Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya!

saya pemilik selaku penulis tetap blog akiss ferrero ingin mengucapkan SHRMZB. eh, apakah SHRMZB?

okay, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua kengkawan blogger, followers dan mana-mana yang pernah tersinggah blog, maaf jika tulisan saya terbuat anda terasa, tersentap semua. 0-0?

semoga semua selamat pergi dan balik kampung ;)

sebelum itu, meh tengok iklan diva universal. pengsan tgk Redza Minhat yg saaangat sweet (Fakir dalam Pisau Cukur) dan Cristina Suzanne Stockstill. tak sabar nk tgk KIL The Movie!


;)

ok bai!

* tengok tak siaran langsung terawih? imam tu nangis, menggigil dia baca surah dalam solat. kita kat malaysia? seronok tengok M.U kalahkan Arsenal 8-2? hahaha.

* ramadhan, kedatangan mu dirindui, pemergian mu ditangisi =,(.

Saturday, August 27, 2011

Last Day Kerja Before Cuti Raya & Tazkirah ;)

bangun pagi nak pergi kerja, terus salam raya peluk cium maaf zahir batin dengan roommate, Aket. macam biasa, ter-nanes sedikit. terasa sebab nak berpisah 2 minggu, pastu dulu kami berlima salam-salam, ini tinggal kami berdua je. sobs.

last day kerja before raya, mmg ilep-ilep je sambil hias ofis untuk jamuan hari raya. tengahhari jalan-jalan alamanda malam lepas berbuka baru balik shah alam.

kejap gila kan Ramadan nak berakhir? tetiba lagi beberapa hari nak raya. bak kata kawan aku "musim bertudung dah nak berakhir". ;p

hari tu pergi terawih ada diselitkan tazkirah, ustaz ada buat soalan cepumas "kenapa kita didik anak dengan bagi upah untuk sehari puasa, kenapa bukan sehari cukup sembahyang bagi upah? pakai tudung sehari bagi upah?". renung-renungkan. ;)

twitter Wardina.

ok bai!

*pakai tudung read as : tutup aurat.
*aku lagi lah terasa kejap je dapat puasa sebab "bendera jepun" awal dan hujung bulan .demmit.

Thursday, August 25, 2011

Berbuka Puasa.

farrah ajak iftar untuk sekali lagi, tapi kali ni nak makan di luar, sebab hari itu dah memasak meriah mak ngah, kali ini nak iftar dengan konsep santai-tiada jalan jem-view cantik-buffet-grilled lamb, maka kat Umai jawapnya.

lepas sesi makan kamiorang pergi alamanda secara konvoi. poyo je ayat mcm nk balik penang. hahaha.

amboi mata.
akiss dengan senyuman palsu penuh keibuan. hahaha.
;)
jemputlah datang beraya ke rumah kami, kat alamanda je ;)

ok bai!

Wednesday, August 24, 2011

Berbuka Puasa Bersama Ex-SKP.

majlis dimulakan dengan o-som siapa yang akan pergi ambil sup tulang, dan pembahagian kumpulan untuk ambil makanan. bagus, tak sia-sa cikgu sekolah rendah ajar nilai-nilai murni.

gambar makanan takde, cuma pelik binti ajaib, dalam banyak-banyak lauk, kenapa sambal belacan yang habis dahulu???
bila berjumpa rakan sekolah rendah, perangai mestilah semua tahap sekolah rendah kan. siapa umur 27? ntah. siapa ntah.
sempat lagi melepak di jambatan sambil makan coklat raya, sambil menonton aksi yang jarang kita lihat, superbike di willy-willy kan.
kenapa ade gambar ni, aku tak perasan, mcm perempuan separa sihat je? ngeh ngeh ngeh.

thanks Shie, Haqmar, Apai, Apit & Fakrul, raya datang rumah ye. jangan nak setahun sekali jumpa sangat.

ok bai!

*update laju-laju kerana kerja agak byk hari ini.



Tuesday, August 23, 2011

Diari Sahur : Air Mineral & Manisnya Kurma Ini. *UPDATED*

masa kecik-kecik dulu, aku tak suka kurma. geli. wekk. sentuh pun taknak bila mak suruh makan bila waktu bersahur, berbuka.

sebab, bentuk dan kaler kurma ni macam lipas. you know how much i hate lipas?

*bayangkan lipas sedang terbang secara huru hara*

ok dah, saja nak bagi mukadimah. sekarang dah suka dah kurma. tak kenal kurma, maka tak cinta kurma kan?

ok k. nak cerita, malam semalam balik lewat kerana berbuka di luar, nnti cite next entri. balik umah terus mandi & guling-guling, kul 11 lebih dah tido dengan nyenyaknya.

tetiba tengah syok mimpi ada seorang PTD bagi hadiah iPhone 4 kat aku (ini kisah benar ok, sila tafsir mimpi aku tu) aku dengar Aket kejut aku tidur dlm keadaan rushing.

