Thursday, September 30, 2010

Kakak Suri Cruise ;)

dah lama x post pasal pujaan hati, cik suri cruise. panggil cik sebab dah besar. dan sebab macam.. "alah peratus kecomelan dia dah berkurang..", tp still comel la puwwn.

tengok dah pandai buat muka eksen kamen depan paparazi.

vain.

muka 'hurmm..paparazi lagi, busaaan'

dah pandai berangan ada anak sendiri?

omg. dah pandai menari pertunjukan harimau. seb baik di bawah pengawasan orang dewasa. pic source.

ya, dah pandai perm, kerintim-kerintim kan rambut ko ?
mcm britney la muka masa ni? ;p

cepatnya membesar kan kanak-kanak ini? ish. kalau boleh nak bekukan letak dalam almari display. ;p

ok bai!

*pic source

Sesi Fotografi Terlampau Dalam Bilik Tidur.

aktiviti malam tadi? basuh cadar katil, dan sedikit baju, fuhh gembira tengok bakul laundry kosong. lepastu siap ucap terima kasih kepada mesin basuh kerana spin dry baju dan cadar saya. xperlu perah sendiri bertungkus lumus.

kemudian, kul 9 lebih dah masuk ke sarang. eh bilik tidor dan lipat baju. feeling2 anak dara. pastu terjumpa mainan lampu beli kat uptown danau ari tu. hanya rm5 ;p. alah sapa pnah g i-city tahu la lampu yg dilastik ke langit. sy lupa pula nk amek gambar mainan itu. tapi ada hasil fotografinya :

ingat tak masa sekolah dulu suka buli kawan tulis kat papan hitam ali love siti, siti love ahmad? eh tapi sy tak buli orang taw. ket love siapa? *pandai Ket lukis love, gemok dan gebu, comel puwwwn.

pastu bateri kamera abis, konon nk sambung nama sendiri, skali, ngan tuan-tuan kamera abis bateri. kul 11 dah tido. ngeh.

maka, jangan ada yang imajin lucah-lucah bila baca tajuk entri ;p

ok bai!




Tuesday, September 28, 2010

Rozita Che Wan dan Kambing Panggang ;)

selasa 28.09.2010, satu hari selepas beday avril lavigne (ada kena mengena tak?), berlangsung sudah acara tahunan rumah terbuke opis saya.

bila sebut rumah terbuka opis, terus terbayang kambing panggang ;p


tahun lepas ifa raziah. tahun ekstra kecoh dan meriah dengan ada kak didie dan kak amyza. kurus selim shady mereka ni, apakah rahsia!

1st round makan dengan rakan satu unit.

2nd round makan dengan farrah n the gang. *Ada cepat upload gambar dari kamera santek!


3rd round, dengan abang-abang saya dulu. cis, mementang dah lama tak buli buat kopi setiap petang, masa ni lah nk cendol lah, sate lah, cis!

antara anak-anak dari rumah anak yatim yang diraikan :)

oh walaupun sibuk makan sampai 3 round, i tetap menyelinap backstage utk curik gambar artis. yg dikenali sahaja la kan.


kih kih kih. dulu pernah minat af7. pernah la, pernah.


saya suka lagu anda abang imran ajmain, yg padamu ku bersujud. sedap dan lirik menyentuh hati!

**OH MENNN.. kan sy dah kata sy tatahu sgt ttg artis malaysia sangat. rupa2nya lagu Padamu Ku Bersujud itu adalah lagu Afgan. Afgan hok mana se pulok? ;p . seb baik cik aida azryn bgtaw. kih kih kih. makasih ;p**

dari kanan, amyza adnan, didie alias, ras adiba radzi (saya suka!) dan, err..tak kenal. ok. saya tahu anda ternanti-nanti gambar Kak Ita kite.

eh dgn yg angkasawan itu, dr.faiz. jgn nk bergosip di sini.


aku rasa rozita che wan ni selalu tgk ANTM, sangat mengikut arahan tyra banks. SMIZE! SMIZE! asal nak snap SMIZE.. huhuhu. tp konpem la cantik meletop kakak ni. tetiba malu tgk bodi sendiri bila tgk bodi dia. ahahaha.

smize lagi! ;p

ok ramai lg artis, adibah noor, ezad exist, budak2 af yg tak dikenali, sy tak amek gamba. sy sempat amek makan je ;p

ok lupakan rozita che wan. saya sedang SMIZE pada kambing panggang itu. ;p

hari ni makan char keow teoy, sate 2 batang sahaja (sy bukan peminat sate), air cendol terbaik, aiskrim jagung, dan 3 kali repeat kambing tadi. small portion kan? menu2 lain, seperti nasi briyani, roti bom, cisnan, laksa penang, rendang, ketupat, segala mak enon mmg tak makan. cis. mana nak muat! air cendol je dah ramai dlm perut.

satu je kan gambar makanan? hahaha. ok, looking fwd bahagian punya pula isnin depan.

ok bai!




