Thursday, July 25, 2013

sahur in bed

wah, dah separuh ramadhan! how are u guys doing?

puasa kali lain macam pula perut aku ni, seminggu lepas memang tak boleh makan nasi langsung. ingat sebab period. tapi sampai ke hari ni kot. memang sahur-buka makan ringan-ringan sahaja, makan bubur seperti bayi. kalau makan nasi, dia jadi macam...err..

aku bukan apa, risau sejarah mungkin berulang new boyz je. kahkahkah, 15 September 2008 rupa-rupanya peristiwa Wad 3B Katil 9 ni 5 tahun lepas, rasa mcam baru je warded. haih.

so yeah, dah dua minggu puasa memang makan di rumah dengan Aket. jemputan berbuka di luar pun aku banyak tempis. weekend balik berbuka dengan famili. ya, ada kurang. ramadhan pertama tanpa Abah. it is okay, tabah je aku. hari 25hb Julai, dah 5 bulan. Al-Fatihah.

ya, kalau nak tahu tiap pagi sahur kalau tak milo panas, nestum, apple ni saje jadi makan untuk sahur. wahhh swag gitu. kalau rajin goreng nuggets. ;p


this raya would be different. a lot of different. macam mana nak hadap, aku tak pasti lagi. dan, ya. baju raya tak beli lagi :p

ok bai!

Friday, July 19, 2013

ashraf muslim abby abadi wtfbbq?

semalam perempuan-perempuan emosi dengan ashraf muslim kahwin lagi satu, hari ni perempuan-perempuan emosi abby abadi menikah dengan pakwe muda. 

alahai kelakar. benda biasa. tipikal. 

ye aku tahu, aku tak boleh komen lebih sebab aku ni sendiri sekali pun belum menikah. tapi apa yang aku tahu, kau atau aku bukan Tuhan nak hukum sesiapa.

suami bukan Tuhan.

suami itu lelaki.

lelaki tetap lelaki.

itulah silap perempuan. seronok sangat tenggelam dalam fairy tales kau tu. jangan terlalu taksub dengan bahagia yang sementara ni. 

ye, aku cakap macam aku ni takkan menikah pulak. i will, in one or two years, Insyaallah. apa yang boleh aku buat, redah je lah.

bab hati ni, kita tak boleh control. hati ni milik Tuhan, anytime Tuhan boleh balikkan.

kalau satu hari nanti suami aku nak orang lain, KENA redha je lah. itu memang amalkan dalam bercinta pun, kau ada someone else. go.


duniawi kot. duniawi. semua pinjaman belake. dunia mana pernah adil :)


bagi aku kalau break bersebab ni tak berapa nak sakit. at least kau tahu kenapa dia taknak kau lagi. walau sakit, susah macam macam kau akan move on.

dari kau kena tinggal tak bersebab. terus ditinggalkan, dibuang, didiamkan macam tu saja tanpa explaination. kau ingat senang nak move on? fobia lagi ada. mungkin selamanya takkan lupa.

aku cakap berdasarkan pengalaman lah, yang buat aku kuat balik adalah redha, dan terima. lupa mungkin tidak.

bak kata Tom Hansen & Summer Finn,

"Why  didn't they work out?"


:)

ok bai!


Wednesday, July 17, 2013

faktab

kahkahkah!

eh gelak dulu boleh?

nak mengadu sini lah kejap.

ahad lepas dah buat perangai, tengah solat zohor rakaat kedua tiba-tiba luka berdarah, memang #wtfmoment lah kan. 

lepas tu keluar setelkan hal adik, pastu belanja mereka makan sempena beday mak yang ke-50, wah dah jubli emas dah mak aku :')

pastu dia punya penat pesal tah, isnin kerja balik kerja bantai tidur dari 6.30 pm sampai 7.30am esok harinya. 13 jam tidur.

kepala otak?

tapi adalah aku terjaga kejap, scroll tl dengan buka sebelah mata. tanpa makan tahu?

lepastu kau tahu apa jadi hari selasa, mestilah lapar gila barbie khin :')

tapi tak sempat sarapan, keji banyak, sedar-sedar dah 2 pm. eh macam nama band kpop!

pastu kan lapar punya pasal kan, 3.30 petang aku dah roger geng bazor remdon aku. ye, skrg pesal tah aku jadi takut pulak jalan sorang-sorang kat bazar tu, padahal last-last year slumber je aku pi sorang-sorang kahkahkah

pastu kan, aku pun drift balik rumah lah, lepastu kan, konon nak balik terus kerjakan petung lepita kan, tapi malangnya kan, housemate berbuka di luar, kunci rumah takda, aku salah bawak kunci pulakkk!

lepastu aku up-kan lagi kebodohan aku dengan tinggalkan juadah berbuka aku dekat grill depan umah. patut boleh je lepak berbuka dalam kereta sambil merenung hiba tasik kan?

