Saturday, November 18, 2017

Cukup. Pathetic. Sederhana.


So again, aku tepek ayat blogger kegemaran aku, Awin GDSJHT ni :

"Ada orang kejar kerjaya dan harta benda dulu. Ada orang kejar nama dan keluarga dulu. Ada orang lebih selesa ada di takuk yang sama dan tak ke mana-mana. Life is an options - you do what you do best. The hardest part in living with some kind of society is - dia kejar nama, kerjaya dan harta benda dulu, she succeed, and started judging people. Just because, orang lain tak pilih "life goals" yang dia pilih. How can this be more pathetic?" -GDJHT, 2017

jangan risau, stay in your lane. i'm good.

ok bai.

Tuesday, September 12, 2017

Baik-baik aja

2015 aku berpeluang masuk bilik prosedur bawah tanah kat HKL aku pun xtaw panggil bilik apa. Nampak je HKL tu bangunan buruk, tapi..

Lepas suami aku buat prosedur angiogram tiba-tiba doc panggil aku "Puan nak tgk ke visual nye, nnti sy explain". Aku punye tanye aik boleh ke masuk die kata "takpe sy ada"

Masuk je bukak pintu tu, wow! "luar setinggan dalam kondo!" 

Terkesimah jugak la aku tgk peralatan gilababs canggih mcm filem omputeh tu. Macam x percaya. So aku masuk dalam bilik penuh screen pc besar2.


something like this.


Doc swipe2 je screen bukak files and tunjuk what is in my husband brain. MasyaAllah. Details gila segala salur darah dalam otak. SubhanAllah. 

Doc explain why husband aku x masuk OT lagi, sbb OT HKL yang pakar-pakar link dengan Emergency. Segala kes emergency eksiden semua dorang hantar situ. 

Since condition suami aku ok lagi so they have to utamakan yg lebih teruk utk diselamatkan.  Kat Malaysia ni tak ramai pakar bedah neurologi. So mak mak jom doa anak jadi doktor and doktor pakar boleh tolong orang ramai 😁

3 hari tangguh operate, aku sabar je. Berapa kali suami aku kena puasa tapi cancel. Dgn keadaan aku 7 months pregnant, faham-faham je la penat macammana. Masa the day suami aku akhirnya jadi operate aku xdpt hantar depan OT. Doc call, aku cuma mintak tlg kat doc "Doc buat lah yg terbaik utk dia"

Insyaallah puan, kita minta tolong Allah permudahkan. 

Siapa pernah melawat/pergi wad neurosurgeri tahulah keadaan dia macam mana. Siapa lemah semangat xyah lah masuk. Wad penuh orang koma. And orang operate kepala botak kesan jahit semua 😩

Doc dah pesan lepas operate memang akan dipantau dalam ICU. Dan lagi sekali aku terkesimah tgk ICU dorang canggih gilak. Alhamdulillah husband aku dlm keadaan sedar sihat cuma bengkak area atas mata sbb dorang operate via mata idk. Tak mahu byg haha.

Moral of the story dont judge a book by its cover. Nampak je HKL tu buruk tapi aku salute sistem dorg. Staf baik-baik. Itu belum lagi cerita masa mak aku kimo kat sana, Alhamdulillah rezeki mak aku misi & doc baik-baik. 

So kalau ada staff HKL kat sini, semua Tuhan permudahkan urusan kalian. Tuhan saje dpt membalasnya. 😊

"Fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik dan buat yang baik-baik.. InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja.. "

ok bai.

Friday, August 11, 2017

Hada Labo!

ya ya ya, itulah jawapannya bila orang tanya bila sis ada cerah and ok sikit. i got very dry skin due my E, and of course faktor penuaan, and of course dengan menyusu lagi, duk dalam air cond waw banyak alasan.

and yes,  selepas beranakkan si Ojil, memang makin teroxxx! nak pulak rajin aku join tarian, yang perlu mekap tebal. tahu kan aku tak suka mekap since my skin condition - easily irritated skin. letak la toner ke ape ke kejap je gatal dan pedih.

so!

last 2-3 months aku ada pergi warehouse sale, niat asal untuk beli stock Olivenol anak. tak taw pulak barang farmasi lain pun ada sales gila-gila. so this is my first ever set skincare yang aku cuba. sejak 33 tahun hidup.


hanya manfaat yang melekat, haha! (gambar google kerana takut balik xda masa nak amek gambar. i bought this only RM8. harga asal dalam RM23.50 gitu, dekat Watsons or Guardian ada. so sis cuba. konsisten, dan amazingly masa pakai toner dia kulit aku stay calm tak buat reaksi gatai dia. so yay!

