Monday, January 31, 2011

Day 11 – A picture of your favorite memory.

A picture of your favorite memory.

alamak. banyak sebenarnya favourite memory aku? ok, boleh tak anggap blog aku, blog akiss ferrero ini adalah satu gambar, di mana ada semua memori-memori yang aku suka?

contoh macam entri terawal aku ni, peberet juge ni. hihi.

ok bai!

Review Filem : Shaolin

kisah seorang jeneral yg manyak langsi wo. semorang dia main tembak macam bunuh nyamuk je.
tetiba insof. *buat muka suci* (eh dia ni pakai macam ni pun hemsem!)
siyes masa ni wa nanes i tell yu. ko bayangkan, Hou Jie (Andy Lau) masa tgh makan maggy, dua-tiga chop stick (xleh guna perkataan suap sbb tak pakai tangan), tetiba air mata mengalir. pastu makan lg. tutup muka pakai mangkuk. pastu berjurai lagi air mata. pergh. siyes aku nanes. ko bayangkan, kau ni dah 'wanted dead or alive'', anak kau baru mati, kau tak bleh hadiri majlis pengebumian dia. perghhhh. mana tak makan sambil nanes.

kau pernah rasa sedih macam tu? aku pernah.


dah tobat, kawan dengan Cook (Jackie Chan), the tukang masak, dan edar roti kepada rakyat yang susah.

biasalah ayat Jackie Chan "wa talak taw kungfu, mati loooo"

sekali...nahhh. libas orang pakai kak senduk besar.
a - ha! masa ni ada tips kuruskan badan. makan cara meditasi.
oh ini pembelot negara yang sebenar, Cao Man (Nicholas Tse ilaik!) gila gengster rendam bini orang dalam tempayan besar. lawan kelam kabut tunggang langgang camna pun rambut menten. pakai Tancho kot.

tp x jantan ah, dah nak kalah bertumbuk, kuar pistol. loser. ;p

ada satu scene kejar mengejar guna kereta kuda di lereng bukit yg ada gaung. thumbs up! kalah fast and furious kot. kalau kereta biasa, ko kontrol pakai stereng, ini pakai tali yg diikat pada kuda, hah. terel gila!

ok kalau mau tahu knp dia titibe tobat, siapa belot siapa, cara meditasi makan dan siapa yg hidup at the of the story, pergi lah tgk Shaolin!

banyak nilai-nilai murni dan pengajaran di dalam movie ini ya. contohnya, hati-hati dengan kawan baik anda di sekeliling yg diam-diam dengki dan tgu masa nk mengkhianati anda;)

cuma anda kena tahan 2 Jam 15 minit lah dalam panggung wayang. kuar - kuar panggung terus pandai cakap cina.

ok chow! eh silap.

ok bai!


all pics gua cilok dari google!

Hai Saya Bekerja Hari Ini!

tahniah kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan sekerja yang berkerja pada hari Isnin 31.01.2011 padahal esok cuti, padahal hari Khamis dah nak Gong Xi Fa Chai, Gong Xi Fa Chai, Angpow Lai Lai Lai!

gila kental korang!!

kecuali bos i. *jeling bilik bos*

maka hari ni berkhidmat untuk negara seperti biasa, minit mesyuarat minggu lepas tak siap finalize lagi, pagi ini ditambah lagi meeting ya. seb baik i taknak masuk. well, TAKNAK MASUK sebab takde kepentingan. kata pekerja paling nakal?

pastu buat perangai. nak ambil perhatian bos besar, 'tolong bagi kami cuti Rabu ini'. ;p



bajet nak cover mata sembab selepas tido 18 Jam pada hari Ahad 30.01.2011 di mana satu Malaysia hujan seharian. tolong jangan merungut ya manusia. orang lain punya ujian lagi 'tough'!

takziah, dan simpati aku kepada kawan-kawan yang sedang tabah dengan dugaan Tuhan, yakni banjir. dan doa aku kepada saudara kita di Mesir. sila baca blog Krisis Mesir, dan juga pandai-pandai la follow #Egypt di Twitter, dan utk full update. dan, saya sangat berbangga dan suka bila semorang RT kat @najibrazak ttg nasib pelajar kita di sana. huhu.

ok sejuk teruk doh kat opis. bercakap pun rasa macam nk kuar asap. fuhhh.

ok bai!

