Wednesday, July 28, 2010

akiss dan kunci rumahnya.

ok fine. aku cite gak kat sini atas permintaan.

spt biasa, aku lah penduduk rumah yg paling lewat keluar rumah. sebab i amek WP3 - 8.30am - 5.30pm. feeling-feeling bos besar kan masuk kije 8.30am? bahahahahha. ok sebab utama masuk 8.30am adalah tanak bersesak2 di bilik air, di iron-board, malah di cermin nak ejas tudung. semua alasan di atas xleh pakai. jawapan sebenar, MALAS BANGUN TIDO.

fakta.

ok, tepat jam 8.00 am, dah siap lilit serabutkan selendang, amek beg, cekidaut henpon. mana taw ada secret admirer nak wish "selamat pagi cinta'. walaupun....

ok, kemudian, off kipas ruang tamu, lampu, kipas bilik, dan pintu belakang.

akhirnya amek kunci rumah dalam handbag. selalunya buang masa 2 - 3 minit carik kunci umah dalam handbag sendiri. sebab apa? sebab handbag saya byk khazanah dan alat-alat mengalahkan poket doraemon!

ok, membebel kelaut lagi, ok. dah jumpa kunci, maka, bukak lah grill pintu depan. pusing2 kunci. kenot bukak. macam main2 kan aku je grill ni. pusing lagi, tak terbukak jugak. cuba lagi. tarik nafas, perlahan2 pulas kunci. masih kenot. dan lagi. try lagi. ikut luar pula bukak. masih kenot. masa tu dan gegar2 grill rumah sendiri macam Ah Long kutip hutang. sabar tahap 1 dah tercabar. kol Nana. msg Aket terus.

masa kol Nana, dgn kelam kabut pegang telefon sambil pulas kunci, ntah macam mana telefon bimbit tercampak ke luar rumah, kaki lima koridor. OH MAK DEN tokojut!! fuhhh. sib baik tak melantun jatuh koridor kebaaabom pecah jatuh dari aras 8. * masa ni mesti Nana cakap sorang2 bebel dan terdengar bunyik telefon jatuh dan kena seret.

lantas, amek payung, tarik masuk telefon bimbit tadi. sambung perbualan balik ngan Nana. nak tergelak tapi stress. haih. cuba lagi. dan masih xleh bukak. kaki kanan laju je sepak grill. PANGGGG!!

masuk umah balik. campak beg, carik kunci rumah lagi satu. fuh. dengan skali cobaan sahaja, boleh bukak. rasa nak tampar je kunci umah lagi satu. mengada!! seb baik punch in 8.30am tepat!!



*masih geram dengan kunci sendiri.

ok bai!

3 comments:

suhaisweet said...

Nice..visit mine if u free ekh ;D

Nazrul Akram said...

aaaaaaa........ aaaaa...... last ayat tu apa motif?

Nazrul Akram said...

aaaaaaaaaa.....aaaaaaaaaa.... last skali apa motifnya ko sepak grill?