Tuesday, May 22, 2012

aktiviti minggu ini


last week, McD The Mines bermuka itik.
mondae - makan banyak di umai, ketiaw kungfu, cucur udang, jagung kukus, laksa penang, daging goreng kunyit.
tuesdae - bukufixi kopi sy dah sampai. ada 3 cerita bikin nangis, nanti aku buat review.

tuesdae jugak, pekena cendol di bangi sampai pening kekkeke

wednesdae - ke pusat darah negara :)




thursdae - karaoke sejam + lunch


friday i'm in love. hehehe ustaz wan sohor bani leman dan ustaz mohd fauzi, sy peminat mereka sejak sekolah okay! :)
heheheheh.

waktu lunch di alamanda yang panas tanpa aircond.


ok bai!

Tuesday, May 15, 2012

ARSENAL FOR LIFE!

sape suka tengok kuch kuch hota hey? kisah di mana percintaan 3 segi di mana endingnya si Rahul sailang si Anjeli dari tangan Aman di hari perkahwinannya?

Rahul : Manchester City
Aman : Manchester United.
Anjeli : EPL Champion Cup.

dramatik tak dramatik lah game malam itu apabila 5 minit terakhir City score sekali sampai dua terus menjadi champion. kalau aku budak emyu dah kelar tangan dan ambil 'MC' hari isnin muahahahah! CHAMP2ON konon, pppuih! 

ok malas nak menganjing emyu, puas dah kot semalaman tak tidur berpesta di tl. 

baidewai, bpl 2011/12 dah habis, tahniah kepada PASOKAN POWER ARSENAL  tangga ketiga bpl .



 thank you koscielny


robin got swaggggg!


but emas, rvp yang punya :) 


 aww :)


bye pat rice


kikikiki!


awwhhhh :')


 i'm a proud goonerita :)


see u next season 2012/13!!

ok bai!

Thursday, May 10, 2012

biru karen.

 this is random entri!


sy dah jumpa alkaput! tak sangka setelah berjaman secara misteri dia tak paparkan muka di blog dan twitter dia, hanya rajin komen di blog dan mention akhirnya kami berjumpi di mekdi alamandi. 

*maaflah dua hari ni asyik suka pakai huruf 'i'.

tak  sangki. ok stop it. tak sangka bila jumpa di luar pun tak awkward dan banyaknya isu dan banyaknya cakap kami ini. tak sangka kami ada banyak pandangan yang sama. contoh : "budak-budak zaman sekarang takda life". ahaks!

btw, jumpa pun sebab itu hari aku tak datang majlis dia, maka bagi hadiah yang tak seberapa itu. semoga dapat di gantung di hari raya :) 


 kak katy di-adidas-kan! 


yeah, me too kakak zooey. 


kesimpulannya, aku ada kegilaan warna baru.

electric blue!

ok bai.

*tak paham kenapa budak tu panggil 'biru horliks'.

sushi dengan nani di alamandi :)

 
 ini paling sedap sekali :B

 ada promoshi
 takoyaki! 
yakiniku maki!
hai nani, terima kasih kerana mengajar erti makan sushi :)

ok bai!

Wednesday, May 9, 2012

mesin potong seter.

hak hak hak hak hak!

maafkan saya kerana gelak dahulu baru cerita. ok cerita panjang dipendekkan. di timeline saya ada budak sewel bernama sirdeeb, itu malam dia twitpic ini ketika beliau sibuk menanda buku sekolah : 



kah kah kah! 

maafkan saya sekali lagi. this is too funny! omaigad! sebab ni lah dulu aku elak jadi cikgu sebab aku ni spesis tak pernah serius, kiah kiah kiah! ok maafkan saya. saya tak berniat nak memalukan anak murid ini, tapi.. lucu lah :'D

sebenarnya sampai sekarang tiap kali lalu mesin fotostat dalam ofis, dalam hati aku akan tegur "hi mesin potong seter".

ok bai!