Sunday, January 30, 2011

Day 10 – A photo of your favorite place to eat.



kenapa soalan macam ni malam-malam-lapar-lapar-sejuk-sejuk begini!? aiyoyo. ok sebenarnya makanan peberet aku adalah tom yam. masalahnya aku takda gambar kedai makan tersebut. so, yg ada dalam simpanan aku, dan dalam kepala asik igt ini sahaja.

ok mengaku sahajalah, sbnrnya banyak tmpt kesukaan utk makan. ;p

kfc, komtar walk, penang. jauh btul ye. padahal kfc je. ;p
ok ini. encik zinger crunch. oooooh!

tengok, punya menggeletar nebes jari jemari nak makan zinger crunch waktu hujan, sampai check in pun tersasar.

tetibe kan? ini lokasi sepatutnya. ;p, lama dah nk blog, tp xde masa.


ok dah 10 hari punya tugasan sudah setel yaww!

ok bai!

Saturday, January 29, 2011

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

alamak, apa yg sy baru beli? belum sempat soping lg derr. seminggu ni asik kuar makan je, pastu wayang, pastu bowling ;p

so, a photo of the item you last purchased? ok i bg tiga (3) benda apa yg aku beli. makanan kira aci kan?

grilled chicken with black pepper sauce! di lot 10 western, taman warisan pertanian. baru bukak ni kedai ni. well, i kan pengunjung wajib (belum naik pangkat Mayor 4Sq lagi) taman warisan ;p. yang bestnya ya, aku suka sbb ayam dia fresh, bila kita order baru dia bakar depan mata kita. nak tlg bakar kan pomboley kalau tak malu atau sengaja nak mengorat abang kt kedai ni. eh.

tgk abang kedai ABC kasik suprise kepada pelanggan tetap "abang ABC jagung lebih!"

dan ini air ais krim soda.

makanan-makanan lain tak sempat amek gambar puwwwwwn. ok sekarang tgh tak tahan nak beli kasut baru.

sori lambat siap task hari kesembilan ;p

ok bai!

Friday, January 28, 2011

Day 8 – A song to match your mood.

hari ini, adalah another bz day. pagi petang ada meeting ye. seb baik malam tadi gua tido awal! yeay! cuma meja aku dah macam apa tataw nak panggil.

tapi aku ilep, suka je. kalau kau nak kije yang senang, p jual goreng pisang, pastu suruh bangla tlg jaga kedai kau, kau boleh bangun tidur suka hati kul berapa! eh jgn igt meniaga goreng pisang tu senang? tak tentu kau senang ya, kerja suri rumah pun ada cabaran ya, yg senang kerja tido ;p eh wth bebel ni?

ok, berbalik pada tajuk ya. lagu ni baru download tadi sbb teringat kak peej suruh dgr ;p. walau kije banyak sekali pun, walau tahap nanah dalam telinga makin tragis, walau rasa macam nak pencen hujung bulan, mak tataaaaap happy! laaalalalala...


*mood kelabing dalam opis laaaalalalala*

haaaaa... macam lagu Lambada kan kan kan? bukan macam, mmg ye pun J.Lo cover balik lagu tu. video sbnr takdek lagi, layan je la video klip Lambada tu, klasik. haha. laaaaa la la la la ;p

ok, minggu depan raya cina saya tak cuti ya! maksudnya kerja pada hari isnin dan rabu ;) so sesiapa yg kerja, jgn nak moody-moody. tiru macam saya, laaaalala lala!

ok ciap! 30 Things in 30 Days Challenge!

ok bai!

