Tuesday, April 23, 2013

mari bersokan

selain menjoget, how to release stress adalah dengan berjoging. tapi aku takdalah beriya-iya lari-laju. kira macam riadah, jalan-jalan macam tu je. sekadar rehatkan mata yang seharian memandang pc dan, err skrin handphone. ahaks.

selalunya. eh selalu ke? kalau joging kat bawah umah je. tapi kecik je lah tempat dia. jadi di sini nak kecoh bagitahu kalau nak joging kat putrajaya ni ada dua tempat terpaling best.

satu, taman tasik empangan. lokasinya depan picc teww.


sebab dipanggil empangan sebab menatang inilah. 


ye, sejauh ini kami berjalan. dari depan picc... 


sedar-sedar dah sampai pullman! kikiki


dan ya, sini mmg syok sebab siap ada tempat makan, tempat solat, tandas etc etc. perfecto!


ok dua. taman saujana hijau. terletak di presint 11. entrance dia dekat belakang tangki air, balai polis presint 11. view dia, subhanallah cantik gilo. rasa nak menitik air mata. haha!



fefeeling twilight sangat!


ini gambaq cuwik dari instagwam noween.

ok itu sahaja untuk kali ini. oh ya, like hek eleh aku pun ada KEEK lah! sila lah stalk.

ok bai!



Tuesday, April 9, 2013

Abah.

Isnin 25.02.2013 seawal jam 7 pagi abah pergi.

rezeki abah masa meninggal satu family ada disisi dia, sebab selalunya aku pagi isnin lepas Subuh dah gerak balik putrajaya tapi aku amek cuti hari tu. adik aku pulak Sufi tu ntah kenapa memang cadang nak EL, sebab letih nak pergi kerja katanya.

tak tahu dari mana kekuatan aku dapat, aku sendiri call ambulans, pergi balai polis buat laporan dan pergi masjid untuk uruskan.

Alhamdulillah, semua urusan pengebumian arwah abah dipermudahkan, selepas Zohor selamat urusan pengebumian.

Alhamdulillah. 

orang sekeliling semua kata aku kuat, tak menangis. 3 hari selepas abah meninggal aku dah start kerja, boleh pergi shopping buku kat bigbadwolf sales, seminggu selepas abah meninggal aku boleh masuk dance competition semua. tapi itulah cara aku. aku tak menangis depan orang. kalau sedih, aku lebih suka berdiam.

aku sendiri marah kakak aku menangis banyak-banyak, lagi-lagi jangan menangis depan mak aku. bukan tak sedih. aku ni keras sikit sebab mungkin membesar dari kecil rapat dengan abah dan adik lelaki aku tu.

gila ke tak sedih? tapi aku sedar ada orang lagi sedih dari aku. teringat roommate aku Rabia dulu, ayah dia meninggal masa dalam kelas, masa tu kami tengah belajar kat penang. lagi kuat dugaan dia.

dan bersyukur gak aku duduk unit logistik ni yang semuanya lelaki. takda sorang pun buat soalan tak pandai seperti "Kis kau ok ke?". semua layan aku ni macam biasa. masuk-masuk ofis En.Yahya tanya "Kis kau nak nangis lagi tak, meh sini nak sembang.." nampak kejam. tapi aku ok dari orang buat muka sedih dan layankan perasaan. 

ya, abah sakit teruk sejak masuk ICU bulan 12 tahun lepas. aku tak update kat sini. kat instagram dan akaun "asdbalqis" aku tu adalah. hampir dua minggu abah duduk wad, dorang yang ada kat akaun "asdbalqis" tu tahulah sebab tiap-tiap malam aku check in kat "hospimart" hospital klang tu. sebab aku ni prefer shif malam bila jaga abah. keluar dari wad,  abah dah tak kuat sangat dah, cepat letih. makan pun tak boleh makan mcm biasa. sejak tu lah kami sekeluarga jaga dia di rumah. aku cuma jaga hujung minggu ja.



this picture mean a lot to us. like A LOT. masa ni aku sedar, kami bukan anak kecil lagi. semua dah besar. see adik aku yang manja gila tu, dah boleh imamkan solat jenazah untuk abah. i am really proud of you. kau kuat dari aku. believe me.

seminggu sebelum abah meninggal aku ada sembang ngan abah,

"abah, abah ingat umur angah berapa tahun ni?"

"28 kan, nak masuk 29." dia jawap.

Aku tanya lagi, nak minta izin.

"Abah kalau angah nak kahwin tahun ni boleh?

"bolehlah.."  dalam nada gurau tapi agak penat dia tu.

masa tu aku nangis teruk diam-diam dalam bilik, dan doa banyak-banyak abah cepat sihat.

malam terakhir abah, dia kerap panggil adik aku, Sufi. masa tu adik aku dah tidur. aku masuk bilik bagitahu abah sufi dah tidur, dan suruh dia tidur lepas aku bagi minum susu.

tak sangka ayat "angah buat susu abah minum pastu tidur ek?" adalah last aku cakap dengan dia.


.
.
.



redha, dan Tuhan dah sediakan tempat lebih baik untuk abah. 

itu sajalah cara aku pujuk hati aku sendiri.

kadang-kadang aku rasa abah ada kat hospital. kadang-kadang bila aku kat putrajaya aku rasa abah masih ada kat shah alam. yang buat aku sedar abah selamanya pergi bila lawat kubur. sampai sekarang aku masih tak biasa panggil abah as "arwah abah". how i miss him.

Al-Fatihah.

ps : terima kasih buat saudara mara dan kawan-kawan yang datang ziarah, ada yang datang sampai ke urusan pengebumian. terima kasih di atas ucapan takziah di FB, SMS, Whatsapp, call, email semua tu saya baca. ada yang saya lupa balas minta maaf.