Saturday, January 28, 2012

How i’d spend ten thousand bucks?


selain shopping kasut, belanja famili dan kawan-kawan makan makan. nak bawak mak pergi haji mana cokop 10k.

ok bai.

Why my last relationship ended?

cinta terhalang oleh..orang tua... *nyanyi macam fauziah latif*

ok bai.

*bukan orang tua aku, orang tua dia.

Wednesday, January 18, 2012

Who are you? Names, nationalities, and virtually any other socially-defined attributes do not count. Deep down, who are you?

Balqis binti Abdullah, warganegara Malaysia. i'm part-human, part-VAMPIRE and i don't sleep.

bahaha! ok sebenarnya kebelakangan ni ramai dah komplen "bila masa kau tidur Kis? tak keje esok?" waktu tidur aku agak huru-hara kebelakangan ini, dah sebulan kot macam ni. tidur lepas maghrib, 8.00-11.00pm macam tu, lepastu tak tidur sampai 5.00-6.00am, kul 8.00 pagi dah gerak g keje. kat ofis, aku akan curik tidur dalam sejam macam tu. hehe.

teeeetapi! bila weekend, aku boleh tidur selama 12-16 Jam. terel an?

ok cukup pasal tidur. kembali pada soalan. aku hanya insan biasa, takde luar biasa pun. cuma yang betul-betul kenal aku secara 'deep'. antaranya, famili terdekat, dan of course roommate (juga housemates) aku sekarang, Aket dan bekas-bekas roommate(s) aku kat poli.

why roommate(s)?

kerana bagi aku selagi orang tak pernah duduk tinggal serumah, tidur sebilik sebantal dengan aku tak kan kenal aku macam mana.

setakat kawan sekolah & pejabat yang jumpa hanya di sekolah atau pejabat, memang kenal aku 50% sahaja. yeah, 50%.

ini adalah kerana aku jenis taknak, atau memang tak suka cerita semua benda kat semorang. lagi-lagi pasal masalah cintan-cintan, setakat bagitahu aku crush kat siapa, biasalah. tapi bab kapel-kapal, boyfriend, tak semua tahu kot.

tengok kat blog aku sudah, pernah aku umum kecoh pasal bf kejadah semua tu? *kekening*

sama lah macam hal family.

cukuplah cerita pada permukaan sahaja, tak boleh cerita lebih-lebih. memang sy jenis susah nak percayakan orang.

#Virgo will only open up to those closest to them.
#Virgo's hates not knowing the details.

dan saya seorang yang garang. ggrrrrr

ok bai!

*mcm tak menjawap soalan je ni

Friday, January 13, 2012

what i want for kismes.


meatballs, almond cake, malam krismas, ghost protocol. entri tertangguh dan sengaja kongsi gambar. konon-konon pergi minggu pertama selepas gaji dan bonus nak shopping, skali..harom..aku beli ni je.

kotak tisu polka dots, pink + cream aww awww aww. sy ada letak kat ofis, tapi untuk perhiasan sahaja, mih mih mih.

ok bai!

weDDing, bukan wEEding. geddit?

kamon, dah 2012, tolonglah rename balik album kawen kau yang bertajuk 'wEEding' kau tu. apa yang kau nak weeding sangat? rumput? bulu?

tu la, orang suh main farmville tak nak.

cer sebut balik, WED, dengan WEED, ada beza kan? renung-renungkanlah. sebenarnya aku pun takdelah terel bab grammar dan spelling bee ni, cuma kalau tak konpiden, tulis dalam bahasa melayu terus. atau, jahanam kan bahasa, contoh : come on jadi kamon. hahaha!

ok sebenarnya ternampak post kat 9gag yg buat aku gelak.



ok bai!

Wednesday, January 11, 2012

Makan Sorang-Sorang di Garden Lifestyle Store & Cafe, Alamanda Putrajaya

forever alone much? gila sedih tajuk :B .

semalam (Isnin), tetiba rasa nak carik buku baru, jadi terus ke Alamanda. sorang-sorang. memang takde hati nak ajak orang. bak kata Fad, " sumtime we need our space. ;) "

jadi, setelah puas melepak membaca, dan main-main kat watsons, perut jadi lapar dan membuat keputusan untuk makan di Garden Lifestyle Store & Cafe, cawangan ke-6 di buka kat Alamanda, pada Ogos 2011 kalau tak silap. lokasinya adalah bertentangan GSC Alamanda.

dah lama nak g, asik bertangguh. ini aku pergi pun sebab ada kawan kerja sini, siap dapat staff price lagi, kelessss :B


menu pilihan. saya ni kampung sikit, tak reti nak order benda pelik-pelik luar dari kebiasaan. Garden Black Pepper Chicken Chop , siyes sedap. pueh hati. tapi kenapa jauh di sudut hati i berkata Wok Sear Fullhouse lagi sodap ? ;p


pemandangan luar dan dalam. sowi tak banyak gambar. ini web dia, kelik sini 'pooff!!'

nak loading pun comel.

tadaaaa! comelkan.

lepastu sempena chinese new year, aku dpt cabutan bertuah, atau ang pow bertuah.
dalam dia ada benih pokok ape kawe dop tahu. nak suh mak tanam, sebab aku ni spesis tak leh tanam pokok, tak pernah jadi ;B

uniform hari tersebut. sangat vintage, iloike. sengaja buat kebaya lipat macam orang dolu-dolu :D

kesimpulannya, kalau nak try power tak power, kering tak kering hati kau, pergi makan kat restoran macam ni sorang-sorang. kat McD, kat mamak takde hal der. ini, yang masuk restoran ni semua stok kapel-kapel, cintan-cintan, dan somi isteri.

tips nya, pastikan ada gadget di tangan anda. tak kiralah tab ke, smartphone ke, lappy ke. untuk mengurangkan perasaan awkward dan malu-malu kucing. hahaha!

ok bai!

