Wednesday, March 23, 2016

diet alkali.


lama jugak aku termenung tengok gambarajah di atas. selain diet atkins, kalau anda dah bosan jadi gemok bolehlah cuba diet alkali ini. 

ok bai.

Monday, March 21, 2016

minyak kelapa dara dan kebaikannya kepada diri ini.

sejak jadi ibu-ibu ni, memang takda lain lah kerjanya. baca. baca. dan membaca. itu je kerja, dah macam buat research dah aku ni. siap print out. tak puas dengan desktop kat office, sambung kat handphone. 

so bila nampak aku main hp bukan chat ok, aku tengah google-normal-tak-bayi-kerap-yak! 

hehe, aku rasa semua ibu-ibu sedunia pun sebegini, memang ada anak ni sebenarnya banyak kena try and error. sesuai ke tidak, boleh ke, apa kesan sampingan semua kena ambil tahu. dari hujung kepala hingga hujung kaki. 

emosi anak = emosi ibu. anak happy, happylah si ibu. comel si anak, comellah si ibu. eh!

ok nak share, ini produk. mak aku lah ni suka suggest itu ini. 

"anak kwn mak doktor tu sapu satu badan anak dia dgn vco, cuba angah try .."

vco, virgin coconut oil. minyak kelapa dara.

eh, why not? sebelum ni memang aku makan yang pil satu brand tu, now tukar. aku mahukan penyerapan yang optimum, so aku pilih yang ini. 

biasa lah mak-mak kita memang ada juta-juta petua. kita dengar, jangan melawan. ada rejeki kita try, kalau mujarab, Alhamdulillah. 

selain telan tiap malam 2 sudu cecair VCO ini, satu badan budak ni aku sapu, aku tengok terkawal ekzema anak aku. makanya, sejak jadi "Bro Organik" ni, VCO ini paling win.



ok nak list kan kebaikannya, aku dah pendekkan. yang panjang baca di SINI; mohon hadam.

  • Boleh meningkatkan penghasilan susu dan memberi nutrient kepada ibu yang menyusu. 
  • Boleh digunakan untuk memulihkan kulat susu (trush) di lidah bayi kerana sifatnya anti-fungal. 
  • Untuk urutan badan bayi anda. 
  • Sapuan untuk merawat ruam susu di pipi bayi anda.
  • Sapuan untuk merawat ruam lampin bayi anda. 
  • Melegakan hidung bayi yang sedang selsema. Biasanya hidung bayi akan merah semasa selesema. Sapukan untuk melegakannya. Sifat minyak kelapa yang anti-bacteria mampu mengurangkan gejala selsema bayi. >>> ulang lagi : VCO ni bersifat anti-virus, anti bacteria, anti-fungus dan anti-protozoa.
  • Boleh juga digunakan sebagai ubat gigi bayi.
  • Pelembut rambut anda dan bayi. 
  • Menghilangkan cradle cap atau kerak di kepala bayi. 
  • Baik untuk bayi yang mempunyai eczema kerana minyak kelapa melembutkan kulit.
  • Kerana sifatnya yang anti-viral, minyak kelapa dara juga baik disapukan di tangan, mulut dan kaki anak anda yang sedang demam kaki tangan dan mulut (hand-foot-mouth desease) >>> dah kata tadik : VCO ni bersifat anti-virus, anti bacteria, anti-fungus dan anti-protozoa
  • Baik untuk melembutkan bibir yang kekeringan.
  • Melebatkan rambut. Kesannya rambut yang lebat dan tebal.
  • Mengurangkan rasa gatal di tempat bekas gigitan nyamuk atau serangga. 
  • Sapu di muka bayi yang mempunyai jerawat bayi (baby acne).
  • Menanggalkan secara lembut makeup, foundation dan mascara.
  • Melegakan kesakitan akibat jangkitan telinga. 
  • Melegakan batuk, selsema dan kesejukan (flu) pada bayi. 
  • Boleh sapu diperut untuk mengelakkan kembung perut bayi. 
  • Sebagai face moisturizer semasa berpantang dan hari hari seterusnya. Ia mungkin membuatkan kulit muka anda berminyak sedikit tetapi tidak membuatkan kulit anda berjerawat. Minyak kelapa dara dapat menanggalkan kekotoran dan minyak berlebihan yang terperangkap di pori-pori kulit
  • Boleh disapukan pada jahitan episotomy dan natural tear untuk mencepatkan penyembuhan luka dan memudarkan parut.  
  • Boleh membantu melawaskan sembelit semasa berpantang atau hari biasa. Tambahkan minyak kelapa ke dalam diet harian.
  • Mengurangkan kesan stretch mark.
  • Gunakan minyak kelapa dara sebagai minyak masakan semasa berpantang.
  • Boleh di sapu di bahagian dubur bayi untuk melegakan kesan sembelit. 
  • Diambil untuk mengurangkan jangkitan yeast dan candida bagi wanita hamil.
  • Hilangkan kehitaman di bawah mata. 
  • Sapukan diperut ibu yang mengalami ketidakselesaan 
  • Boleh bantu mengurangkan berat badan dengan pengambilan minyak kelapa dalam diet harian.
  • Untuk kesihatan sistem penghadaman jika diambil dalam diet seharian.
  • Boleh sapu sebagai pelembap di bahagian tubuh yang kekeringan.
  • Sifat minyak kelapa dara yang antioksida juga mampu menghilangkan kedutan di wajah. 

