Thursday, December 29, 2011

Ipoh - Ipoh Mali!

peristiwa 6 & 7 Disember, ambil cuti untuk ke Ipoh untuk majlis konvo adik Aket, adik Aket adik aku jugak. giteww.

Holly-poh. sebelum peristiwa kena saman speed-trap. heeh :B
check-in Ecotel Ipoh, belakang 1 Casuarina. siyes best, hotel baru, bilik simple & selesa, dan yg paling perlu ada dalam setiap hotel, Free WIFI in every room.
ini bilik air dia. kemain sexayyyy!
malam tu, tak pergi mana. pergi giant pastu g ipoh parade, cari kasut adik. pastu jumpa stall Mr. Cendol. nak jalan-jalan Ipoh, mana lah aku reti. lagipun penat dan esok kena bangun 5.00 pagi.
sila rujuk gambar sebelum kalau tertanya mana datang eskem dalam cendol ini.
memperkenalkan Farida adik Aket.
memperkenalkan cinta hati baru. nangis tengok betapa comelnya dia T_T
memperkenalkan cinta hati baru Aket jua. eh.
pastu lepak bilik tgk tv, kebetulan ada #harimaumuda kat tv1.
memperkenalkan adik aku Cupi. bahahah!
najemi bieber.
camwhoring, dari malam ke siang.
masa untuk membeli bunga. perkara tipikal di majlis konvo
:)
eh.
:)

terimalah pose paling poyo 2011.
Mee Rebus Ramli. sedak!
ok sy order dua. ingat aku jenis makan mee je bole kenyang? *patdd
hi kawan-kawan ;)
sepanjang perjalanan, hujan gerimis. basah sepanjang jalan, macam kat Forks, Washington. ye, jauh di sudut hati aku, how i wish The Cullens adalah benar-benar wujud. *sambil merenung bukit bukit sepanjang jalan.

breaking dawn at tapah.
Ed-kiss dan Ja-ket. boleh?

ok bai!


Misteri Nasi Goreng Biasa Kakas.

semalam, kami ke GM Klang, kononnya nak survey barang-barang. aku pun tak pernah pergi walaupun orang shah alam. jadi ikut je lah join mereka. mereka : Kak Jue, Fana & Dayah.

ini bukan nak cerita kami borong apa, tapi nak kisah pasal kisah seram sejuk.

sebelum gerak ke klang, kitorang tak makan, kecuali aku. sebab kul 10.30pagi baru makan nasik lemak. jadi kenyang lagi. cuma haus.

sampai area GM Klang tu, takda kedai makan melayu. cuma ada satu, Restoran *** **, kat banner tulis makanan melayu, nasi campur, nasi ayam. dengan tiada syak wasangka, terus masuk je kedai tersebut, Fana terus duduk, aku tgk-tgk lauk kat meja depan. tapi haram, satu lauk pun takda, nasi ayam pun takde. yg ada mee goreng pagi tadi. ceh konfiden mee goreng pagi tadi, ntah-ntah pagi semalam punya.

dalam kedai tu takde customer lain. kecuali kami bereempat. dan seorang makcik, dan anak perempuan dia yg berpakaian ala-ala Usher topi senget gitu.

makcik tu datang, nak order. mata dia seram, macam ada selaput.

"nak order apa? air? nak air amek dekat sini, senang je" *sambil dia tunjuk peti ais penuh air kotak.

aku dah sentap, kejadah suruh orang order tapi suruh amek air dekat peti sejuk?

"nak makan ape? nasi goreng? nasi goreng biasa? nasi goreng biasa makan dengan kicap cili api? telur dadar?"

dia bercakap lantang. tak bagi peluang langsung kami bersuara. padahal kami empat-empat ni jenis "berani bersuara", jenis "susah-nak-akur" punya orang.

tapi semalam. semua jadi budak baik, tunduk, dan akur. jadi semua makan nasi goreng biasa, telur goreng mata dan kicap cili api. 10 minit kemudian, telur goreng mata sampai. 10 minit kemudian nasi sampai. tiga pinggan.

masa makcik tu persembahkan "nasi goreng biasa" tu, aku tergamam. sangat-sangat tergamam. kalau ada cctv dalam kedai tu, mesti dapat rakam muka aku yang ternganga. yang lain-lain buat muka cool. aku ni jenis tak reti simpan emosi.

tahu macam mana "nasi goreng biasa" tersebut.

SALAH! tapi macam ni.

yes. macam nasi putih. kosong. sehelai bawang pun takde.

macam kau letak minyak, kau masukkan nasik putih, pastu letak garam, kau goreng. pastu kau bagi orang makan.

yang kelakar dan pelik, masa di persembahkan nasi tu kat kitorang, dia siap tunggu kitorang suap nasi ke dalam mulut lagi. siap cakap

"makanlah, apalah rasa makcik masak, sedap ke tidak tak tahu, Bismillah"

"takpe, rezeki hari ni" Kak Jue cover baik punya.

Dayah makan dulu, dah suap nasik dalam mulut, baru makcik tu blah. pastu semorang pun makan. aku je sedut air milo. siap kena marah dengan makcik tu;

"yg sorang tu kenapa tak makan? puasa? ha, makan gula-gula!'

aku kejung. the hekk menggg suruh makan gula-gula? pastu aku ni dah rasa pelik dan masih tergamam. terus tanya soalan bodoh.

"korang biasa order nasik goreng biasa tak sebelum ni? pernah makan tak nasi goreng biasa sebelum ni?? "

dorang tak pedulik aku masa mula-mula. maybe sebab lapar, dorang habiskan makan dulu. lepas makan baru kitorang gelak2. pastu kena marah dengan macik tu.

