Thursday, November 11, 2021

Realiti

aku cuma mahu bahagia yang benar. bukan hanya mahu memuaskan orang sekeliling. aku tak mahu lagi hidup berpura-pura. my mental health diutamakan. nak pentingkan diri sendiri. nak utamakan anak-anak. umur bukan muda lagi. apa lagi kalau bukan menuju akhirat. kalau pasangan hidup bukan satu "luck" untuk aku, aku redha.


Allah ada.


i'll be right back menulis. maybe dalam blog lain. or maybe di sini lagi. i don't know. 

Monday, March 19, 2018

Terrible Two's




Assalamualaikum. Mengumumkan, kini anak aku sudah masuk fasa "Terrible Two's". I have no idea.. eh terspeaking. Serius memang tak pernah jangka hebatnya fasa ini.  

Aku sekarang dalam keadaan sentiasa aware, sebelum dia bangun tidur memang kemas rumah, tutup pintu belakang umah etc etc, jauhi dari semua punca dia-tak-dapat-dan-mengamuk. Dan, makan dia pun aku ready awal, masak dulu apa-apa hal,  kena sentiasa ada biskut & roti. 

So semalam dapat try praktikkan salah satu cara nak tackle budak dalam fasa ni. And kalau boleh, kena amalkan selalu.

Playground & Bebaskan Beliau. 




Ya, lagi-lagi budak lelaki kan. Banyak energy. Nak memanjat dan berlari. Ya, cara nya dengan bawak pergi taman & padang. Lepas kan bagi penat. Tapi jangan penat sangat, kang ngamuk penat. Yelah, 5 hari duduk dengan pengasuh mengadap TV. Balik umah TV. Punca juga tahu mengadap TV je selalu.

Tidur yang cukup.

Pusingan tidur Ojil selalu berubah. Lagi sejak hantar pengasuh, dia tahan mata taknak tidur. Banyak bermain. Tapi takpe, asalkan tidur dia cukup. Kadang-kadang 6 pm dah tidur, sampai esok hari. Macam kita lah kan, kalau tak cukup tidur jadi apa? ;p




Nak jaga anak ni kena banyak ilmu kan? Banyak kan membaca, banyakkan bertanya kawan-kawan yang dah lama jadi mak ni. Mula-mula aku panik gak, lama-lama okay. Aku jeling je bila Ojil buat hal. 

Beri tumpuan.

Ya, sentiasa lah beri tumpuan kepada anak. Main lah dengan dia sama-sama. Bukan bagi mainan banyak-banyak pastu tinggal. Ada beza taw. 



Jaga makan.

GULA. Ya kurangkan. Anak aku pun dah pandai pilih manis-manis. Makan inti roti. Makan oreo. So? Kita kan mak bapak. Dorang bukan pergi kedai ada duit beli sendiri. Kita yang kena kawal, kalau kat rumah paling mudah. Jangan beli dan bawak balik. Dari beli Oreo, baik beli buah untuk anak.


Terbaru, paksa pakai kan pampers kat luar. Nasib kat dalam dah pakai. 


Jatuhkan penyidai baju. Aku gelakkan aja.

So, boleh baca lagi tips-tips lain. Google jew, and ada juga ayat-ayat Quran penenang. Paling simple, ko bacalah Al-Fatihah slow-slow tiup fuhh sikit kat umbun-umbun. Yang penting kita kenal anak kita, itu saja. Sekian.

Ok bai.

Saturday, November 18, 2017

Cukup. Pathetic. Sederhana.


So again, aku tepek ayat blogger kegemaran aku, Awin GDSJHT ni :

"Ada orang kejar kerjaya dan harta benda dulu. Ada orang kejar nama dan keluarga dulu. Ada orang lebih selesa ada di takuk yang sama dan tak ke mana-mana. Life is an options - you do what you do best. The hardest part in living with some kind of society is - dia kejar nama, kerjaya dan harta benda dulu, she succeed, and started judging people. Just because, orang lain tak pilih "life goals" yang dia pilih. How can this be more pathetic?" -GDJHT, 2017

jangan risau, stay in your lane. i'm good.

ok bai.