instagram akiss

Thursday, June 18, 2015

buffet sarapan pagi

tahukah anda, aku ni adalah penggemar sarapan? paling suka kalau hotel punya buffet breakfast. siapa pernah check in dengan aku tahu macam mana banyak dia punya round makan dari nasi lemak - western - bubur - roti bakar - telur - habis semua aku boleh makan.



ini sarapan bufet masa pre-honeymoon masa 1-st anny ececeh, ini pun sikit makanan.

aku teringin sebenarnya makan sarapan kat hotel, tapi tulah kan.. kena tunggu lepas raya hahaha bengong orang sibuk juadah puasa kau pulak sarapan. eih mana hotel ada sahur buffet? :p


ok bai!

Thursday, June 4, 2015

planner, bajet majlis kahwin.

ok sambung sikit pasal majelis, bab planner. aku ni bukan lah seorang OCD sangat, sikit-sikit je. cuma aku naktaw lah flow persiapan aku macam mana. 

aku google, and dapat dekat...alamak tak save link. tapi kalau uolls nak draft dia aku masih ada. aku ejas ikut aku punya timeline aku dan items yang berkenaan. ihiks. 


anggaran sahaja. kalendar belah kanan tu aku tambah, yang aku highlight kuning tu tarikh gaji. so senang nak plan cari barang etc. dan, ini planner yang konon nak nikah September, 2013. huhuhu


senarai jemputan awal. yang konon 300 orang tu ahahaha,  bayangkan kena cut sampai 150! urghhh.

so bila kira-kira dalam bawah 10K, plan awal nak buat kenduri doa selamat kat rumah selain masjid, aku tak jadi buat sebab konon nak majlis sekali dengan adik. maka, just buat kat masjid sahaja. 

sebenarnya kalau uolls nak lagi jimat, buat majlis nikah kat umah je. laaaaagi jimat. kalau umah besar syok. aku sebenarnya nak buat kat homestay (best gila homestay ini 3 tingkat siap wifi boleh masak owner pula kacak ok tak!) yang aku duduk tu, tapi owner tak benarkan takut halang jalan. so, proceed buat kat masjid. 

so, sekian bab bajet. terpulanglah pada anda. nak belanja banyak or sikit.

ok bai!

Wednesday, June 3, 2015

hospital kerajaan vs swasta

this post due to satu group di fb. punya aku annoyed sampai aku terkomen, selama ini aku banyak ignore sebab aku join sebab nak info je, biasanya aku boleh deal haha

aku memang ada kepantangan dengan ketidakpandaian (atau bahasa kasau, kebodohan) manusia ni. tak boleh terima betul orang bandingkan KK/Hospital Kerajaan dengan Hospital Swasta.

dah macam awak bezakan Kancil Turbo dengan Audi RX Coupe pula. 

clearly, Hospital Swasta awak bayar lebih. LEBIH SANGAT, bukan setakat serat-dua. malah riban-riban. of course awak dapat layanan tip-top meletop tebaboom!

faktor bebanan kerja, dan jumlah pesakit agak kurang dari Hospital Kerajaan menjadi sebab musababnya. bila patient kurang, masa menunggu pun kurang. benda basic bro. awak pergi KK/Hospital Kerajaan, ramai kan? waktu menunggu pun mestilah lama. lainlah kalau awak masuk takda orang tapi awak tunggu nak jumpa doktor sampai 3-4jam, haa itu tak betul. haha

aku bukan takde pengalaman dengan hospital swasta tu, contoh Subang Jaya Medical Centre (SJMC). berapa kali mak and abah dulu warded kat situ. memang lah syok habis, macam duduk hotel. nurse kemain baik. pastu, bila discaj tengok bil, rasa lebih baik buat pergi melancong ke London, haha. huh nasib baik company bayar.

sebenarnya semua terpulang kepada sikap kita. cuba sabar, dan jangan banyak songeh? paling teruk, jenis manusia yang TAHU SEMUA (Mr. / Mrs. Know-It-All) ni yang bermasalah. 

pergi restoran, awak nak jadi chef.
pergi bengkel, awak nak jadi mekanik.
pergi hospital, awak nak jadi doktor.

awak je pandai, awak tahu semua. please kurangkan perangai ni. awak masuk tempat orang, awak nak ajar orang buat kerja? kita masuk tempat orang, kira macam minta tolong dia. so be nice. kalau awak eksyen, hmm. babailah ko. tengah sakit pun nak banyak songeh. bukan nak muhasabah diri. cewah

rezeki ni bukan muncul dari segi wang ringgit je taw. rezeki Allah itu luas. urusan dipermudahkanNya, dapat nurse baik, dapat parking dekat, dapat layanan ok pun dikira rezeki tahu.

sebab tu aku kalau ada something ketidapuasan hati aku malas nak rant-on kat fb atau kat mana-mana. malu pulak rasa. dan aku percaya hukum "what-you-give-you-get-back" ni. yelah, mana tahu kita pernah buat hal kat situ, Tuhan bayar kat sini. atau lebih tepat perkataannya, Kifarah. konon nak bukak aib orang, awak terbuka aib sendiri. siap maki mencarut tak ke mencerminkan diri awak sendiri?

so, kesimpulan dia mana awak pergi, hospital or kerajaan ada pro and kontra. terpulang pada individu itu. sentiasa berdoa agar kita dipermudahkan, dirahmati & diredhai. minta benda yg baik dpt yg baik. takmo selalu cakap yg tak baik nanti benda yang tak baik kita akan dapat.

ok bai!

ps : saja guna "awak", takut nampak entri marah haha dan aku besarkan font blog ni, haa senang baca