Monday, April 23, 2012

sudah jatuh terkelendat pula.

selamat hari Isnin!

pagi tadi kan, saya nak pergi kerja kan, saya kenalah turun tangga bawah rumah. tetiba, sy pun tak tahu lah kerana mamai ke ape, sy ter-miss anak tangga terakhir, maka..beginilah..


kaki kiri terpeleot, dan sy jatuh melutut. tangan sempat menahan muka dari tersembam ke tanah. aku gelak sendirian, tapi sakit okay? lutut aku luka melecet berdarah okay? nasib baik tak pakai heels. haih.

dah lah kaki terkelendat masa dance training tu tak baik-baik lagi. itu sy cerita di entri lain ya?

*pegang lutut sakit*


ok bai!
ps : dah tentu gambar di atas itu bukan aku tetiba berambut blonde. -__-"

Tuesday, April 3, 2012

*updated* Burger Bakar Kaw Kaw Kini Di Buka di Puchong :)

hari Ahad yang lepas, nampak cousin aku check in burger kaw kaw, tapi kat puchong. aku dah macam, aik, bukan kat wangsa maju ke? jadi apa lagi, kebetulan pagi semalam kawan kat twitter dan sebut-sebut nak pergi. saya selaku penggemar makanan sedap terus semangat, nak pergi malam ni jugak!

maka malam tadi lepas maghrib terus pecut ambil Nani, jumpa Rya di tol puchong terus kita buat adegan jalan-jalan-cari-makan-tak-jumpa-jumpa. kerana alamat salah, ingat dekat Puchong Permai, rupa-rupanya di Puchong Utama, bayangkan kat kul 10 baru jumpa lokasi. krkrkrkr. itu pun sebab aku rujuk fourquare cousin, dan nasib ada si Khai, kalau tak memang lepak mekdi lah jawapannya. ak ak ak.

saya punya, single beef cheezy baconizer. dia punya sedap, memang kemain sedap. terharu kita *tangan di dada*

aku amek satu je gambar sebab tak sabar nak makan, ini aku curi dari blog cikepal, heheheh. sila telan air liur sekarang!

*nangis air mata keju*


okay, bagi rakyat sekitar puchong, shah alam, sri kembangan, putrajaya, cyberjaya bolehlah datang sini. wangsa maju jauhkan. lokasinya adalah di Medan Selera Lokas Makana, Puchong Utama. kalau nak datang sini, ikut LDP senang, kalau tak jumpa jalan call aku lepastu aku tunjuk jalan pastu kena belanja aku burger yang 5 tingkat. hahaha. ok gurau.

masa nak bayar, kakak burger (sukahati kau panggil kakak tu kakak burger?) tersebut suruh LIKE FB mereka ---> www.facebook.com/burgerbakar, tetapi kami cakap, tapi kak kami ni semua penduduk twitterjaya, maka terus tetiba ada akaun twitter https://twitter.com/KawKawBurger.

more info :

Business hours 7:45pm until last patty.
Close every Thursday.
Address : Lokas Makana Food Court, No 15A, Jln. PU 13/2, Tmn Puchong Utama, 47140 Puchong, Selangor
Locations Google Maps : 2.983927,101.609201.
Landmark : Carrefour Puchong Utama

ok bai!

Monday, April 2, 2012

Aksi Ngeri Ming T_T.

pagi sabtu yang hening. cehh, ntah apa yang hening tak tahu. ok, since ada Ming and Aoki, memang sekarang ni weekends aku takda peluang bangun lambat. memang dari Subuh dorang dah bising lapaq. jadi, seperti biasalah, hari Sabtu tu, bagi makan semua, lepaskan dorang main sampai lebam.

ntah kenapa tiba-tiba si Ming keluar rumah, kemain laju lari, terus panjat ke belebas. belebas tu mmg muat-muat dia, tiba-tiba dia meloncat mcm nak terkam sesuatu, maka..

Ming jatuh dari tingkat dua.

perasaan aku? rasa nak pengsan. hati terguris. nangis toksah cakaplah. benda jadi depan mata, sampai skrg aku pulak yang trauma, teringat-ingat cara dia lompat :(

seb baik dia takda apa-apa, just luka kat kuku masa landed. selera makan pun ok, poo-poo pun ok. telefon vet pun kata kalau dia sihat dan aktif mcm biasa takyah risau.

nampak tak perut labuh dia, seb baik bukan t**** labuh. lol
lepas kejadian, petang sabtu tu. Si Ming, sejak aku ambil dia, tak pernah lagi manja-manja tidur atas perut dan dada aku. budak ni jenis buas. dukung kejap menggelupur. tapi petang lepas kejadian tu, dia macam lemah lembut sikit, nampak sgt terkezut.
malam kejadian, dah kembali hidup dan menendang. bawa dia jalan-jalan naik kereta. hari Ahad dia makin sehat, panggil pun tak pandang dah. memang Ming is back!

jadi, sebagai langkah pencegahan lebih lagi, aku nak beli jaring habis semua kat grill. nak bagi dorang main pun aku lepaskan dalam bilik je. mmg syorga dunia bila habiskan masa dalam bilik, tweeting, ratah milo, berguling dan ditemani Ming dan Aoki. ak ak ak!

ok bai!

Mat Haron Mustapha vs Aaron Aziz!

malam tadi memang hari kebodohan april kerana ada game "arrow" di timeline. selalu hashtag syok paling terer aku layan 2-3 jam, ini malam tadi aku stop awal sebab gelak tahan nak asma. lol.
juju dan aku.
tak pasal-pasal duda aku TMJ, eww? malas nak ulas kenapa nak eww, hanya rakyat marhaen tl sahaja yang tahu apa kes. mih.

dan pagi ni, hampir jatuh kerusi aku tengok blog rotikaya.


LOLOLOLOL! terima kasih kerana menceriakan pagi isnin saya :) tapi nampak sangat lah muka aaron aziz di tampal sajo. ayoo, kelakar betei.

ok bai!