"jangan gelak-gelak!".

kuat gak suara dia masa tu. pastu ada customer lain, aku tgk masa lelaki tu order, makcik tu tanya soalan yang sama "nak makan apa? nasik goreng biasa? cili api? telur?"

the hekkk!

masa on the way dia nak ke dapur, dia sempat cakap "jangan gelak" sambil jeling kat Dayah.

aku kejung lagi. dah mula rasa seram. pastu kitorang dah start buat cerita pelik "bayangkan makcik tu tengah asah pisau kat dapur nak kejar kita?"

muahahaha!

dah rasa tak best, aku ajak blah cepat. kak jue pun dah mula kuarkan duit nak bayar. terus ke cashier.

masa kat cashier, kak jue bayar dulu. makcik tu tanya, "makan ape?"

aku dah diam. ape ke bengong. padahal dia yg cadangkan makan nasi goreng biasa. takkan leh lupa?

kemudian, turn Fana.

dia tanya lagi.

"makan ape?"

sekali lagi aku rasa nak pitam siak.

the hell makcikkkkk? bukan kau tadi masak dalam satu kuali untuk tiga orang ka? nasi goreng biasa??? telur?? kicap + cili api???

bayar terus blah. sampai ke putrajaya kitorang playback balik apa yg jadi. sah macam kena pukau je?

ok bai.

*kitorang di caj sorang dari RM6.00 - 8.00, milo ais RM2.00.
*gambar di atas semua di-google. jadi bodoh semorang smlm tak amek gambar pung.
*nama kedai dirahsiakan, klu-nya kat tajuk entri ini.

Friday, December 23, 2011

Perjumpaan Ahli Rumah Abstrak di Murni Discovery.

peristiwa 3.12.2011, mendapat sms bahawasnya Kak Iza akan singgah KL untuk berjumpa kami yg ahli Rumah Asbstrak, maksud sy, rumah sewa lama lah, mana lagi :B
nak order je amek masa setengah jam sebab seronok tengok nama menu, i love you, i miss you segala mak enon. lepastu masa nak order kelam kabut sebut, nebes punya pasal. ini si Farrah lah mengidam, teringin makan sini sejak entri aku yang INI.
don't worry, be happy. cis ungkapan zaman sekolah dolu2 ;B
hai adik Rifqi, hujung bulan ni dah setawun
ini saya punya nasi LEMAH.
missing in action, Dayang Mazlin dan Nor Izyana dan Hazwani. bila tgk gambar ni, rasa nak balik ke zaman 2007-2009 :(

*makan kat murni, posing kat Makbul. whateverrrrr.


lepastu ke Uptown Shah Alam, menjadi pemandu pelancong ke pada Farrah & Family yang pertama kali di sini.

ok bai!

Thursday, December 22, 2011

Hantu Karaoke.

peristiwa 28.11.2011, melepak makan dan karaoke sampai lobam.
dinner di kampung baghu. tak ingat nama restoran *tepuk dahi
ini BB Mirul Lambung, aku sampai sekarang tak paham motif letak gambar Aaron Aziz sebagai wallpaper. aku yang wanita pun tak minat Aaron tahu? hahaha. eh.
basah tekak di Canai, sebelum bertukar menjadi hantu.
*bertukar!!!
buat bodoh-bodoh dengan menyanyi lagu Senario. -_-"
kebende gengster pegang mic begini? ok sesi ini tamat 5.30 pagi. amek kau. pastu pagi yang sama jugak, aku ada janji dengan Yah, kawan masa PSP. dah lama gila kot tak berjumpa.
hehe.
hehe.
HAHAHAHA!

sesi awal pagi 2.00am - 5.30am, sesi pagi 1.00pm-5.00pm. gila dah macam penyanyi professional ;B

ok bai.



nombor ekor :B

10 November 2011, tarikh di mana timeline dibanjiri nombor-nombor, kod rahsia.ini semua akibat game "DM your code, i'll describe you." pernah main ini kat FB, tapi aku tak join ;B

jadi, ini sedikit sebanyak hasil game tersebut.aku tak letak semua, kang letak semua org meluat. hehehe. ok nombor kod rahsia sy adalah 119, nak guna 27, malangnya dah ada orang guna .


kebanyakan cakap aku "kelakar" dan "sempoi", kira macam "Akiss dimana? Akiss disini, SEMPOIIIIII" (kebendenye tu Akiss oi?)

kesimpulannya, oklah tu. mmg ada yg betul. kecuali femes. femes ke? eh. ok, aku paling suka "mcm mane dia kat timeline, mcm tu jugak IRL (in real life)". 10 markah di situ.

ok gak game ni, at least nampak pandangan orang ttg kita. at least secara luaran. nak kenal mendalam dengan aku? haha. aku rasa tak ramai yg kenal aku dalam-dalam..

kecuali, roommate aku sekarang, si Aket. juga bekas-bekas roommate aku masa kat asrama. juga family aku, lagi-lagi adik aku si Cupi. hehe. :)

ok bai!

facebook timeline.

sejak jumaat lepas aku dah bengong-bengong sebab ter-bertukar ke interface fb baru.

yeap, inilah permukaan profile fb terbaru yg dipanggil "timeline". apa yg aku nampak, boleh letak header macam zaman myspace, dan anda boleh browse (stalk) dengan menekan button dalam bulatan merah di atas. habis semua cerita lama anda dari tarikh anda join FB akan terbongkar. matilah.
sepatutnya aku sambut anni yang 4 bersama FB 11.11.11 lepas -__-"
:O hoh, kena letak gambar ketika lahir lah ni?

aku tak habis lagi explore ni. sukahati mu lah mark zuckerberg.

ok bai!