Monday, January 27, 2014

Friday, January 24, 2014

pemandangan yang selalu dan jarang kita lihat.

padang sekolah rendah saya :D alamak, kata nak update pasal sekolah rendah, nanti ye.

teh tawik place ioi puchong pun kawasan gua jugak. of course lah sbb view minum teh tawik sambil merenung hiba tasik kan. 

pemandangan office ada renovate sikit, macam biasa gua peluk tubuh sambil perati je dari jauh dorang keje keras. ahkahkah! ok tak. jangan berlagak bos sangat balqis.

mamak kembar gua, gua tak boleh duduk meja lain, kecuali yang ini.  *tepuk meja, dan blah*


eh tak, sebenarnya saje show-off effect sweep panorama ni. sesape team sony yang sila update andru 4.3, anda  akan menghadapi kehebatan cameranya! eh takdelah hebak mana pun, cuma bagi aku yang pemalas nak download app nak tambah effect bagai-bagai ni, aku suka lah. mudah.


nampak? fisheye, miniature pun ada under picture effect tu. nanti rajin aku bagi hasil tangkapan.

ok bai.

#TazkirahSikit

Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terpikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
Itu adalah اللّه yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu (QS 4:114, 2:195, 28:77).

Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?
Itulah adalah اللّه yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA (QS 12:86).

Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima telefon darinya?
Itu adalah Kuasa اللّه yang sedang menghiburmu. Tidak ada yang namanya kebetulan (QS 3:190-191).

Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk kau dapatkan?
Itu adalah اللّه yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya (QS 65:2-3).

Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
Itu adalah saat اللّه mengizinkan kau untuk diuji, Dan اللّه ingin mendengar rintihan serta do’amu agar kau menyadari akan keberadaan-NYA….
Karena tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan (QS 47:31, 32:21).

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiran-NYA…, dengarkan suara-NYA yang berkata: “Jangan khuatir..AKU di sini bersamamu.” (QS 2:214, 2:186).

nak menitik jugak air mata jantan aku baca ni :/

ok bai.

Thursday, January 23, 2014

jog sam pengs

ok ini memang kena tulis dalam diari. kah!

semalam jog Ket turun awal, aku nampak dia dah 3-4 round tasik. so dia stop bila nak masuk 6 round, aku ajak dia pi jog panjat bukit belakang kuarters presint 9 tu (port rahsia nii, tak ramai tahu sshhhh!) sebab sesekali nak try jog daki bukit, baru gigil lutut kau haa!

so sebelum menuju bukit, si Ket kata nak beli air dulu kat petronas tepi umah. sampai petronas aku ingat taknak masuk sebab badan panas-panas jog tak boleh terus masuk aircond. ntah kenapa aku masuk jugak . tiba-tiba sampai je kat depan peti sejuk Ket tersungkur jatuh ke depan. habis semua keropok kat rak petronas tu bersepah jatuh ke lantai sebab tangan dia. aku ingat dia tersadung, maka aku gelakkan je lah kan, biasalah Balqis bab menggelakkan orang nombor satu. tapi siyes kelakar kot cara dia jatuh, wakakakai!

pastu dia bangun macam semula macam takda apa berlaku terus bukak peti sejuk pastu tiba-tiba collapsed jatuh ke belakang. terlentang, tahu? nasib baik aku yang pantas macam vampire ni dalam tak sampai 0.5 saat terus tahan dari belakang terus melutut dan memangku si Ket yang dah KO. memang dia "hilang" kejap. aku panggil tak menyahut. macam drama sikit, masa atas pangkuan aku dalam 15 saat tu terpanik jugak lah kan. baru nak lempang, dia sedar sendiri terus tanya "eh aku pitam ka tadi!?"

boleh tanya macam tu? kahkahkah!

cilakak macam orang mabuk pun ada cara pitam. dah la ramai orang kat petronas tu time petang-petang gitu, dengan orang tengah beratur kat ATM lagi. sekor pun tak tolong, mungkin sebab dorang nampak macam kami main jatuh-jatuh macam Mawar Rashid ke? hahahaha! paling teruk, ada kakak tu  tanya "dia ni memang ada sawan ke?"

kahhhhh! memang tersembur aku gelak, bodo nii


ha nii siap bukti lagi chillax depan peti sejup lepas pengsan, nasib baik kami ni pandai cover malu kucing dengan penuh macho lepak minam-minam atas lantai, thanks lah tukang amek gambar kan :p


ini route semalam zzz yang titik-titik oren tu pusat pengsan haha! oh ye sekarang dah tak pakai runkeeper , kite pakai nike plus running sejak ada kasut baru ni kan aha
Naik vs Apipas. 

sebenarnya aku tak suka kasut jog, sebab...err..susah cari size. ini pun besar sikit, bak kate member kena pakai stokin tebal-teballl hahahaa! yayy beli kat kedai member wangemmy mula-mula janji nak bagi 20% sekali bos dia punyalah hensem perangai bagi 50% wahahah syok!


ok bai!

