Friday, October 29, 2010

Kenangan Ber-Madu Tiga.

suatu hari di masa kecil, di kampung Melaka. ye sy orang Melaka.

selain aktiviti main masak2 secara real guna api dan kuali, selain buat perangkap tangkap burung (nnti aku cite post lain), selain main tanah dan main kejar2 dgn rakan sebaya, aku suka kacau radio arwah atuk aku dan koleksi kaset2 keroncong, 60's, santan berlada, ceramah-ceramah agama, dan macam2 lagi, termasuk dan my peberet, kaset lagu2 filem p.ramlee. paling peberet adalah lagu madu tiga! yeah! kjap2 duk ulang lagu tu.

kalau sapa2 masih igt liriknya, ada sebut "kepada istri tua, kanda syg padamu, kepada, istri muda, i say i love you!" (rujuk video INI pelis ;p)

itu part peberet. disebabkan teruja, dan batak dengan radio, dengan slumbernye tekan butang RECORD masa part "I SAY I LOVE YOU".

wah, seronok ye? suke? ok sbnrnye dah buat baru menyesal. ya, baru sedar bahawanya dengan rasminya aku dah rosakkan kaset atuk aku!

solusinya? idea jahat. dan konon paling terel la kan. konon atuk aku kenot find out la kan. huhu, so aku sorok kaset tu bawah kabinet dapur. bijak?? yes. cepat cakap bijak cepat!

ok not. bulan depannya kami sekeluarga balik kampung. tahu perkara pertama apa atuk buat?hahahah. gelak dulu sblm cerita.

dia pergi kat radio panggil mak aku, "Ita! meh dgr lagu ni, teka suara sapa...".

jeng jeng jeng. lagu p.ramlee madu tiga yang dipasangkan. oh masa tu tenang lagi. sbb pikir takkan atuk jumpa kaset bawah almari? impossible...impossible!

dan 'part' yang dinanti-nanti tiba. ya, suara ajaib aku 'i say i love you' kuar dari corong radio tersebut. yup. sgt kuat dan jelas. misi sorok kaset bawah kabinet dapur, failed!

nah. padan muka. satu rumah gelakkan aku. konon mula2 xnk mengaku kata tertekan butang RECORD dan tatahu fungsi butang itu. padahal mmg teruja dan obses dengar suara sendiri bila menyanyi ;p

tapi atuk i tak garang kpd cucu kesygn spt dia garang anak murid mengaji dia. dia kata, kalau mereka rindu kat aku, dia pasang lah kaset tu. awwww :( kasih syg atuk dan nenek.rindu sangat ngan arwah atuk dan nenek.

ok tanak sedih. manusia takkan hidup selamanya kan. :) ok teringat cerita ni sbb tgk konsert p.ramlee tadi. huhu. best best best! nnti klu free nk komen sket ;p

dan ya, cerita ni sampai skrg mak aku selalu ungkit. hahaha.

ok bai!

*karang entri ini sambil tgk konsert dan basuh baju. terel!

Pepatah Twitter dan Lain - Lain.

adeh, hari ni ada peluang nk post ini, di twitter, ada plak kan #pepatahtwitter.

* Sepandai-pandai burung berkicau, Akhirnya keluar ikan paus juga.
* Masuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang twitter bertuit- tuit!
* Biar takde makwe, jgn takde twitter... ;p
* Sayangkan follower di mention-mentionkan.
* Unfollow yang keruh, follow yang jernih.
* Ada stalker di sebalik followers !
* Indah avatar dari rupa!

hahaha. ada byk lg, klu rajin p la usha. oh tadi baru perasan si capik suggest #FF sy ek. takmo la kata cantik-cantik. sy ni biasa-biasa je, kiut sket je. kalo follow sy sbb sy tweet sy klakar xpe ;p mention hanis zalikha ka, lisa surihani ka, juliana evan plis! ;p


btw sila belanja saya tiket m.nasir lagi! zainal abidin juge! ;p

ok bai!

