Friday, March 30, 2012

Saya lapar donut!


entiti 1.


entiti 2.

tengok tu, team donut sedang beraksi.

ok sebenarnya ada benda lain nak update tapi pendrive tinggal shah alam. selamat berhujung minggu :)

ok bai!

Saturday, March 24, 2012

THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN - PART 2 - Teaser Trailer Sneak Peek



:O


lambatnya November!!

ok bai!

The Hunger Games zZZzzZZzz

aku yang overexpected atau aku yang penat malam tu atau dah memang citer dah best ke cemane? 2 jam 20 minit duduk dalam wayang menunggu something yang hebak berlaku, tapi, harom.

dan paling kelakar ada orang samakan the hunger games dengan twilight. i mean, Bella Swan vs Katniss. kebende ntah. dulu di bandingkan dengan Hermione. duhh.




trailer the hunger games.



tapi saya suka sangat sangat sangat soundtrack the hunger games ini, "Safe & Sound" (Taylor Swift feat. The Civil Wars)

ok bai.




Pameran Keunikan Bonsai, Putrajaya

berkesempatan melawat pameran ini, wow wow, aku memang suka merenung benda macam ni lama-lama, ;p



cute eh?




yang ini paling cantik kot, dah macam nuttella :O



jemputlah datang, siap ada cabutan bertuah lagi teaww.

ok bai!

Tuesday, March 20, 2012

Terjun Kolam!

semalam malam adalah pergi berenang di presint 11, weeeee! kolam lebih besar dan cantik dari presint 9. sebenarnya tujuan utama nak terjun swimming pool adalah kerana badan sakit akibat latihan menari. bab menari entri lain kita cerita. ;p


bertukar kucing selepas 2 jam berendam.

sekian entri takde motip.

ok bai.

Monday, March 19, 2012

Perangai Blogger!

minggu lepas ada hashtag menarik di twitter yang buat aku termengilai membacanya. tajuknya adalah #PerangaiBlogger < --- (mohon kelik)

selaku blogger yang sudah berkecimpung dalam dunia blog sejak 2007, aku sedikit pun touching dan sentap, malah aku pun turut bahan diri sendiri, krkrkr. ini tweets saya :
  • sang isteri buat entri kisah peribadi tahap cerita atas katil zzZZzzZZzz #PerangaiBlogger
  • tajuk tak serupa entri (AKU LAH TU!)
  • header blog muka sendiri sebesar monitor pc, aku bukak terus jatuh kerusi #rhyme
  • unable right click pastu kuar pop-up *OI JANGAN NAK CURIK GAMBAR* the hell meng? cantik ke?
  • up gambar makanan enak-enak bikin saya lapar sokmo :8)
dan yang ini aku RT dan tweeps lain :B

@PointBlankShot - #PerangaiBlogger taruk widget autoplay dengan harapan pengunjung blog ada taste music yang sama. bitch please, im here for the entry tho

encik_t - #PerangaiBlogger suka letak effect salji turun bajet macam melawat negara korea. .__. #PerangaiBlogger

@_LoveShak - #PerangaiBlogger Don't hate me because I'm beautiful.

dan ini yang paling aku gelak mengilai hahaha ----> RT @firda4415 buat entri pasal resipi semua. Entah-entah kau pun tak reti nak masak/buat. Mak kau buat, snap then cakap kau buat.

dan ini paling MENANG ---> RT @joegrimjow susah nak cari blogger yang takde twitter. tapi yg ada twitter takde blog banyak je. blogger wins!

ada blogger yang nangis hujung katil setelah membaca hashtag ini ke? lewls. bila nak maju dik asal kena tegur tak nak terima. :p

ok bai!

Sunday, March 18, 2012

Hi Abam Aaron Aziz!

rasa macam poyo, tapi nak up juga di sini. semalam hari jumaat kan kan, kiterang tengah bekerja titiba ada kawan sepejabat twit "aaron ajis dekat kafe!"

aku macam, eh eh, ini tipu ke ape ni. jadi terus lah sms Dayah yang sedang berkursus bahasa mandarin, shhhhuuup! mcm vampire Dayah turun ke kafe! peminat ketat katakan -_-


tadaaa! dia datang dengan wife dan anak-anak. wife dia pakai dress polkadots krkrkrkr :B

aku yang tak minat aaron aziz ni pun jadi nebes tak pasal-pasal akibat kekiutan beliau. -_-" menurut beliau, beliau baru sahaja pergi imigresen untuk utk apply PR (permanent residency). :)

ok bai!

