Monday, February 28, 2011

30 Things in 30 Days Challenge! Part II

dengan ini sy melancarkan 30 Things in 30 Days Challenge, Part II!

Day 1 - Post one confession/secret.
Day 2 - If you could chose a time period to be born at , which one would it be and why?
Day 3 - Your First Love
Day 4 - Post your favorite quote.
Day 5 - Band you are dying to see LIVE
Day 6 - A song that makes you cry
Day 7 - Bullet your day
Day 8 - Your opinion on your body and how comfortable you are about it.
Day 9 - What you think about your friends
Day 10 - Your favourite book
Day 11 - The meaning behind your Tumblr name
Day 12 - Something that puts a smile on your face no matter what.
Day 13 - A picture of where you want to honeymoon.
Day 14 - Your first celebrity crush
Day 15 - A problem that you have had.
Day 16 - A song that reminds you of a best friend.
Day 17 - A picture of your room.
Day 18 - Your Zodiac Sign & if you think it fits your Personality
Day 19 - Google the meaning of your name.
Day 20 - 3 things you are proud about your personality
Day 21 - Talk about your piercings or tattoos, if you have any.
Day 22 - Tell your followers how you do your makeup.
Day 23 - Favorite area or room
Day 24 - The month you were happiest this year and why
Day 25 - A picture that makes you laugh
Day 26 - What’s the meanest thing anyone has ever said to you?
Day 27 - Hand write your name.
Day 28 - 10 ways to win your heart
Day 29 - Nicknames you have, and why you have them.
Day 30 - A Pic from last year and A Pic from Now ... How have you changed in the last year?

esok 1 March kan? ok start esok. marilah join saya, dan yang dah join Part 1 punya, sila tinggalkan link ya ;)


*LIST GENG CABARAN 30*

1. Jue Amer
2. mizzunderstood
3. Dinda Iva
4. Hernanie
5. 0sh!Nz d' sen0r!ta

ok bai!

bebeh!


awex dalam drive angry, Piper. makan apa kaki jadi panjang macam tu? bodi nak hot semacam je haha. eh tapi sy suka watak Si Mahone dalam Prison Break tu jadi 'akauntan', lagi-lagi time die naik lori tangki sambil sondol kete polis dan pasang lagu that's the way..uh-huh uh-huh, i laik it, uh-huh! uh-huh!

oh men, rindu Prison Break!


hai kak mila kunis the black swan! aku siap tgk dua kali. lepastu malam tadi nak tdo terbayang-bayang mata natalie portman jadi merah. ish cerita saiko macam haram. hahaha. ngeri. ok yg ni saya tgk ni bukan dalam gsc. tapi di rumah. pergi tgk sendiri, tanak buat review ;

haih macam nak nak tukar nama fb Akiss Kunis, atau Akiss Black Swan. eh, terlebih suda ;p

127 hours. ini pun ingat nak download je tgk kat umah. tapi cancel, sbb nak tgk kekacakan James Franco dengan skrin besar, 3 Mac kan?

ok bai!

*ok, as we expexted. natalie portman mng di oscars ;)

Sunday, February 27, 2011

#slapyourself

ngeri lah. semua benda nak sama. minat. muka. paling teruk, perangai, pikir pun benda yang sama.

kadang-kadang sampai aku rasa mak aku sorokkan rahsia besar dari aku, yang aku ni ada kembar. gila kau balqis terpengaruh filem hindustan?

tapi best taw bila mood 'kembar' aku tu baik. tapi bila mood k.o, kemain keras kepala rasa nak tumbuk, ego kemain tinggi, merajuk berpanjangan. aku membebel kat twitter. marah. mengadu kat roommate. jawapan yang sama aku dapat.

"just like you"

"macam kau"

sentap mak dengar. hah amek kau balqis, #slapyourself !

ok bai.

p to the d!

sambungan kisah perpindahan dan ketam masak cili api bersinar-sinar. kul 5 petang bertolak terus dari putrajaya.

.



oh plaster luka di siku tu adalah ditampal kerana tercedera masa sdg mandi-manda dalam swimming malam minggu itu. pedih, tp tahan je sbb dah lama tak terjun swimming pool. kami menetap di sini (dua bilik berasingan lelaki dan wanita) siyes bilik cantik. kak Kak Jue kan?? hihi ter-sama pula ;p

1st time naik beca kat melaka. haha. padahal sy ni dah la org melaka? mula-mula budak tu pasang lagu Spring - Sampainya Hatimu. terus aku komplen, dik, tamau lah tangkap lentok naik beca. ada cd lain?

terus dia tukar cd, Linkin Park - Minutes to Midnight. fuhh teruja gila sbb hafal semua lagu! ok boleh tgk di SINI, kalau nak tgk akiss kembang-kambang hidung, bak kata adik aku. macam Cikgu Shida. wtf. hahaha. sy ulang, di SINI.

eh lagi satu, tak jumpa pun shah rukh khan?

ok bai!

