Friday, October 29, 2010

Kenangan Ber-Madu Tiga.

suatu hari di masa kecil, di kampung Melaka. ye sy orang Melaka.

selain aktiviti main masak2 secara real guna api dan kuali, selain buat perangkap tangkap burung (nnti aku cite post lain), selain main tanah dan main kejar2 dgn rakan sebaya, aku suka kacau radio arwah atuk aku dan koleksi kaset2 keroncong, 60's, santan berlada, ceramah-ceramah agama, dan macam2 lagi, termasuk dan my peberet, kaset lagu2 filem p.ramlee. paling peberet adalah lagu madu tiga! yeah! kjap2 duk ulang lagu tu.

kalau sapa2 masih igt liriknya, ada sebut "kepada istri tua, kanda syg padamu, kepada, istri muda, i say i love you!" (rujuk video INI pelis ;p)

itu part peberet. disebabkan teruja, dan batak dengan radio, dengan slumbernye tekan butang RECORD masa part "I SAY I LOVE YOU".

wah, seronok ye? suke? ok sbnrnye dah buat baru menyesal. ya, baru sedar bahawanya dengan rasminya aku dah rosakkan kaset atuk aku!

solusinya? idea jahat. dan konon paling terel la kan. konon atuk aku kenot find out la kan. huhu, so aku sorok kaset tu bawah kabinet dapur. bijak?? yes. cepat cakap bijak cepat!

ok not. bulan depannya kami sekeluarga balik kampung. tahu perkara pertama apa atuk buat?hahahah. gelak dulu sblm cerita.

dia pergi kat radio panggil mak aku, "Ita! meh dgr lagu ni, teka suara sapa...".

jeng jeng jeng. lagu p.ramlee madu tiga yang dipasangkan. oh masa tu tenang lagi. sbb pikir takkan atuk jumpa kaset bawah almari? impossible...impossible!

dan 'part' yang dinanti-nanti tiba. ya, suara ajaib aku 'i say i love you' kuar dari corong radio tersebut. yup. sgt kuat dan jelas. misi sorok kaset bawah kabinet dapur, failed!

nah. padan muka. satu rumah gelakkan aku. konon mula2 xnk mengaku kata tertekan butang RECORD dan tatahu fungsi butang itu. padahal mmg teruja dan obses dengar suara sendiri bila menyanyi ;p

tapi atuk i tak garang kpd cucu kesygn spt dia garang anak murid mengaji dia. dia kata, kalau mereka rindu kat aku, dia pasang lah kaset tu. awwww :( kasih syg atuk dan nenek.rindu sangat ngan arwah atuk dan nenek.

ok tanak sedih. manusia takkan hidup selamanya kan. :) ok teringat cerita ni sbb tgk konsert p.ramlee tadi. huhu. best best best! nnti klu free nk komen sket ;p

dan ya, cerita ni sampai skrg mak aku selalu ungkit. hahaha.

ok bai!

*karang entri ini sambil tgk konsert dan basuh baju. terel!

1 comment:

Aida Azryn said...

xbpe best la konsert smlm~ huhu~