Saturday, March 17, 2012

Akiss in Square Hijabs | by Hijabiza :)

selaku presiden team-tudung-bawal-forever, saya ini dengan bangganya memperkenalkan Akiss in Square Hijabs, by Hijabiza :)

senang pakai dan di bentuk, It's So....Me!



pertama kali pakai tudung hijau, saya suka :B (mementang polka dots!)



Akiss in Monalisa Square Hijab :)



Square Hijabs | Leopard Print



Square Hijabs | Hanabiha dan Minimalis



Square Hijabs | Irdina Snake Print



Square Hijabs | Norakimi



Square Hijabs | Hijja



Square Hijabs | Paisley February



Square Hijabs | Arabian Wave

amacam? rasa macam nak kesemuanyaaaa tak? banyak lagi pilihan dan warna. ini antara my personal favourite :) ok ladies, jom kita Like --- > HIJABIZA!

orang-orang Segamat (terutama adik-adik UITM Segamat yang PTPTN dah masuk teww ;p) boleh walk-in terus di alamat ini :

Izawati Ahmad Fashion House
No 12A, Tingkat Atas,
Jalan 2/4, Taman Utama,
Bandar Utama,
85000 Segamat, Johor.

atau, boleh order online. lagi sekali, maghilah like fb page HIJABIZA! :)

*ejas square hijab*

ok bai!




Thursday, March 15, 2012

Hello Cheno dan Chedib.

peminat dari Yong Peng, kiri is Chedib, kanan is Cheno.

dah kawan lama dah dengan si Cheno ni, dari myspace kot, pastu heret ke blog, ke fb, dan akhirnya di twitter. finally dapat jumpa. happy taw sy! masa makan tu mmg aku makan main-main sebab kitorang banyak cakap. aku ingat budak-budak ni pendiam, sekali hamek. nak makan tercekik kerana banyak soalan. bahahha! :D

err, cuma...sowi tak dapat sneak-out dari ofis untuk ke hari konvo. tahniah di atas segulung ijazah to Chedib. dah kije, dah boleh tawen. eh.

alah i miss you guys oledi lah :8)

ok bai!

Monday, March 12, 2012

melalak kiut.

dah tengok new girl episod 15 - injured? emosional tapi, tetap aku gelak dalam sedih.


cute eh menangis macam tu?

yang dia ni? cian, bangun pagi je kena mandi. maka...bisinglah beliau kena jemur di balkoni. krkrkrkr.

ok itu je, selamat hari isnin!

Saturday, March 10, 2012

kedai geram on friday, fun fun fun :B



tengok ni, Nani punya tabung anak barbie tidur meniarap pakai pampers :8D



ini barbie buat muka ini ---> :8P , ini bukan tabung, tapi bekas makanan, jumpa kat living cabin, the mines.



penanda buku baghu.



diz iz not the real cookiezzz!



taddaaaa! cermin + sikat sebenarnya :D



friday nite di penuhi dengan sesi lepak mamak dengan dino & daos. order cisnan sampai dua kali, arrrhhhh sedapnya, rasa nak keluar rumah tapau jap.

kedai geram : adalah kedai yang barang comel dan menggeramkan, tahap ketap gigi :B contoh spt S & J, Room, Living Cabin, Teddy Tales etc :)

ok bai!




Friday, March 9, 2012

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta & Malaysia International Shoe Festival

4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta’s.


The 3rd Malaysia International Shoe Festival.



kelik gambar for more info!

ok bai!

