Friday, December 19, 2008

Hysteria - Muse

malam tadi kami tgk wyg, kt alamanda la, mane lg.
Histeria, tiket wayang 11.15 malam. yer, malam jumaat.
aku yang cabar dorg tgk.. "wehh..ade beran?? malam ni kite tgk histeria, amek midnite oke???"
utk keseraman, kengerian, ketakutan yg lebih umpph!

kuar wayang.

"ek eleh, xde lah seram mane"
"ntah, tak real langsung hantu tu, asik2 pki baju putih"
"tu la...aku igt takut sangat la, rugi duit aku je!!"
"aku gelak2 je tadi, lawok lawok, tak seram langsung!"
"jom tgk lagi, takpon, kite carik cd die nnti"
"a'ah, leh tgk berulang2 kt umah!"

tipu. tipu belaka.

penghuni rumah aku semua penakut2. aku pon tak terkecuali. slot drama seram2 setiap khamis jam 9.30 mlm..xpernah kami ramai2 tonton. ape lg cerita2 hantu thai, indon, dan sebagainya.

ada insiden seram pernah berlaku.

masa tu siri anak pontianak, cuba sekali tgk. sbb L kate tak seram pon. antu tak real.
so..masing2 cuba2 la layan.

aku ngan L baring santai atas carpet. F atas kerusi. belah kanan aku. C, atas kerusi atas kepala aku. tiba2. ada satu scene, bunyi mengilai.

kiiiiiiiikikikkikikiki( cmtu eh mengilai?)

ape lagi, aAAAAaAAAAaaaaAAAAaa!
jerit ramai2. aku rasa satu blok dengar.

dan-dan tu F yg dari atas sofa, meloncat atas aku. yang si C ke arah L. berpelukan ketakutan.
aku xsempat nak elak sebab masih terkejut dengan hilai'an si pontianak.
bayangkan seorang wanita dewasa jatuh macam nangka busuk jatuh atas korang??

sedangkan hantu xkuar pon. over kan?
terus aku mengarahkan tukar channel, kalau tak nnti ade gak mengalami kecederaan lebih serius.

so malam ni, cadangnya nak tgk la filem histeria ni. cadangnya la, tak tau jadi kenyataan ke tak. aku takut kami mencederakan orang yg bersalah di pawagam nanti.

teringat aku masa tgk jgn pdg blkg, masa tu kene cabar ngan kakak aku. kakak aku ni berani siket, semua movie seram die nak tgk. oleh sebab kena cabar, aku g gak. lg pon masa tu dorang banje aku. aku tgk, tapi, aku tutup muka aku ngan kain tudung aku, telinga aku sumbatkan ngan tisu.

aku cuma melihat dan mendengar secara samar-samar dengan kadar rata paling minima!

lepas azab.

2 comments:

Nazrul Akram said...

uihh... tgk tajuk tu pon mcm da best... nih slaah satu lagu feberet nih!! mihaaaaa

akiss. said...

yeaaaa/ aku pon suka. lame btul nk tgu album baru kuar/ hehhehehe