Saturday, June 12, 2010

Toy Story 3 Review- terbaik!

semalam berpeluang tgk Toy Story 3 in 3D, World Premiere di GSC Mid Valley. thanks kpd Cupi kerana memberi tiket,ye, of kos la die bawak aku dua (2)tiket je dpt kot. kalau dapat 12, habis sekampung aku bawak. ngeh.

ok, collect tiket jam 4.20pm, 4.30pm, masuk tgk cerita Karate Kid dulu (cerita di lain entri), kul 8.30 pm masuk Toy Story 3 pula.

ok sedikit pics sebelum sedikit review.

ya, nebes amek tiket dari pihak BlueHyppo Kids.

ok, dua tiket sahaja ok.

cari barang tersembunyi. ok dh nmpk dh, cupi di situ.

sebelum itu, ini dinner sy.
spt biasa, aku tak suka ape yg aku oder, sibuk makan adik aku punya.

lepas makan, tgk ada sesi fotografi dgn buzz dan woody.
deym! ramainye beratur!! malas nk turun, trus proceed gsc.

yeay masa ni dah macam x sabar. cepat la cepat la! tak sabar nk tgk! oh ok, itu cupi membuat percubaan mata bulat mcm buzz. hhuhu.

oh ok. pacik nk enterprem.

sy cadangkan, tukar la poster tu. mana da nokia 3310 leh rakam video? ok, selepas gambar ini, henpon dan Baby Suri aku di tahan. hihi. ok. layan review.

dalam toy story 3 ini, Andy umo dah 17 tahun. so, nak masuk kolej. mak dia bising suh packing, barang mana nak buang, barang mana nak bawa p kolej, barang mana nk simpan.

Andy buat keputusan, dia bawak Woody ke kolej, yg lain simpan dlm stor kt loteng umah mereka. spt biasa, adventure nya cerita ini mula apabila mak si Andy, ingat plastik yg Andy bungkus tu adalah sampah, maka, dibuangnya. so... masa tu la mcm2 hal jadi, dan akhirnya mereka masuk dalam kotak bertulis Sunnyside, yakni tadika, kt situ leh derma mainan yg tak guna.

inilah Sunnyside Day Care tu, mula2 nampak best,seronok ramai kanak2, sedangkan, macam haram. teruk mereka kena buli dgn kanak2 nakal! dan bear purple berbau strawberry, Lotso adalah seekor teddy bear yg super-Jahat!!!!

di sunny side, macam2 jadik. itu korang kena tgk sindiri. siyes. masa ending, gile touching. Andy kena pergi kolej juga, tapi, Woody amek keputusan xnk g kolej ikut Andy. dalam masa yg sama, Andy serahkan semua toys dia kat jiran dia, Bonnie. masa ni lah super-sedih! sakit tekak aku menahan nangis. sebab nanti kalau nangis kena bukak spek mata 3D tu. haha. ok, mmg xleh tahan. aku nangis. =(

ok dah abis movie. dpt hp balik. oh, saya masih guna no 0123377**7!

ok kene tgk ok toy story 3. stat 17hb ni mula ditayangkan! aku macam nk tgk lg sekali plak, xnk 3D, so leh menangis puas2.

ok bai!

3 comments:

Unknown said...

ehh
die amek hp ke?
xtau lak
hehehehe
waaa nak tgk!

Aujinz said...

belom tengok dah ade orang review..

huhuhuhu..
..tak aci cik Akiss...(-_-)

akiss. said...

ery, a ah, mungkin sbb world premiere kan. hihi.wajib tgk ok. ;p

aujinz. of kos, wtpe pegi klu x review, kena la bagi review yg baik, so semua org nak tgk.

kalo incik aujinz dh tgk, konpem buat review gak kan? aci ke x aci?