* ps : sapa yang buat task ini, tlg link balik kat saya ya, nnti hari ke - 30, saya mahu link kan kamu semua ;)

Thursday, January 27, 2011

Day 7 – Your dream wedding.

terkejut aku tgk tajuk ini semalam, ngeh. tak perasan ada soalan berat macam ni, sampai malam baru nk publish. hihi.

ok. baca dalam satu napas.

saya mahu satu majlis perkahwinan di tepi pantai yang sangat simple yakni pagi nikah di masjid dan petang selepas maghrib ada majlis makan malam bersama keluarga dan sahabat terdekat disertai persembahan live band, no kompang, no sanding dan segala decorations semua aku nak guna aku punya idea dan yang pasti masa tu dah ada seekor maine coon cat join aku buat wedding shot dengan suami aku! fuuuhh!

hah! like dis la :


*berangan*

wooo kata pun 'dream' kan? haha. ok, siap sudah tugasan hari ketujuh untuk 30 Things in 30 Days Challenge!

ok bai!

jangan nak ujibakat AF9 sangat ;p

last nite pergi alamanda utk urusan ambank dengan memakai kasuit pink!
maka, mari lah ber hari merah jambu di baskin & robbins!
dan ber-calofornia girls!
merah jambu lagi.
aksi 'berani mati; amek gambar dalam toilet alamanda pada jam 12tghmlm. seb baik tiada munculnya orang ketiga. errr ;p

oh btw, superstar karaoke dah tambah wing kanan ye, aku baru tahu since dah lama tak g situ. hihi.

ok bai!

Wednesday, January 26, 2011

Day 6 - A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

A photo of an animal you’d love to keep as a pet?

A White Tiger.


hensem je gambar berukuran passport kau kan?

ok bai!

Tuesday, January 25, 2011

Gambar Sinaran Passport Kegemilangan.

pagi tadi meeting. maksudnya, bebanan kerja akan bertambah. aku redha je. cuma tak berapa nak redha bila dengar bos aku bebel. kau tahu, bos aku tu, jenis mulut main fire je direct tepat kat dahi kalau nak sound. tapi aku ilep je. dah biasa pun. aku sendiri orang melaka. kang aku fire balik, hujung bulan pencen.

mmg bernanah telinga ah dgr, seb baik aku pakai tudung. dapat kaberline nanah. eh. apakah? ewww? tapi takpalah, aku ilep je sbb aku mmg layak di bebel. sebab aku punya keras kepala, degil, memang semacam ok. memang semacam!

"ni kau Balqis, kau, bla bla bla bla... datang lambat...bla bla bla bla... susah angkat fon...bla bla bla...hah, mana gambar kau tak letak-letak kat carta organisasi? kau sorang je ni tak letak?"

'hohh!?'

buat-buat terkezut. padahal arahan meletak gambar berukuran passport tu adalah pada awal november 2010. sebab kat dunia ni, benda aku paling benci selain lipas terbang adalah pergi kedai kodak amek gambar berukuran passport!

siyes tak suka ok!

"aku nak kau letak gambar tu hari ni, kamera besar buat ape, heeee anak dara aku sorang ni, ni lah dia, 'pegawai paling nakal' kat sini...!"

"hohh!?" (lagi sekali)

hah, kan dapat pangkat baru? pegang takhta trus, mengalahkan opismate lelaki lain. *gosok-gosok buang habuk bahu kiri*

nah. dengan berbekalkan camera handphone nokia 5 megapiksel, aku suruh kawan aku snapkan gambar aku. nanti kang bos bebel versi selepas waktu lunch, makcik senah direct selling hujung kampung pun surrender.


tak teruk mana kan?


ok bai!

