Friday, March 14, 2014

kawien.

"kahwin ni 6 bulan je best Kis, lepastu dia dah mula tunjuk perangai hodoh dia, garang dia, dah nampak perempuan lagi elok dan lagi best kat luar sana" - ex-Bos, 2009.

statement ini melekat dalam kepala hotak aku sampai sekarang. inilah akibat persekitaran kerja dalam pejabat 70% lelaki. (ya aku dah bagitahu ni lapan belas kali dah ni).

jadi aku dah terbiasa dengan perangai lelaki ni tak kiralah bujang je suami orang ke, duda orang ke, bapak orang ke....dah lali. segala aktiviti diorang, how they act kat office dan out station tanpa bini, aku tahu. 

sebab tu aku ni memang tak pernah nak percaya kat lelaki. selalu aku letak 50-50.

di tambah pula dengan pelbagai cerita dan pengalaman alam perkahwinan yang aku dengar secara langsung dan tidak langsung dari kawan-kawan perempuan aku.

aku sangat terdedah dengan persekitaran yang penuh skandal dan pelbagai masalah rumahtangga. anak dara sama suami orang tu memang bersepah. tak pelik dan gila mana pun sebenarnya.

suami orang sama isteri orang.
isteri orang sama suami orang.
bujang sama isteri orang.

ada.

sesetengah orang anggap pergi kerja ni satu escapism dari realiti. realiti rumahtangga yang dah tak best. mereka lagi seronok keluar pergi kerja, atau keluar mencari aktiviti dan hobi lain.

sebab tu aku pernah kata. "nak buat orang suka/sayang kita mudah. nak mengekalkannya susah." samalah macam rumahtangga. nak kawen seronok, nak mengekalkan tidak mudah.

amboi kalau nak fikir masalah mendatang memang takkan habis. dan dalam rumahtangga ni, bukan masalah ini je. banyaaaaak lagi masalah lain kau kena tempuh bersama. jangan ingat masalah curang ni hardcore sangat dah sampai kena cerai berai. bab tanggungjawab, nafkah segala mak enon dan macam-macam.

wah aku sembang macam dah kahwin 10 tahun.

so, back to basic. back to Him.

itulah jawapan bagi segalanya. aku sendiri tak tahu bahagian aku macam mana nanti, semorang pun tak tahu, entah panjang ke tidak jodoh aku.

aku yang konon kasar, lasak, jiwa kental ni penakut sebenarnya. takut dengan relationship.

"Apasal aku mahu kahwin? Aku nak ada sebab untuk kekal hidup, kekal berusaha. Aku nak rasa terbeban dengan harapan. AKU NI BEBAS SANGAT." - @abelljefrry, 2013

exactly.

Lillahi ta'ala.

yeap, Balqis yang kononnya don't believe in marriage are now married.

"You don't want to be named as anybody's girlfriend, and now you're someone's wife?" - 500 Days of Summer [2009]

ok bai.


  • ps : terima kasih di atas segala ucapan tahniah via sms, whatsapp, fb, inbox, instagram segala. 
  • pss : twitter aku bukan deactivate, aku uninstall kejap. memang tak bukak since january.
  • psss : gambar buat masa ni masih menanti dari official photographer. ada lah sikit-sikit dari handphone aku dan sumbangan kawan-kawan hahahaha!
  • pssss : aku nak update segala persiapan, party bujang etc etc later. tunggu ye. mak busy noks sekarang. entri ni pun aku dah draf lama, cuma tak post.
  • psssss : doakan aku :)

Wednesday, March 5, 2014