so since dah okay yang set Gokujyun ni (Hydrating) sis cuba set biru Shirojyun (Whitening), ada arbutin untuk memutih dan hilangkan kesan jerawat. 


konsisten dari bulan puasa, til now. cuma raya hari tu cuaca kampung panasss, and ada banyak hari aku tinggal pakai. Alhamdulilah, sherashi. setakat ni takda naik jerawat or apa-apa.  kawan pun ada tegur. 

apa lagi, go try! ada banyak lagi produk Hada Labo ni, study lah satu-satu. buat masa ni aku nk stick pada dua ni dulu :D

skin care >  make up

ok bai!

Friday, April 21, 2017

Olivenol 1 - Ekzema 0

okay just want to make a short post here.

ewah speaking!

okay last hari tu aku update sini aku kata last E anak aku tinggal muka ja, and ada kesan degil still berair kat dagu since dia elergi dengan air liur dia.

kat fb, aku terjumpa satu hamba Allah ni nak jual this tiny little capsules mahal punya supplement dah lama aku nak tapi pikir dua kali sebab agak mahal dan takut tak serasi ngan Ojil. dia jual strips, tak sekotak. so boleh la beli sikit and try. siap bagi diskaun sebab dia kata aku ni motivate dia. wah wah.

dan resultnya ter sangat lah amazing.
ini rupa bentuk, tapi ini packaging lama just nak tunjuk ada dua jenis. Olivenol ni anak tak E pun boleh makan, banyak khasiat. boleh dapatkan di farmasi-farmasi SINI.

benda ni pahit ok, aku sendiri tak tahan, tapi Ojil good boy macam ibu dia. telan je, pastu bagi air and nasi laju-laju dia akan okay. nak lagi mudah beli yang bentuk liquid, so senang titis.


ini cara aku bagi anak aku makan,  bukak kapsul tu, letak serbuk dia dalam sudu and titiskan air bagi tak terbang serbuk itu hahaha (ya sebab pernah terbang sebab letak depan kipas). sebiji sehari. 

setakat baru 3 strips dia makan, sangat sangat ok. kalau merah, cepat je cool down. and paling buat aku nak nangis, no more air biasa basah kat muka dia.

Tuhan saje tahu betapa susah hati tiap kali bangun pagi, benda pertama yang aku akan tengok adalah muka anak aku, ok ke. ada darah ke, berair lagi tak. Setakat ni, no more. 


cowi gambar cekci. haha. ya as u can see, gambar kiri tu dagu pipi dia still basah, dengan air bisa. gambar kanan lepas consume olivenol tu dalam dua minggu.


:)

Alhamdulillah.

ok bai.

ps : oh bab sapu-sapu luaran Ojil sebelum ni pakai Moogoo, now Cetaphil untuk mandi. Mosturiser pakai Buds Save Our Skin Lotion next post aku share lebih sekali bab diet kbai.

Friday, March 17, 2017

Halo 2017

halo halo my dearest readers ada lagi kah? so apa update hidup aku selepas kongsi resipi ojil? hahaha! 

so last update November 2016, hidup betul dah pusing tukar sana sini lagi. Ozil pun kami dah tak hantar taska, ayahnya quit kerja jaga Ozil siang, aku jaga malam, kerana ayahnya kerja malam. so itu point penting dalam hidup aku korang kena tahu bla bla bla. dan antara yang pernting juga, kami pun dah keluar rumah sewa lama, 10 tahun duduk Presint 9 bla bla bla.

banyak nak share sebenarnya, tapi slowly okay. Ozil getting better, kadang rasa nak menangis tengok dia. mak-mak yang anak tak sihat je faham perasaan ini, sila bersyukur anak anda sihat ;)

okay, make it short, dia pun dah 1y4m, berjalan je belum. merangkak panjat macam munyet pastu tak reti turun itu pandai dan etc etc etc 


kan ibu dah cakap..........jangan selfie dari bawah, kantoi double chin kau.

ya ya ya "E" dia tinggal muka ja, lain bersih. Alhamdulillah. muka pun sebab suka gosok bila ngantuk, and doctor cakap dia allergy dengan air liur dia sendiri, dagu pun mmg akan lambat sikit.

next entry aku tulis tips pasal E pula, sementara tu korang blog Shazwani . sekarang macam takde rezeki masa dah rasa, seminggu macam 2-3 hari je. tak sempat itu ini. so later?

ok bai!