*tunjal dahi sendiri*

lantas berlalu pergi ke alamanda konon nak berbuka dengan *cough cough*

lepastu kan, sampai alamanda kan, tahu tak apa? kebocoran. you know bocor? alahai yang selalu berlaku di zaman sekolah teww? period bocor sampai ke bajulah, apalagi. masa tu aku rasa nak cekik diri sendiri pun ada. 

lepastu buatlah adegan jalan selaju cahaya menuju tandas dan disambung adegan membasuh baju di tepian sinki. cam cib hahhahaha. thanks kepada pengering tangan yang berfungsi dengan baik :))))

keluar je tandas kan, jalan depan sikit ada dua orang mat gomen lepak pastu tanya aku mana food court. eh malas pulak nak cite bab ni, sakit hati ada :p

pastu tak jadi lah nak berbuka puasa bersama *cough cough* sebab tengah keji, aku pun tapau fries makan sambil jalan sambil lepak mph sejam. rare sangat perangai ni kan.

pastu baru sedar charger handphone tak bawak. tertinggal dalam paperbag bersama petung lepita yang aku tinggalkan depan grill rumah 

*hentak kepala kat meja*

pastu call Aket off handphone, kesudahannya kul 10 aku masih lepak mcd alamanda. nak save bateri punya pasal pakai wifi sini, sebab kalau on data mmg mati dah handphone aku teww. 

sekian. dugaan bertingkat-tingkat.

just another fucked up day. 

pastu dapat text "kis aku baru sampai rumah, handphone mati" , baru lega. berkicap jugak tunggu.

balik rumah disudahi dengan lepak sembang dengan Aket sampai kul 1 pagi kat meja makan sambil makan petung lepita :)

ok bai.


Tuesday, July 16, 2013




selemad puasarrrr to all our Muslim fans - Chester.

alahai pandai dah cakap bahasa i :')

btw, sesiapa-sesiapa yang belum lagi tahu more info pasal tiket, bolehlah rujuk SINI, bukan tanya aku eh, saya bukan ulat tiket anda.

perff sebulan lagi! 

ok bai!


Sunday, July 14, 2013

rararambut

tahukah anda, sejak hujung tahun lepas hingga awal tahun ni ada dalam limanam kali aku bleach rambut? dye dengan bleach lain taw. bleach tu macam kikis rambut pun ada, oklah ayat sebenar dia "luntur" kan warna rambut. aku guna ini, tapi tak ingat which colour.


tapi! not the whole head lah, hujung-hujung je, acah-acah ombre hair.

menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian jahanamlah rambut. dulu rambut aku ni jenis 2-3 tak sikat pun takpe, kadang pergi kerja aku uruskan pakai jari je, ikat, pakai tudung. sekarang? T_T

so, sejak rambut rosak aku memang tak boleh pakai shampoo + conditioner lain, selain dove straight and silky ni. try loreal pun tak jalan. 

power!

ok sebenarnya nak ejas rambut raya takda masa lagi, help!

ingat nak macam ni :


*joget pusing-pusing*

ok bai!

Thursday, July 11, 2013

re-blog matlufti : 9 Julai


Aku kembali ke sini. Ke tempat yang dahulunya kita pernah berjalan.

Bersama.

Ingat lagi kita lari dari hujan? Cuba menyorok dari rintik renyai malam itu. Di hentian bas kita menumpang teduh, kau lilitkan mafla pusing kepalaku, sambil mengomel

“Comelnya Luthfi pakai tudung.”

“Macam pakai kain kapan ja...”

Ingat lagi kedai kek di celah kota raya Victoria itu? Di antara perut pusat beli belah dengan mulut jalan, kedainya masih di situ. Masih seperti hari kita membeli beberapa biji macaroon pelbagai warna, 

sebelum kita membeli beberapa biji lagi warna yang paling sedap - ungu dan merah jambu.

Tiga kali aku cuba singgah Perpustakaan Negeri. Pertamanya tutup kerana terlalu awal. Keduanya tutup, terlalu lewat. Ketiganya baru sahaja sebentar tadi, tidak boleh masuk kerana terlalu banyak bagasi di tangan. Tidak mengapalah, bukan ada siapa pun yang mahu meneman beradu catur ke lewat hari.