"Akis bangun, minum air!!" (<----- boleh kejut orang tidur camni? )

aku dah macam panik, hah? minum air?? kenapa? tengok jam, dah 5.35 pagi. otak dah berfungsi sedikit mengatakan dah nak masuk waktu.

terus ambil air botol mineral kat Aket, dan kurma Yusofff...Taiyooooobb... kat sebelah katil dan makan.

pastu sambung tidur balik dan tersedar balik dan hampir jam 7.

bila kat ofis skrg, aku konfius, betul ke tidak aku bangun sahur pagi tadi? macam mimpi. jam menunjukkan 3 : 51pm, Alhamdulillah, belum lapar teruk lagi heeeeeh.

UPDATE.

tgk apa Aket cakap, jahat gila bunyinya ya? hahaha.


ok bai.

ps : MAMAI TERUK.



Berbuka Puasa Bersama Iqbal & Fad.

ahad day lepas berbuka dengan kawan lama (classmate), Iqbal dan tunangnya Fad. last jumpa mereka tahun lepas kot masa tgk Harry Potter, kan?

mula-mula nak makan kat Saba', tapi buffet pulak. macam tak je ;p, jadi tanak peningkan kepala, nasib baik ada contact dengan abang Umai 'de Lake. booking lambat, seb baik dapat tempat yawww ;p


melepak di tebing tasik setelah penat melawat Monumen Alaf Baru. penat sebab ape? sebab jadi pemandu pelancong kepada Iqbal yg banyak tanya, pastu abis satu monumen dia kaji, siap intai tangga utk naik ke "rocket" monumen tersebut. hahaha

dan, good news Iqbal. aku dah jumpa asal-usul Monumen Alaf Baru ini, monumen ini diasaskan daripada bentuk Bunga Raya ya, dan dibina bagi "mendokumentasikan sejarah kegemilangan negara melalui rekabentuk yang mengenengahkan kesenian dan keindahan warisan budaya dan negara"

hah! macam buku teks sejarah tingkatan 3 yg aku dapat C tu? ;p

sila baca INI untuk keterangan lebih lanjut ye.

Iqbal dan Fad. Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 20 November 2011 yang akan bertemakan warna pink silver. eh dah kenapa ayat aku macam majalah pengantin?
thanks Iqbal untuk gambar ini. teknik fotografi ini dinamakan teknik silhouette. cehh, padahal bengang penat senyum semanis kurma tapi hasil? -_-
keramaian, maka kami diletakkan di atas pentas.
hai sy di atas pentas!
ini 70% makanan yang berjaya di ambil. tak termasuk dessert segala ;p
kegemaran, grilled lamb, ingat nak second round, tapi... muatan perut dah penuh tahap 2 bulan pregnant.
save the date!

thanks Iqbal & Fad, ingat pesan aku hari tu ;)

ok bai!

ps : sorry Fad pasal 'terserempak' itu. kebetulan yang "awkward" gila. salahkan Malaysia negara yang kecil taw taw ;)

Monday, August 22, 2011

Fesyen Raya Akiss.

hari tu Qistina ada mention, "aku tengok baju-baju ni terus teringat kau". wajib KELIK SINI. bila baca aku dah macam dapat agak dah, ni mesti polka dots. ya, mmg baru lepas usha Button My Buttons punya koleksi kurung raya.

pagi ni, budak unit aku Azyzy, "wey Kis macam baju mu ah" sambil tunjuk paper Kosmo hari ini. koleksi raya Old Blossom Box pula.

Kosmo 22.08.2011.

dah masuk minggu ketiga, makin ramai pulak tanya soalan lazim hari raya, "baju raya dah beli?" aku jawap "belum, tapi minggu lepas baru hantar tailor".

paham tak ayat aku tadi? hahaha abaikan.

tapi yang pasti tahun ni aku beli lagi kain ela polka dots, lebih kurang cenggini lah bentuknya :



sampai Aket cakap "kau tak pening ke baju kau semua macam ni?". sampai mak aku dah malas nak layan aku bila balik Shah Alam excited tunjuk beli kain/baju baru sebab mak aku akan cakap "bukan angah dah ade ke baju camni?"

-____-

so tahun ni, ada baju, tapi lepas raya baru siap. yang nak di pakai pada hari raya ketama belum lahir lagi, tgk lah minggu ni baru ke shopping.

uolls pula bagaimana, berapa helai tahun ini? *on mode kaknam doblas* ;8D

ok bai!

