Friday, November 25, 2011

Demam The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1.

finally! seawal jam 9 pagi 24.11.2011 aku dah book tiket. zass! :)
senyum kerang terus bila masuk, duduk dalam panggung wayang...dan..bila logo Twilight terpancar di skrin.."Aaaah..." filem yang di nanti sudah berada di mata. macam berjumpa kekasih lama nebesnye. EH?
malam pertama.
malam kedua. ehem, baju nk 'Jacob Black" je. ye, saya tengok dua hari berturut-turut. kali kedua tgk masih rasa excited macam pertama kali ;p
the wedding, the dress, The Cullen, semua cantik :)
Flightless bird, American mouth. lagu yg sama masa dorang prom nite di sekuel pertama itu.. awww, nanes.
masa ni aku siku orang sebelah sambil berkata "oi cuuute!". siyes aku suka gigi Edward. dia kan jarang senyum, sekali dia senyum. *pengsan 2 saat
sweet escape!
nak honeymoon begini rupa boleh? main chess je. eh tak. maksud sy pergi pulau yang ada kite berdua je? ;p

oh, yang indah hanyalah sementara bila Bella mengandung. dan, ughhh. pergilah tengok sendiri. adalah limanam kali aku nangis. dan, berita baiknya, aku siap download uncut version. rugi, sebab masa Bella bersalin pun dorang potong. mungkin kerana sangat.. tragis... dan.. aku menangis lagi. sangat cengeng.

*mabuk darah.

ok lupakan part sedih. tadaaa, meh sini berkenalan dengan Renesmee Cullen! (nama mak Bella & Esme : Renesmee + Esme )

pandai mereka edit.
scene terakhir.

oh my. marilah dengan tak sabarnya menunggu Part 2 T_T

ok bai!

Wednesday, November 23, 2011

Tutti Fruitti Presint 15 vs Ular Senduk Presint 15, Putrajaya


makan lagi, dan lagi. rasanya macam dah upacara mingguan. jahat punya perisa red velvet. plus, dekat sini ada 'shell chocolate sauce', ;D

oh pasal ular senduk besar nak mapuh tu, INI gambarnya. dah mcm anaconda. tatuittt. aku tak boleh nak sahkan benar atau tidak. logik jugak sebab aku dah kaji asal-usul Putrajaya ini tempat apa sebelum ni.

dekat blkg presint 15, dan jalan bertentangan mmg banyak hutan, pokok kelapa lagi. tetiba serem...bayangkaaaan, jln malam-malam, dia lalu..dia kembangkan kepala dia *pengsan*

ok bai.

from pilahdelphia to p to the d.

hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang percuma (free), jadi saya berada di putrajaya dan isikan dengan jalan-jalan melawat orang kahwin.

lokasi adalah Kuala Pilah, pernah dengar nama Kampung Angga Bisa? dalam foursquare takdok, pastu sepanjang perjalanan aku memikir, dari manalah dapat nama ni? "ku nga bisa?" google asal usul, tapi tak berhasil -__-"

via Lekas Highway, mmg lekas sampai. tapi memang dasar Malaysia Darul Tol. empat tol dari putrajaya ke pilah hmmph.
takde gambar perantin, jd letak gambar "Mariam Jaga Kambing".
K.
kemudian terbang ke PD, untuk tengok bola, semi-final sukan sea, malaysia vs myanmar. tengok bola ye, bukan tengok laut.

masa ni dah lah sedang mengalami pms, mood hampeh habis. si Fakri pulak main kan perasaan aku, main macam tettttt.

akhirnya Fakri jugaaak yg kasik gol, sampai Aket keluarkan ayat "baru nampak kau senyum Kis!" ;q
dinner makan ni je. tipu. ini pembuka selera. lepastu aku membaham (gaya harimau muda) nasi, tomyam poktek, udang goreng tepung, telur dadar, etc. pastu beli mangga sebijik singgit. murah dan sedap :D
perut kenyang, senang hati. malaysia ke final, kita shuffle :D
main laser tepi laut dan sesi karaoke terbuka di tepi laut.
banggg!!
tidur atas pasir pantai tanpa tikar, pastu gatal-gatal. ;p
blur, bangun tido je tersadai di tepi laut. lepastu lapar kembali.
masa makan ni, Aket tegur "kau lapar ke kis?" terus jatuh satu persatu butiran puti piring dari mulut aku. sentap mak. HAHAHAH. bengong. padahal dia siap tapau balik sate, kentang goreng bagai. ;p

tapi siyes putu piring ini zangat zedap , beli kat pasar malam tepi petronas tu.

tengah malam pulang ke pangkuan Putrajaya tercinta, tak boleh nak overnite, kerana ada satuuu lagi majlis kawen wajib hadir :)

ok bai.

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Membaham Garuda Penyet! Aummm!

lokasi, mamak kembar presint 9. tiba seawal jam 7.50pm untuk mendapat port baik. malangnya, sudah fullhouse, kena duduk tepi jalan.

pulak, tetibe hujan semakin lebat, maka dipindahkan ke dalam, tadaaaa!
hai apek!

ni kalau tgk wayang, nombor seat kau bermula dari abjad K, L, M, seat kelas 1 untuk sakit tengkuk. kih kih kih. takpa, takpa, demi mu Harimau Malaya!

seperti yang kita semua tahu, perlawanan menentang Indonesia semalam adalah sungguh menyesakkan dada, 90 minit + 30 minit = penalti. masa penalti tu, aku dah senak perut habis, hampir nak muntah balik nasik lemak ayam goreng aku. (see, sempat makan sementara tgu8.30pm).

dan akhirnya, Alhamdulillah, kemenangan di pihak kita! masa si Baddrol punya gol penalti tu masuk, aku macam terberhenti nafas, like.....

