Friday, December 31, 2010

2010.


yang saya mahu ingat sepanjang 2010 :)

ok bai!

Apa Saya Buat Di Hari Akhir Bekerja Untuk 2010.

hari ni pergi kerja dengan riang ria kerana pakai baju baru. 'baru siap' tempah, kain lama dah.
mmg jarang berlaku kot pakai kurung biru. apatah lagi kuning, mmg xde langsung dlm almari. ish wayar charger nak jugak enterprem. hai kasut beli di penang!
hai jugaaaak!
ok mari teka apakah ini.
ok pandaaai! botol air made in penang !

ok. hari ni kerja pun malas buat, bos pun belanja makan lepak2 minum kopi pepagi. well, "biasalah kan, orang kerajaan, mmg xde kije kaaaaan, goyang kaki je kaaaan?" ngeh.

ok setelah 2 bulan berpindah semula ke aras 3, baru hari ni aku sempat kemas workplace dan deco siket2 kasik ceria dan cemerlang! selama ni, siapa tgk meja aku siyes kata serabut mcm tuan die jugak. mana tak, sejak tukar unit ni, mmg kelam kabutan sket. barang yg dlm kotak pun ada yg tak disusun keluar lagi. hurm.

padahal hari tu ada sorang macik opismate cakap kat aku "eh bukan encik ravi sayang ko ke?"

meme la syg, terang-terang panggil aku "sayang" "darling" "anak dara aku", tapi, sayang sbb kerja byk kena settle oh! sampai dua kali terlupa jaga kaunter KP akibat fokus kerja oh! tp aku suka je even sokmo je waktu lunch aku lewat. tp best, hari-hari terkejut "eh dah jam 5 petang??"

ok tadi dah letak kalendar 2011 siap-siap, santek-santek atas meja. konon dah ready lah utk nu year? haha. semoga tahun 2011 ni aku lebih fokus, rajin dan berdedikasi terhadap kerja. lagi-lagi setelah baca aktiviti unit tahun depan adalah banyak kerja luar, road show oh!

ok bai!

Thursday, December 30, 2010

Baby Farrah :)



ok farrah wahida binti madzlan selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi 30.12.2010 @7.30am. baby seberat 3.67 kg ye ;)

pagi-pagi si adiknya farrah isnanee post kat wall aku. padahal aku tak online (ehem). fuhh..menghela nafas lega dan syukur Alhamdulillah! dari semalam dah nebes macam diri sendiri nak bersalin. padahal si farrah siap kol ajak bersembang lg. gila tough budak ni mcm tak sakit ape2.

ye, ni baru lepas bersembang dengan beliau sementera baby dia tidur. suara pun dah bertukar keibuan, kurang sket suara joyahnya. hahaha.

ok kenot wait ok nak jumpa baby itu. nama pun xdak lagi. getik je i suruh farrah letak nama khairul fahmi. tapi irfan pun sdap namanya what? ngeh


oooooooh...

ok dah balqis, jgn nak berangan semua benda ko nak pokodots. wah tak sabar nak beli baju tecik-tecik dengan mummy farrah titewwww ;)

*gambar takde lagi, esop eh? Insyaallah.

ok bai!

Wednesday, December 29, 2010

Khairul Fahmi Che Mat RAWR! (Jumaat Cuti Umum!)

ok. setelah sejak dari ahad malam aku ignore pasal kekepohan dan ke-propa-an isu #malaysialasercheat bagai. bergaduh kt laman sosial tak kemana, yang penting 'realiti'nya permainan pemain kita di dalam padang ya, dalam padang bukan dalam twitter ;)

tapi ape yg penting geng-geng twitter saya, uolls terbaik! timeline dah macam bursa saham melonjak naiknya ya . bleh plak aku baca blog awek si fahmi a.k.a apek ni sementara waktu rehat kan? *sila DM saya jika mahu url. hahaha

demo meme hebak! gomo kelate gomo. ops! patut dapat datukship ni. eh tak. ter-sarcastic plak. marah org u****. haha. keep it up ok! mana tahu one day M.U nak beli demo? pergh! tgk,

si ferdinand dah usha dah game kita, kelik sini! kewwl!