Watson's Membership Card.

ok, iklan kijap. i suka share bende yg best. dah buat kad watsons nyambek?

sy dh dapatkannya. dpt pakej dalam bentuk ala-pasport ;p

dalam tu, anda akan dapat baaaaanyak gift voucher! senarai produk yg terdapat dalam gift voucher leh tgk di sini.

ok yg belum tgk, inilah kadnya. rm12, utk seumur hidup. tak perlu renew tiap-tiap tahun ok. byk lg faedahnya, free gift, diskaun harga barangan, bla bla bla. ok setiap rm1, anda akan dapat 1 point! kalau anda register sekarang, anda akan dapat free 200 point. ;)

ok ini saya punya :)

apa lg, marilah ke watsons berdekatan! dan jgn terkejut, bila cashier bagi wang balance dan resit sambil sebut nama anda, "terima kasih cik balqis!".

ok bai!

The New Twitter!

pagi-pagi sampai opis, terus on twitter sbb nk sebarkan bau sate. eh apakah ayat?

ok dah tgk twitter baru? dorang annouced dalam 2 minggu lepas, cuma hari ni baru sampai malaysia, eh boleh ke macam tu?

xpaham kenapa di lebarkan di sidebar tu. dah tak comel dan slim shady! ;p cuma yg best (sikit) ada tab @ Mentions, Retweet, Searches dan Lists. maka kononnya lebih organize la kan. ala-ala TweetDeck gak, cuma takde notification berbunyi, kurrrr! ;p


ok itu sahaja, tghari ada hari terbuka di ofis, piwiiit!

ok bai!

Monday, September 27, 2010

Tips Kecantikan : Hilangkan Parut ;)

hari tu i ada suggest kan pakai Natopherol Dermal E, dijamin berkesan. ;p.

kali ni nak try satu produk lg. alah, ekceli dah pernah pakai, yakni Bio-Oil, Rosken pun ada kuar produk macam ni. tapi kali ni try brand lain pula, Palmer's Cocoa Butter Formula. memandangkan sy dah guna lip balm brand ini, maka nk try juga versi skin therapy pula ;)

ok ini rupa bentuk nya. di watsons, ada promoshi, eh promosi, beli besar, dapat 1 yg kicik. harga RM29.80. sangat berbaloi-baloi.

ok fine, sbnrnye bukan aku yg beli, dan bukan utk aku guna, tp saja nk buat eksperimen pada pemilik parut ;p

ini lah tangan utk dijadikan bahan eksperimen itu. parut masih muda remaja, akibat eksiden 2 hari sebelum raya. nama pemilik tangan dirahsiakan utk privasi ;p

ok. nak pakai mudah je, macam ni.... oh ok salah. tumpah nnti!

macam ni cara sebenar ya adik-adik. pastu sapu lah ditempat ada parut! saya amek botol kecil itu utk di sapu pada bekas jerawat di muka ;)

ok kalau botol kecik, ada penitis nye, wu wu wuuu macam ahli saintis sekejap.

ah, dah macam duta watsons plak. ok produk ini, bukan untuk scars sahaja ya, utk stretch marks, kulit kering, garis penuaan, warna kulit tak sekata..ukurlah sendiri! eh kenapa tetiba suara bertukar suara doremon itu?

eksperimen bermula semalam, kita tgu hasilnya sebulan dari sekarang. ceh. lama gila!

ok bai!




Izyana & Azhar.

ok, sabtu lepas, langsung sudah majlis kahwin Nana & Azhar.

eh tapi kenapa gamba kasut dulu?

my sayangs. bestnye reunion Rumah Abstrak. apa lg, menjoyah time la!

azima dan amiza. atau amiza dan azima. alamak masa dorang kecik aku dpt cam yg mana satu azima dan amiza! deym.

azima atau amiza.

azima atau amiza. ;p

ok ok. mari lihat gambar fengantin! ;p

santek puwnnnn!

nana tdo dlm iman kejap. ;p

ha inilah Azhar perampas Nana dari kami. eh tak tak. ;p

yes Aket duduk kiri sekali, konpem tahun depan kawen. dah curik sirih hari tu kan? wakakak.

orang lain sibuk amek gambar pengantin, kami plak sibuk camwhore. *farrah xpayah la tahan napas, perut buncit gak. lemas anak ko taw! ;p

me-paparazi dan di-paparazi.

alamak. kami x bg hadiah lg ni. tapi dengar cerita dapat banyak gila pinggan mangkuk sehingga mampu buka katering? hahha.