Day 5 – What makes you different from everyone else?

what makes me different from everyone else??

mak aih. saya memang lain dari lain. ada sorang kawan aku cakap, aku Kategori Aneh. (eh mana lah pergi kawan aku sorang ni?) sila baca 25 Perkara Pelik Tentang Akiss dulu di Episod I, Episod II dan Episod III.

siyes saya ni mmg lain. sebab saya tak suka makan kerang. saya tak reti dan tak pernah main bola jaring. saya suka belajar/kemas bilik time hujan berbanding cuaca panas. ha lagi satu ni, ni mmg lain dari lain.



upload gambar kat fb tapi snap pakai webcam tapi snap balik pakai camera henpon? *boleh zoom in kalau tak caye*



ha? kan? lain kan?

ok setel tugas hari kelima, wah dah 5 hari ya!

ok bai!

*cerita di sebalik gambar pasni aku cerita. aku makin bz sbb tadi dalam meeting bos bagi aku takhta baru, "Pegawai Paling Nakal". terima kasih.

Monday, January 24, 2011

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.

gambar berlima masa majlis persandingan Farrah & Mie, Disember 2009.

peberet i sampai bila-bila, insyaallah, setakat ni dah tinggal serumah, sebilik, seperiuk, sebantal, takde lagi tanda-tanda nak nak putus persahabatan. ikhlas. itu yg aku selalu doa. Tuhan panjangkan jodoh kami. gambar ni takleh tgk lama-lama. nanti nanes, rimdu. ;)

Nana, Kak Iza, Aket & Farrah + Mie.

Terima Kasih bebanyak kepada Encik Yap Kwan Seng atau nama sebenar Mohd Safuan Said untuk gambar yang sangat, sangat bermakna ini :)

ok, setel tugasan hari ke 4, 30 Things ini 30 Days Challenge!

ok bai.

Creative Blogger Award!



mekasih lah kepada kawan blogger saya Cik Syima kerana sudi memilih saya sebagai 'creative blogger award'. *sambil mengangkat piala sambil melambai-lambai*

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar.
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti.
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip.
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

ok nanti saya forwardkan 'anugerah' ini kepada yang layak. mak bz nok! isnin isnin isnin! ;P

ok bai!

Sunday, January 23, 2011

Zaquan Adha, Oh Zaquan Adha!


malas ah nak puji ayu raudhah santek. sbb die selalu santek. tapi.... *tonyoh hidung kiri dengan tisu* sobbbssss. kenapa nak hensem sangat kau wahai zakuan adha di ketika majlis pernikahanmu?

*sepak dinding* *koyak poster zaquan cebis demi cebis*

terus rasa macam nak nyanyi pelamin anganku musnah. haha. ok, potong satu nama dalam list lelaki melayu bujang ter-hensem di malaysia. ;p

ke aku kena tukar imej, bikin mata kasik besat, mekap mata kasik power dan jadi pelakon? hummpph!

ok bai.

kredit gambar : piccalasso.

Day 3 : Your idea of the perfect first date.

alamak. kenapa tetibe tough plak rasa tugasan ni? idea sy utk first date yg sempurna!

wah. terasa diri agak 'tua' nak bercerita pasal 1st date! sebab di usia sebegini, ehem 27 tahun, sy agak susah nak menerima 'orang baru' dalam hidup. this is serious ok. mana-mana lelaki yg keluar dengan aku kebanyakannya adalah kawan yg dah lama aku kenal. kawan sekolah, kawan poly, kawan mespes, kawan sekerja. bukti dan saksi ramai k, tanya Aket (since dia kawan paling terapat) dan emak & adik aku, sebab tiap kali nak kuar rumah, mmg wajib bagitahu.

tapi kalau shaheizy sam ajak kuar 1st date........ehem.

ok siriusli, aku dah lupa bila kali terakhir aku 1st date? lol. tolong ingatkan aku pls? ok pjg gila mukadimah!

ok lah. saya nak bagi 3 point sahaja.