*gambar model cover majalah mangga yg penggambarannya sampai jam 4 pagi akan di upload later. tunggu kami jumpa abang photographer tiut kami tu. peace ;p

Saturday, February 26, 2011

seminggu sudah menjadi zomba.

akhirnya profession aku sebagai zomba sepanjang minggu ini telah tamat. seminggu takde bilik, tidur di ruang tamu, makan di ruang tamu, salin baju di ruang tamu akhirnya berakhir. seminggu sakit belakang dan kurang tidur.

yelah, rumah baru mmg ada sbb dah carik dan jumpa pada isnin lepas, tp budak bilik yg kitorang nak masuk tu hari ni baru siap pindah kuar. huhu.

sekarang ni cuma pikir nak pasang katil cepat-cepat. kemas kain baju cepat-cepat. dan lancarkan projek deco.

benda pertama aku nak buat adalah, nak cat katil kayu hitam aku kepada kaler putih! *tugas senang celah gigi i je*

cuma aku nak mengeluh. aku ade koleksi pelbagai barangan pokodots, tp tak jumpa-jumpa bedsheet pokodots! rasanya lepasni nak pergi Nagoya lah beli kain ela buat cadar. boleh je kan?

kamonlah, bilik baru, mestilah nak cadar baru! like dis :


sempurna!

ok bai!

ps to kak iza : insyaallah minggu depan kis setelkan tugasan. dah lama sangat rasanya tertangguh. ampun ek ;p.

**esok lah siapkan entri p.d. takde mood lagi bha ;p

Friday, February 25, 2011

saya adalah bini keempat, eh tak, i am number four!


mula-mula aku nak tgk cerita ni sbb poster dia ada hero kacak, sinopsis pun cambest. tapi bila tgk apak angkat si hero, terus tak suka hero, suka orang tua ni.

henskem. macam Jeff Hardy ;p

ter-senyum sorang-sorang aku apabila John Smith yang terel tu ter-fall in love dgn gadis photographer yang sgt biasa-biasa sahaja instead of gadis-gadis hot pasukan sorak. ;p

time ni pun aku suka bila dorang pergi cuci gambar sesama padahal polis dan musuh tgh kecoh nak kejar dia. haha. kerja gila tp romantik. hahaha.

menate huduh ni seb baik tak jumpa gambar muka dia. seb baik.


she is no six (6), poyoh kemain.
dorang lagi bapak poyoh.

yang buat aku tergelak, filem ni punya subtitle. girlfriend : Mak We, crazy : sewel, perkataan poyo di eja POYOH. tapi gelak-gelak jugak ah, banyak gak mencarut sebab banyak scene terkejut oh mak kau.

dan, sila baca quote movie :

"They caught Number One in Malaysia.
Number Two in England.
And Number Three in Kenya.

They tried to catch Number Four in Ohio and failed.

I am Number Seven.
One of six still alive.

And I'm ready to fight.
"

rasa-rasanya yang kat Malaysia tu siapa ek?

ok bai!

*oh kalau korang p tgk, mesti perasan ada sikit2 ala-ala scene Twilight dan Transformers ;p

Thursday, February 24, 2011

nah marah ke tatut dengan kisah seram shah alam?

aku kan ekceli kan, lately kan, ada ramai kan, orang suka buat aku marah tahu.

bukan marah sikit-sikit, tapi banyaaaaak, sampai menggigil tangan. tahap menggigil tangan, maknanya aku akan bertindak mencampak barang suka hati, sepak something, selalunya sepak pintu toilet sebelum masuk toilet. sepak pintu lif sebelum masuk lif. paling teruk, aku pernah pecahkan bf aku punye cermin kere....ok, too much information.

kalau takde barang utk dijadikan mangsa marah, aku akan start mula rasa nak pukul orang yg dimarahi. tumbuk pastu jerit "kau pahal skrg!??"

bukan rasa, mmg buat dah pun.

tanya kakak aku kalau dulu bergaduh siapa yang start menangis dulu?

gengster kan i? ;p

yeah, kan korang dah tahu my darkside. tapi baca balik ayat di atas, marah yang banyaaaaaak. kalau marah sikit-sikit seperti merajuk, aku lebih suka diam je, tak bercakap dengan orang yang di marahi.