Wednesday, March 7, 2012

Kenanga Wholesale City

ini cerita awal februari, tapi tetap mak nak publish. utk sharing maring. ada ke perkataan ini? hahaha. abaikan.

pada suatu pagi sabtu yang indah, ada budak nak carik handphone baghu, jadi berjalan-jalan lah ke kl. budak ni Aket lagi, siape lagi.

jadi jalan-jalan kl, dia pun suggest satu tempat shopping baru katanya. sbb ada dlm majalan ape ntah. it's Kenanga Wholesale City.

nama pun dah wholesale, maka untung siapa yang berniaga sebab bila beli banyak dapatlah harga borong. aku itu hari beli t-shirt murah2, dan 2 handbag je. dua je. sebab ada skali tu tgk harga handbag tersebut adalah dua kali ganda dalam blogshop. *pengsan*

nak buat kelakar aku sampai sekarang tak pakai handbag tersebut. bukan membazir, aku kanjenis selagi tak hancus handbag tu, mmg pakai satu tu je. hihi. alamak, lupa amek gambar handbag. nnti aku amek ye.



so, lunch tu kitorang makan kat Level 3A. tempat ni takda Tingkat 4 taw. hehehe. tak ingat nama kedai makan ni, tapi yg pasti bukan Sajian Enak. dalam direktori ni takda pulak. sorrylag, gambar dessert je sempat ambil ;p


sebenarnya kan, interior kenanga wholesale ni comel-comel tahu. dah la penat shopping, penat amek gambar lagi :B

saye cuke.

ok bagi yang minat meniaga, atau suka borong barang baby, segala mak enon, boleh lah ke sini ya :)

ok bai.

Tuesday, March 6, 2012

the woman in black.

isninday, mengambil cuti. eh eh ewah, seronoknya hawi isnin cuti :D


pergi midvalley dengan suffey. #rhyme. beli bahan bacaan baghu, lepak pets wonderland, chatime, carls jr, dan beli benda kekiut. oh indahnya kalau hari-hari macam ni. dan setelah akitiviti tersebut, kami ke menonton The Woman In Black.

kisah seorang lawyer, (Daniel Radcliffe Harry Potter teww, dah besat makin comel!) kena pergi satu perkampungan terpencil bla bla bla..ada perempuan hantu suka rasuk..bla bla..pergilah tengok sendiri. seram, lemas aku dalam wyg tu :B


the rumah berhantu dan menghantui seluruh kampung.


boo!


*tutup muka pakai burger*

ok bai!

mimiaw!

baru lima hari tak jumpa dah gemok sedikit. tahap kenakalan masih begitu, sampai aku dah lali.


tidur petang hujung minggu, like kucings like akiss.


dengan mainan baghu dia. Ming ni manja sikit, kalau main mesti nak dok dekat aku, lagi-lagi kalau aku pakai skirt, lagi kemain sedap duduk dlm kain, ahahaha. cuma Ming tak suka dipegang lama-lama. si Aoki lagi teruk, nk pegang pun tak bagi, kalau nk dukung ape ntah lagi.

sup kucing.

minggu ni tak dapat nak mandikan anak-anak. hujan je hari-hari. jadi aku guna baby wipes je bersihkan bulu-bulu, hidung, kaki, telinga. hehehe. aci kan?

ok bai!

Monday, March 5, 2012

hello roselle.

sedapkan nama roselle? ok takde kena mengena.

semalam mak aku buat eksperimen. selalu minum yang kordial agromas ni je. jadi semalam mak bawak buah roselle balik, something look laiddis :

buah roselle :B
inilah hasil ekperimen. setelah di rebus dan di-tos. yg dalam botol tu pati dia. macam daghah kan? sedap ok! *masuk straw minum macam Bella minum darah masa ngandung*

khasiat dia banyak, kandungan vitamin c yang tinggi, bla bla bla. meh baca SINI.

ok bai!

Sunday, March 4, 2012

camne nak jadi kawan yang baik, why your friend is avoiding you

bertulis dari hati hari ini. perihal kawan.

siapa sini ada kawan? kawan baik? kawan rapat? kawan biasa-biasa je? semua orang ada kot. ok here's the tips. how to be a good friend, and why your friend is avoiding you.


