Sunday, October 30, 2011

Jalan Kaki Amal : World Hunger Relief 2011

aktiviti akiss sabtuday lepas, akibat kurang amal, mari kita tambah amal dgn jalan kaki amal. eh boleh ke macam tu? ;p

saya join ini.

register seminggu sebelum kejadian di pizza hut alamanda, dengan hanya rm25 anda dpt tshirt, pizza (pilihan lain kfc dan rasamas), goodies bag( ada voucher KFC, Free Freestyle di Fitness First, Revive Isotonic Drinks, dan lotion jdan sijil.

tipulah dpt pasta skali, itu beli sendiri ;q
MizzNina! Panas!

selepas itu, kerana panas teruk, gila kau bayangkan putrajaya punya panas pukul 3 ptg macam mane? mmg tak lah nak stay situ sementara tunggu pukul 6.00pm. jadi ke alamanda sebentar, solat & makan (lagi) ;p

kata nak Stop Hunger kan? hihihi

masa ni dah nak pukul 6, majlis perasmian.
lori tersebut.
t-shirt tersebut.
saya dan Aket tersebut.
see betapa ramai?
kuda pun ado.
ok ini tak aci, charity walk, bukan dgn beskal.
pose sakit lutuit dari Aket. cantit kan bangunan baru itu, kementerian pembangunan wanita kot, lg satu tak ingat ;p
manusia sedang menuju UFO, serah diri disedut alien.

jarak 5KM, dari Istana Kehakiman, u-turn kat depan PICC. ada je yg main tipu, u-turn sebelum waktu, tak saya tak ok, rasa tak puas kalau menipui ;p

yeay! pukul 7.10 baru sampai, ada singgah sekali pit stop minum air
tahniah kepada diri sendiri. seronok, lain kali nak join lagi ;)

aktiviti diteruskan dengan menonton bola di foodcourt p9. satu tv pasang Arsenal vs Chelsea, satu tv lagi pasang Terengganu vs N.Sembilan. kesimpulannya, saya sayang Van Persie kerana hatrik malam itu ;8)

lepastu masih tidak kenal erti penat dengan menonton wayang, Trespass, citer bosan, malas nak review.

ok bai!

Thursday, October 27, 2011

In Time Deepavali.


cuti raya Deepavali di habiskan dengan tidur dan menonton In Time. saya bagi 3/5.

ok bai!

Sunday, October 23, 2011

#octtwtfest dan Cinta Muka Bulu.

semalam adalah akhirnya terbuka hati ke #octtwtfest, ye betul. selama berkecimpung dalam dunia social networking, dari mirc -ym-myspace-blogger-fb-tumblr-twitter, mana pernah aku membuka hati aku ke gathering besar-besar begini?

jadi sesiapa yg dapat jumpa dan bergambar dgn aku smlm patut bersyukur dan gembira skrg.

ppuuihh! perasan nak meninggal. padahal aku yg kena bersyukur dan gembira kerana ketama kali ketemu my idola, siapa lagi bukan Keknis! pihihihi. tapi gambar belum sempat upload, yg sempat adalah gambar polok-polok dgn Mimifly ONE.

mimifly ini tinggi betul, so aku nampak pendek. ;p

selain itu, semalam di movie hall, ketama kalinya di tayangkan video Cinta Muka Bulu (Parody Video) untuk Cinta Muka Buku.

kesian najwa latip, dah la kena troll, lagi ada video cemni. tu la dik, mental kena kuat ;p sorry, aku mmg dari awal mmg tak suka lagu tu, like..what the hewwwwl? muka buku? muka kau macam buku? bentuk buku? oh, facebook. ok get it.

ok layan.


and yeah, we broke the World Record, tahniah kak Edasu, and the awesome 2615 tweeples!

ok bai!


Friday, October 21, 2011

Yasmin Hani & Shaarin vs Qi.

oh cute!
oh baru sy tahu mereka adik beradik, Qi dgn Shaarin (suaminya Yasmin Hani). patutlah hari tu terserempak kat stadium nampak YH tgk bola dgn Qi hihihi, seb baik i tak gosip. hihihih.

ok entri takde motip, minggu ni busy gilak. see you!

ok bai!

Saturday, October 15, 2011

Review Filem : Real Steel

hai, dah hampir 4 pagi, baru balik dari alamanda menonton Real Steel. kesimpulannya, dah lama aku tak tengok movie tahap aku menjerit woohooooo sambil melontarkan tumbukan kosong di udara. dpt bayangkan tak? dh kemain semangat sampai terlupa, "oh aku dalam panggung gsc alamanda je"

a-wajib-tengok-filem-2011 ok. transformers 3 pun aku tak teruja sebegini tahap nak bagi 10/10 markah ;D

the official trailer.

yeah, mula-mula nak bagi 10/10, tapi tak jadi, i bagi 9.5/10, sebab aku tak berapa suka pelakon anak Hugh Jackman.

Hugh Jackman (Charlie Kenton)
anak Hugh Jackman (Max Kenton)

nampak tak? nampak tak? nampak tak ketidak-seirasan di situ. maybe anak dia ikut muka mak dia. kih kih kih. dah lah ada scene ala-ala justin bieber ;p hahaha. aku kalau boleh nak yg iras2 apak dia lah, baru real, ececeh. kalau boleh nk yg camni :


ok mengada ja saya. pergilah menonton Real Steel, apa barang layan WWE, layan ah WRB ;B

ok bai!