NO.1 : Tema!
ingat majlis kawen je nak ada tema? ihihi tahu tak, aku dengan adik aku Cupi, kalau keluar dating, kitorang akan set satu 'tema'. kiranya macam bosan lah kalau keluar asik buat benda yg sama. contoh tema, "Cuba Sesuatu Yang Baru! maksudnya dari segi pakaian, makanan, dan tempat! contoh, kalau tak pernah keluar pakai maxi long dress, hari tu kena pakai! kalau tak pernah makan tutti fruitti, hari tu kena makan! kalau tak pernah pergi tropicana mall, hari tu kena pergi! get it?

sama je kalau g first date dgn awek. contoh, tema 'Western'. makan nak kena western, nonton wayang pun movie western. huhu.

tapi kan, aku rasa, kalau dah bercinta, ade ke pernah rasa boring bila keluar? bahahahhaa.

No.2 : Jadi Diri Sendiri.
jangan berlakon banyak sgt. sikit2 takpe. haha. yelah, 1st date mana bleh tunjuk keras kepala tukar stesen radio dalam kereta ikut stesen kegemaran kita kan? i mean, jgn lah masa 1st date, belanja makan Tony Romas, padahal kat umah makan maggi je. haha. maksudnya, kalau biasa lepak mamak, lepaklah mamak. kalau dalam kereta kau biasa dengar lagu keroncong, dengarlah lagu keroncong. well, 1st date kan hari suai - kenal. samalah macam perempuan, kalau biasa tak mekap, jangan lah 1st date je mekap santik2 lebih2, kali kedua keluar pakai t-shirt dan track suit. kecuali dia ajak p jogging di taman tasik perdana. ;B

ok senang cerita, do something that u laik with her, dan bersederhanalah ;)

No.3 : KISS, Keep It Simple & Sweet!
saya ni seorang yg simple, jadi sy suka yg simple-simple, dari segi semua aspek. pakaian simple spt lelaki dengan jeans, elaklah pakai slack panjang, yg pendek sampai lutut takpe. tempat yg kita pergi pun kena lah simple-simple. jangan plak tetiba ajak panjat Broga konon nak feeling2 naik buaian cinta Angkasawan kita kan. sama jugak kalau baru 1st date tetiba nak bawak balik jumpa mak apak, no no no. terkezuk awek nanti ;p

yg pasti, pastikan ia satu date yg terpaling sweet sampai bila awek balik rumah teringat-ingat dan terluncat-luncat gembiwe bila bercerita dengan bff. itu baru 1st date yg perfek! ;p


sekadar gambar hiasan. just adore dgn gambar ini, tak kata pun nak bg idea suruh pakai bikini on the first date ;p

ok antara 1st date aku dgn ex-bf yg aku paling ingat adalah masa di poly. dia bawak kereta mak dia datang amek aku kat depan kelas, lepastu aku ponteng kelas, lepastu keluar pergi beli perfume. haha. sweet le tuwww??

pergh kata tajuk susah, tp kemain pjg bebelan. dah macam dokter cinta. ;p ok setel task hari ketiga, 30 Things in 30 Days Challenge!

ok bai!

Saturday, January 22, 2011

Kinectimals!

stress dengan xbox 360 bleh plak ada virtual pets sehebak seekor anak rimau dengan kinectimals sampai aku nak mencarut k*%ek!! kau tak menangis tgk video INI :

ha kan dah nanes???
ada lima adeik beradik.
die boleh touch screen kitewww.
ok ini sah mintak lempang.

ok balqis, kau sedang melukakan hati kau sendiri ni. kill kill kill, die die die!

ok bai!

*Cupi apa kata kau tukar PS2 kau jadi xbox?
*takde utk android ke?? ok balqis, senyap.

Friday, January 21, 2011

Day 2 — Your favorite movie!