Alhamdulillah syukur mereka sudah dinikahkan dan majlis kawen yg meriah. tahniah saya ucapkan, semoga bahagia ke akhir hayat, dan cepat-cepat timang baby ;) makanan sedap yaw sampai lupa nak amek gambar (alasan sbb byk berjoyah) . lepas ni kurang seorang lg sahabat sebantal, seperiuk, serumah, Nana. i'm gonna miss yu. harap-harap still keep in touch macam Farrah dan Kak Iza. pasni leh ko masak2 then kami sleepover umah anda kan kan kan? kalau gadoh ngan Jaha xyah nak "hantar saya balik umah mak saya", hantar je rumah kami lah wehhhh ok? bahahha. ok. panjang gila ucapan. lebiu Nana mmuah muaah peluk cium.

ok bai!

*setel entri 4 hari, fuhh!





My Sundae!

ok. skip entri hari sabtu utk kenduri nana. sbb x up gambar lg. ok hari ni ingat nak pergi open house kawan-kawan, tp tak jadi, sbb serabut banyak undangan, transport plak xde, dan dah kebetulan dah janji nk kuar ngan 'orang', maka, sy ke ioi berdetim.

ini lunch saya utk hari ahad ini. yes. semua ni saya makan!. yg partner tu dah makan kat umah! ni lah akibat bangun lewat dan lewat utk temujanji. kihkih. rasa perlukan P.A skrg, aturkan jadual.

hai dino. sy belajar mengurut sambil sendawa di sinilah. tapi idea mengurut lepas makan (yang banyak) adalah tak berapa bijak. rasa mcm nk muntah apabila mesin mula menggerudi belakang perut.

oh aktiviti ni dilakukan sementara tgu wyg mula. kami tgk Piranha. nk tergelak pun ado tgk cite ni. cuma ngeri satu scene je, rambut perempuan sangkut kat kipas bot...lepas tu.. err. malas nk ingat!last kami lepak di j.co. wahh syok nye jco dah buka di ioi. bila nak buka di alamanda?? sy prefer j.co sbb ada iced mochabella dan donuts nye xsemanis big apple ;p

dan dipercayai sy kantoi detim ketika ini. deym. kena carik port baru la ni? wakkakaka.

dan, eh perkataan dan muncul lagi. ok, saya dah berjaya beli skinny idaman bersaiz S. biasa beli M, saja nak motivasi diri utk buat sit up sebelum tdo!

ok bai.

*fuhh, 3-4 hari kurangkan main internet agak relaxing. ;p




Freaky Friday!

*lagi tajuk entri sahaja omputeh,takda kena mengena dengan lindsay lohan.

ok ini hasil tembikai malam tadi. pukol 3 pagi potong ni. kalau tak sama panjang lebar, paham-pahamn la ye. dah la bangun lambat!


ok majlis hari raya unit kami diselitkan majlis tiup lilin harijadi cik balqis. tgk kek dah separuh?

puas conteng whiteboard, conteng muka plak. eh tak.

ok fine. nak gak loncat2 dlm pejabat. sy wujud dlm kejadian ini, tp dihalang pandangan oleh Paan! kaki semua di-blur-kan akibat terangkat kain semua ;p

kan aku dah kata, jadual i sgt ketat. kul 12 selepas majlis raya tamat, cik ariesha sofea danial (bukan nama sebenar) mengajak dan membelanja sy tgk Magika! best kot cerita itu!sampai nak buat review pun lupa scene mana paling best, sbb semua best puwwwn. nnti la kalao ingat i post ok.

ok jam 4kuar opis balik, ke majlis pernikahan Nana pula. tp kami sempat ke ampang park utk beli baju baru utk majlis kawen nana tengahari esop!

ok ini aja gambar malam itu. ni pun curik dari photographer Nana ;p

ya, dgn menempuh jalan jem sebegini. perghh stress! masa ni aku bersyukur kerja dan menyewa di parisjaya. siriusli.

ok. selepas ke majlis nikah Nana, kami ke uptown danau kota. first time jejak kaki di sini. ok siyes, best ok berbanding uptown shah alam, downtown shah alam dan uptown damansara. ;p

fuhh, gile hectic punya hari jumaat. dari malam semalam tak abis aktiviti. tapi best juga, lupakan internet, lupa FB, lupa twitter dan blog, dan merasa 'life' siket. ;p

ah penat. ada 3 entri lagi utk apdet!

ok bai!

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...