instagram akiss

Friday, March 20, 2015

the venue.

masjid besi depan opis, punya banyak satu malaysia satu dunia ni kau pilih depan opis haha. tak lah, ekceli pilihan pertama aku adalah Masjid Al-Munawarrah, Seksyen 27 Shah Alam. masjid yang mempunyai 1001 satu kenangan bagi kami sekeluarga.

tapi tak da rejeki wat kat situ, terus la ke masjid besi, atau nama rasminya, Masjid Tuanku Al-Mizan.

tips nikah di sejid besi,

1. Sila booking ruang nikah dengan men-download borang di SINI dan hantar ke pejabat masjid besi. kalau anda tak pandai nak download, sila walk-in sendiri ke pejabat urusan sejid, ambil kat situ. mereka caj RM100 masa tu untuk sewa ruang masjid. 

ruang nikah tersebut.


2. Jurunikah masa zaman aku kena pergi dekat Masjid Putrajaya, so segala dokumen nak kawen kena siap tandatangan ke Masjid Putrajaya, Presint 1. aku rasa sekarang masjid besi dah ada jurunikah.

3. Katering WAJIB ambil katering yang telah disenaraikan masjid besi sendiri di SINI. semua makan atas tikar, tidak dibenarkan letak kerusi.

4. Tidak dibenarkan buat mini pelamin. jangan risau, pihak sejid dah sediakan karpet, kipas, mikrofon dan kusyen duduk untuk nikah (rujuk gambar di atas)

5. Tiada sesi pertukaran barang hantaran. so kalau mahu ber-dulang girls bagai, sila buat di rumah. simpan segala hantaran handbag LV kau di rumah, atau buat di majlis sanding kamu nanti. macam aku, aku bawak yang utama ja.


ini main hantaran aku bawak, mas kahwin, Al-Quran, dan cincin nikah. duit hantaran dah siap bagi masa majlis pertunangan.

ok sekian, untuk info lanjut sila baca peraturan di SINI, atau call la terus pihak pengurusan sejid untuk lebih jelas di talian 03-8880 4300.

ok bai.

Thursday, March 19, 2015

the kasut



the kasut nikah, beli kat The Mines, cap apa tah harga mampu milik hanya RM49.90. boleh pakai seumur hidup kerana ianya seketul flat shoes. ni masa the next morning nikah, sebab malam tu aku lupa aku tinggal kasut kat mana, so balik umah pas nikah berkaki ayam -_-


dan ini one of the hantarans. converse wedge-heels. thanks Aket di atas gubahan.


ok bai.

Saturday, March 14, 2015

the goodies.

cawan teh tarik, dalam ada bahulu bunga dan sweets. cawan teh tarik, simbolik sangat kat aku yang suka lepak mamak tu -_-


brown bag, doily paper dengan cawan beli dekat Wakim, Chow Kit. semua ada situ. cawan teh tarik pun beli dekat chow kit, seberang jalan wakim ni. kedai cina nama kedai tak ingat, pembekal kaca plastik gitu nama dia, semua ada situ. satu cawan ni aku dapat RM1.80 tak silap.

cawan teh tarik cap Royalex tersebut, murah dan tidak mudah pecah ahhaha! logo R&B (cewah) tersebut adalah transparent sticker order siap kat Alamanda di booth depan kedai Nikon, Chatime, Noodles Station teww.

kuih bahulu tu kawan mak aku sedekah, dia buat sendiri, fresh from pahang. aww :3 gula-gula beli kat Mydin, setel.


ini pula bunga telur untuk 50 tetamu bertuah. matching kan dengan dress nikah i . haha. bunga ni beli last minute atas permintaan omak, beli kat warta bangi sahaja :)

ok bai!

Tuesday, March 3, 2015

the inai.

so ini inai mak aku pakaikan. dengan si Aket sekali pakai ;p

mula-mula balut jari dengan hansaplast, baru tepek inai, paham? 


pastu celah jari letaklah gumpalan kapas atau tisu atau kalau korang rajin cari kat manicure padicure tu ada natang bagi sengkang jari, iolls pakai tisu jekk :p 


disebabkan malam tu dah flat gila, pakai inai pun kul 1 pagi, aku tidur terus. pagi tu repeat lagi pakai inai. malam tu inai turns red. wow! sampai aku nak naik ofis jadi segan sebab jari merah sangat wakakak

gambar mak pakaikan ade, tapi malas lak nak conteng-conteng cover tak pakai tudung kan. hahaha tips inai merah, pakai daun inai tumbuk letak arang sikit, dan buh air limau sikit.

ok bai!

the kad kahwin.

here is the detailz, untuk lengkapkan entri saya the majelis. macam biasa rujukan aku di pinterest, mula-mula nak kad brown paper ni :



pastu the day nak hantar draf ke Printar, aku tukar nak chalkboard. haha



so yeah, ini hasilnya. masa siap print tu aku betul-betul kagum lihat mutu kertas dan warna dia. sangat-sangat menepati warna yang aku mau, so yayy!


satu bulan menuju tarikh, bersepahnya atas meja keje sesepah kepala otak dengan persiapan, amek kau. siap beli pen putih nak tulis nama jemputan. cewah.


ini real colour kad kawen, thanks Razlan untuk gambar ini. suka aku tgk ekpresi si bazardry kt belakang tu. hahahaha! 

kebanyakan kad aku hantar by hand, lagi-lagi kepada MY WAJIB DATANG people. mana yang tak sempat, aku post. dengan busy kerja, takda transport lagi. memang tak pat hantar by hand semua. so Alhamdulillah, kad semua berjaya di edar on time. 

so, kalau uolls area Putrajaya, Bangi, Kajang atau seangkatan. boleh contact 0177704409, Encik Azim, Printar Bangi. atau like FB https://www.facebook.com/PrintarBangi , boleh balas-balas DM or email dengan mereka design yang uolls mahu. [Tel/fax +60389127929 Email : printarbangi@gmail.com.]

ok bai.