makan jamuan hari raya di BUU. so, aku tataw knp, terus je blah. xterpikir nak bawak A.N, mungkin sbb aku xpkai baju raya kan. mls nk bergambar sgt.
so, naik ke aras 5 jam 1140am kot. naik-naik, dah ada usherer, siap ada videocam, kameraman pon ada. so, nyesal sgt la xbawak A.N.
sampai kt meja depan, Tn. Haji Iskandar (bos yg ada FB) dah ada, tgh makan. Terus tegur aku.
"Balqis, mana kamera, amek gambar saya..." wah, segak tul Tuan Hj. pakai baju melayu oren.
"alamak tuan haji, ada kat bawah..x bawak."
ok terus makan. dan makan. dan makan. sampai jam 1215tghari.
balik ke tempat, nk amek A.N.
tiada. tak da. tak da!!! puas aku kol pacik2 sekeliling. dorg kata xperasan. xnmpk pon. aku ingat Hasnul sorokkan, sbb penah die main2 cmtu. tp kali ni die siyes, mmg xde.
ok. dah tgk cctv. mcm ada sorang tu amek. aku belum buat laporan polis. sbb tunggu salinan cctv dan laporan pas keselamatan. emel aku dah sebar kan.
perasaan aku? sedih, tahap xleh menangis dah. baca yassin, solat hajat.
pencuri, tolonglah pulangkan. aku tak marah kalo kau nak pinjam. come on. aku ada sakitkan hati kau ke? kalu nk pinjam, cakap la, aku boleh bagi, dgn syarat jaga dia baik2.
kawan-kawan, tlg la doakan pencuri ahmad nikon kesayangan aku ni pulangkan balik pada aku. susahnya hidup tanpa dia. rasa tak lengkap.
pelis. i need korang punya doa.
ok. aku dh explain dan hebahkan hal kehilangan ni, di fb, blog, emel, dan aku dh sms kawan2. lpas ni, pelis, jgn tanya soalan seerti : "kis, bawak kamera, kis, jgn lupa bawak kamera, kis kenapa tak bawak kamera?"
takut kena hamun.
ok bai.