Saturday, January 7, 2012

Kebodohan Wanita Dalam BerInternet - Ustaz Azhar Idrus



"bertutup aurat, tidak tabarruj* dan bukan bertujuan untuk lelaki tengok dan jatuh cinta." - Ustaz Azhar Idrus

kita tak tahu siapa yang view gambar kita dekat fb/blog/twitter atau mana-mana laman sosial kita. aku ingat cikgu agama, tak ingat ustaz atau ustazah pernah quote this dalam kelas

"lelaki ni, kita tak tahu tahap 'kegatalan' dorang, ada sesetengah lelaki, pandang muka pun dah 'stim' dan ade sesetengah lelaki juga, tengok muka je dah boleh bayang segala apa dalam baju perempuan."

ughh. seram.

sama je yang pakai tudung dan tak pakai tudung. ambil gambar muka besar-besar, muncung-muncung molot, jelir-jelir lidah, pose seksi meksi. berlawan tunjuk siapa paling cantik, unsur riak pun timbul sedikit. lagi-lagi jenis perempuan yang mengalami sindrom 'self - obsession' ni.

lepastu tuduh lelaki ini gatal, lelaki itu miang, lelaki tu pervert. hello dik, itu memang dah lumrah lelaki.

perempuan-perempuan semua jangan nak terasa sangat.

aku ni bukan kata kat orang sebenarnya, sedar tak sedar, aku sendiri yang aktif dlm bidang laman sosial ni pun ada gak terlepas letak gambar sendiri macam tu.

ini lah salah satu sebab kenapa ramai persoalkan aku 'kenapa blog akiss, kurang gambar akiss?'

exactly!

*ejas tudung bawal

ok bai

ps : *Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).

ps : mohon terima dgn jiwa and minda yg terbuka. sekadar untuk muhasabah diri di hujung minggu, Wallahua'lam.


Tuesday, January 3, 2012

010112

new year's eve? nay...takde ape-ape. lepak depan pc dan tv. dan of course, menonton Arsenal vs QPR, dan yayy, menang 1-0! so, no bunga api, no 'sunrise pertama'. azam? sy update azam secara bulanan sebenarnya, boleh? ;p



tapi yang pasti aku berjaya habiskan menamatkan pembacaan novel breaking dawn. selama ni, baca via pdf yg Daos bagi, tapi since tengok movie dia yg part 1 tu, semakin tak sabar dan obses.

maka pada 27.12.2011 aku dah kemaruk nak beli buku terus. waktu lunch pergi MPH Alamanda (thanks Fana temanin ku), tapi hampeh, takde stok. nak order, kena lagi 2 minggu, atau pergi terus MPH Midvalley.

kau tahu aku ni jenis kalau tengah kemaruk nak sesuatu, mesti nak masa tu juga?

balik dari MPH Alamanda, kat ofis, aku terus berfikir, kedai buku apa terdekat, dan senang nak pergi. terus pop-up keluar dari otak *puff! "popular!"

terus call Popular Jusco Equine, IOI, semua takda, dan..seb baik Jusco Balakong ade! maka malam tu jugak pergi dengan Aket. heeeehehe.

keputusannya, dalam masa 1.5 hari dah abis, dari muka surat 300 sampai 700. sampai hari khamis tu masuk lewat ke ofis sebab berjaga semalaman :B

ok tamat satu hal.


belum sempat keluar dari bekas dah selamat, nak rasa maghilah order di sini Dapur Kak Kiwi ;p

jadi, dah kenapa sejak dua menjak ni, dah mood mem-baking ni shemakin hari, shemakin sheronok. hari tu beli macam-macam bahan dan perhiasan. nanti lah buat lagi.

jadi, pagi 1.1, mak aku awal-awal pagi dah menjerit2, "angah, bangun! kata nak buat muffin!!". ntah berapa kali dia jerit baru aku sedar diri.


sebelum.

*tadaaaaaa!! selepas. vanilla muffins. sebenarnya aku beli 'adunan segera' kat bakery bawah umah sewa hehe, sedap, tak manis. iLaik.


hasil tangan adik aku ngan aku. hahaha, seronok tahu bila baking sendiri benda yg kita suka, coklat tu kiterang letak sampai melimpah. "muffin coklat banjir" katanya.

ok bai!

Sunday, January 1, 2012

New Girl!

sekarang sedang gila tengok ini series, dah lama dh keluar sejak bulan september atau oktober kan, cuma i busy dan hari ni download zass dari episod 1-9. episod 10 kena tunggu 5hb Januari.

what, Januari, kita dah masuk tahun baghu ke? ;p

penyebab utama tgk mestilah sbb ada zooey deschanel, plus aku suka gila kot watak Jess (bukan awak ye Kap ;p ) dia dalam ni, sewel, weirdo, awkward, dan bijak. itu yg penting.

ehem, jap perasan kap. see, dia pakai flat biru, dan aku pun ada handbag bulat macam tu. heeeh!

ini antara scenes yg aku suke, comel gila?


dan, tgk camne adoghable-nye Zooey D can't say the 'P' word, hak hak hak.


ok bai!