BANYAK KAN PEKDAHNYA!? setakat ni 90% list di atas aku buat, Alhamdulillah serasi. pelaburan yang bagus, aku beli dengan harga RM39.90 sahaja (eh tapi ritu pau Farrah punya sebotol ;p) harga bukan ahli cosway. ada size lagi kecil RM20.00 gitu. Boleh beli di cosway, dan mana-mana AEON ke atau pasaraya lain yang ada bahagian organik. 

kalau ada brand lain yang uolls pakai boleh lah komen di sini yekk, sharing is caring muah!

ok bai.

Friday, March 18, 2016

batman lawan superman

soalan yang selalu kita dengar masa tecik-tecik dulu;

kalau batman lawan superman sape menang?

of course ler batman menang sebab aku memang kipas susah matik batman. sebenarnya aku tengah mencongak cuti dan waktu rehat celah mana aku nak pi buat perangai lama. tengok wayang sorang-sorang.

 *jeling ozil*

hehe, so inilah batman baru, Ben..Affleck..aku..tak..berapa..berkenan. sorry, terbayang lakonan babak cinta bagai, last movie aku tgk dia dalam Gone Girl kot seorang penulis dan suami yang curang dan mempunyai isteri psiko ni tetiba jadi Batman, i just..can't..

dagu.
dagu. ni pahal dua-dua Team Dagu Terbelah ni?  yang Superman tu aku suka la since Man of Steel best. 
tapi, ini juga pujaan hati ku. Hai? :)

i am sooooo looking forward to this movie. tapi sebenarnya memang nampak mengarut. siap ada terselit Wonder Woman pulak. tapi tulah kan, sebab Batman kan, Batman.


so, who is your favourite batman? mine is Michael Keaton & Christian Bale!

ok bai.

Thursday, March 10, 2016

setia kee ~



selaku peminat tegar FT, saya adalah suka gila lagu ini. tapi lagi suka versi ini. tapi kenapa perempuan ini terlalu tingginya. suara sedap teroxxx. 

ok bai.

Wednesday, March 9, 2016

Pesta Belon Panas Ke - 8 (Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta)

yayy, belon ajaib datang lagi. dah kali ke lapan rupanya. so malas nak cerita panjang, ini info penting; 


yes! belon tersebut bukan whole day ada dok terbang kat situ sepanjang hari. ada dua sesi, pagi dan petang. so kalau engko pesen bangun lambat kul 10 baru nak mai, jangan la nak komplen "wey belon takde, ko tipu aku!"

jadi, kalau terlepas sesi pagi datanglah petang. tapi aku suggest datang pagi sebab nanti ambil gambar cantik pencahayaannya, #tipsfotografi.

pergi SINI untuk semua info, sekian.

ok bai!

Tuesday, March 8, 2016

bayiku dan ekzema.

aku rasa tips dari topik ini lebih penting untuk ibu di luar sana berbanding tajuk pengalaman bersalin dan bf journey aku, so aku dahulukan topik ini ya. 

ekzema.

bulan pertama, OK.

bulan kedua, OK.

bulan ketiga TAK BERAPA NAK OK! muncul dah penampakan dia. merah-merah di pelipat kaki dan tangan. there you are, anak i kena penjagaan diri yang "high-maintenance" teww! me tryin' to be positive.

