Thursday, November 29, 2012

Projek Mengecat Separuh Bilik :3

upacara mengecat ni sebenarnya berlaku pada 8hb November 2012, petang balik kerja dengan tak mandi terus mula mengecat dinding putih bertukar biru laut. tapi, tak tak satu bilik lah, separuh, you know separuh? 

aku cat separuh sebab saje nak gelapkan satu side bilik. kan dah cerita dulu, aku mengalah ambil master bedroom, sebab aku dengan Aket berebut bilik kedua yang lagi comel dan cukup-cukup elok keluasan dia. master bedroom macam besar, dan banyak ruang lagi. jadi rasa sedikit 'kosong' di situ. :p

lepastu Aket ajak keluar, makan, karaoke etc etc. nampak betapa gagahnya Balqis dah penat mengecat balik dari kerja boleh keluar makan dan memenuhi jemputan menyanyi, kekeke. maka, tadaaa!

kacau cat menggunakan chopstick because i can ;)
ini warna sebenar. ekceli nak biru yang nak ke purple tew, tapi habis pulak. oleh kerana sikap kurang sabar Balqis, maka ambil apa yang ada :')
  
towel, kerusi, laptop, vitagen. #deep
 
ya! nampak tak tikar getah baru teww? dari pink bertukar kelabu. petang isnin sebelum cuti deepavali aku pasang sorang-sorang. hebak tak, hebak tak? 

kemho :3
casing lilin dibeli di times square dgn Nani, santek hangak!  

ni tak sepenuhnya ambil gambar, nanti ada masa aku ambil the whole bilik, ye? gambar bantal busuk biru letrik pun nak tunjuk sini, yer tak? so bilik masing-masing dah kemas lengkap, tinggal nak kemas elok ruang tamu dan dapur. ececeh ;)

ok bai!

Wednesday, November 28, 2012

vanilla coklat nakal

owh, baru ku tahu (slowpoke seperti biasa) di mph dah boleh dapatkan buku dari sang freud press, selut press, dubook press etc etc selain fixi


baru sahaja membeli dua ini, Nakal - Aloy Paradoks, dan Langit Vanilla - Wani Ardy, which is dah lama nak tapi malas betul nak order online apatah lagi nak ke event-event yang menjual buku ni. aherherher. so, yay! 

"Sang Separuh lelaki baik, tapi prinsipnya lemah, tanggungjawabnya samar " - Wani Ardy.

betul-betul buat aku senyum sinis hari ini.

ok bai!

Tuesday, November 27, 2012

kata-kata memecah hati into pieces

hidup jangan jadi kaca, mudah lukakan orang tapi bila sendiri jatuh terus pecah berderai.

- Namme Walker, 2012.


ok bai.

Friday, November 23, 2012

Breaking Dawn Part 2!



so, yeay! malam tadi tengok dengan Aket. ya, memang kalau tengok twilight kena dengan Aket, dah 4 tahun begini. so malam tadi last lah tengok twilight :')



seperti biasa, bila kita dah baca buku dia, dalam movie jalan cerita rasa lajuuuuu sangat, tak puas tengok walaupun 2 jam, dan memang nak tengok untuk kedua, ketiga dan keempat kali macam yang Part 1 hehehe.

masa ending, Bella playback balik first day dia jumpa Edward, kena tinggal, hampir mati, masa wedding, masa honeymoon, masa melahirkan Renesmee..masa tu kan, nak bergenang jugak air mata :')

:')

jujurnya, aku suka Twilight ni sebab kisah cinta Bella & Edward dan betapa seronoknya kalau dapat jadi vampire yang power teww (kecuali bab bersinar di bawah cahaya matahari). 






forever.

ok bai!

Sunday, November 18, 2012

4 Hari Lagi untuk Breaking Dawn Part 2, OMG!

so, ini sedikit gambar mereka-mereka di premieres Breaking Dawn Part 2 sekitar LA - London - Madrid :')






tik sibirnyi!

ok bai.

Monday, November 12, 2012

apa tu monday blues?

aku tak paham betul dengan konsep "monday blues", kakaka. bila nak hari isnin je semua nak mengadu "ah malasnya nak keje..monday blues"

aku ni sebenarnya dari sekolah jenis tak sabar nak isnin sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan! sampai lah sekarang ni. walaupun kadang-kadang weekend kau best dan "havoc" cemana pun, aku tetap jenis suka isnin. nasib baik adik aku pun berpendapat sama dengan aku. come on?

macam aku hari ni, seronok ja walaupun semorang cuti sempena esok deepavali, aku dengan riang ria pergi kerja dan pagi-pagi ke cimb untuk buat kad bank baru, untuk kali keempat..tahun..ini. aherherher!


ini masa kahali kehitiga kehilangan, 25.09.2012.


kahali kehempat, 12.11.2012! kakaka! 

so? why so blues? awak team the blues ke yang seri dengan liverpool malam tadi? *tetiba*

ok bai!

