Friday, December 5, 2008

Dari Insiden-Insiden..Jadi Eksiden.

previous entri, aku tulis bukan sbb ade maksud disebaliknya. ya..petang rabu tu, aku ingat dah petang khamis. aku malas nak ulas panjang kenapa aku jd mcm tu. ntah.
sampai umah, masak sotong goreng tepung. ntah mcm mana jari jemari ku kena minyak panas.
bukan percikan, tp mencurah atas jari. adeh. pedih. so..semalam..seharian aku malas menaip.
nak tekan mouse pon guna jari tengah, mmg cacat. xde mood nk menaip sebab lembap.

ok. lepas satu...satu. kadang-kadang aku rasa hidup aku kebelakangan ni macam drama swasta pon ada. haih.

nak tahu ape jadi pagi Jumaat yg konon nak haf day tu? Mmg haf day aku dapat. jam 2.44pm aku baru dapat masuk opis. di pagi Jumaat yang diberkati ni, kami bertiga nyaris..amat nyaris hilang nyawa. sampai skg aku masih xpercaya aku masih hidup.




kereta kami terbabas, hilang kawalan, dari kiri kereta berpusing sampai terlanggar pokok disebelah kanan. depan MOF, simpang ke Pasar Tani.

Ya Allah, kt kepala aku masih terbayang-bayang keadaan kami dalam kete, lagi2 masa btul2 nak hentam pokok, aku nampak macam mana kak iza yg cuba elak dari cermin keta masa tu..aku harap dpt kuasa 'majik' utk hentikan keta, sebab kalo apa2, kak iza dan farah yang akan kena dulu...DEPAN MATA AKU. ngeri. aku tak dapat nak bayangkan. tak sanggup.

masa keta btul2 langgar pokok tu. masa seolah-seolah berhenti. terdiam kejap kami. 
macam mati hidup semula.... Alhamdulillah. kuar keta...aku tgk kesan tayar kat jalan raya, macam kesan drift. 


kami xcedera..kami bernasib baik kata pakcik yg tolong kami tadi, macam pelik tgk kami tak apa2. pakcik tu ada kate..

"pakcik tgk keta korang, terkejut sampai xleh berdiri, takut nak tgk apa jadi kat orang dalam keta". 

bila dengar pakcik tu cakap mcm tu..., diam kejap aku. mmg teruk. bunyi tayar, bunyi berdetum masa langgar pokok, dan naik ke bahu jalan. adeh. pedih. pedih. boleh jadi trauma.  buat report polis. keta masih di bengkel. masing2 petang ni nak balik kampung. 

yang aku nak komplen, Perbadanan Putrajaya. Datang ingat nak tlg tarik keta, rupa2 nya nak tgk2 pokok yang dilanggar. Baru aku tahu, setiap pokok yg ditanam kat sini ada insurans, so kalo ape2 jadi, kena caj. Macam Haram. So, kawan2...kalo nak eksiden kat area putrajaya ni, korg elak la sondol pokok, kang xpasal2 kena bayar. Bodoh gila.


kesimpulannya, hati-hati di jalanraya. sayangi nyawa. INGATLAH ORANG TERSAYANG.

thanks to Cik Ada dan Tunang, Pakcik yg kol Perbadanan, dan juga Abang "Zul Huzaimi" yang bawak kami ke balai dan bengkel.

6 comments:

::( ';')جو أمير(';' ):: said...

syukur la takde ape2 kecederaan...Allah belum lagi tunjukkan kasih syg-Nya terhadap anda..(sbb die tak amik NYAWA anda bertiga)..*kata org:kite mati sbb Tuhan sayangkan kite....agaknyelah..:)

Nazrul Akram said...

pandu dengan selamat... skang slalo ujn niey beringt lerr cik kak..

lagik satu.. aaaa balkish... ko reti ker bwk keter?

akiss. said...

*zu : yela. Tuhan bg kite peluang hidup laa lg kot.

* jimi : ye, sbb jala licin la tu. eke ente jimi, reti la.. tp kete auto aku lampi sket. hahaha

pejan said...

kena bayar brape langgar pokok 2 kiss?...hehehehe..wt lawak btol langgar pokok kena bayar insuran...nasib x de pe2...

Anonymous said...

HAHAHHAHAHAHAHAH...
Pokok ade insurans...
HAHAHAHAHHA..
xde komen bernas...Just nk gelak..
Jijah, aku syukur ko selamat...
Ko kan ade bau2 bacang ngan aku..
Tapi aku lagi seronok nak gelak pasal pokok tu...
Malaysia..'uniknya Malaysia'..
Sebab disana pokok2 kecik diinsurankan,dinegeri2 lain,pokok2 balak harga berjuta ditebang2kan..
Alahai Karam Singh Walia

akiss. said...

* pejan = tu la. pokok tu paling kurang rm300. hampeh btul!

* mimie sam = xpe2..aku paham.. mari sambung gelak. hahhaa. tahu pon ko. masa mula dorg cakap..tercengang2 kami. hahha. btul. btul harapkan pagar, pagar xboleh pakai! hahahahha