untuk mendalami teknik tanaman berbentuk Hydroculture. Tumbuhan Hydroculture ni boleh ditanam di dalam rumah/orang pejabat anda.
tanaman ini berbeza dengan tanaman tradisonal di mana tanaman ini tidak menggunakan tanah, tidak berbau, kurang menggunakan air (so, xdelah lagi port nyamuk aedes nak bertelur), murah dan senang diselenggara. antara kebaikannya adalah pokok ni boleh menyerap gas/udara yang kurang sihat disekeliling kita.
berlainan dengan jelly yang berwarna-warni yg sekarang biasa kita lihat dimana-mana...tumbuhan hydroculture ini sangat murah, tahan lama, dan everlasting. xperlu ganti-ganti yang baru dan sangat ekonomi. lagipon jelly ni perlukan air yg banyak , dan kadang-kadang sesetengah dari kita yang pemalas ni...sampai berkulat jelly tersebut tak berganti. hheheheh.
so, bahan utama tumbuhan hydroculture adalah bijian bulat-bulat kaler merah ni, dipanggil LECA (Lightweight Expanded Clay Aggregate). Leca adalah sejenis tanah liat yang telah dipanaskan dengan kehangatan mencapai lebih 1000 darjah celcius. sebab tu jadi kering macam tu. datang dalam pelbagai size, mengikut size pokok yang mau ditanam. kalo yg kecil, murah je..sepaket rm5.00.
alaa..aku rasa konpom korang penah tgk tumbuhan ni, ada je kat mana2 bank dan pejabat2. kalo berminat, singgah2lah ke taman landskap ni, Duwasa Hydroculture & Landscaping (M) Sdn. Bhd. (klik pada link) Terletak di Hulu Langat, dan mempuyai pelanggan2 tetap, salah satu customer terbesar adalah Maybank HQ. xsemestinya kat sini je ade jual, kat tempat lain pon ada kalo rajin carik.
oke. xyah citer panjang. mari belajar menghijau!
gambarajah dari duwasa.com
cara-cara menanam tanaman hydroculture.
1.Basuhkan akar pokok dari tanah2 dan segala kotoran, utk elakkan bau yg kurang enak.
2.Celupkan akar pada penggalak akar utk mempercepatkan pertumbuhan akar.
3.Masukkan ke dalam bekas/pasu hiasan.
4.Masukkan Leca secukup rasa dan ikut warna yang kita suka.. leca ada 4 kaler, merah. biru, kuning dan putih. kaler bendera malaysia kita.
5. Masukkan air secukup rasa, yakni 1/4 dari pasu tersebut.
tadaaa.. siap suda. jangan lupa letak baja dalam masa dua minggu lagi.
lepas demonstrasi camne nak menanam. kami di beri peluang tanam kami sendiri punya pokok. hihihi. aku dapat free..heeeeee. sonok nye.orang lain kena bayar...well...jurufoto jemputan kaaan. hehehhe.
hasilnya. ak pilih kaler merah putih. sebab kaler biru dan kuning mmg aku xminat. hehehheh. pokok comel ini telah selamat diletakkan di workstation ku. heee.
ok kawan-kawan. mari menghijau!
No comments:
Post a Comment