Wednesday, February 11, 2015

reform


"susahnya kehidupan? rindu pulak zaman young and hopeless."

2015, terlampau banyak perubahan, kerja, rumah, famili, itu, ini, sampai aku diam terus di laman sosial. aku jadi lebih suka diam. 

kalau ikut hati patah, nak je rant on fb, tulis status panjang-panjang, meroyan kat twidder, marah kawan sekeliling. but nope. bukan Balqis tu. bak kata kawan aku si maserap, "akis pandai coverline, sembang macam ok, tapi hancur hati tiada siapa tahu."

kadang terlepas gak emosi kat kawan-kawan dalam whatsapp. lama-lama aku back off, slow down. tak semua orang maw dengar masalah kita hari-hari.

bagi aku. siapa yang betul-betul care, datang bercakap dengan aku. tanya khabar. sembang. aku cerita dengan kau pasal apa, dan terpulang pada kau mahu terima atau faham.

Nani pernah cakap, "please tulis entri happy dan kelakar macam dulu". 

sakit tekak aku tahan nangis dengar ayat dia. yeah, i will. kesian dia sampai sekarang dia tak baca entri-keguguran-aku-yang-buat-ramai-menangis tu (aku dah save as draft sebab aku sendiri takleh baca haha).

so yeah. doakan mak aku sihat, cepat sembuh. doakan akiss punya semangat kembali. nanti aku buat comeback menulis di sini cewah ko rasa ko Keknis? haha

ok bai.

No comments: