Friday, October 1, 2010

Kisah Seram Malam Jumaat & Si Tukang Jahit,

malam tadi aku dan aket keluar utk ke rumah seorang kakak tailor di kampung yg belakang putrajaya tu, sg.merab kot. jalan kampung yang super-gelap bila malam.

sbnrnye, kali pertama dan terakhir tempah baju di sini adalah raya 2008.

spt biasa lah, bile dh lame x g tmpt of kos sesat. aku ingat jalan A, aket ingat jalan B. sebenarnya jalan A dan B tu sama je, cuma bila ada satu kawasan tu gelap gila hingga kami x mampu nk teruskan kerana bayangkan tetiba abang pocong lalu meloncat depan kereta atau tetiba kak ponti duduk seat belakang.

ok setelah sesat satu kali, akhirnya kami sampai ke destinasi. rumah kakak tailor gelap dah. keluar kereta, nampak tv dlm rumah kakak tu, masih on, maknanya, dorang tak tido lagi la kan. terus je aku bagi salam...

"assalamualaikuuuuuummm.. kaaaaa..errrr"

tengah-tengah nak bagi salam, mata aku terpandang ruang menjahit yang dulu penuh dengan baju pengantin, baju kurung, baju kebaya, segala jenis pesen baju yg ditempah, dah berubah menjadi sebuah bengkel kereta.

bayangkan perasaan terkejut itu? si aket bila nampak bengkel tu, terus menuju ke kereta. nak cabut, hahaha. aku yg suka terpanik ni, dah kaku kat situ. dalam masa yg sama, kakak yg dipanggil tak keluar, yg keluar adalah 2-3 orang lelaki bujang. double panik, td tgk bengkel, skrg tgk lelaki-lelaki tak berbaju keluar dari rumah itu.

tapi terus je tanya soalan. "kakak yang dulu menjahit kt sini dah takde ke?"

masa nak tunggu jawapan dari abang itu, dalam kepala hotak aku dah imajin kalau tetiba abang itu jawap :

"kakak? mana ada orang menjahit di sini, dah 10 tahun kami duduk sini?"

abis yang jahit baju aku tahun dulu siapa? bunian? magika sungguh ni!

ok aku ter-over imajin. rupa-rupanya kakak tailor tu dah pindah. lama dah. kami je yg lama tak ke sana. kami pun balik, masa kuar dari simpang rumah tu, ada sorang pakcik tua duduk dekat tembok batu sambil senyum tersengih tanpa henti, jelas gila semua gigi tak berapa nk tersusun dan tak berapa putih gigi dia.

dalam kereta on the way balik umah setelah makan grilled chicken chop sdap di coffee village cafe sehingga jam 12 tghmalam, baru teringat. si aket la bersuara,

"eh tadi pakcik tua tu senyum je kan?"

aku plak terus je jawap. "a ah, tetiba je dia ada situ, masa kita masuk, takde orang".

tengggg tenggg tenggggggg. sound efek suspen dalam movie terdengar.

eh tak seram ke? ;p.

ok bai!



4 comments:

dzul said...

Pakcik tu tak seram...Tapi rumah yang jahit baju jadi bengkel dan potensi diapa-apakan oleh lelaki bujang seram sehingga cerita itu boleh dikembangkan lagi seorang blogger hilang dan kereta rakannya ditemui di Seremban. Menjelang malam Deepavali keluar cite yang pemilik belog ini sudah menjadi jutawan kosmetik yang turut jual minyak belacak... cak cak...

Anonymous said...

haha..dzul pandai buat skrip...tp kenapa watak dihilangkan.. cubalah watak lari lintang pukang, jumpah itu ini dan byk lagi..-aket

Anonymous said...

eh.. sy xbaca abisss..aaahh betlllah tu skrip

Annaz Mohd said...

nasib baik masa senyum x nampah taring....