Tuesday, May 8, 2012

bertukar!!

selamat hari selasa semorang!

hari ini saya nak menceritakan tentang perubahan hidup secara terkejut. yalah terkejut sebab tetibe "hi kita akan pindah ke rumah baru".

bukan "hai saya belikan awak kasut baru, nah pakai"

nampak tak beza perkara kecil dan besar? pindah rumah, dengan pindahkan kaki ke kasut baru adalah berbeza.

ok saya dah mula mengarut.

ok saya faham. memang dah lama niat nak keluar rumah sekarang sebab beberapa sebab. nak saya list kan ke? malas lah. ok, mungkin saya ni jenis 'susah-terima-orang-baru-dalam-hidup'. ya, dah setahun duduk serumah aku takde pun no.telefon dorang, nama penuh pun aku tak tahu. 

like, kisah pulak saya?

dalam setahun lebih tinggal serumah, cuba tanya aku..berapa kali makan semeja, lepak depan tv sama-sama atau keluar tengok wayang sama-sama?

tak. pernah.

aku mengaku, sejak masuk rumah ni..aku bertukar personaliti, macam bertukar badan dengan roommate aku si Aket. maksudnya, aku lebih pendiam dan suka duduk dalam bilik layan 'laman sosial' berbanding bersosial dengan housemate. kalau keluar ke mana-mana dengan Aket sahajalah. kawan pejabat cerita lain lah :)

bertegur pun setakat "hai balik kampung ke?" "hai memasak?"  yeah, stating the obvious.

atau yang paling ramah aku selalu buat, sedikit senyum.

jadi. beginilah. umur pun dah meningkat. tahun ni masuk 28 syeaaaaal. takkan nak duduk berkepit di bawah ketiak Aket lagi? 

mula-mula sentap, foine..Aket taknak aku lagi, cemana nak tinggal sorang-sorang setelah 5 tahun duduk sebilik, dah lah aku ni penakut. kalau Aket takda mesti aku tidur dengan lampu terbuka, cemana nak hidup sorang sebab selama ni semua share :(

semalam pergi rumah baru, terasa 'eh banyak ruang lagi'. macam nak ambil hamster jadi roommate. 

*nangis hujung katil*

ok drama queen. stop it.

macam ni lah. look at the bright side.

boleh hias bilik lebih-lebih over-over macam Eric, boleh beli almari baju baru, boleh bukak radio kuat-kuat tanpa kecian kat roommate, boleh cat bilik dengan warna kesukaan, dan boleh lah rindu Aket hari-hari, ini hari-hari mengadap muka dia sebelum tidur. wakakaka!

plus, si Aket tu ada kat bilik sebelah je. bukan jauh mana pun

-_______-

ok sebenarnya excited nak hias rumah dan bilik baru, dalam bilik mesyuarat pun takleh fokus :D


sekadar gambar hiasan, Ahmad Ming kesayangan saya :)

ok bai!

Monday, May 7, 2012

harimau bintang.


selamat hari isnin! semalam saya terhantuk kepala saya di hujung tingkap. berdarah, siyes macam babak  dalam drama melayu tu. hari ini saya pergi tanpa tidur semalaman. meow!

sekian!

ok bai!


Sunday, May 6, 2012

Ariesha Sofea Daniel e-Day :)

Ariesha Sofea Daniel (bukan nama sebenar) telah selamat bertunang pada 21 April, 2012. awww, saya gembira sampai nak nanes. tapi, i cover macho saja. congrats dear, 


:*


ok bai!

peej burhan punya wedding :)

April 29, 2012...di celah-celah kebizian, dan jadual minggu lepas yang kelam kabut sebab ada 2-3 majlis kawen, sepupu punya lagi, akhirnya berkesempatan pergi ke majlis sandung Kak Peej, niat mmg nak g, nak komen entri kak peej, tapi akibat busy dan terlupa..sedar2 dah lepas. seb baik si Dayah ada :)

aku tak tahu berapa kali ulang cakap kat Dayah & Helena, cantiknya dewan, cantiknya..cantiknya! sy suka suasananya, lampu dia. alahai, co cuwit, macam Fairy Tale :)

sama sampai dengan pengantin. terima kasih gps yang habis bateri setengah jalan, juga terima kasih google maps :)

Peej & Dot Dot, ehem! I mean, Ben.
ok baju kak peej, 10/10 markah. cantik T_T

bunga kat tangan tu pun, cantik, unik, sy suka! 

pastu terjumpa Iz, cis! tak sangka betei. terus duduk semeja untuk bergosip secubit dua. kiterang rapat di twitter akibat dua-dua orang hantu kucing :B




beautiful wedding reception
ini rakan sepejabat malah pembaca tegar blog Kak Peej, lagi-lagi yang kanan tu, Dayah :) 

dalam ramai-ramai bloggers yang datang, aku paling perasan si Uncle Gedek! cis, aku sampai dia balik, nak kejar kang ada yang terkelendat dengan heels kau.

sekian, lepastu kitorang ke wangsa walk untuk secawan chocolate oreo ice blended.

dengan ini saya mengakhiri entri ini dengan ucapan, semoga Kak Peej eh salah, Mrs. Peej & Ben berbahagia sampai bila-bila, Amin!

ok bai!