Friday, August 19, 2011

Berbuka Puasa Bersama The Kamalians.


semalam saya adalah berbuka puasa bersama Eleana Kamal dengan Hannani Kamal di De' Lanai Lakeview Cafe.

Muhammad Rayyan Azariq. aku dah stalk dia sejak dia lahir lagi ok? ;p
die tiru gaya aku menyangkung amek gambar die -___-
adik dengan kakak, eh tak.
masa ini aku terduduk dari posisi menyangkung sebab tetibe die terjah ke arah aku, tanjat boboi taw Ayan. hahahaha
muka tikus sy. tapi sy mengiau bila mama suap makan.
#untunglah in love, Nani dengan Abil die ;8)
wa tangkap lentok sama lu!
sori tak banyak gambar makanan, next time dtg aku amek lagi yepp.
wajah kesayangan hamba.

kali ni baru dpt jumpa Ayan lama-lama. kelakar ok die. paling aku xleh lupa masa dia tertentut pastu cepat-cepat cakap "hah ape?", pastu dalam kereta dia buat lawak "dokterrrr bile nak biussssss" macam Jozan tu. mula-mula aku aku blur, ingat dia cakap ape, skali hah hamek. gelak teruk aku.

ok lah kerana kakak kat cafe ni asyik puji nama aku sedap, siap panggil Puteri Balqis lagi, aku promote sekali lagi.

Lanai Commercial Center, Unit 4F Ground,
Floor, No 2 Persiaran Seri Perdana, Presint 10,
62250 Putrajaya
Tel: 016-2585 111 / 019-6343 111

*berdekatan Puspanitapuri.

Harga Buffet :

RM21.90 nett (Dewasa)
RM10.00nett (Kanak-Kanak 3 tahun ke atas)

SUP TULANG DIA SEDAP OH! view cantik, ada taman leh main beskal sebelum berbuka, makanan sedap, sambal belacan sedap, dan sesuai lah ajak famili atau rakan-rakan berbuka together. lagi-lagi kepada orang yang nak berbuka masakan melayu. :D

sy dah promote ni, kalau buat majlis kat situ dapat diskaun harga kasih sayang tak? ;p

ok bai!

*thanks again to Eleana K dan Hannani K.

Tuesday, August 16, 2011

Menu Berbuka Bersama Akiss IV - Sambal Belacan Freak.

"macam tak pernah ratah sambal belacan depan tv!" - Adnan Sempit 2010

derr, gua bukan nak citer pasal adnan sempit II derr, ni nak cerita pasal sambal belacan ni derr. heh.

ok tahu tak, tahun-tahun lepas, bila bulan puasa, tekak aku hari-hari mengidam lauk masak lemak cili api, tak kira lah ayam ke, ketam ke, siput sedut ke dan lain-lain, itu je menu aku buat aku terliur, lagi-lagi siput sedut.

tetapi!

tahun ini kan, tak tahu tekak aku ni dah kenapa hari-hari mengidam sambal belacan, ya. SAMBAL BELACAN.

antara punca adalah pengaruh rakan sebaya yang suka layan sambal belacan bila tapau nasik ketika lunch. mula-mula pelik gak knp wujudnya quote "makan nasik tanpa sambal belacan bagai irama tanpa lagu".

so sekarang aku paham kenapa.

sekarang, hari-hari ke bazaar, aku akan beli sambal belacan. kat putrajaya satu plastik kecil RM1.00, kat shah alam hari tu 50 posen jewww.

IKLAN : iLaik my emak punya sambal belacan, sbb mak letak tomato ;p

ahad lepas berbuka di ayam penyet, dia punya sambal belacan, mula-mula makan tak pedas, tapi bila kau makan non-stop, ha hamek. kite bako je mulut sendiri! kemain pedas sampai hidung bertukar warna merah.

dan. 2 saat dari sekarang, jam menunjukkan 12.15 tengahari yakni lunch hour, aku cuba bertindak kejam dengan merenung gambar ini.

*hidung berdarah*

ok bai!

*awesome sambal belacan picture, thanks to you.
*dah mintak mak resepi, cuma belum try test lagi ;)



Fabregas, Gervinho, Barton dan De Gea.

konghajo je stetment ko ye Barton sampai kekasih gelap Arsenal yg terbaru itu kena kad merah? Sumber : Kosmo 16.08.2011
hai De Gea, comel awak ni, macam nak sapot EMYU pula musim ini. err, no thanks.