Tuesday, January 21, 2014

cwintak!

semalam balik kerja seperti biasa aku akan lepak bilik Aket sembang apa yang patut dan update hal masing-masing. ini rutin.

so semalam sembang berat. pasal cwinta. pasal lelaki, dan pasal kawen, eceh! 

aku quote "at the end, kita nak orang yang masih gilakan kita walau dah lama bersama, masih "study" pasal kita, masih "chase" kita walaupun dah dapat kita, dan terima serta sabar dengan kita dalam pelbagai bentuk baik dan buruk."

itu definisi mencwintai, sayang dan suka kau dengan ikhlas, bagi aku lah. bagi korang ntah lah, lantaklah kan. kahkahkah!

dan lagi satu, mencwintai dengan ikhlas bagi aku adalah mencwintaimu unconditionally (nyanyi lagu unconditionally katy perry). mencwintaimu ikhlas atas dirimu sahaja tanpa sebab. 

bukan sebab fizikal, bukan sebab minat sama, bukan sebab kau best. bukan sebab kau fun. bukan sebab kau ni lucu. bukan sebab kau kaya. etc etc etc.

well people changes, dia tak boleh 24/7 comel, 24/7 fun, 24/7 kelakar. 24/7 kaya. 

contoh bila kau ni seorang fun, tiba-tiba kau pms kau buat garang kau, emosi marah-marah kau. fun kau hilang sekejap. kalau orang itu masih suka kau, sayang kau macam biasa, masih tak berubah hati..haa itu ikhlas. 

bukan disebabkan dia emosi satu hari, kau hukum dia forever. 

contoh paling mudah, kau cwinta dia sebab dia kaya. sekali mana tahu dia dah tak kaya. kau mahu stay?

ok last, contoh terpaling mudah aku bagi. cwinta sebab fizikal. hari ni dia cantik langsing, esok dia messy dah tak sexy malah berisi. haa...terpulang.

nampak?

eh panjang lebar pulak kan aku membebel.

so, tiba-tiba si Aket cakap satu ayat yang buat aku terdiam.

"sebenarnya kita mahu orang yang boleh jaga anak-anak kita bha.."

terus aku wah! i like that! 

jauh betul pandangan si aket ni. sweet betul . aku baru bab bercinta, dia dh sampai ke anak, kahkahkah!

ok aku mengaku, aku bukan jenis suka budak. di kala semua perempuan acah-acah sweet tunjuk ciri-ciri keibuan mereka suka kanak-kanak untuk tarik perhatian lelaki, aku tak. lagi-lagi baby. aku tak reti handle. obviously sebab aku takda anak lagi, kot?

kecuali! aku suka kanak-kanak perempuan yang agak besar dalam 2-3-4 tahun tu. macam anak Atita Haris, macam Delima Nurqasdina. macam dulu aku obses Suri Cruise. itu ye. mungkin sebab dorang dah besar so boleh pakaikan kasut converse dan baju-baju gengster. ahahah!

tapi berbalik kepada ayat aket tu, betullah. terus aku termenung...

zzz..

ok bai!

ps : eh seronok lak lama lepak sini, bila last aku login twidder ha?

Friday, January 17, 2014

Sekolah!

baru hantar bapak Aket ke airport. seminggu dia kat sini selesaikan beberapa hal. seminggu jugak bawak dia jalan-jalan, non stop. penat tapi best. pasni dah takda dengar orang panggil aku as Adik. "Adik, adik dah makan ka? Adik tak penat ka? " Haha! Tapi siyes, aku pulak yang bergenang air mata kat airport tadi. yeahhh, yang sebenarnya aku rindu bapak aku. Ni bila bapak Aket ada sini, boleh lah sikit-sikit menumpang kasih seorang bapak :')

paling touching bila dia cakap "kamuorang baik-baik sajalah di sini, bapak dah anggap adik macam anak kandung sendiri, Ket jaga adik, adik jaga Ket, nanti adik kawen bapak datang lagi ya.."

*cough cough* (kawen yang ntah bila lah kan bapak.)

dannnnn, seminggu jugak gua tahan sakit buat-buat tough (tahan ke? padahal MC dua hari tidur siang mcm mati kena tembak kahkah!) depan orang tua akhirnya sampai rumah tadi terus pengsan, demam, batuk pakej selsema bersin non stop. dengan Aket-Aket sekali deme. dah lah baru baik dari sakit perut seminggu. rasa mcm bayi nak bertukar bulan kan, tapi aku nak bertukar ke 3 series..wah!

ini gambar petang tadi di bekas sekolah rendah i. nampak gembira kan?  eh lain kali lah cerita. nak layan demam tidur minggu sampai depan..


ok bai!