Friday, February 27, 2009

Chun Li Chun Li!!

hehe. aku terasa aku ni Kimora Lee Simmons semalam, bila mengarahkan satu projek tgk wayang beramai-ramai, aku 'kerah'kan si Frh konfem kedatangan, kjap2 aku kol dia. "puan, macam mana status kehadiran? aku nak booking sekarang, seat byk dah booked!". gila ada bakat jadi pemerintah. haha. maka, semua yg diminta hadir, menghadirkan diri, kecuali wanie. hmm.maka, hanya 7 tiket konfem.

ok, bayangkan, wyg start jam 9.15, jam 8.45 baru sampai alamanda..siap bole beli barang dapur, yakni, beras, bawang, sos, kicap...segala.., dalam masa 20minit kitorang settle shopping. biasalah, bila 'Kismora' mengarah kan. haha.

so, tips utk suami2 yg bosan melayan isteri2 shopping lama2, book(e-pay ok) tiket wyg pada waktu terdekat, so..xde alasan nak terhegeh2. haha.

cis. siket punya panjang intro nyah! ok..sedikit info pasal movie ini.



+ makanan kegemaran Chun-Li adalah Popia Goreng, tak nak sambal.

+ rupa-rupanya si Cantana itu adalah seorang Lesbo. ngeeeeee..

+ spt yg aku bgtaw, lelaki2 akan hampa bila xdpt tgk chun-li pki cheongsam biru sexy ketat kain belah sampai tutttttt. tp siyes, Lana Lang, eh silap, si Kristin mmg bergaya dan macho, even kurus gile dalam filem ni. tp tangan dan kakinya cantek dan mantop, mungkin akibat training utk movie ni kot.

+ watak Gen sangat kooooool!

+ watak Bison tu ok dah, tp mcm slh pilih pelakon je, muka xcukup ganas utk buat kite menyampah, hehe. pakcik tu lg seswai dlm watak suami Edie yg pshyco dalam desperate housewives 5. heeee

+ citer ni agak slow, ok..paham2 je la, ini movie Street Fighter yg pertama, so, ia lebih kepada sesi suai kenal, dia cita satuuu...satu! so kena bersabar.

+ citer ini juge menunjukkan kebodohan polis, watak Charlie (eee..miang je polis ni) dan Maya (polis pempuan xreti pakai sopan) agak boring siket. haha.

+ aksi berlawan sangat singkat, sangat sekejap, mmg xpuas aksi2 Chun-Li. contoh bila dia lawan dengan Vega (Taboo - Black Eyed Peas), bayangkan si Vega tu dua kali tingginya dari ChunLi siap dengan razor-clawed.. xsampai 2 minit, setel! xpuas tgk watak Vega ni, watak jahat feveret aku dlm street fighter, gila seram, pakai topeng, tinggi nak mampuih! tp terbayang2 gak masa die tergedik2 atas pentas bersama Fergie. hehe. dan juga scene masa chun-li buat headspin dalam kelab malam tu. hebat!

+ ok, ini yang agak menyedihkan, scene yg ditunggu2, aksi ABOOOOOOGID!, (rujuk treler minit ke 1:09), hanya SEKALI, ya..SEKALI saja berlaku dalam filem ini. dont expect much ye kawan2, sebab episod ini Chun Li masih budak baru belajar. tunggu sequelnya. aku rasa citernye akan pasal Tournament geng2 Street Fighter, uncle Gen kata ada KEN dan RYU! kooool!


akibat tontotan filem ini, member2 aku semua sibuk nak buat rambut chun-li, semua nak suh tukar nama chun-li. wekkk. mengada. hahaha.



masa PC filem ini di Jopun, bodo gle.

insiden buat aku tergelak sorang2 bila ingat. masa nak amek seat kat hujung sana, kena melangkau 4-5 orang mamat, yang kaki panjang2.

maka dalam kegelapan mencari seat, kaki tersadung, hampir terpeluk dan tersungkur atas riba mamat tak dikenali. hahaha. lepas tu aku dengar suara sumbang dari Nana.

"eeee akisssssssss!! amek kesempatan"

dem. kena gelak. memalukan.

2 comments:

~Princess of Pisces~ said...

uit, kismora.. bila nak buat plan dgn kwn2 puchong nih? huhu!!

akiss said...

ngahahha. jom jom. tgk dragonball nnti!