BPL musim baru bermula minggu lepas, bestnya! meriah fb dan timeline aku dengan sarcastiko memasing ;D .

ok bai!

ps : so long Fabregas *salam tumbuk bahu*, untunglah masuk Barca terus dapat BB Bold 4 9900. untunglahhh! ;p

Monday, August 15, 2011

Menu Berbuka Bersama Akiss III - Berbuka di Rumah Puan Farrah.

tarikh kejadian 9 Ramadhan Selasa.

aktiviti berbuka puasa bersama rakan sebaya, sebaya lah sangat. semua menu berbuka adalah di masak sendiri, KECUALI roti john, kuih tepung pelita, onde-onde melaka, bubur lambuk, kuih samosa, karipap dan air tebu beli kat bazaar dan betapa murahnya rezeki siap jiran hantar kuih lagi. ;)

so seperti biasa sementara ibunya Farrah memasak, saya menyuap Akif Rifqi buka puasa seawal jam 6 petang, cian, tak sahur ye Rifqi? ;p

nom nom nom nom..
gaia. muthu. keunggulan.
comotnya aku suap. "ni makan dia" akibat taknak bukak mulut apabila di letak sudu di bibir mu. main-main eh Rifqi. (sorry to say, sy rasa nak lempang laju-laju sebab comel sgt ketika ini)
Tudung Hana Tajima much?
perkembangan terbaru, kuat menjerit, nak tumbuh gigi dan nak start merangkak. dan dah ade walker untuk menolong ibunya mengemas rumah, yeay!

inilah adalah sebahagian menu, ntah kenapa aku joyah sangat sampai lupa nak snap semua menu. semua menu bertemakan seafood. udang masak lemak cili api, ikan goreng cili, sotong goreng tepung (ehem!) , kobis goreng dan kuih-muih seperti di sebut di atas ;p

gambar kami takde kerana semua sexy kalah kilafairy ketika memasak. cuma, cukup geng dah semua kecuali Kak Iza. rindu tahu?

ok bai.

*eh dah 3 entri berturut pasal makan, hahaha!

Menu Berbuka Bersama Akiss II : Sup Tulang ala Ariesha.


manisnya nama sup tulang ini? ;P

ok yang ni bukan aku yang masak, tetapi kawan i Cik Ariesha Sofea Danial yang masak, dah lah cung, pandai memasak pula. ada sesiapa nak mekenalan? ;p

ekceli ini menu 2 minggu lepas, Jumaat 6 Ramadhan. hihi, sy busy, makan tertangguh sedikit entri. hari jumaat kan lunch hour 2 Jam Setengah kan? maka masa itu kami spent kan dengan memasak! pastu Cik Ariesha tapaukan saya bawak balik Shah Alam makan bersama keluarga ;)

thanks, ini mmg kegemarannya pung sup tulang ini. balik-balik shah alam mak masak sambal sotong. dh bercampur makanan darat dan laut, tp xpelah, rezeki, makan je. yg penting, marbeles! ;)

ok bai.

ps : since ini bukan aku yg masak, so takde cara-cara memasak, klu nak resepi meh usha MyResipi. ;p

Tuesday, August 9, 2011

Menu Berbuka Bersama Akiss I : Sotong Goreng Tepung.

last week tangan gatal bkak tumblr pepetang, ternampak something like sotong goreng tepung kegemaranku. makanya! terus lah tercetus idea nak masak sendiri sotong goreng tepung. sebab, dah berapa kali oder hasilnya mengecewakan.

saya nak sotong goreng tepung, bukan tepung goreng sotong, macam karipap inti sotong, get it?

ok bahan-bahan :
  • sotong
  • tepung gandum
  • telur
  • garam & black pepper utk penambah perisa.

caranya mudah sajo!

potong sotong, ikut kenipisan yang kamu suka, kemudian gaulkan sotong yang sudah dipotong dalam telur yang kamu sudah pukul.

lepas gaul dalam telur, masukkan sotong yg dah ber-telur tu, ke dalam tepung. gaul hingga sebati ya puan-puan.

*eh kenapa tetibe suara bertukar suara Chef Wan?

ok, selepas dah gaul dengan tepung, gorenglah! dan jaga-jaga cik salmah, sotong kalau di goreng kuat meletup, better kamu tutup kuali kamu itu sebelum kamu ter-shuflle di dapur akibat terkejut kena minyak panas.

hmm...goreng sampai warna kuning keemasan gitew. sonang kan?

kalau lagi kreatif, boleh hidangkan dengan sos buatan sendiri tu, tapi aku suka makan dengan tom yam! woohoo sedak! ada gak yang tambah salad, kacang panjang, cili api, dan lain-lain. ikut selera memasing ya ;)


akhir kata, "cubalah sendiri!" *suara fasha sandha iklan garnier*

ok bai!

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...