Ingat lagi krim Vaseline? Dibawa kehulu kehilir di dalam beg tangan biru. Kita calet buat sapu jari-jemari dan bibir yang kering dek dingin angin musim sejuk. Aku tanya farmasis tempoh hari, krim ini boleh dimakan tidak. Jika ya, teringin juga mahu menjamah buat subur hati kering ini.

Aku masih tidak pandai membaca peta dan jadual tram. Bodoh dan sesat seperti dahulu. Hairan bila kau pula yang pantas menghadam arah, menidakkan stereotaip wanita buta peta. Ingat lagi aku pernah memuji kebolehan kau yang satu itu?

“Hebat!”

“Mesti la hebat, orang independent kot!”




Harapnya masih independent lagi sekarang.

Harapnya makin independent berseorang.

Sudah besar bukan?

Selamat Hari Jadi ke 23.

Semoga baik-baik saja di sana :)


Luthfi,
Tullamarine Airport,
Bye.




bila orang kelakar macam mat lutfi ni tulis something like this terus aku jadi pisang, haish mata masuk habuk :(

eh kejap, kira mat lutfi dah ade makwe keeeee ni? :p

ok bai!

Monday, July 8, 2013

weekend




eh macam banyak nak update pasal bagan lalang ini, tapi macam banyak pula masa saya kan? sempat upload kat instagram pun dua je gambar. padahal banyak gambar dalam hp ni ha. video #gediksikit tu aku lah dalangnya, dah lah tengah suka lagu tu. dah lah depan mak aku sendiri pulak tu. wahaha! 

ok bai.!

Sunday, July 7, 2013

kasut

i was watching KIL,

eh pesal ter-speaking london ni.

aku tengah tengok KIL aku terlelap, yeah sabtu hari tu beli dvd dia. aku terlelap bukan sebab movie ni boring, fav movie kot. redza minhat kot. tapi dah dua malam tak tidur betul-betul. abaikan.

masa terlelap 10 saat tadi aku mimpi ada orang sarungkan kasut kat kaki kiri aku.

dalam mimpi tu aku tarik cepat-cepat kaki aku, dan terus terjaga. ye, bila terjaga memang kaki aku terangkat ssikit

tak kelakar sebab badan berpeluh, nafas sesak. nak muntah.

eh pesal aku tak update kat twitter je ni?

sebab...

ughh aku nak buat maggi kari kejap. last makan 1 tengahari tadi.

ok bai.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, July 5, 2013

Taman Tasik Cyberjaya

pergi jog (dibaca 20% jog, 80% kemho) dengan Noreen kat Taman Tasik Cyberjaya hari tu, dengan aku senang, kalau rindu meh datang mengadap. eh? berlagak teruk ni kakaka!

eh, bestlah tasik cyber! next time nak datang lagi tengok "Beckham" joging tanpa baju :p nah sedikit view. eh, ok tak.

 



siap ada pulau, teratai bunga indah lagi. ada menara tinjau lagi.


inilah perangai noreen sebenar.  
handsome.

aku bila cakap aku joging, aku takdalah joging beriya-iya lari semua tu, since kaki kanan aku ni pesal tah dah tak vampire sangat sejak sakit ni ni tak leh nak pecut. so ala-ala kadar je, more to "riadah" ambil angin kasi berpeluh sikit dan apa lagi, ambil gambar lah!. hehehe. tapi aku buat 2-3 kali seminggu, at least kat jog track bawah rumah aku je. mula-mula rajin lah pakai RunKeeper, lepastu tak. kikikiki.

btw thanks for the visit Noreen, and makanan dekat TokioCafe semua nak sedap, aku siap dinner dua plate lagi! wahahah!

ok bai!

Maria & Mariana Cheng

dah lama nak cerita, eh takdalah lama. minggu lepas je ni terjadi lepas habis exam.

so lepas exam, makan kepsi kat the mines dengan kak Ket. adalah mamat meja sebelah tetiba datang ke meja kami. ntahnya tetiba nak ajak pergi convention office dia etc etc etc padahal nak mengorat si Ket teww :P

last sebelum dia blah, "apa nama awak, Maria eh?" sambil ibu jari menunjuk ke arah aku. aku apa lagi, "ish mana taw nama i ni ??"

pastu bila dia tanya nama Aket, "yang ni lak, sapa nama?"

