Friday, September 30, 2011

Petua Kecantikan Bersama Akiss : Yogurt Wash-off Pack Etude House.

ok tak tajuk di atas? aku rasa elok aku guna 'bersama' dari aku guna 'macam'. ;8p

ok last week, seperti biasa #twtupalamanda. jalan-jalan buang masa waktu lunch, lepak kat Etude House, alah yg femes dgn BB nya itu. maka tetiba ternampak benda alah ni, memang dah lama carik yogurt utk muka, dulu kat Watsons ada, tapi tetibe je macam dah takde. eh byk nye cakap!

ok inilah dia.


taddaaaaa! omel kan packaging nya? ada empat (4) perisa kesemuanya, Apple, Raspberry, Kiwi and Apricot .

so dah dua malam aku guna, dan hasilnya sangat mendebarkan fifi fairus fuyoh!!

-____-

sorry, akiss mmg suka over-reacted macam ni. tp mmg betul, dah pakai 2 malam, hasilnya sangat syok. dah la bau wangi dan manis tahap nak jilat pipi sendiri. tambahan lagi, satu perisa tu boleh pakai 2-3 kali. bergantung kepada keluasan muka, eh! boleh ke cakap macam ni? ok ok, means...lepas sapu satu muka, ada lebih lagi, maka yg lebih tu boleh simpan dlm peti sejuk, esoknya leh pakai lagi the harga is RM13.90 sahaja.

aku ni jenis kulit kering, bila stop pakai sesuatu produk, konfem kering tahap menggelupas. lagi-lagi kerja duduk dalam peti sejuk ni. keje dalam air cond maksudnya.

ok itu sahaja, pagi ni rasa gembira bangun pagi melihat wajah berseri sebab tu lepas breakfast terus update blog laju-laju ;)

cuma peliknya, aku tak pernah suka makan yogurt.

ok bai!

ps : thanks for the pic, sila lihat full reviewHERE. sbnrnya ada produk lagi, cuma gambar kt Fana, ehem!

Thursday, September 29, 2011

open house kategori pejabat.

ini pula peristiwanya adalah pada 13 & 14 September. jamuan raya Unit ku, dan peringkat kementerian pula.
hai, pertama kali dalam hidup bukak dan potong lemang, siyes. selama ni tahu ada dalam pinggan je siap dengan rendang.
dekorasi hasil tangan kami, setengah sebelum majlis tetiba opis black-out -_-"
dan ini malam keesokannya, majlis raya dengan mc nya adalah the kontroversi didie alias dan juga, si enot. majlis juga dihadiri beberapa artis lain, neelofa, ady putra etc.
kewl kan enot!
tadaaa! dalam banyak-banyak persembahan artis, ini yang paling aku suka. fu-yoh akiss layan m-pop sekarang. kekekeke. tp siyes, memula dulu terkutuk gak, tp melihat kesungguhan dorang, ke-sweet-an dorang, terus rasa macam ok lah, takpelah, asalkan korang bahagia ;p

minah Aket enteprem
the housemates.
aksi berani mati lepak parking lot tetengah malam, nasib baik takde entiti nak enteprem gak ;p

ok bai!

Wednesday, September 28, 2011

Program Realiti Siti Nurhaliza Production - i-Klon.

since Murai pun dah kuarkan artikel ini, aku baru berani nak update entri pasal ini, tapi sikit-sikit je lah, kang korang dah tak nebes pulak menonton kat tv kalau aku cerita habis semua ;p

kejadian 17 September, since cuti Sabtu, dapat follow kawan ke Rakaman Program Realiti Siti Nurhaliza Production - i-Klon, kira masa aku g tu rakaman pusingan Akhir, Dato' Siti Nurhaliza sendiri menjadi juri nya ;)

wajah electric blue flat kesayangan hamba.
lunchie!
lepak backstage. tetiba jadi aku p.a si Azrul Raja Lawak, pengacara program ini.
Mawi pung ado, baru tahu dia #teamvirgo hehehe.
Dato'Siti membuat persembahan selepas pemenang i-Klon diumumkan, pertama kali dengar lagu omputeh dia, boleh tahan, kemain Tok Ti, siap join joget sekali. kelesss ;p *eh baju matching dengan kasuit sy!
sesi press conference.
lepas habis PC, peminat Tok Ti dah ramai tunggu kat luar untuk ambil gambar dengan dia, dan betapa rileks dan sportingnye dia melayan peminat-peminat dia, dengan sopan santun, suara lembut patutlah Datuk K sayam lebih. eh eh, dah merepek dah saya ni.

ok, marilah kita menonton program ini, kalau tak silap November ini di TV1, dengar-dengar Astro 180 pun amek? amboboi.

ok itu sahaja, dan tahniah Dato' Siti Nurhaliza dia atas pelancaran album inggeris pertama beliau ;)

ok bai!