Tranformers 1! 2 Jam 24 Minit buat aku whoaa whoa whoaaaa! i mean, the robots. ok, ok. termasuklah megan fox.utk rekod, yang no.1 dan no.2 aku tgk tayangan terawal dan di tmpt yg sama yakni cineplex damansara.. tgk je bulan 7 nanti, klu takde org nak teman, tgk sorang pun takda masalah ;p

oh mak ku, tak sabar gila nak tgk no.3 punya!


best animation movie ever!! toy story 1, habis skrip aku hafal ok. yang no.3 pun best gila, sampai menangis kot!


thanks Summer Finn kerana meluahkan apa yg terbuku di hati. aku tahu ramai lelaki benci movie ini hihi. tp sy tidak, 6-7 kali tgk pun tatap suka ;)

ok setel task hari kedua untuk 30 Things in 30 Days Challenge!

ok bai!

Day 1 — Your Favorite Song!

30 Things in 30 Days Challenge : Day 1 — Your Favorite Song!

my peberet song is soooo banyak kot, kan sy suka menyanyi, kang bagi list lagu dalam mp3, banyak sgt lak ;) oleh kerana pening nak pilih mana 1, i pilih lagu ini, Stay by Estrella. sebab ini ringtone handphone saya, dan pagi-pagi sampai opis, ini lagu aku dalam top 1 playlist aku ;p



Sounds straight from the twilight
Has me up all night I can’t
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it’s you!

All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay

With the moonlight dancing free
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay

Making up a story
It’s the way you’re looking at me
If you think that this is funny
It’s just you

Try and think about it
If your heart is closed don’t lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through

lirik mudah hafal, simple dan sweet. saya sukaaaa. oh ya, salah satu sbb pilih lagu ni adalah kerana videoklip shooting depan opis aku. haha. nak tiru lah buat satu macam ni ;p

ok bai!

30 Things in 30 Days Challenge!

tugas mudah ni, just blog setiap hari, gunapakai tajuk di bawah!

Day 1 — Your favorite song. (DONE!)
Day 2 — Your favorite movie. (DONE!)
Day 3 – Your idea of the perfect first date. (DONE!)
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend. (DONE!)
Day 5 – What makes you different from everyone else? (DONE!)
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet. (DONE!)
Day 7 – Your dream wedding. (DONE!)
Day 8 – A song to match your mood. (DONE!)
Day 9 – A photo of the item you last purchased. (DONE!)
Day 10 – A photo of your favorite place to eat. (DONE!)
Day 11 – A picture of your favorite memory. (DONE!)
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is. (DONE!)
Day 13 – A picture of your favorite band or artist. (DONE!)
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to. (DONE!)
Day 15 – Something you don’t leave the house without. (DONE!)
Day 16 – Short term goals for this month and why. (DONE!)
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex. (DONE)
Day 19 – A picture of something you want to do before you die. (DONE!)
Day 20 – The meaning behind your blog name. (DONE)
Day 21 – A photo of something that makes you happy. (DONE!)
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently. (DONE)
Day 23 – 15 facts about you. (DONE!)
Day 24 – A photo of something that means a lot to you. (DONE)
Day 25 – Who are you? (DONE!)
Day 26 – A photo of somewhere you want to go. (DONE!)
Day 27 – What kind of person attracts you? (DONE!)
Day 28 – In this past month, what have you learned? (DONE)
Day 29 – Something you could never get tired of doing. (DONE!)
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days. (DONE)

30 Hari Mencari Cinta? eh tak tak. takde kene mengena. thanks kerana memberi inspirasi. insyaAllah akan siap!

ok bai!

Thaipusam Date.

air kelapa for two.
ice cream for two.
bersama nelayan.
"musim tengkujuh pakcik, ikan pun tahu demam"
bajet corner.
overexposure. over-eyebag.
photographer pun x amek gambar macam ini- Aket.

aku hanya berkata : ape!? siape photographer?
"cantik kan Aket??" *tiup kuku sendiri*

tenang selepas merajuk dengan abang taman botani tak kasik naik beskal sbb dah nak malam. tgk, sy dah bawak botol air ni??

ok bai!

Thursday, January 20, 2011

Jangan Ingatkan Aku- Akiss Raffali.