1. jangan kedekut.

ok. bilakah kali terakhir anda belanja kawan-kawan makan? belanja kawan-kawan tanpa niat mendapat balasan atau mengungkit atau belanja kawan dengan ada agenda tersembunyi? ok kesimpulannya, bila kali terakhir anda belanja kawan anda dengan ikhlas, niat sedekah?

maksud belanja tu, takdalah aku suruh belanja satu kampung, i mean..kawan rapat? geng terdekat. sebenarnya, tak perlu belanja makan besar, contoh bila breakfast kau belikan kawan teh tarik pung dah cukup sweet :)

tapi jaga-jaga, ada jenis 'parasit', yang suka jimat duit sendiri sampai suka pow kawan-kawan. selalunya jenis ni, dia suka buat magic. makan ramai-ramai, bayar sorang. yakni hilang di kaunter pembayaran. avoid this person, yang ni kita kena kedekut, sebab kita pun ada time sengkek gak kan? kecuali kau kaya lapan belas kali dari dia, duit kau memang banyak lebihan, tak kisahlah :)


2. keep it secret.

kalau kawan kamu dah cerita hal peribadi dengan kamu, janganlah dengan suka hati sharing dengan orang lain pulak? atau kamu sendiri terkantoikan kawan kamu tu, perlu ke nak sebarkan dekat orang lain?

kau boleh detect jenis kawan macam ni, senang je. bila kau lepak dengan dia, dengan mudah dia cerita hal peribadi dengan kau. jadi, tak mustahillah dia cerita pasal kau dekat orang lain, kan?

well, aku pun kadang-kadang mengadu dekat kawan lain, who doesn't? tak salah mengadu contoh "weh semalam si A tipu, kata nak kuar dengan aku tapi kuar dengan BF". cukup.

yang jadi salah bila kau menjatuhkan maruah dia.

INGAT! jika kita menutup aib atau keburukan orang lain, Allah akan tutup pula aibnya di akhirat kelak.


3. jangan jual ikan.

selfish lah maknanya. ok, hal kau sibuk suruh orang tolong. time hal orang, kau tak boleh tolong. kalau keluar, asyik lepak kawasan kau, kau nak masuk kawasan orang susah? for what? jimat petrol? malas hadap traffic jam? contoh. nampak tak?


4. jangan riak.

tiap kali lepak, kau up gaji laki kau 5k. eh halo, 5k kau tu, entah-entah orang lain buat beli handbag je nok. ingat, kalau kau lebih, ada orang lagi lebih dari kau. bak kata aku (tetibe), " 5k kau celah gigi orang je tahu". jadi. tak. payah. nak. berlagak. sangat.


5. bertolak ansur. 

aku layan annoying kau, kau layan annoying aku. dan jangan nak nak control freak sangat. eh.

sebenarnya susah nak jadi kawan yang baik kan. semua orang pun ada kelemahan. tapi berpada-padalah. macam aku, aku bukan sempurna. aku ada je 3-4 orang "dulu-BFF-sekarang-tak-BFF-dah".

well, kadang-kadang benda ni keputusan sendiri. bukan nak memutuskan silatulrahim, tapi, kalau kawan jugak bertambah dosa mengumpat cane? nak kawan tapi blkg tak suka pun tak guna. so better not be a friend at all. jenis kawan-yang-tak-kawan-pun-takpe-tak-rugi-pun. kebanyakannya ada ciri-ciri di atas.

satu je tips berkawan yang sampai sekarang aku suka buat, sound depan-depan. selalunya aku buat dengan kawan rapat. yang aku tak sound depan-depan tu maknanya, aku tak sayang, aku tak peduli, atau jenis kawan yang tak boleh di tegur. mih. :B


"you can't make everybody like you, you don't even like everybody."


eh mcm kat header blog keknis.

ok bai!

Friday, March 2, 2012

Habiskan 30 Questions Challenge!

ok, maghi habiskan semua soalan dalam satu post!

24. Your opinion on cheating on people.
Jangan menipui orang yang pandai menipu. mih. titibe.

25. When was the last time you were nervous?
Terima bbm secara menakutkan dan tibe-tibe dan tak tahu jawap ape.

26. Do you consider yourself to be lazy?
ABSOLUTELY!!

27. If you could choose to stay a certain age forever, what age would it be?
19.

28. What is your favorite form of exercise?
tweet-ing. lewls.

29. At what age did you become an adult?
i. really. don't. know. 40?
5 things you want/ need to buy.
1. bedsheet.
2. casing bb
3. HURM.
4. UGHH.
5. what else, food?

ok bai.