Tuesday, May 8, 2012

bertukar!!

selamat hari selasa semorang!

hari ini saya nak menceritakan tentang perubahan hidup secara terkejut. yalah terkejut sebab tetibe "hi kita akan pindah ke rumah baru".

bukan "hai saya belikan awak kasut baru, nah pakai"

nampak tak beza perkara kecil dan besar? pindah rumah, dengan pindahkan kaki ke kasut baru adalah berbeza.

ok saya dah mula mengarut.

ok saya faham. memang dah lama niat nak keluar rumah sekarang sebab beberapa sebab. nak saya list kan ke? malas lah. ok, mungkin saya ni jenis 'susah-terima-orang-baru-dalam-hidup'. ya, dah setahun duduk serumah aku takde pun no.telefon dorang, nama penuh pun aku tak tahu. 

like, kisah pulak saya?

dalam setahun lebih tinggal serumah, cuba tanya aku..berapa kali makan semeja, lepak depan tv sama-sama atau keluar tengok wayang sama-sama?

tak. pernah.

aku mengaku, sejak masuk rumah ni..aku bertukar personaliti, macam bertukar badan dengan roommate aku si Aket. maksudnya, aku lebih pendiam dan suka duduk dalam bilik layan 'laman sosial' berbanding bersosial dengan housemate. kalau keluar ke mana-mana dengan Aket sahajalah. kawan pejabat cerita lain lah :)

bertegur pun setakat "hai balik kampung ke?" "hai memasak?"  yeah, stating the obvious.

atau yang paling ramah aku selalu buat, sedikit senyum.

jadi. beginilah. umur pun dah meningkat. tahun ni masuk 28 syeaaaaal. takkan nak duduk berkepit di bawah ketiak Aket lagi? 

mula-mula sentap, foine..Aket taknak aku lagi, cemana nak tinggal sorang-sorang setelah 5 tahun duduk sebilik, dah lah aku ni penakut. kalau Aket takda mesti aku tidur dengan lampu terbuka, cemana nak hidup sorang sebab selama ni semua share :(

semalam pergi rumah baru, terasa 'eh banyak ruang lagi'. macam nak ambil hamster jadi roommate. 

*nangis hujung katil*

ok drama queen. stop it.

macam ni lah. look at the bright side.

boleh hias bilik lebih-lebih over-over macam Eric, boleh beli almari baju baru, boleh bukak radio kuat-kuat tanpa kecian kat roommate, boleh cat bilik dengan warna kesukaan, dan boleh lah rindu Aket hari-hari, ini hari-hari mengadap muka dia sebelum tidur. wakakaka!

plus, si Aket tu ada kat bilik sebelah je. bukan jauh mana pun

-_______-

ok sebenarnya excited nak hias rumah dan bilik baru, dalam bilik mesyuarat pun takleh fokus :D


sekadar gambar hiasan, Ahmad Ming kesayangan saya :)

ok bai!

2 comments:

Anonymous said...

I feel u ...sob..sob..sob...pasni kita xshare bilik je.. share 1 rumah YA..
-KET SKYLINE

akiss. said...

:')