Friday, January 25, 2013

perempuan

azam tahun baru, mahu jadi lebih perempuan. maksud :  marilah belajar make-up dan menjaga kecantikan. aherherher. selaku manusia yang pergi kerja dan keluar tanpa secalit mekap, aku rasa macam tak terlambat lagi nak belajar. yer tak.
 

sekadar gambar hiasan. eh tak, kakaka. dari atas Aket, Akiss, Nani dan Nono. rakan "sebaya" aku selaku penasihat dan tempat aku sembang perempuan (girl talk).

satu lagi entri lari tajuk dan kelam kabut dari akiss. kakaka!

ok bai.



Friday, January 18, 2013

jom menikah :')


"hidup ini adalah pilihan, hendak kahwin supaya dapat pahala dari Allah pun boleh, hendak kahwin supaya dapat restu dari nenek moyang (adat) pun boleh, isu suka hati kerana yang menanggungnya adalah kita secara individu"

deep.


ok bai!

Tuesday, January 8, 2013

lampu meja akiss

semalam sibuk kemas workplace untuk bertukar ke unit baru seperti yang dikecohkan semalam. har har har. seronok bekerja satu unit dengan 12 orang lelaki, kurang karenah birokrasi. 

ok setelah kemas-kemas workplace, terus rasa nak bawa balik glass coke mcd ini. since aku takda desk lamp, maka..timbullah awan-awan idea di kepala :3

ingat fairy lights ini? aku masih guna kalau tak pasang lilin. 


sebelum.

 

selepas.

simple sahaja bukan? cuma tak boleh letak lama-lama dalam gelas tu sebab lampu tu panas. sebenarnya boleh je lilit keliling gelas tu kalau nak guna lama. lepaslah untuk baca buku, tulis diary keww :3

ok bai!


ps : fairy lights tu nak harga berpatutan pergilah ke Living Cabin berdekatan ;)

Monday, January 7, 2013

kehidupan penuh kejutang.

selamat pagi isnin tujuh januari dua ribu tiga belas.

hello unit logistik dan keselamatan :)

ok bai!


Wednesday, January 2, 2013

big bad wolf hangover

sambungan entri ini.

yeah, jadi memang ada third round. tapi tak puas hati gak kerana dapat shopping sejam sahaja. tak apalah, takda rezeki, mungkin lain kali. sampaikan masa hari Isnin bila BBW ni dah tamat, kitorang masih "hangover" wah dah habis ke sale BBW ni, macam tak cukup ja T_T

tak cukup dengan itu, aku ni asyik-asyik usha #bigbadwolf2012 kat instagram, lepastu mengeletis dan meroyan,"mana kau dapat buku ni..aku tak jumpa pun T_T"

1st visit masa tu belum gaji dan kebetulan gomen bagi gaji awal so dia punya kering lain macam maka ada limit lah nk shopping. 2nd visit dengan Nani & Ket, tak tahu pula cashier tutup tepat 9 malam dan last dengan Ket & Joe. dapatlah sejam lebih. tapi, kesimpulannya seronok jumpa buku yang tak expect jumpa! hewhewhew!

cuma tips dia, kena rancang nak beli buku apa. banyak lagi section aku tak sempat tengok satu-satu. ugh.

mitch albom tu sebenarnya aku dah ada, saje gedik beli versi hardcover wakakakaii!
hai akiss.
ini tangkapan third round. paling terharu jumpa Stories, tu. dah lama cari. :')
terima kasih lah yang tolong angkat buku berkilo-kilo. 

sahabat setia aku sorang ni :') masa ni dah 1 pagi. sementara aku tawaf lagi satu hall, Aket siap boleh dok lek tidur jaga buku yang siap di-sort. wakaka. i is so terharu :')


oh ya, 1/365 pada hari cuti tahun baru, inilah aktivitinya. kemas dan deco balik bilik. senang sikit hati melihat semua tersusun rapi walaupun nampak sedikit semak, aku suka :3

ok bai!

ps : semoga BBW kembali semula dengan cepatnya!

nu yeah?

aku bukan jenis sakai nombor cantik, seperti 121212, 101212, etc etc etc di mana pada tarikh cantik itu kau KENA jakun, KENA sambut. mau leks sat dude. apatah lagi dengan tahun baru. like, it's just another day, with different year. macam lah bila new year ni dalam satu hari hidup kau berubah secara drastik. giteww..

bab azam, lagilah lame. seperti yang aku cakap macam tahun-tahun lepas, aku pasang azam bukan ikut bulan. bukan tahun. lagi-lagi bab rezeki ni, malaslah nak kecahkan sangat.

cuma. ya cuma. yang aku kisahkan tahun secara tak rasmi akan memasuki umur 29 tahun, tahun terakhir berumur 20-an.

oh.

my.

god.

tak nak dah komen bab umur. wakakaka!

makanya, malam tahun baru itu lepak macam biasa. biasa sebab lepak dengan Aket, pastu makan depan ofis, taklah sampai bersemangat keluar jauh-jauh kl ke mana-mana semata untuk countdown. cuma yang bezanya ada bunga api dan WINGS! weehehehe!


ya, seperti yang aku selalu doa, bukan sahaja setakat di tarikh-tarikh cantik atau tahun baru sahaja, semoga dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki, jadi insan yang lebih baik.

2012 agak tough. tapi aku rasa bukan ke tiap-tiap tahun tough? wahaha. bak kata kawan kita sorang tu, barang yang lepas jangan dikenang. 

hidup mesti terus.

ok bai.