Haha!

ok baru balik lunchdate dgn aQet, lunch di kementerian kesihatan, makanan murah dan bubur jagung sedap! balik opis dengan senyum terukir di bibir sbb beli benda comel semuanya!

eh ko perasan tak aQet, semua barang yg kamu beli tadi adalah pokodot? tiru aku eh? ahahaha stetment tak bleh blah. urm btw tolong sy beli satu yg mcm ni. sbb bag pink yang ko beli utk aku ari tu dah uzur lah.








mana-mana lah, tak kisah yg mane. cuma yg biru tu kureng.

ok masa nk balik terserempak belalang mengawan tengah2 panas! kemudian nampak kedai jamu jual Teh Tarik Tudya. terus aku terjerit "ttttttudia haaa!!" (dengan loghat utagha) pastu blah gelak2 ngan aQet. misti macik kedai tu kata ish annoying nya budak2 tu ;p. sori, kami mmg kecoh dan suka make 'noise'! ;p

ok bai!

Thursday, October 28, 2010

Say No To Penyakit Dengki!

dah lama tak buat sesi kuliah agama bersama Ustazah Balqis. ok tajuk hari ni, Penyakit Dengki. lagi bahaya dari denggi. sbb kalau denggi, mati jasadnya. kalau dengki, hati mati, busuk pulak tu.

petikan dari group emel.
  • Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah.
  • Dengki mendorong seseorang melakukan kemaksiatan seperti mengumpat, menghasut, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain. Apabila perasaan dengki menguasai diri, hati tidak reda menerima qada dan qadar Allah menyebabkan timbul perasaan benci melulu terhadap orang lain.
  • Dia merasa tersiksa jika orang lain mendapatkan limpahan nikmat sedangkan dirinya tidak mendapatkannya.

tepat dan padat kan? satu lagi mak aku pernah pesan sejak kecil, hati kalau busuk dan kuat dengki, akan terpamer kat muka. siriusli.

bak kata pepatah Eleana K. "Hati busuk takleh nak bau, kalaulah boleh bau, jauh dah aku lari. "

hahaha. di dunia yg serba canggih dan moden ini, kamu jangan ingat takda ya. malah bertambah banyak kot? dulu2 mana ada Blackberry yg boleh di dengki kan? haha. ok contoh yg teruk. ok, jgn terkejut di kalangan adik beradik, teman-teman rapat pun ada yang dengki.

maka, kurangkan post status dapat bonus, upload gambar melancong ke L.A, show off makan Tony Romas, upload gambar baru angkat Proton Inspira dan macam-macam lagi yang akan mengundang penyakit dengki sesetengah manusia. mungkin kamu tak dengki, tapi mmg ada segelintir manusia yg kronik penyakit dengki ya. Nauzubillah.

cubalah jadi positif, gembira, tumpang seronok jika ada orang di beri rezeki lebih? tak rugi puwwwwwn.
Hindarilah dengki kerana dengki itu menghancurkan kebaikan seperti mana api memakan kayu bakar. - Hadis riwayat Abu Daud.
so? bersihkan hati dari penyakit jiwa ini, kalau tidak. penat je kamu semayang tunggang terbalik, sedekah sana sini, puasa hari-hari.

ok dah cukup Ustazah Balqis punya ceramah hari ni. hahaha. aku pun bukan pandai dan sempurna sangat, cukup lah sikit2 ni. harap memberi pengajaran & perubahan pada kawan-kawan semua walaupun sedikit :)

ok bai!

Wednesday, October 27, 2010

Imajinasi Polka.


cantik dan organized! senang aku asingkan baju, tudungs, leggings ;p




hok comeh ni, utk all spentots!



ok ini multipurpose lah. baju kurung, tshirt semua leh masuk.



ok duduk online jap sementara mesin basuh buat kerja dia.

ok sori ber-monolog. sbnrnye nak motivasi kan diri supaya cepat2 ejas almari baju. ada 1 bakul dan 1 beg beroda lagi kat parisjaya. aku harap aku jumpa bakul2 pokodots spt di atas utk membuat sy happy dan berpikiran positif bila berurusan dengan baju, basuh baju, dan lipat baju.

ya lipat baju itu nitemare.

dan berita baiknya, sy akan let go some of my dress/shirts yg tak- pernah - pakai - sebab - ketat, pakai - skali - dah - cukup, beli - kerana - hobi, dah - tak - muat - kat - perot, dan lain-lain lagi ;p

ok siyes, gambar terakhir skali hampir buat aku lupa bernafas, seakan jatuh cinta pada pandangan pertama dan macam nak nyanyi lagu Smile - Uncle Kracker! sy berjanji jadi isteri gadis solehah dan tak kuar rumah malam2 jika ada bilik like dat! fuhh.

ok bai!

pic di curik dari Tumblr!



