Sunday, March 4, 2012

camne nak jadi kawan yang baik, why your friend is avoiding you

bertulis dari hati hari ini. perihal kawan.

siapa sini ada kawan? kawan baik? kawan rapat? kawan biasa-biasa je? semua orang ada kot. ok here's the tips. how to be a good friend, and why your friend is avoiding you.


1. jangan kedekut.

ok. bilakah kali terakhir anda belanja kawan-kawan makan? belanja kawan-kawan tanpa niat mendapat balasan atau mengungkit atau belanja kawan dengan ada agenda tersembunyi? ok kesimpulannya, bila kali terakhir anda belanja kawan anda dengan ikhlas, niat sedekah?

maksud belanja tu, takdalah aku suruh belanja satu kampung, i mean..kawan rapat? geng terdekat. sebenarnya, tak perlu belanja makan besar, contoh bila breakfast kau belikan kawan teh tarik pung dah cukup sweet :)

tapi jaga-jaga, ada jenis 'parasit', yang suka jimat duit sendiri sampai suka pow kawan-kawan. selalunya jenis ni, dia suka buat magic. makan ramai-ramai, bayar sorang. yakni hilang di kaunter pembayaran. avoid this person, yang ni kita kena kedekut, sebab kita pun ada time sengkek gak kan? kecuali kau kaya lapan belas kali dari dia, duit kau memang banyak lebihan, tak kisahlah :)


2. keep it secret.

kalau kawan kamu dah cerita hal peribadi dengan kamu, janganlah dengan suka hati sharing dengan orang lain pulak? atau kamu sendiri terkantoikan kawan kamu tu, perlu ke nak sebarkan dekat orang lain?

kau boleh detect jenis kawan macam ni, senang je. bila kau lepak dengan dia, dengan mudah dia cerita hal peribadi dengan kau. jadi, tak mustahillah dia cerita pasal kau dekat orang lain, kan?

well, aku pun kadang-kadang mengadu dekat kawan lain, who doesn't? tak salah mengadu contoh "weh semalam si A tipu, kata nak kuar dengan aku tapi kuar dengan BF". cukup.

yang jadi salah bila kau menjatuhkan maruah dia.

INGAT! jika kita menutup aib atau keburukan orang lain, Allah akan tutup pula aibnya di akhirat kelak.


3. jangan jual ikan.

selfish lah maknanya. ok, hal kau sibuk suruh orang tolong. time hal orang, kau tak boleh tolong. kalau keluar, asyik lepak kawasan kau, kau nak masuk kawasan orang susah? for what? jimat petrol? malas hadap traffic jam? contoh. nampak tak?


4. jangan riak.

tiap kali lepak, kau up gaji laki kau 5k. eh halo, 5k kau tu, entah-entah orang lain buat beli handbag je nok. ingat, kalau kau lebih, ada orang lagi lebih dari kau. bak kata aku (tetibe), " 5k kau celah gigi orang je tahu". jadi. tak. payah. nak. berlagak. sangat.


5. bertolak ansur. 

aku layan annoying kau, kau layan annoying aku. dan jangan nak nak control freak sangat. eh.

sebenarnya susah nak jadi kawan yang baik kan. semua orang pun ada kelemahan. tapi berpada-padalah. macam aku, aku bukan sempurna. aku ada je 3-4 orang "dulu-BFF-sekarang-tak-BFF-dah".

well, kadang-kadang benda ni keputusan sendiri. bukan nak memutuskan silatulrahim, tapi, kalau kawan jugak bertambah dosa mengumpat cane? nak kawan tapi blkg tak suka pun tak guna. so better not be a friend at all. jenis kawan-yang-tak-kawan-pun-takpe-tak-rugi-pun. kebanyakannya ada ciri-ciri di atas.

satu je tips berkawan yang sampai sekarang aku suka buat, sound depan-depan. selalunya aku buat dengan kawan rapat. yang aku tak sound depan-depan tu maknanya, aku tak sayang, aku tak peduli, atau jenis kawan yang tak boleh di tegur. mih. :B


"you can't make everybody like you, you don't even like everybody."


eh mcm kat header blog keknis.

ok bai!

5 comments:

siha cha said...

i like this entry :)

funky_D a.k.a Mrs Al said...

betul...betul...betul....jawab cam upin ipin lakss....
oh aku ni silent reader. i like ur style. jujur n ikhlas dlm berkawan tu penting. kalau kita je yg ingat die, tapi die x ingat kita buat apa kan? eh terpanjang lak komen nih...

akiss ferrero. said...

terima kasih :)

akiss ferrero. said...

thanks funky_D a.k.a Mrs Al, sama-samalah kita cuba terima kekurangan org, ye dok. :)

akiss ferrero. said...

thanks funky_D a.k.a Mrs Al, sama-samalah kita cuba terima kekurangan org, ye dok. :)