1. couple dengan sean kingston! what ze ef! kenapa nak sean kingston? punya lah ramai lelaki cute dalam dunia ni? ye-ye bercinta dgn dia pastu kena berpisah sbb dia kena balik L.A sambung study, nangis2 dlm bas sama2. bodoh kan?

2. sudah sampai di Korea. ye, mmg impian aku nak p Korea instead of Disneyland, Aussie. dapat pergi dalam mimpi dulu xpelah, yg realitinya? ok tolong ingatkan aku pasal surat ptptn yg xbkak lagi tu,

3. lecturer aku (tetibe futher study kan?) belanja satu kelas makan. makan bukan calang2 punya makan eh. segala mak enon kek, aiskrim, western, rib stick, dan paling aku ingat daim cake ikea. waaaah mengidam teruk aku ni?

oi jangan risau, ini cuma list mimpi aku sepanjang tido 12 jam tadi. aku rasa aku suka tido lah sbb bila terjaga je ingat kau.

tolong jangan ingatkan aku - akiss raffali.

*tetibe*

ok bai!

Wednesday, January 19, 2011

gigit kuku je.

petang ini di opis hanya *goyang kaki, bersihkan kuku, tiup-tiup kuku sendiri* manicure pedicure...punya lah relax kan?

tadi balik dari taman warisan lunch di sana, terserempak ngan bos kat parking dgn briefcase bagai, "eh bos, nk g manaaa". ok pergi meeting.

meloncat-loncat kegembiraan di dalam hati sampai main-main tekan loceng kecemasan dalam lif dengan cik ariesha sofea danial. sengal.

ok dah bertahun rasanya tak upload satu album gambar! well, tetiap weekend bz, kt opis lg la kelam kabut, mlm dah takda mood nk up kan kan kan. maka, skrg tgk.

sebelah fb, sebelah tumblr. gila kuasa namanya ni. heeeh.

ok, harap misi upload gambar berjaya, sbb broadband sy tu bling-bling pink je lebih, kang dtg sewel, sewel gak. sbnrnye tgh geram, sori pasal status klu ada yg terasa. sbb i dah terasa, u pun kena terasa. seb baik ada #somalaysian di twitter. buat aku ter-hahaha tak abis2. ;p

eh esok cutilah! yay!

ok bai!

Hantaran Perkahwinan Akiss.

masa cuci mata rebloging tumblr, i jumpa gambar ini. lantas mencarut %^$#@$^&^&.



apahal kau nak comel sgt? tipu ni! tipu! ini kucing plastik! apahal bulu dada nak gebu mcm tu? apahal mata nak bulat biru tak bersalah je? dah la besaaaarnya kau, sukanya saya!!

*tumbuk meja*

pastu kan, sabtu lepas kan, selepas aktiviti mengecat kan, kami g kat satu pet shop, Sebare Pets, sederet dgn Q-Bistro bdr sri permaisuri. kami jumpa kucing iniiiiiii....


teruja, nebes, berdebar aku tgk, jatuh cinta pd pandangan pertama. haih macam nak nanes pun ada. ;p

ok ini bukan kucing tipu. this is reaaaal. besaaaaaaaaaaar! tangan dia aje, sebesar 3 1/2 jari aku ok?? muka dia besaaaar, macam anak rimau auuuum. hidung pun mcm rimau. muka dah la sombong, tak macam kucing biasa. tgk bulu dada pun kalah hero hindustan? *tetibe*

*dlm gambar ni mcm tak nampak sgt. maklumlah, curi2 amek kan.


tgk. hulurkan kan tangan, kurangkan beban. sengaja taw buat i rasa bersalah tak adopt yu. sengaja je, sengaja!