ps : gambar sy berdua ada kat kawan, sampai la ni tak mintak lagi, hahaha. mak bizi kan konon? *nyanyi lagu Falling In Love*


Tuesday, September 27, 2011

Rumah Terbuka BPGK 2011.

acara tahunan sempena raya, mestilah ada jamuan bahagian. aku update entri untuk bahagian je lah ye. sebab pengsan lah, pejabat aku ada 16 bahagian, tak termasuk bahagian aku ada kat 20 unit yang di mananya tetiap unit buat "open house", pengsan mak nak nak update semua, hihi.

ok majlisnya adalah semalam, 26.09.2011.

jamuan di mulakan dengan menjamu anak-anak yatim oleh Apak Dafi, ada cerita kelakar di sebalik gambar ini di mana Tuan KP tetibe buat lawak + blur, tetibe je introduce aku dengan Tqah adalah wakil dari rumah anak yatim tersebut. mmg ternganga dua saat sebentar -_-"

okay layan gambarudin!

dengan Kak Atma ;)
rakan seunit tercinta, kenalkan Helena Dianna Francis, Made in Tawau bah. ni first time muka dia masuk blog, ke dah ade sebelum ni?
hmmmmm...tangan kiri aku mcm anjing Nanu Baharuddin. yg kiri skali tu, hmm..abaikan.
orang kertas? *boleh tahan gak pendek aku.
good one Naim!
kaum Iban, eh tak. kaum ibu cecantik, yang kiri sekali tu dah kenapa gigit jemari dompot mu? ;p
oh dah puas posing, kita masuk Zon Kenyang dan Mengantuk bersama kami, Balqis dan Atiqah. eh perasan tak aku tak ambil gambar makanan?
sambutan hari jadi untuk #teamseptember. amboi yang sebelah kanan berbaju ijo tu, ex-boss i nak enterprem tapi tak dapat. eh eh ;p
paksa-makan-rela.
kenyang + mengantuk. kak Jue, semoga Aliff cepat sembuh laju-laju taw :(
hana kena-taji.
see, jadi trend. semua pun nak ber-hana-kena-taji. eh eh.
mata dah kelayuan, tapi pose menteng.
hantu bonceng vs rempit jalanan.
helmet tutup dahi, sopan je.
dan hari ini Jamuan Raya BUU, terserempak dengan apam polka dots sebijik macam baju raya aku pakai semalam? hahaha.

ok bai!

Monday, September 26, 2011

Kuku Kukiss.

hai selamat datang ke pusat hias kuku akiss.

ok bai.

Monday, September 19, 2011

Sesi Karaoke Bersempena.

melepas ke-gian-an karaoke di sini Newbos KTV, rasanya dah dua bulan puasa karaoke. makasih lah kepada pem-belanja, sempena harijadi katanya.
otomatik teringat pasta kat Full House.
antara lagu yang dinyanyikan.
27 tahun.

aku pelik, kadang-kadang aku rasa suara aku macam Katy Perry, kadang-kadang macam Ziana Zain pun ada. tapi mmg konpem suara aku macam Stefy. siyes. ok tak lawak.

ok bai!

Saturday, September 17, 2011

#nowlistening #repeatmode Selena Gomez & The Scene - Love You Like A Love

sukaaa sangat lagu ini, kenapa diz zelena gomezz begitu menawan dalam vc ini? suara kemain lunaq!
tapi bila live. err...tapi ok lah, sila tgk Bieber dance, comel je.

ok bai!

Yanni's Wedding ;D

10th September 2011, Dewan Sri Endon, Putrajaya.


kebetulan Yanni (Adriani Adnan) punya ayah adalah pegawai kat ofis dia, maka pergi dengan Farrah ;)

beautiful Yanni, in her beautiful dress! Congratulations to both of you, Yanni & Yusfadli ;)

takde motip.

motip dia, kenyang dengan makanan orang kawen, open house lagi dan lagi.

sekian makasih!

ok bai.

Persiapan Raya dan Raya lah!


petang raya we go to Akuarium Shah Alam, sebab mak pesan suruh beli "Guppy Raya".



terung penyet, sambal belacan banjir. Parfait!!
malam raya, ke kompleks pkns shah alam utk last minute soping. jualan lelong macam nk bergaduh. sesak, tapi best! dpt baju memurah. ya, gambar menunjukkan budak laki pakai baju budak pempuan.

air oren cap bodoh?
(gambar sebelum*) pagi raya. abaikan adik aku, langsir raya tailor baru siap masa subuh, so awal pagi kije aku pasang langsir.

hai sy saje nak tunjuk brooch raya sy, sy panggil "brooch transformers"

pastu raya kat Cheras ;)

pastu Mirul Lambung datang raya.

ini malam raya ketiga, dengan sepupu. langsir dah siap pasang, hahaha.
pastu main bunga api dan mercun, sorry takde gambar proper. sebab ada orang gila main mercun campak-campak. comel je.

ok bai!