instagram akiss

Friday, February 26, 2016

Done bersalin.

Beberapa hari terawal setelah aku "done bersalin"entah berapa kali aku terpanggil anak aku dengan membuat bunyi panggil kucing chh chhh chhh sini meh, eh! Nak panggil apa ni?

Yeah, i am that awkward, kaku, gelabah, nervous with my newborn baby boy. Nak bahasakan diri apa pun taktaw. Itu belum tengok aku PERTAMA KALINYA DALAM HIDUP TUKAR LAMPIN BUDAK! Ya Allah, ngeri tengok diri sendiri :p

Dan suddenly tiba-tiba aku di-wish welcome to the club kis!

What club?

Kelab Tak Tidur Malam.
Kelab Pergi Klinik Hari-Hari Check Kuning Anak.
Anak Ngempeng Club.
Kelab Makanan Pantang Kegemaran
Geng Bertungku dan Urut.
Kelab Test Power Pampers.
Kelab Pelupa Teruk.
Kelab Sembelit, eh!!

dan terbaru, Kelab Rindu Anak Kat Opis, haha. 

Tapi itulah, hari ni dah seminggu hantar anak bujang ke pengasuh. Mula-mula malam tu aku tak boleh tidur mengenangkan nak berjauhan, tapi omak kena kuat. Ada orang nasihat, ibu masa pergi kerja jangan sedih, mood jaga, jangan stress, nanti efek kat anak kat pengasuh, lagi-lagi baby bf ni, memang kuat instinct teww, dan lagi satu bacakan Al-Fatihah untuk anak, pengasuh dia. InsyaAllah.

So, 

29/10/2015
2013 HR

Maka rasminya saya menjadi seorang ibu mak emak ibu ummi mummy mommy hehe. Minggu depan dah nak cukup 4 bulan dak Ozil tu. Alahainya. Gedik panggil Ozil, nama sebenar dia Muhammad Aniq Aezril.

Bila ditanya apakah perasaan, dan soalan seronok tak ada anak?

:)

Tak tahu nak jawap apa, cuma aku.. camane eh nak cakap?  

I see world in a different way now.

ya, itulah ayatnya. Dan paling ketara, Whatsapp petang baru bukak dan dah lupa tidur seperti kucing itu apa.

ok bai!

ps : nak ke aku tulis pengalaman bersalin di sini? or my bf journey? tunggu situ!