Hari Merah Jambu!



ailaik. very the simple yu know. datang ke branch baskin n robbins berdekatan dengan memakai apa-apa benda berkaler PINK. ya, PINK.

tak kira lah baju, suar, kain, kurung, shawl, tudung awning, tudung syria, tudung lycra, segala jenis shawl terbaru, kasut ka, stokin ka, atau yg ada beran pakai inner wear kaler pink dan tunjuk kat mereka, kamu akan dpt diskaun! contoh, harga 2 jr scoop jadi harga 1 scoop! mcm 50% la.

ugh xamek gambar td. sbb direct blik opis-alamanda-shah alam. hurm. whatever la puwn, eskem wafer rm0.99 kat giant yg perisa keladi ttp menjadi pojaan. huhu. oh ya, pakai pink belacan pomboley, tp jgn bawak belacan.

*hurm nk mkn char keoy teow, tp kdai xbkaklg tadi :(

ok bai!




Kisah Sesat Yang Menyeronokkan dan Mengenyangkan :)

masih ingat kisah seram si tukang jahit? mlm td mcm jd lagi, tp versi lain pula. ;p

siapa pernah pergi Coffee Village? tahu tak kalau dari alamanda, hanya 5 minit perjalanan berkereta, kalau jalan kaki tak pasti lah kan. tapi semalam, kami ambil masa satu jam. ya menaiki kereta.

sgt adventure ok. aku suka, sebab 4 kali, ya 4 kali kami sampai ke hujung putrajaya, yang jalannya tanah berdebu dan ada hanjeng hitam 3-4 ekor. ngeri? ya. i laik.

aku ngan aket slumber buat stetment dalam kereta, aku rasa ada 'benda' ikut kita ni, dia yg buat kita sesat! hahahha. yelah kan, padahal bukan kali pertama ke sini, dah 4-5 kali kot? ;p tp siyes smlm otak blank.

fuhh selepas beristighfar byk2, baca ayat qursi, dengan izin Tuhan, otak baru berfungsi nk kol talian hayat, tanya jalan ;p

*sori kami tiada GPS atau henpon canggih ber-GPS. ;)



ok dah sampai destinasi! seronok je makan banyak sambil dengar paksik umur 60'an menyanyi lagu aku semut merah. 'aku orang kecik, engkau orang besar'. somel lah! tu tak masuk lagi maksik pakai legging nyanyi lagu dangdut abang joni ;p

ps to Farrah : ko ingat tak makcik waiter vogue yg PR nye hebak, smlm jadi pengacara ko. kalah ifa raziah ;p



penyebab kami bertekad nk pergi jugak ke sini. western mereka all sedap ok. fish n chip dia besaaaar, big portion. mcm dua orang makan, ala-ala Big Plate, tp hok ni kuah sedaps tahap hotel 5 bintang. jelas kan ada mangkuk ketiga kan, kan, kan?

fuhh kinyang. sampai ke pagi ni. jam 10 xlapar lagi. ok reminder utk diri sendiri, masuk simpang KAJANG ye, KAJANG. lenkali sesat baca entri ini ;p

ok bai.

Tuesday, October 26, 2010

Kisah Spek Mata.

baru balik dari hospital seremban. nice eh kat sini, oleh kerana parking pelawat jauh dari lobi, ada shuttle van disediakan utk mengangkut pelawat, comel ;p

tadi kat hospital ada sorang makcik tu, dia pakai spek patah + pecah, dan di-cellotape-kan di hujungnya dan hampir menutupi 60% cermin belah kiri. nk kata spek tu baru pecah & patah, x jugak, sbb cellotape tu mcm dah kuning, dah season habis. kesian, haih. to be positive, maybe dia syg nk buang dan suka pakai sesuatu barang sampai dh rosak habis! ok i lukis utk yu.



jelas tak gambaran? cellotape pink, ;p lukis pakai touchpad k. ;p

hmm. kesian tgk. tapi. tetibe teringat kat spek mata sendiri. beli emergency masa spek mata lama patah dua. rm15 je kat uptown. dah berapa kali bawak tido tak pecah2, beli cap elok kat E.O, baru 3-4 bulan pakai ntah berapa kali pecah. hahaha.

ish dok survey spek baru sejak raya nih. ah nanti2 lah. tgk macik tu ilep je pakai mcm tu. err.. ok nk p alamanda tgk spek terkini yg tahan lasak!

ok bai.