Mariana.

kau tahu macam mana nak gelak sembur sambil makan coleslaw? 

aku saspek betul kat Aket, pikap dia lain macam sekarang ni. wahahaha. lepastu mamat tu mintak no fon,  aku kata tak perlu kot. end up dia bagi twithandle twitter aku siap search nama dia "ha yang ni kan? jap gi i follow"

haram. sampai sekarang lah aku tak follow, lupa dah kot nama dia.

tak, citer dia sampai sekarang aku dengan Aket panggil masing-masing dengan nama Maria & Mariana. kakakaka!



sakai pemalas bukak baju dalam fiting room. eh pesal sekeping sangat aku tu??

 ini malam sebelum exam, ada sedikit usaha pi mph midvalley beli buku. wakakakak. tapi kau jangan risau Farrah, tahun depan kau pi exam sorang-sorang eh? kami CONFIRM lulus both paper :P

selain usaha beli buku, kami juga ada usaha memanjat tangga paling di maeps. sekian. semoga saya dan ket ketemu lagi tangga ini tahun depan kahkahkakh!



Jun 27, 2013 | by skyherine on Keek.com

ok bai!


skyline


ingat aku pernah quote "jangan cakap korang tu bff kawan sehidup semati bff comolot selagi korang tak sanggup tadah muntah hijau kawan baik kau dengan tangan kau sendiri?"

yeah, dah setahun sudah peristiwa ni. bukan pengalaman pertama jaga orang sakit, masa mak aku dulu lagi teruk muntah post-operation dia sampai aku dah takde perasaan kemaskan. seminggu jugak bentang selimut tidur atas lantai kat hospital. sebab tu masa jaga arwah bapak aku tak pernah terbeban, sedar-sedar dah seminggu tak tidur end up muntah-muntah exhausted teruk. tapi takpalah, itu yang aku mampu bagi kot.    kalau kaya macam TMJ aku campak-campak je duit nah pi dok hospital mahal-mahal aku busy. eh. eh. tersebut TMJ pula.

banyak betul mengajar aku ni. masa sakit lah kita dapat other side of people. yang acah-acah tough kalau Tuhan dah bagi sakit, memang lemah jugak. 

peristiwa ni jugak mengajar aku it is okay to be alone. mana tak nya, hampir sebulan duduk sorang dekat rumah sewa. memang hebat kot Balqis. sebab tu sampai sekarang aku terel, takdelah sikit-sikit nak berkepit dengan Kak Aket.


cepatlah fully recover, nak mula akitiviti lasak melasak panjat memanjat semula. air terjun sungai chiling, at least :B

Tuesday, July 2, 2013

punca.

minggu lepas was bad. really bad. teruk namati. lepas satu-satu aku mendapat. sampai termarah jugak "what the fucking hell is wrong with you, you, and you!?" 

dah lah dengan exam lagi. itu ini. 

kau tahu aku ni jenis suka buat bodoh? suka tunjuk tak fokus aku dalam sesuatu benda. satu je sebab dia, sebab aku dah tahu. sebab aku already know, like "yeh, aku dah agak dah".  kadang-kadang aku rasa aku ni Alice Cullen pun ada :P

macam zaman belajar dulu, sampai kena sound dengan lecturer "awak budak kl kan, awak ingat awak datang penang ni bercuti ke?" sebab fail 2-3 subject.

damn mulut neraka seorang lecturer. tapi, bila aku fokus sikit, sikit je aku boleh dapat dekan, tahu? bukan susah, tapi aku malas :p masa lecturer buat revision math dengan aku, aku boleh tanya lecturer aku "lah ini je ke? pesal senang sangat?"

sebab aku bijak, bijak tapi malas. degil.  :P perff seronok betul up diri sendiri.

samalah macam apa jadi sekarang ni, aku tahu apa aku buat. aku tak suka orang membebel banyak, cakap benda penting sudah. tak perlu ulang benda yang sama. 

sampai balik keje petang jumaat  tu aku dah tak boleh nak handle. apa lagi, nangislah! penat tahu? 

Aket masuk bilik nampak aku menangis takdenye dia nak pujuk "menangislah kau, lama dah kau tahan tu, i choose to be happy, ya aku tahulah kejap lagi nanti aku pulak menangis :p".

bongok kan. ha, macam tu lah nak handle seorang Balqis. jangan dipujuk :P

malam tu tengok world war z midnight, pesal tah citer tu tak takut langsung. kelakar lagi ada.


aku tergelak besar tengok gambar ni, nampak tak mata tak boleh bukak dan  muka serba annoyed tu? :B

kau rileks je kis. 

sabar.

satu perkataan power yang boleh tenangkan aku. satu reason aku ni ada "kuat sikit". yeah, aku tengah bangun balik lah ni :)))

ok bai.

ps : ini aku bebel random kat sini sebab hati resah dan berat dua tiga hari ni. aku lebih suka perati. diam bukan maknanya tak tahu, atau kalah :)