aku punya sedih, tahap aku terpaksa tutup pintu bilik sebab tak mahu berkongsi kesedihan dengan Aket. esoknya bila cerita dekat Aket, aku dah boleh mula gelak dah setelah seharian macam 'zombie' kat ofis senyum pun tak, masam pun tak, bercakap pun tak sampai paksa Dayah seret aku ke MPH. tahu tak dalam MPH tu aku boleh 3-4 kali jatuhkan buku dari rak, pastu last aku jatuhkan rak 'penanda buku' tu, sian abiang tu tolong kemaskan.
aku tak tahu lah nak cakap ape, teruk gak 2012 ni. bertimpa-timpa kot benda sedih tahap aku terdiam tak boleh menangis. peristiwa terserempak dengan ex-dan-tolong-edar-kad-kahwin, dan paling sedih, 2 minggu lepas aku baru kehilangan makcik yang amat rapat dengan aku sejak kecil, dan tentunya raya pertama kali ini akan berubah.
lepas satu, satu. tapi takpe. pandai-pandailah kau pujuk diri sendiri Balqis. tapi malam ni aku macam eh, ada berita baik! member ketat aku si Farrah dah pun selamat melahirkan Baby Girl, mihihihi! kau tahu aku plak excited sebab aku kan suka baby grrrrlll hewhewhew! so tahun ni takda sesi berbuka -_-
bye Rifqi, kak akiss taknak geng dah dengan awak. cehh 'akak'!
dannnn, agak sedikit seronok kerana berjaya menemui baju raya yang dikehendaki. walaupun takdalah nak exactly macam ni, tapi.. mmg nak kaler ini :3
sorry, terletak gambar budak Kstew ini sebagai model. kikiki.
ok bai!
No comments:
Post a Comment