so kalau dengan akiss, diam maknanya marah. bukan diam maknanya setuju. haha

tapi tadi aku adalah tengah marah kan, tapi tak jadi nak marah. tetibe tukar takut berdiri bulu tengkuk. ekceli dari semalam aku dah layan cerita hantu kat shah alam itu di SINI. pastu aku ni punya perasaan ingin tahu ni kan, aku pergi lah add fb Tengku Sue, sbb dia ada full cerita, siap disertakan gambar note-note dia.

boleh pulak main zoom-zoom kan gambar kan? skrg i dah seram. menyesalinye puwn taw! fuuhhhh fuhh!

ok lepastu nak buat-buat lupa gambar tadi, i berbuat rajin dengan kemas workplace. well, bos plak takde kuar meeting kan, inilah masanya makan gaji buta. well, orang kerajaan kan?


magnet nama jalan. gile kewl!

adik aku kata macam sakai sbb letak sticker. ngeh.

buat-buat lupa gambar hantu dengan me-reblogging di tumblr. pastu jumpa gambar ni. bestnye! sweetnye! dah la megan fox! dah la dengan suami, dah la pergi disneyland!

hilang terus amarah. let go balqis. let go. ;p

ok bai!

* entri 3 in 1 ehh ;p.

Wednesday, February 23, 2011

Peristiwa Pindah Rumah dan The Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

tajuk hari ke 30 : A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days.

ok ini entri backdated. ecehceh macam tak biasa plak. dan malas nak buat 2 entri, so i satukan dua cerita jadi satu ye. ;p memandangkan mengikut jadual, hari ke 30 jatuh pada 19.02.2011, maka, i pun letak lah gambar i pada hari itu. tadaaa!


profile picture untuk fb.

ok perkara jarang berlaku, pagi sabtuday bangun awal pergi pejabat. gila kau pernah dengar balqis kerja pada hujung minggu? haha. ini pejabat nana, amek troli. lepas tu ke opis aku, utk amek troli no.2, terima kasih kak Atma Nurhaslin ;)

hobi saye berangan.

cantik femandangan? makin kuat berangan lah jawapnye.

roti cicah nutella. inilah sarapan, inilah juga lunch. operasi angkut barang mula lebih kurang jam 11 lebih pagi.

operasi membuka katil. senang je nk bukak, celah gigi punye kerja ni, masa bukak katil kami menyanyi "hijrah itu perjuangan..PERJUANGAN! hijrah itu perngorbanan...PENGORBANAN!!"

sempat pose sebelum bukak langsir ;)

bundle atau bukti baju banyak. yg belum pakai dengan tag harga pun ada. tu tak kira lagi 3 plastik telah di transit di opis aku sebelum di hantar ke shah alam? siyes membebel mak aku nanti.

perbicaraan kes anwar ibrahim. oops!

kecewa apabila dah susun kepala katil elok2 atas troli, rupa-rupanya saiznya lebih besar dari pintu rumah.

masa ni lampu kat dada ultraman dah berkelip-kelip merah. "beep beep beep" tenaga dah berkurang lawan raksasa. eh apakah merepek ni?

tapi ok je. lagi gelak-gelak ada. aku syg lebih mereka ni, takde muncung-muncung mulut, takde nak crancky-cranky, takde nak mawah-mawah. ;B

main skateboard sambil menyanyi 'menuju puncak AF' tanda kami tersingkir dari rumah sewa. hahahah. padahal.

happy sangat puwn kan? rasa nak tag gambar ni kat Tuan Rumah Giler.

Alhamdulillah, syukur. pukul 3.30 ptg selesai sudah pengangkutan barang. tiada kecederaan serius, cuma calar balar siket tu adalah. kul 4 tu dah berehat dan mandi.

ya kami pindah tanpa kehadiran boyfriend-boyfriend. terel tak, terel tak??

gambar tersepit lif, kaki kena hempap almari, troli tak muat lif, cabaran pandu troli tayar gelong, tidak sempat di ambil.

dan, kepenatan seharian terbayar setelah abang kami bawa kami pergi makan di sini dan jalan-jalan di sini ;)

lalalala...


berbaloi-baloi walaupun makcik tu caj mahal. makan tak pandang kiri kanan, ketuk ketam pakai garfu. ketam masak lemak cili api tidak pernah sesedap ini, ever!

oh three good things that have happened in the past 30 days?

1. dapat rumah sewa baru.
2. berenang di swimming pool setelah sekian lama!
3. selain pandai mengecat, sy dah terel menguruskan hal ehwal pindah rumah. mahu perkhidmatan kami? sila kol 1-300-400-500!

oh boleh tambah 1 lagi? saya dah cancel account astro saya ;)

ok bai!

*akhirnya siap cabaran 30 Things in 30 Days Challenge!