3K beb. aku punya surat ptptn yg baru sampai tu pun aku tak usik lg? ok baka Maine Coon ini mmg stok size besat-besat dan mahai-mahai.


mummy miss yu oredi :( *tetibe mummy plak kan?*

ok lah, kata fanatic kak katy perry kan? tak dapat rimau, dapat maine coon cat pomboley kan kan kan? hantaran handbag, set pencuci muka SKII, sepasang kasut charles n keith, itu semua saya tamau-tamau-tamau.



eh jap, saya belum lagi nak kawen. chillax. masih mencari 'russel brand' saya.

ok bai.

Tuesday, January 18, 2011

Myspace Akiss.

malam tadi selepas meracau cable mp3 ntah campak mana tak jumpa. aku bawak diri dgn membincangkan isu zodiak dgn Aket sampai sakit kepala gelak. hikhik. itu aku cerita dlm episod lain k.

so lepas kecoh gelak psl zodiak, Aket tido, aku jugak takleh tido. tahu kenapa, mengadap benda ni :

myspace.com/akiss_ferrero_rocka. last update : 28 Nov 2009, 'Apa Itu Myspace?'. playlist tu tgk no.1, Lenka - Trouble Is A Friend, caller ringtone sampai skrg kot? ;p The Ting Tings - Shut Up And Let Me Go, dan semua lagu The Ting Tings.

dulu ini yang penting utk tahap ke'market'an kita kat mespes kan? sentap je bila kawan baik kite tak letak kite kt top friends. hak hak. oh yg top 1 tu, kak Yvonne Martel dari Phoenix, Arizona. kakak angkat saya dan Cupi. masa ni Cupi dah delete mespes, selalu dia Top 1 ;p

10 dari 12 Top Friends masih ada, dan skrg aada di FB. bagus ;)

masa ni dah ujung2 dah ni, kalau tak kawan beribu, at last, aku delete semua, tgl 89 je! tgk FB aku nk buat camtu gak nnti, boleh?

ok, ok. kita proceed gambar-gambar peberet aku dulu.


gambar terawal. 5 years ago. masa tu jacket cantik itu (konpiden) baru beli kat JJ Mid Valley, sampai kat tren, terus suruh adik aku amek gambar. mihihiih. oh, nak tahu, jacket cantik tu sampai skrg masih ada, masih cantik kondisinya. dan tak pernah terpikir nak buang atau pre-loved kan ;)

klcc park. duk tgh jalan selepas lemas dalam pc fair.

a-hah! ini paling suka. masa konsert mtv asia - good charlotte! dengan kawan baik, ehem.

sapa ingat ini dekat mana? masa ni Jabbe belum buat extension rambut lagi. haha. ok ni masa rantai art event 2008. bulan lepas, pergi rantai event ini mmg dah tak meriah macam dulu, dah tak sama. yang sama adalah orang yang aku pergi dengan ;p

fokus stokin tangan jaring-jaring kat tgn aku. emo?

tali pinggang tu, tali pinggang tuuuu...ganah tu. di bukit bendera penang.

oh ini kat tasik shah alam, dah lama tak pergi!

parking kete mid valley ;B

ini lah gambar terpaling sukaaaaa! tgk aku dah guna perkataan parisjaya sejak 2007 lg ;p oi rindu kasuit itu! tak igt lah apa event kt putrajaya ni, hurm.

dah la tak tido sampai jam 2, tgk komen2 gambar gelak sorang-sorang. seb baik hantu khurafat tak teman aku gelak kat sebelah. ;(

semua gambar di ambil pakai digital camera pertama aku. angle semua nk best2, tp aku mengaku lah, sejak pakai dslr, agak kureng kreativiti. zaman digital camera masih terbaik ;)

ok sebenarnya rindu jeans koyak size 27, vans, t-shirt size s, yer, zaman 48-49kg, rindu zaman mespes, geng2 kaki komen gambar. huww nak akiss ferrero yg duluuuuu...haiiijjyo!


ok bai!

*semua gambar sila zoom-in, tp x ikut kronologi hihihi ;p
*tp siyes lah, mespes byk mempertemukan aku dgn ramai kawan derr, klu nk banding dgn fb.