Monday, December 15, 2008

My Biru Isnin.

jam 7.05 pg : aku naik bas pergi kerja hari ni. driver Mak Yam dan Pak Mat dua2 outstation. nadiputra, tambang 0.50 sen di caj. tapi aku telah kasik masuk tabung tepi driver tu duit syiling 20 posen dua ketul dan seketul 5 sen...., diskaun musim perayaan.

jam 7.25 pg : punch card. ktikk!

jam 7.27 pg : masuk kawasan kerja. panas. aircond blum cergas!

jam 7.30 pg : on pc. pergi toilet podium 2. fak. kunci pulak. bengong la bdak logistik!

jam 7.35 pg : klik http://www.blogger.com/home. approve komen. taip entri dibawah, Nombor sebab tgk kalendar.

jam 7. 45 pg : rakan seopis masuk. perli. 'waaah akis! awal??!!'

jam 8.00 pg : bkak locker sebelah kanan. cawan, sudu, milo, nestum. bancuh dan minum. usha fesbuk, frenster. emel aqiess_lp@yahoo.com ade 187 dalam inbox. trash!

jam 8.30 pg : 6215 tett tet tett. "akak, hari ni perhimpunan ktne? bawah ke?"

jam 8.35 pg : masuk perhimpunan, ikut hadapan. ape pandang2? mcm xbiasa tgk aku lambat masuk.

jam 8.40 pg: bergosip dengan febriany citra kesuma.

jam 9 lebih : abis perhimpunan.

jam 10.15 pg : pergi bilik en.radzi. lagi gosip liar.

jam 11.00 pg : ish. ade pulak pacik ni. bila nk blah ni. pacik usha pekat, dah kenapa? aku jeling.

jam 11.01 pg : buat sibuk. mmg sibuk, antar surat sana sini. setelkan cuti dan laporan perhimpunan.

jam 11.30 tgh : tinininggg tininingggggg (bunyi fon opis). 'tak turun ke? atma bertanya, 'turun makan? awal gle? akiss menjawap. 'ish budak ni, ade taklimat, kan ade pengumuman satu bangunan tadi, tak dengar kerr????!, atma bertanya lagi. 'oh ye? ok, tgu jap', akiss menjawap lagi!''

jam 11.35 tgh : turun dewan. taklimat cuti rehat, tak berkesan. tak paham satu hapak.

jam 12.25 tgh : makan di pantri bersama ani, kak ros, dan sorg kakak kewangan tu, x igt nama.

jam 1.30 ptg : keluar pantri. nasik ayam tadi, ish. nasinya mentah. tapi aku makan licin gak.

jam 1.32 ptg : kembali ke work station. oh bagus. pacik dah blah, for three days. kot?

jam 2 lbeh ptg : upload gambar tunang kt fs. kemudian kat fesbuk.

jam 2.44 ptg : server down. fak. pergi check fax. ada satu. u.p : hasnul hadi.

jam 2.45 ptg : "weh ni fax ko, gila..repair pregio sampai rm12k + + , cawangan mane ni?"

jam 2.50 ptg : kemas locker belah kiri. kemas dokumen peribadi. bil2. dan resit maybank2u.

jam 3.30 ptg : tukar jelly utk pokok comel aku. dulu hijau, skg pink. utk lebih ceria.

jam 3.50 ptg : baca blog orang. blog anak mat nor, lama x bace. gila bodo lawak. dan hanis zalikha. lame awek cun ni xupdate. haih. sambil2 tu on ym. chat siket2. balas komen. off.

jam 4.25 ptg : taip entri ni.

jam 4.50 ptg : ish lambat btul nak pukul 5!!!!

jam 5.00 ptg : en.yazid bos aku, bg kunci bilik, tanda dia nk punch out. mane boleh bgtaw aku sorok ktne kunci tu.

jam 5.01 ptg : ish. mana dorg ni...

jam 5.08 ptg : deym. takde lg dorg. amek gamba jelly pink dan purple. deymm lagi. usb henpon kat naim, card reader cupi pinjam. xjd upload.

jam 5.09 ptg : miskol. ho yeah nak balik!

jam 5.10 ptg : publish post.

5 comments:

MamaIcha said...

bestnya routine awak, akiss...

tapi best lagi routine saya tau...7.15 pg - 4.45 ptg : wat2 busy sambil pejam mata dpn PC...hahaha!!!!

Hannani Kamal said...

senang hati btol org keje gomen an!

Anonymous said...

aku akan bahaskan perkara ini dekat parlimen!

bes gila kakitangan awam berkeja dan mendapat gaji dari cukai kami

syafiq sunny

akiss. said...

*jue busyukkkkk : haha. hampeh je, pejam mata??? berlakon ehhh? hahha

* hannani k = tak semua k. entri ni ekceli nk tunjuk betape biru nye isnin aku. (blue monday)hahahhaa.
* syafiq sunny = sila kan. mane tahu, aku leh naik pangkat mengikut kelulusan aku. hwehweh.

apezology said...

rajin ye ko tulis tiap2 minit.hebat!!hahaha