eh tahniah juga kpd top scorer kita ;)

dataran putrajaya siap ada bunga api! dan sampai jam 11 putrajaya masih bising dengan hon-hon kereta penyokong malaysia! jarang berlaku ni. ;p

tahniah malaysia! Alhamdulillah :)

apa-apahal, doakan semua pemain dan penyokong malaysia yg ke sana selamat pulang. siapa2 yg nak sambut mereka pulang, mari kita ke KLIA jam 2pm esop!

ok tutup kisah bola. esok nak pakai kurung kuning, tp xde plak kaler kuning dlm almari baru. @NajibRazak, jumaat bg cuti pelis?

update : jumaat cuti!

ok bai!

*igtkan tadi Luna Maya dan Manohara ganti Jupe berdada laser. tp xde pom.

emosi tak stabil, emosi tak stabil!

ok sebenarnya dah 2 minggu ni aku mcm orang gila pun ada. sbb macam2 berita aku terima. gembira-sedih-terkejuk! semua ado!

bila gelak, kemain gelak sampai sakit kepala, pastu tetiba nanes, pastu perasaan konpius datang buat aku termenung, tapi alhamdulillah stress tu takda lah. cuma perasaan bercampur baur, up and down.

ini semua akibat percutian hujung tahun, budak umah keluar sorang balik kuching, kawan-kawan dapat baby, dpt beli botol air dan shawl pokodots, kerja semakin banyak, pertukaran kawan baik sepejabat, haih. siyes berlaku bertimpa2.

sampai pagi tadi aku pinjam buku bos aku, jangan bersedih. paling teruk aku selalu salah tarikh, salah hari, nasik dituduh lembik padahal belum masak, dan salah tgk jam. tgk jam pada frekuensi radio. bodoh kan?

pagi ni farrah sms kata yg die dah kena tahan wad, kol adik dia kata dah on the way to deliver. terus jadi biol kejap hah! happy-nebes-sedih sampai termenangis.

*nanes happy + nebes sambil lambai tangan kat muka sendiri omputeh style*

sewel kot aku? itu belum aku babitkan lagi soal hati dan perasaan aku sekarang ni. kejap rasa macam nak jatuh cinta, kejap tak jadi nak jatuh plak. eh!

seb baik i check menstrual calendar i, sah! bulan nak mengambang.

eh tapi tak, tak. aku tak nak salahkan pms-ing sebagai alasan perempuan utk bertindak sewel spt saya. sbb tak pms pun aku ada sewel mcm ni. hahaha. ok tapi siyes. mmg pms teruk ni. tunggang terbalik punya emosi weih!

tarik nafaaaaaas.... hembus!

ps : geng, tolong doakan sahabat baik aku Farrah dipermudahkan dan selamat melahirkan anak sulung beliau ye.

ok bai!

Tuesday, December 28, 2010

Sejarah Penang Bab 5 : Gambar Kesukaan :)





















sila buat caption sendiri. rasa pelik pulak upload gambar org, kita letak caption. eh sebenarnya teruja tgk hasil. kami sukaaaaa sangat encik jabbe! jarang ada gambar aku berdua ngan aket mcm ni kan? lagi2 kandid macam tunjuk perangai masing2, ngeh ;B

ok tutup kisah percutian hujung tahun di penang. ada 3 hari lagi untuk tahun baru. dan aku rasa aku nak sambut macam tahun lepas. macam nk sambut kt rumah pun ade ;p

ok jap, gambar no.5 dari bawah sotong goreng tepung smiley tu comel gila kan? paling best gambar tepi laut kan? ok, ok dah. jgn nk suka sgt ;p

ok bai.

SILA BACA DAN TONTON JUGA :

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...