Friday, June 25, 2010

Hantu Rozita Che Wan.

malam tu, malam raya kot, sebab semua ada. semua sepupu sepapat. sampaikan roommate aku si Aket pun ada. meriah. so, kami bersiap-siap membuat persiapan raya. apakah punya ayat ini?

ok sambung. kami semua di ruang tamu, menjahit langsir. ada yg dah siap dijahit, kami gantung. oh mmg seronok kalau bergotong royong ni. tapi yang pelik, kami buat keja dalam gelap, maknanya, tak pasang lampu ruang tamu, lampu laman rumah je pasang. pelik.

tetibe, adik aku buat seram. dia kata ada perempuan kat laman rumah, aku buat macho, biasalah, nak raya. jiran-jiran lah kot. tapi, kenapa rasa macam naik bulu roma? ish. aku ni jenis x sabar nak tau.

aku menjengah ke luar tingkap. deym. aku nampak rambut je. panjang. err. aku diam. si Aket pun menjengah. ok. semua dah nampak. masa aku jengah kali kedua, mmg jelas, 'dia' jalan menyusur ke rumah sebelah. demmit! seriau ok! menyusur macam jalan tanpa kaki, tapi pakai roller blade. kan orang kata 'benda tu' xde kaki. arh!

terus suruh adik aku bukak lampu. baru nak baca yasin, tetiba, perempuan ni muncul.


dia cakap, "eh korang, jalan la takut, rileks la, i tgh shooting drama je". (cuba bayangkan rozita che wan bercakap dgn tone lemah lembut, mcm kat tv tu.)

kau kenal perempuan ni sapa? Rozita Che Wan. cuma masa tu tanpa mekap, tanpa bulu masa palsu.

aku blur? pastu macam nk bergaduh ngan adik aku, Aket semua. tengah-tengah nak bergaduh. aku rasa macam ada orang panggil. aphal plak, nak carik gaduh??

"kis, kis! kis! ko kije tak ni??"

oh, Nana rupanya. kejut aku pegi kije.

mimpi. hihihi. tertido rupanya aku, kat katil Aket plak tu, si Aket dah balik Kluang semalam. maybe malam tadi aku balik kije penat sangat, pastu terus tertido kat katil orang. hmm. tapi macam Aket pernah cerita dia pun pernah mimpi....errr.

malam ni tido sorang2 lagi, mak nak balik!!!!!

ok bai.

7 comments:

Wan Perlis said...

apapun rozita tetap cun :)

ザ-sylver-shooter said...

leleh~

kamal said...

Cheh, mimpi je.. Buat saspen je Akiss nie.. Tapi Aket orang Kluang ke?

Sharinginfoz said...

ooo mimpi rupanya

Sharinginfoz said...

ooo mimpi rupanya

Kap said...

i like...
...rozita che wan.

Aujinz said...

mimpi kah?..

muahahhaa..

RCW..perghhh....!