Jemputan Menyanyi Di Alamanda.

ok tajuk bodoh-bodoh. semalam dpt jemputan menyanyi di alamanda. ;p.


nyanyi gaya misha omar. aket pandai main drum enter sandman. mawi (naim) turut join. tp geram lagu penyembuh rindu takde. kehilangan suara ketika lagu ketiga. jus epal tak sesuai diminum si sesi nyanyian. banyak camwhore dari menyanyi. hahahha.

ok bai!




Monday, October 25, 2010

Zero Negativity Day, Lantak lah Kamu Pendengki ;p

selamat pagi isnin! mukadimah hari ini adalah arsenal goreng man.city 3-o, so i makan hashbrown mekdi 3 keping utk meraikan gol malam tadi ;p

dan btw smlm mak sy belanja sy ini, bukan 1 tapi 3 juga. ;p



ok, tutup kisah makan. dengan ini, saya ucapkan makasih kepada Eleana K dan Izawati.

ye saya setuju, facebook, blogosphere mmg dah jadi darah daging kita. nak tak nak kena tempuh gak 'karenah birokrasi' pengguna internet kan? kadang-kadang meluat dengan video, gambar dan isu PROPA ni, tapi nk buek camno? nak serabutkan otak sendiri watpa? kau siapa yg patut setiap orang kena puaskan hati kau? ;p

so i chose to be POSITIVE!

- even orang kutuk i makan banyak. lantak kan.

- even mondays selalu biru, lantak kan. i gelak2 happy2 je?

- even kawan sendiri kutuk kita? lantak kan.

- even manusia baru nak 'alim' sedangkan dulu beromen dalam kereta. lantak kan.

- even ada kawan backstabber, lantak kan. next time i'll stab you in the front!

- even duit pokai tgh bulan (15hb), senyum je. lantak kan.

- even bos bebel suruh stay kije sampai malam, Saya Yang Menurut Perintah!

- even baju byk kat umah tak basuh, hantar dobi. easy rite?

- even puteri UMNO kata 1.2 juta pekerja kerajaan itu SAMPAH, lantak kan. mari sini minta maaf dengan kami dengan menuduh EACH ONE of us ini SAMPAH. mampu ke? LOL.LOL.LOL! tolong hapuskan minda tipikal melayu kau, ini 2010, bukan 80's, bukan 70's!

AH PERSETANKAN.

that's why kamu kena join sini (kelik gambar dan LIKE!)



kalau boleh hari-hari nak 'Zero Negativity Day', tapi sehari sebulan pon ok what?

ok bai!



Fotogedik Bersama Tersayang :)

*sticky post*

ok selepas menghadiri majlis kawen si Tan Sri, kami bersuka-ria di depan istana kehakiman.

ok proceed gamba lg. ;p buat outdoor. utk pengantin lama ini, utk maternity photography. kan i dah kate, untung amek pakej fotografi perkahwinan ngan aku, cover sampai anak cucu weih. ahahhaa



cinta taj mahal.




dah macam upacara pemujaan dewi hujan.



sayangi perut anda setiap hari ;)



sedapnya kak farrah landing macam ikan duyung ye. muka aku jelas menahan beban berat badan seorang wanita dan bayi 7 bulan dalam kandungan. hahaha.



ok yg pendek skali belakang ye. wekk wekk buli kak iza.



buli kak iza lagi yeay sampai jatuh yeay!



knp muke sy nmpk separuh je? kak iza balas dendam ye?



nenek-nenek si bongkok tiga.



dah nak jadi ibu-ibu masih tidak menjaga tatacara ketawa dengan sopan. aku rasa baby ko kuar nanti gelak-gelak kot, tak nanes. hahaha. eh Aket dgn muka geramnya ;p



ya semua perlakuan tadi diperhatian hero-hero hindustan ini.



kasih sayang saya terharap mereka yg tidak berbelah bahagi. ya, hero-hero hindustan bersama isteri tercinta. kecuali saya dan aket lah.

ps to akiss dan aket : sila cari calon suami segera, baru lengkap 'famili' kita :)