*nanges*

ok, it is ekzema. masa check-up pun doc cakap it is mild eczema. sama macam amak dia lah. mula-mula aku frust gak. tapi lama-lama, aku ok. redha.

ekzema ni apa yang orang ramai tahu adalah kulit-sensitif-tak-tahan-panas-takleh-makan-seafood-gatal-gatal-so-garu-garu, ha betullah tu.

aku tahu sebab aku sendiri ekzema. kulit kering, lagi dalam aircond. tak tahan panas, takleh berpeluh. baik stay indoor, joging pun bila cuaca tak panas. so, as a mak now aku kenalah usaha, demi anak, dan untuk diri sendiri gak. aku join Kumpulan Sokongan Ekzema kat FB, which is sooooo full of informations. cuma kena rajin membaca macam mana nak tackle penyakit ini. 

setelah kaji files dalam KSE, aku ringkaskan je. ekzema ni kita kena pulihkan dalaman dahulu, baru luaran. 70% dalaman, 30% luaran.

jadi, apa yang aku sedang amalkan adalah ambil vco, olive oil, ayam organik, kurangkan makanan manis, makan A LOT OF SAYUR dan penjagaan luaran yang lebih terhadap anak seperti elak tempat habuk, sebab aku sendiri alah habuk.

so, doakan kesihatan anak aku, doakan dia kembali flawless handsome macho sihat dan ye, paling kena doakan aku sentiasa bersemangat dan istiqomah mengamal pemakanan sihat ini sebab setakat ni hero aku tu exclusively bf.

okay nah belanja gambar anak. kang ada orang kate aku poyo macam Lisa dan Yusry sorok gambar anak pulekkk ahaks!


gambar pertama keluar blog amak dia! weeee!


masa kena tahan NICU sebab Yellow - Coldplay


 acah gugurl, masa ni flawless lagi tanpa ruam.


nak masuk 3 bulan, dah start ruam cucu.


 tu nampak kat perut. rupanya dia alah pada minyak angin dia T_T 


ini latest, nak masuk 4 bulan. nampak kat pipi and pelipat tangan dia tu? kalau duk dalam aircond dia jadi lagi teruk! merah cangad. yes, ekzema dalam aircond yang kuat pun teruk sebab aircond boleh keringkan kulit. 

sebenarnya cuaca paling elok dia adalah masa hujan, cuaca cejuk semulajadi. gitewww. so kenalah duduk hutan sejuk bina rumah macam dalam Twilight kan..puak vampire betul kami ni, kah! 

jadi, dah tak tahan panas caner nak jadi footballer seperti Ozil? kena tukar jadi doktor ni, Dr. Aezril Cullen. #tetibe.

ok bai.

Friday, March 4, 2016

#throwback asmaul husna


di pagi jumaat yang mulia ni otw pergi kerja radio pasang asma'ul husna versi sejibik masa aku sekolah agama dulu. aku dah tersengih-sengih*cough cough* 

setiap kali perhimpunan kami akan ramai-ramai baca asma'ul husna ini. part mula-mula kemain bergaung satu sekolah suara kami. semua taknak kalah dengan mempamerkan suara merdu, suara konserto bagai. bersemangat! tapi.. bila tang tengah-tengah tetiba makin slow suara..makin lama makin sunyi..sampai dengar "humming" saje..lama-lama boleh dengar bunyi cengkerik dari padang sekolah *krik krikk krikkkk*. tapi bila dah sampai verse akhir kembali bergaung suara!  wakakak! tak hafal lettewww ~

oh mennn, rindu betul zaman sekolah rendah tersebut. pagi sekolah biasa, petang sekolah agama. tapi adalah budak tu an, masuk darjah nam dah takmo sekolah agama, alasan bagitahu kat mak? penat. nak fokus UPSR.

kah!

*terpikir adakah anakku akan begini jua perangai* 

ok jom baca asmaul husna 99 nama Allah S.W.T.

ok bai.

ps : baideway, UPSR i 4A okay, cewah. 

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here. ewah speaking! okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and...