Monday, November 5, 2012

Kedai Geram, TYPO.

untuk creative junkie, penggemar, pengumpul dan penggila benda-benda kiut seperti saya, dan mahu a kewl desk, TYPO adalah syewwwrga!

sebenarnya ayat lagi tepat, siapa kaki reblog di tumblr benda-benda cute, ada kat sini :'''''')


:')


:')


letters! boleh deco bilik dan tampal "This Is Madness"! *tetiba kan?


yeah, macam dalam tumblr teww :')


nak, tapi takda size lappy kita :'(


keep calm and keep calm :')


greeting cards :')


misai hipster ni, boleh tampal besal-besal di dinding bilik anda!


chop!


selaku pengumpul notebooks untuk hiasan, inilah dia :')


gegurl angat :')


i bought this! :')


 and this!


dalam notebook di atas :')


di bungkus away dengan beg yang comel ni.

setakat ini di Malaysia hanya ada dua store sahaja, satu di Pavilion dan satu lagi di Setia City Mall. dua-dua saya dah gi :3

tunggu je bilik siap cat, nak pastu nak..errr..nak...

level kegeraman? 9/10!

website geram --- > Typo.

ok bai.

Friday, November 2, 2012

Kisah Tauladan : Pak Tua dengan seorang Anak Muda.

*ini kisah serius, bukan kisah lucu macam semalam ye ;p

Kisah seorang Pak Tua didatangi seorang Anak Muda. Anak Muda itu menceritakan semua masalahnya kepada Pak Tua.

Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Pak Tua kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air.

Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu. “Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya…”, ujar Pak Tua itu.

“Masin sampai pahit, pahit sekali,” jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya.

Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu. mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

“Segar.” sahut tamunya. “Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?”, tanya Pak Tua lagi. “Tidak,” jawab si anak muda.

Kemudian Pak Tua yang bijak itu berkata, “Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang"

“Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan."

"Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu."

"Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas."


"Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. ia akan bergantung pada 'keluasan' hati kita", nasihat Pak Tua.

"Jangan jadikan hatimu itu seperti gelas"


"Buatlah hati mu laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.”


sekian.

deep tak? deep annn. tersentuh hati saya :')

bak kata tukang cerita ini "pagi-pagi Jumaat ni memang elok kalau kita isi kepala hotak kita dengan cerita-cerita pengajaran. ;)"

ok bai!

Thursday, November 1, 2012

cerita lucu seram satu setengah pagi.

malam semalam, lepas maghrib terus pengsan sampai kul sepuluh malam. terjaga pun sebab ada orang kol ajak makan. so lepas lepak mamak dan makan nasi cicah tomyam dan roti telur cicah susu. cehh, "orang ajak makan" konon. padahal menggelupur lapar sebab hujan dan belum dinner.

pastu balik dan kemas bilik. lepas kemas bilik, asingkan baju kotor untuk dihantar ke dobi. pastu gosok baju. pastu kemas ampaian baju dalam bilik tu. 

pastu tetiba si apai whatsapp (like yeah, aku dah install balik whatsapp due to orang susah nak contact), so duduk lah menyangkung kejap di hujung bilik. kawan-kawan aku memang "pelik-pelik", "random" dan "tetiba". pukul 2 pagi boleh ajak borak pasal memancing ikan pari dan pasal meeting dengan bos yang penuh kronism. kadang diajaknya sembang bab ovari. Nani leteww! so aku layan kan je.

tengah sedap berbalas whatsapp, tetiba dengar something besarrrrr dan "bamm!" jatuh dekat belakang aku. the hell meng? macam pocong meloncat masuk bilik aku ikut tingkap aku pun ada!

(eh? seramnya)



tadaaa!

mapuh terkejut beghuk kawe. hilang darah kejap. dari menyangkung terus terduduk, handphone kat tangan tercampak. hahaha! 

si Apai boleh tanya "tak patahkan ampaian?" . duuude? bukan masalah patah tak patah, masalahnya, how did that happen?

so kemas balik, tidur. malas nak fikir banyak apa punca natang ni jatuh secara tiba-tiba. kakakaka!

sekian.

ok bai.