Aket dan Kak Iza sila beri surat tunjuk sebab kenapa kamu berdua tidak meloncat bersama saya? ia membuatkan saya nampak janggal dengan terbang kipas-kipas kaki. Nana, satu percubaan yg bagus.

tp kalau puan farrah turut meloncat , rasanya ada yg kena hambat balik oleh hero-hero hindustan. baby dalam perut pun terpaksa tutup mata dan beristigfar melihat kelakuan ibu dan rakan-rakan.

ah seb baik hujan turun, kalau tak, mahu nye sampai setiap jambatan nk bergambar . thanks ye Abi, eh silap, abang Ery kerana jd bidan terjun amek gambar kami. ;p

byk lg gambar, tp nak simpan kasik farrah tgk dulu. dan tiap kali nk edit, tak tahan nk tergelak tgk kelakuan masing2. ish, nk nanes pun ade, rindunya zaman satu rumah dulu? nasib baik even dah kawen, kami masih keep in touch dan kasih syg masih kukuh antara kami ;p ayat mcm bercinta ;p

tapi siyes, mereka memang sahabat sejati, dunia dan akhirat. i love each one of you sangat2, moga persahabatan ini diberkati dan dipeliharaNya ;).

ok bai.

Sunday, October 24, 2010

Datin Balqis di Majlis Kahwin Tan Sri Azman.

ok sabtuday, selepas pulang lewat awal pagi tadi dan tido jam 4am, sy dengan amannye tido sampai jam dah 12 tghari baru buat2 gelabah carik baju utk ke majlis perkahwinan Tan Sri Azman ( tan sri la sangat! ) dan Kak Aznim :)

ok long stori di shortkan, layan gambar cam biasa :)



pasangan-pasangan?



eh kakak, bila bersalin?



flight delay.



fengantin dh sampei!



ok. sy ada teka teki. siapakah empunya rambut panjang ini. siapa dapat teka i banje bubur mekdi. kalau korang pembaca setia konfem akan tahu siapakah lelaki misteri ini.

klue : lelaki, photographer, kawan i since di poly. (tgk beriya-iya i nk nak belanja yu)



katerer! err.. nurul izzah?



senyum sampai ke telinga pak pengantin ye?



the pelamin. hitam merah tampak elegan. (tone majalah pengantin)



team bikers yg mengiringi kereta pengantin. sori takda gambar ketika itu kerana i makan dulu, well, i kan tak sarapan? kebulur plis!



kedua mempelai ketika sesi memotong kek.
(masih dalam tone majalah pengantin)



eh yg no.3 dari kiri itu adalah bekas MB Selangor! dah nk balik baru sedar kewujudan beliau ;p sedangkan kehadiran Irma Hasmie ke majlis ini pun kami tak berminat amek gambar, RCW plis!



gadis2 bunga dah berlemuih flash kamera.



ya, sy kan Datin. kena lah duduk di barisan VIP! cehh. hehe. baru ada hati nk melaram kebaya bagai, kata majlis kat dewan kan? cuma mekap-less. siyes, malas ;p



neves tgu giliran sesi bergambar dengan fengantin.



peace yawww dari amiza atau azima. ;p



peace dan tembak pistol dari pengantin lelaki. bajet comel la tu?



*bangun dari kerusi dan angkat tangan*

"errr cikgu liza, perlu ke duduk depan pintu masuk dewan utk amek gambar dgn adik2 ini?"



ah korang lambat teka. kan dah rugi bubur ayam mekdi? ini kan jabbe (kelik utk bukti) kawan se-jurugambar dan se-poly i. *tolong jgn gosip plis kak iza dan farrah? kami profesional kot? hahahha.

ps utk jabbe : kenapa kau kejar aku yg tgh berlari utk amek gambar geng di red carpet lepastu terjah suruh bagi ucapan? kalah abg rambut ketak kat melodi. ;p

pss utk jabbe : sila carik awek yg boleh arahkan kamu potong rambut. konon nk feeling2 rapunzel la konon tu? ;p

kan lagi kacak masa zaman gila-gila remaja dulu?


kaaaan? ;p (abaikan spek mata sy yg hawt iteww)

fuhh pjg gilak entri neh. ok ucapan utk pengantin lah. "semoga bahagia dan kekal forever and ever!"

ok bai :)