*ps : tak sabarudin nak nonton In Time, bukan sbb Justin Timberlake, tapi ada lelaki jahat ini ;p

Tuesday, October 11, 2011

Tips Kecantikan : SimplySiti C Bright Simply 5 Cream.

hari tu kakak ada bawak balik kawan dia punya satu beg mekap ala-ala mak andam tu, semua produk dari SimplySiti.

tadaaa!

saya, walaupun tak suka mekap, tapi saya suka tengok mekap banyak-banyak ni. dan, kebetulan kakak aku tengah nak bersiap ke majlis kawen kawan dia, jadi, aku lah jadi penasihat mekap nya puwn ;D

kakak aku, dia tahu 3 benda je bedak compact - eye liner - lip gloss. aku suruh try pakai bb-cream, tp dia tak tahu apakah itu? -___-

padahal kalau nk nampak kulit itu flawless, licin, tanpa cela (eceh bahasa), at least kena pakai 2 jenis bedak - foundation, and loose powder. foundation skrg tak mcm dulu-dulu punye, skrg siap dgn pakej memutih dan melembap skali. bagus.

maka, dalam banyak-banyak product simplysiti itu, C Bright Simply 5 Cream (kanan sekali) adalah yg terbaik. siyes.

sebab apa? bak kata kakak aku, "nampak macam bedak mahal". macam? haha. tp siyes, sangat elok, menyerap, rata, tak bertompok.

tips aku, kalau nak mekap, jangan nampak macam kita pakai bedak (baca : tepung gomak), pilih warna yg betul dengan kulit kita. jangan kedekut. apalah salahnya bayar lebih, tapi hasil dia memuaskan.

dan paling penting, tengok cermin sebelum keluar rumah.


C Bright Simply 5 Cream + Simply Sift Loose Powder + Simply Feminine Blush Lipstick bertajuk Percayalah (LC 19).

ok bai!

*ps : eyeliner tu aku punya, aku kelupa pula tajuk apa. next review okay ;D

Red Velvet Cupcakes ;)

sesi masak-memasak sempena beday Farrah yang juga #teamseptember. seperti biasa memasak di rumah adalah terbaik ;)

adik Rifqi dah kenapa emosi hari tu, gaduh ngan gepren kat sekolah dia kot.
anak panah menunjukkan red velvet cupcakes terjun bunuh diri.
tudum dah huru-hara, yelah balik dari rumah terbuka ini terus memasak, ececeh.

hai kak iza, tak jeles ke tgk kami main suap-suap? hehehe, happy birthday farrah, thanks Wani kerana kapkek yang supersedap! ;)

ok bai!

Sunday, October 9, 2011

Bulan Cantik!


cantik gila, Subhanallah.

bulan cantik, halo moon ring on 9.10.11, beautiful date, beautiful moon. dan di Mekah hujan. a day to remember ;)

ok bai!

Rockaway Fest 2011!


That epic moment when The Used was playing All That I've Got & the rain starts falling.

gila emosi. hujan. all that i've got. pergh! ini baru betul nangis dalam hujan!

ok bai!


*video sbnr masa rockawayfest belum ada lg. nnti update lagi pasal ni, dah pukul 3am kenot selip ;p

Friday, October 7, 2011

Review Filem : Al-Hijab

hai assalamualaikum, tengahari tadi saya berkesempatan menonton Al-Hijab, tonton dulu trailernya di sini.


lepastu aku bukaklah sinopsis nya di SINI, lepastu aku mulalah seram balik dan tanya soalan tak pandai, "eh kenapa aku tanampak hantu-hantu ini?"

of kos si penakut tapi curious ini tutup muka dengan tudung sepanjang movie ini. hihihi *smirk face

seram mmg seram, tapi tak tahu kalau kau jenis in denial, ego, poyo bla bla bla. cuma saya nak komplen sikit.

  1. scene bercinta mengada Pierre Andre (Raffael) dan Fathiah (Qiss) ehem! tetibe terbatuk, ok k. scene manja-manja terlebih dan patut takde pun takpe gitew.
  2. kita boleh agak hantu nak keluar bila. scene yang pernah kita lihat, kereta rosak di jalan kampung-kereta high-beam kat kita-hantu atas kereta.
  3. dan spt biasa, "eh eh, tetibe je sampai kat sini, eh mana kereta dia," dan bermacam 'eh' lagi. dan paling teruk, "eh acener Mak Itam boleh dapat no hp Raff (Pierre Andre) tu? gila stalker lu"

overall i bagi 7/10, bagi aku Jangan Pandang Belakang lagi terel menakutkan i, dan juga Khurafat. atau, apa kata anda pergi sendiri tgk? ;)

pastu masa on the way balik ofis, sembang dengan Dayah "boring lah asik hantu tepi jalan kampung, cer buat hantu kat ofis ke, kat mekdi ke, bla bla bla"

pastu tetiba ada insiden terjadi di ofis, aku pun tak berani nak tempekkan gambar itu di sini T_T

ok bai!

Tuesday, October 4, 2011

makan rumah terbuka.

peristiwa 24 & 25 September.
mix and match.
open house dengan penduduk umah sewa.
beraya di rumah Rayqal di Seremban, pun comellll ;)
pon comellllll, geram sangat budak ni, dah lama nak jumpa. i kan suka kanak-kanak perempuan. anak dara kak Jue. ;)
gambar takde motif, masa ni lepas hujan dan open house itu menyediakan nasi lemak yang sedap, pakej dengan bubur pulut hitam. nyams!

ok bai!