this post due to satu group di fb. punya aku annoyed sampai aku terkomen, selama ini aku banyak ignore sebab aku join sebab nak info je, biasanya aku boleh deal haha
aku memang ada kepantangan dengan ketidakpandaian (atau bahasa kasau, kebodohan) manusia ni. tak boleh terima betul orang bandingkan KK/Hospital Kerajaan dengan Hospital Swasta.
dah macam awak bezakan Kancil Turbo dengan Audi RX Coupe pula.
clearly, Hospital Swasta awak bayar lebih. LEBIH SANGAT, bukan setakat serat-dua. malah riban-riban. of course awak dapat layanan tip-top meletop tebaboom!
clearly, Hospital Swasta awak bayar lebih. LEBIH SANGAT, bukan setakat serat-dua. malah riban-riban. of course awak dapat layanan tip-top meletop tebaboom!
faktor bebanan kerja, dan jumlah pesakit agak kurang dari Hospital Kerajaan menjadi sebab musababnya. bila patient kurang, masa menunggu pun kurang. benda basic bro. awak pergi KK/Hospital Kerajaan, ramai kan? waktu menunggu pun mestilah lama. lainlah kalau awak masuk takda orang tapi awak tunggu nak jumpa doktor sampai 3-4jam, haa itu tak betul. haha
aku bukan takde pengalaman dengan hospital swasta tu, contoh Subang Jaya Medical Centre (SJMC). berapa kali mak and abah dulu warded kat situ. memang lah syok habis, macam duduk hotel. nurse kemain baik. pastu, bila discaj tengok bil, rasa lebih baik buat pergi melancong ke London, haha. huh nasib baik company bayar.
sebenarnya semua terpulang kepada sikap
kita. cuba sabar, dan jangan banyak songeh? paling teruk, jenis
manusia yang TAHU SEMUA (Mr. / Mrs. Know-It-All) ni yang bermasalah.
pergi restoran, awak nak jadi chef.
pergi bengkel, awak nak jadi mekanik.
pergi hospital, awak nak jadi doktor.
awak je pandai, awak tahu semua. please kurangkan perangai ni. awak masuk
tempat orang, awak nak ajar orang buat kerja? kita masuk tempat orang,
kira macam minta tolong dia. so be nice. kalau awak eksyen, hmm. babailah
ko. tengah sakit pun nak banyak songeh. bukan nak muhasabah diri. cewah
rezeki ni bukan muncul dari segi wang ringgit
je taw. rezeki Allah itu luas. urusan dipermudahkanNya, dapat nurse
baik, dapat parking dekat, dapat layanan ok pun dikira rezeki tahu.
sebab
tu aku kalau ada something ketidapuasan hati aku malas nak rant-on kat
fb atau kat mana-mana. malu pulak rasa. dan aku percaya hukum
"what-you-give-you-get-back" ni. yelah, mana tahu kita pernah buat hal
kat situ, Tuhan bayar kat sini. atau lebih tepat perkataannya, Kifarah. konon nak bukak aib orang, awak terbuka
aib sendiri. siap maki mencarut tak ke mencerminkan diri awak sendiri?
so, kesimpulan dia mana awak pergi, hospital or kerajaan ada pro and kontra. terpulang pada individu itu.
sentiasa berdoa agar kita dipermudahkan, dirahmati & diredhai. minta
benda yg baik dpt yg baik. takmo selalu cakap yg tak baik nanti benda
yang tak baik kita akan dapat.
ok bai!
ps : saja guna "awak", takut nampak entri marah haha dan aku besarkan font blog ni, haa senang baca
2 comments:
4 months already??
tahniah kak..
doakan kita juga tau..nexth month deliver.
seriau rasa..
Swasta vs Gov
banyak pro and contra
terpulang pd diri memasing
tepuk dada tanya selera..
paling penting ongkosnyaa
@Ain ha ah dah pat bulan ain, huhu. semoga selamat semunaya ye :p
Post a Comment