Monday, March 23, 2009

Panik At The Dikir Barat

tetibe nak kongsi kisah lama. ni didi la punye pasal.

ok cmni, masa semester 1 dulu aku ada minat budak kelas sebelah, kami bergabung kelas masa kelas agama. so tiap kali kelas agama aku akan carik tempat duduk paling strategik utk usha dia. kahkahkakah.

nama diaa....Ttt... tt.. errr. rahsia nama dia. haha. geng2 asrama aku semua tahu la pasal ni, yela..masing2 ade 'crush' masing kan. heheh.

dipendekkan cita, aku masuk pertandingan dikir barat. dia pon masuk! pada malam kejadian pertandingan, kumpulan aku akan membuat persembahan sebelum kumpulan dia. maka, masa tunggu kat backstage, dia ade kat belakang. heeee.

tiba-tiba, dia datang jalan ke arah aku. aku panik. kaki macam krem.

"PINJE GELE BULE DOK??"

aku pandang dia, berkerut dahi, dan secara automatik berpusing2 ke kiri dan ke kanan, garu kepala tanpa menjawab soalan dia, yela..xpaham, nak jawap ape kan?. dalam hati.... "bahasa apa kau cakap ni???"

"sy nak PINJAM ni..." sambil tunjuk gelang reben yg diikat pada pergelangan tangan aku.

"ohh. tak boleh tak boleh. nak pakai, pasni turn kitorg."

terus die blah kemalu2an, dan aku nampak die kena gelak ngan kawan2 die.

yg aku plak, macam kena pukau terdiam, terus g kat geng2 aku. keadaan jadi kepoh. maklomla, org yg kite minat tiba2 dtg bercakap ngan kite.

"wehh apa die ckp ngan ko kis!"
"wehh knp die dtg kat ko??"
"yela, aku tgk ko td pusing kiri, pusing kanan, ape die cakap kt ko??"

"ntah la. aku panik td, aku x paham ape die cakap. rupa2nya die nak pinjam gelang reben ni. hehehe."

"laaaaa...kenapa ko tak bagi pinjaaaaaammm?!!, ini la peluang ko nak berkenalan. hahahah"

"aku panik la... panik!"

so sejak dari itu aku mula belajar kecek kelate. kahkakahkaha.

oh, ending of the story...kitorg kawan gak, tapi x la bercinta. bila dah kenal dia, die ni jenis suka loyar buruk, suka buat lawak yg buat aku tak gelak langsung. kahkahkahak. so kawan sampai skg, dan masih kontek di friendster. dan lagi satu, masa konvo tahun 2007, die dah bertunang. hehe.

jeng jeng jeng. ini je gamba yg ada dalam simpanan aku, gamba masa lepak gurney dan segala tempat ntah sape simpan.

hehehe. ok bai.

4 comments:

Didi Nadhirah said...

ek eleh aqiqis ade simpan gambar T..tuttut hehehe..dh kawen ke lom mamat ni lama gile tunang dah

akiss said...

hhahaa. meme la kene simpe. hahaha. itu la pasal. x pasti la da tunang ke belom. nmpk mcm belom. heheheh

Didi Nadhirah said...

weii bak la fs die nk tgk hehehe

akiss said...

nnt jap g aku hantar kt fesbuk. kat sini bahaya. hehhee