"WHAAAAATT! KITA MENANG KE NI!!??"

tekup mulut, air mata dah bergenang dah, tapi berjaya di tahan, pastu meloncat-loncat kegembiraan tak pedulik orang kiri-kanan ;p weeehuuu! *shuffle setempat
ya rabbi! terharunya, siap nyanyi lagu Inilah Barisan Kita, vuvuzela segala mak enon sekali!
dan, pakcik mamak pun suka!
tudum sy dah huru-hara. kekurangannya di sini jersi aku tgl kat shah alam -___-"
sambutan bersambung di tepi jalan dgn sesi bersalaman dgn strangers yg lalu lalang ;p
dan di dalam kereta ;p
ayat motivasi dari uncle Ong, mmg kasi ong ma!
i love you all, mmmuah!

hormon gembira tak surut-surut sampai jam 4 pagi tak boleh tidur, pergi ofis dah macam hangover siak ;p

hitam kuning hitam kuning hitam kuning hitam kuning hitam kuning ! ♪ ♫

ok bai!

*takziah kpd dua orang penyokong Indonesia yg meninggal di stadium semalam

*dan, kesian dgr cerita kereta Safee kena pecah, bas penyokong kena kacau, dan paling kelakar tak pasal-pasal si Asra, Baddrol, Zubir kena doping test, haih semua lepas, 100% clean kot, adoih!



Sunday, November 20, 2011

Jom Exchange Link!

ye, saya mahu update my blog list, "My Wajib Baca Blog" dan "blog-grrr". ini adalah kerana sy tgk ada yg tak ber-update since setahun?

jadi dengan ini, bagi sesiapa yang rajin komen, silent reader, kawan-kawan blogger, meh kasi link dengan mengomen ini entri untuk saya list kan anda! terima kasih ;)

ok bai!

Wednesday, November 16, 2011

Eat.Pray.Love.Tweet!

Our Idiot Brother. Zooey adalah 'Bi'. kih kih kih.
bape zaman dah download, hari tu baru habis tengok Eat.Pray.Love, and tweet. aku kan mmg mmg susah nak buat keputusan, suka buat 3-4 benda skaligus.

ok bai.

Tuesday, November 15, 2011

Rockaway Fest 2011

sambungan entri ini. Rockaway Fest, 8 Oktober 2011. yeah, aku di sini adalah kerana Story of The Year & The Used.


sampai di lokasi dalam pukul 3 lebih, cuaca hujan, dan Hujan dah perfom, yyeah kitorang beli tiket melalui i love discounts. dh dpt diskaun, siap dapat freebies lagi :)

di rockaway fest berlangsung dari jam 12tghari - 12.00tghmalam. kau igt aku mampu bertahan 12 jam situ? hahaha.

paling kelakar adalah peristiwa nak order a&w tak jadi sebab nak muntah. well, aku mmg macam ni, suka buat drama. ahahah. ok siyes, sbb tak makan sejak pagi, pastu cuaca panas, maka, tapau a&w, lepak, makan dan buat apa yg patut dalam surau stadium, pukul 6.00, Story of The Year nak perform baru aku keluar beraksi. ;p

Until The Day I Die, best! dan paling terharu (histeria) masa lagu Sidewalk, tgk sini. seronok oh! masa ni si Jaja dah join menggila ;p

okay lepas Story of The Year perform, kitorang berehat, makan. masa peristiwa All Time Low dan 'bra'nya, kami takde ditempat kejadian. busy makan ;B

pastu lepak kat 'chill zone'. selain Jaja, ada gak terserempak dengan kawan lama. si Azmil (Mil Mckracken, Azri (siap bg merchandie lagi, maceh!) , Aceh, Myra dan beberapa orang lagi ;)


jealous much? Mil Mcckracken dengan Bert Mccracken.

ok lah, dalam pukul 10pm, One Buck Short, oh abang tembam kegemaran! masa tu kami masuk gelanggang balik. sebab The Used are next! THE USED wehh THE USED!!


Taste of Ink & All That I've Got. what a EPIC moment! hujan + all that i've got. emosi nak mampuih, siap nak nanes. kamon, lagu masa zaman muda, hafal semua lyric, ada depan mata. mmg kat sebulan lah aku menghidapi "post-rockaway depression". ;p

ini selepas habis acara. basah tahap baju, tudung, seluar semua boleh perah. hahaha. tapi kami semua puas dah gumbira!

rindu rockawayfest? tgk balik video ini, aww.


ok bai!


Monday, November 14, 2011

Redza Minhat in Lightbulb (Short Fim)

tetengah syok nonton Our Idiot Brother (semata-mata Zooey Deschanel), si Jaja tegur kat fb chat, dh tgk ke belum Lightbulb. aku ingat ia sejenis filem kena tunggu kat wayang sbb hari baca tajuk dia je kat blog gossip, eceh!

ok, boleh sy pinjam awak punya masa? 7 minit 11 saat sahaja, sila tonton :


ok bai.


ps : tak tahu plak si Jaja wujud dlm short-film ni, kalau tahu mintak sain masa dia dtg umah smlm -___-", eh cite pasal Jaja baru aku igt aku tak update lg pasal rockaway fest sepenuhnya, dan...err... octwtfest. ;p

Magnum Almond, Kucing Menyerupai Bola & AIM 18 ;8)


aktiviti sabtuday, 12.11.2011

ok bai!