Monday, February 14, 2011

Day 25 – Who are you?

i'm an alien! rawwwwr!

eh macam tu ka bunyi alien? haha! eee...macam mana lah nak jawap soalan ini?

saya lah penulis blog akiss ferrero ini. nama sebenar adalah Balqis Abdullah. lahirnya di Malacca, saya ni geng Baba Nyonya Malacca. tapi muka takdak macam Nyonya pun. kakak kepada seorang adik lelaki, adik kepada seorang kakak.

saya tak pakai anting-anting, subang, ear ring. atau kesimpulannya, saya tak suka aksesori. kecuali cincin. berita baik untuk bakal bf/suami, saya tak suka barang kemas. lagi-lagi emas. ya, emas. a-ha! jam tangan pun saya tak pakai kecuali masa kecil, jam tgn Boy London.

sy tak suka minum Coke, kerana ada perasaan bila minum Coke seluruh organ dalam badan akan terhakis. warghhh dasyatnya! tatut +_+

bila nak kuar dengan famili atau dengan housemates, saya lah orang terakhir akan mandi. macam-macam alasan saya akan bagi seperti, 'alamak, baju tak gosok lagi!'. bagi orang yang sudah memahami spt roommate saya Aket, dia akan saiko terus. "aku dah mandi!"

ehem. walau sy terpaling last mandi, saya ni paling cepat bersiap ok! ;p

lagi satu, saya suka hidup mencabar. satu hari kalau tak kelam kabut serabut tak best. contoh seperti soalan dari adik aku,

"eh handphone kau ni macam mana kau organize fail-fail gambar, lagu, video semua ek? mesti semak kan handphone kau?'

tahu tak adik aku yg organize-kan fail-fail gambar dalam pc kami di rumah? tahu apa nama fail itu?

"akiss semak 1"
"akiss semak 2"
"akiss semakkan lagi"
"semak december"
"akiss semak lagi"

sbb aku kalau transfer gambar dr kamera/hp, aku main tinggal macam tu je hihihi. siyes saya bukan orang yg sgt organized.

sy rasa semak kepala kalau tgk bakul baju saya kosong tanpa sehelai baju kotor. saya semak bila tgk meja opis saya klear tanpa kertas draft itu ini, saya risau kalau tgk handbag saya klear semacam tanpa sampah-sampah yang dibenarkan. hihi.

umm...sy ni degil. lg orang suruh. lg aku taknak buat. contoh perkara kecil tp sy degil jugak adalah bila kat pintu yg tulis "Tolak", saya akan tarik.

biar aku buat sesuatu tu dengan rela hati. siyes.

hah, lagi satu. saya punya gerak hati kuat. bajet sixth sense lah ni? saya boleh tahu bila orang tipu saya, saya boleh tahu bila orang tak suka saya, saya boleh tahu orang tu.....err...ok cukup. too much information.

kan dah kata di awal entri tadi yg saya ni alien?

ok bai!

*wah tinggal 5 hari sahaja lah utk cabaran ini! view full link di SINI ;)

No comments: